Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

19 Mei / 24 Jamadil Awwal

Tuesday, May 19, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:46 AM

Rasa best juga dengar lagu Doris Day - Perhaps, Perhaps, Perhaps.. Aku dengar lagu ini ketika di Bangsar Village bersama Don F. Di bawah ada klip videonya. Dengarkan..



Pagi tadi, Saifullah sms, mengingatkan aku mengenai cerpennya. Aku tidak sempat menjawab. Aku cuba selesaikan hal lain. Hari ini aku cuba buka cerpen sekali lagi.

Tadi, baru selesai kirim news lewat mel-e ke daily. Entah naik ke tidak, tak tahulah aku. Terfikir pula aku masa solat Zohor tadi, untuk kumpulkan segala bahan yang tak tersiar di Harakah lalu aku terbitkan sendiri dengan judul - yang tak tersiar di Harakah Daily. Ada sambutan atau tidak, hal itu belakang kira.

Masri call, bertanyakan artikelku yang bertajuk pokok, asal-usul kerajaan di dunia. Dia sungguh berminat dengan tulisanku itu nampaknya.

"Enta masuk Jalan Duta, masuk ke Klang dan Shah Alam, then akan tiba di Kota Damansara," katanya ketika aku menyatakan hasrat mahu ke pejabatnya.

Daripada lenggok percakapannya, sepertinya dia mahu membuat buku. Atau, mungkin dia mahu bahan itu dimasukkan dalam salah sebuah buku?

Kami meterai janji; esok aku ke opis Anbakri Publika Sdn Bhd di Kota Damansara.

Petang
Tadi petang, saya keluar membeli emas untuk para Don. Nampaknya, stok sudah habis. Maka, kata si Don Shy, beli 1 Dinar apabila sudah cukup haulnya kelak.

Mengarang dan menulis, tapi pc tetap 'hang' banyak kali. Cerpen selalu tersangkut macam biasa. Hajat di hati, malam ini juga nak pergi Courts untuk beli leptop.

Don Shy beritahu - HP, Dell dan Acer yang perlu aku pilih. Tuhan, bantulah aku membuat pilihan terbaik esok. Tak sanggup rasanya buang masa di luar tanpa menulis walaupun mengarang tidak semestinya akan tersiar.

Nota kepada Tuhan
Ya Rabb,

Aku mohon perlindungan hari ini, semalam dan hari seterusnya. Jiwaku sakit dilanggar rasa peduliku kepada umat. Tapi, bebahanku untuk membetulkan jalan fikiran umat (kononnya) tak disiar. Maka, aku mohon petunjukMu..

Bukalah pintu rezeki dari langit tertinggi dengan selebar-lebarnya dan seluas-luasnya.

Oh Tuhan.. Terima kasih Tuhan kerana mendapatkan aku filem Night At Museum 2.

Currently have 0 comments: