Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

18 Mei, 23 Jamaadil Awwal - 'Marahku' terlampias di Detik Daily

Monday, May 18, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:54 AM

Hari ini mengarang di Detik Daily. Ekoran, catatan pengalaman kelmarin..

Tajuknya... Pak Samad Said - rampas kuasa Najib di Perak - Angels & Demons!

17 Mei, 2009, 12:30 p.m

Di Mid Valley, saya dan seorang sahabat berkira-kira mahu menonton Angels and Demons. Tiba-tiba kelibat Pak Samad Said muncul kelihatan di ruang legar pawagam GSC itu. Saya sempat bersalaman dengannya.

Melihatkan Pak Samad ini, saya teringat kisah dirinya yang ‘mengamuk’ kerana karya-karya yask tak diterbitkan DBP. Beberapa kali kekecewaan yang dia hadapi itu akhirnya menyebabkan dia ‘mogok seni’.
Itulah kehidupan. Berlibur selepas ‘tension’ menulis. Termasuklah ‘tension’ akibat tulis, tapi tidak tersiar. Tapi, menulis itu perlu juga untuk selamatkan diri daripada ‘mati’. Mati ada dua jenis. Mati kerana tak dapat duit hasil penulisan dan mati kerana idea mati sebab lama tak mengarang untuk masyarakat membaca penulisannya.

Dah berapa hari tulisan tak tersiar di daily. Bulan ini, hanya dua tulisan tersiar. Mampus! Nak menulis tentang PPSMI pun mungkin sukar walaupun ada sekian banyak pertanyaan sms, kenapa dah tak tulis isu PPSMI? Apakah harus berterus-terang dalam hal ini? Nak mengutuk Najib Altantuya dan rampasan di Perak pun mungkin jauh sekali. Peluang berkarya makin sempit dan terhakis.

Wacana kebebasan media nampaknya perlu digali dengan lebih mendalam lagi sehingga membabitkan isu-isu sekatan-sekatan dalaman juga.

Percubaan ‘membunuh’ secara perlahan-lahan ke atas seseorang penulis itu ialah jangan biar tulisannya dibaca dalam beberapa masa tertentu. Saya tak tahu bila derita ini berakhir ditambah pula dengan pc rumah yang bermasalah mutakhir ini. Itu yang tergambar ketika saya merenung wajah lelaki tua ini.. Semoga saya tabah..

Rupa-rupanya saya, Pak Samad dalam panggung yang sama. Saya dan sahabat di barisan belakang, kanan. Dia dan isteri berada di barisan belakang sebelah kiri.

Semua ini mengingatkan saya mengenai cerita Pak Samad pada hari di mana Anwar dan GMP sedang bermesyuarat di pejabatnya di Damansara.

Saat itu dia ingin menonton filem Bohsia. Kata Pak Samad, ramai anak-anak muda yang datang bersalaman dengannya lalu bertanya, “Pak… mengapa menonton cerita ini? Cerita ini kan untuk orang-orang muda?”

Lalu, Pak Samad membalas, “Saya mahu tahu corak kehidupan orang-orang muda.”

Kenapa Pak Samad tengok Angels and Demons?
Tom Hanks bergandingan dengan Ayelet Zurer, pelakon wanita dari IsraelJadi, kenapa pula Pak Samad mahu tengok filem Angels and Demons? Saya tidak sempat temu bual secara mengejut, menerjah beliau lantaran ada sahabat dan sasterawan negara itu pula seperti ada urusan lain, tergesa-gesa dia keluar panggung setelah tamat tayangan.

Jadi, biarlah soalan itu ditanya pada waktu lain kalau ada kesempatan bertemu dengannya insya Allah. Tetapi, saya percaya, lelaki tua ini pasti menyimpan banyak cerita terpendam berdasarkan pengamatan saya terhadap pembacaannya yang cukup meluas.

Mesti beliau arif apa itu Illuminati, Freemason dan lain-lain istilah bersangkutan dengannya. Hal seperti ini tak diketahui dan jarang-jarang diambil peduli oleh kumpulan yang mahu berontak ke atas penaklukan Zionis ke atas Palestin.

Awal-awal tiba KL pada 2005, saya adalah pemuda yang takut mencuba sesuatu, gentar mahu ke mana-mana sebab takut sesat jalan di ibu kota yang dipenuhi ‘serigala’; pembaham kudrat insan lemah seperti saya.

Dan, Da Vinci Code telah berjaya memecahkan tembok ketakutan itu. Pada suatu malam, saya gagahi juga ke GSC, Mid Valley untuk menonton filem ini. Itu filem pertama saya tonton di ibu kota ini untuk menggali kisah purba Illuminati.

Angels & Demons adalah prasequel, lanjutan Da Vinci Code yang terkenal itu. Jumlah kutipan Da Vinci Code banyak. Tapi, saya tidak ingat berapa. Semalam, saya lihat ramai yang menontonnya. Kesedaran masyarakat memang ada.

Tapi, pertalian kumpulan itu dengan penaklukan Zionis ke atas Palestin tak dihubungkan. Tak pa sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa di dunia ini ada pasukan Illuminati yang cukup berkuasa menumbangkan negara-negara.

Saya sempat mencatat sedikit dalam telefon bimbit menggunakan ruang teks sms.

Antara istilah yang sempat saya taip ialah – God’s Particle (terjemahannya, Unit Tuhan). Yang lainnya telah hilang kerana ada masalah-masalah teknikal.

Maka, kefahaman sulung saya berhubung filem ini mungkin kurang tepat. Nanti, kalau baca novelnya, mungkin pengertian yang lebih tepat dapat mendukung kefahaman yang lebih sempurna dan lengkap. Kefahaman sulung saya lebih kurang begini..

Dua buah kuasa gereja
Masyarakat purba rahsia; Illuminati ini hidup di Itali, Rome tapi amalan dan fahaman mereka tak serasi dengan Kristian Vatican. Mereka diburu, dibunuh.

Dan, antara yang dihukum itu adalah seperti Galileo, ahli astronomi yang juga bahagian daripada pasukan tersebut. Ahli-ahli sains tidak dapat hidup dalam sebuah masyarakat yang gelap fikiran dan tebal dengan semangat taklid buta yang tinggi.

Mungkin mereka melarikan diri ke Constantinopel Turki, menubuhkan aliran baru. Sejak itu, ada dua kuasa gereja yang saling bermusuhan; Vatican City vs Constantine. Constantine telah roboh sejak Turki Uthmaniyyah berkuasa.

Yang menarik perhatian - God’s Particle. Mereka seperti mahu cipta semula 'Big Bang' untuk lihat semula kejadian baru bermula selepas letupan itu. Unit Tuhan (God’s Particle) itulah asas untuk mencipta daripada ketiadaan alam ini.

Pada saya, jika ada letupan seterusnya, maka ‘Big Bang’ itulah kiamat kita agar manusia dapat dibawa ke dalam penghidupan selanjutkan di akhirat kelak. God’s Particle di antara subjek yang menarik perhatian untuk dikaji juga.

Ayelet Zurer of Israel
Ayelet Zurer of IsraelJangan lupa siapa pemegang watak heroin Vittoria Vetra yang digandingkan dengan Tom Hanks dalam Angels & Demons. Namanya Ayelet Zurer seorang bintang filem dari Israel yang pernah berlakon dalam filem Munich dahulu.

Munich mengisahkan seorang agen Mossad yang ditugaskan membunuh beberapa orang pemimpin Palestin. Zurer memegang watak sebagai isteri kepada agen Mossad itu. Kisah berdarah itu berlaku ketika Perdana Menteri Israel adalah seorang wanita; Golda Meir.

Ayelet Zurer memegang banyak anugerah, hasil lakonannya di Israel. Taip saja nama ini di internet, anda pasti terserempak dengannya. Kata sahabat saya itu, menurut bacaannya di internet, bintang lakonan Ayelet Zurer mungkin bersinar selepas Angels & Demons!

‘Rampasan kuasa di Perak’ dengan Angels and Demons
Dalam filem Angels & Demons, ada watak Carmelengo yang mahu mendapatkan kuasa di gereja tertinggi itu. Dia rancang plot untuk bunuh ketua gereja tertinggi di Vatican. Ada 4 gerejawan diculik untuk lengkapkan konspirasi.

Akhir daripada matlamat konspirasi itu, Carmelengo itu mahu melompat dari kekuasaan ke darjat yang lebih tinggi bagi menggantikan pope yang telah mati. Carmelengo itu telah mengupah seorang penjenayah untuk menculik empat gerejawan sebelum ‘coup d etat’ bermula dengan aman.

Dan Brown, tatkala menulis novel ini, mungkin terilham daripada kematian Pope John Paul pada 2005. Ketika itu, saya bercuti di Surabaya bersama ayah.

Ini kerana, latar belakang filem itu hanya melibatkan beberapa jam ketika gerejawan bersidang memutuskan siapakah pengganti pope yang telah mati itu.

Dalam tempoh gerejawan bersidang itulah Dr Robert Langdon cuba selesaikan segala teka-teki untuk mencari bom di sekitar Vatican itu.

Angels & Demons patut ditonton oleh Najib
Sedangkan, kisah rampasan kuasa di Perak hanya berlaku pada tahun ini, tahun di mana Najib melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

Jadi, bagaimana mungkin Dan Brown menghasilkan novel ini dengan mengambil ilham daripada kisah gelap Najib menculik tiga adun di Perak itu?

Ringkasnya, Angels & Demons tak hanya ditonton oleh A Samad Said. Malah, ia sebuah karya yang wajib ditonton setiap orang, khasnya Najib Razak, Zambri A Kadir dan orang yang terlibat dalam rampasan kuasa Perak!

3:26 p.m, 18 Mei
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Pautan lain:-
Perkembangan terbaru PPSMI & Surat kepada DSAI

Currently have 0 comments: