Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

20 Mei / 25 Jamadil Awwal

Wednesday, May 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:20 AM

Del Shannon Runaway


Saif sms: "Kertas tu aku dah banyakkan. Bas bertolak 10 pagi. Xpa, jumpa DBP."
#Dijadualkan, Jumaat ini aku bertolak ke Melaka. Pena akan anjurkan satu perhimpunan penulis muda. Aku dijemput membentang kertas kerja di situ.

Dr Alinor sms: "Jumpa kat PNMN09"
#Tak sempat nak tanya lanjut, PNMN tu apa dia? Akan follow-up esok i'Allah.

Don Shy baru balik umrah lalu dia sms: "Salam, nanti malam mai la rumah leh perkena air zam zam, kurma ka."
# Tak dapat datang malam ini, kerana ada urusan berlibur.

Nora RHB sms: "...Maaf sgt lambat reply. Boleh je kalau nak submit. Tapi tak sampai 7k la. Sampai 5k saje."
# Jika loan rumah tak berhasil, aku fikir mahu buat personal loan untuk beli emas. Di sini, aku dapat suatu jalan lain untuk maju setapak lagi.

Mior sms, "Sory ganggu. Nak tanya biasanya deadline mingguan Harakah bila ye?"
# Mior, seorang bekas pimpinan pelajar Wufi UIA telah anggotai pasukan Malaysia Think Tank. Aku kirim kenyataan akhbar mengenai pendirian mereka terhadap kenyataan Noh Omar; syor ingin tubuhkan majlis melibatkan petani di parlimen memasing. Sebagai dijangka, news itu tak tersiar di HDaily. :(

Petang
Berjumpa En Mokh tadi, bertanyakan kaedah memohon menjadi agensi pengiklanan. Dia kata aku layak. Hati jadi sedikit lapang dan gumbira. Sejak semalam, aku tidur nyenyak penuh tenang dan sudah lama aku tidak berasa lapang sebegitu.

Semoga Tuhan selalu menjadikan malam-malam indah sebegitu, walaupun hati dihimpit dengan masalah sekatan-sekatan sebelum ini.

Sudah 'confirm;' beli leptop
Pergi ke Court Mammoth, Setapak. Dah 'confirm' nak beli leptop. Tadi dah kubayar RM92 untuk permulaan. Tiap-tiap bulan bayar RM91. Kira oke la. Selepas itu, aku pergi ke TGV Capsquare, menonton Night At Museum 2.

Ketika beratur untuk tebus tiket percuma CO, Husam call. Tapi, talian putus. Rasa ada yang tak kena. Tak elok buat sangkaan, tafsiran berlebihan dekat muktamar.

Kalau aku boleh rapat dengan Husam ini, aku mahu minta dua perkara, geran penyelidikan yang kononnya dia mahu beri kepada Azizi Abdullah untuk menjalankan kajian tentang Pulau Pinang. Benarkah Husam ini sanggup keluarkan geran? Hmm..

Keduanya, kalau-kalau dia ada geran untuk menubuhkan media baru dan aku perlu berterus-terang dengannya bahawa aku sudah kehilangan tempat untuk menyumbat karya, pemikiranku di Harakah Daily. Kalau dia tak setuju, i will say good bye to him.

Huh! Egonya aku...Entah kenapa jiwaku lebih lunak kepada ahli akademik berbanding politikus, tidak kira dari Bani BN atau daripada Bani PR. Ahli akademik lebih suci kerana mereka tiada kepentingan. Semoga aku tak ego seperti politikus!

Aku teringat mantan Presiden PKPIM Asyraf Wajdi Dusuki (kalah kepada Kamarudin Jaafar) di Tumpat Kelantan, kerana mewakili Umno dalam pilihan raya yang lalu.

"Kata Muhammad Abduh, a'uzubillah min as-Siyasi," katanya dalam suatu ceramah di Kg Tok Selehor masa Tamrin Qiyadi pada tahun (tak ingat).

Muhammad Abduh, murid Jamaludin al-Afghani. Jamaludin nak manhaj siasah untuk bebaskan negara-negara Islam daripada belenggu penjajahan. Tapi, Muhammad Abduh mahukan manhaj melalui pendidikan.

Sebab itu, menurut Asyraf Wajdi, pendidikan itu lebih utama berbanding politik. Hal ini disebut, untuk mengukuhkan pendirian PKPIM sebagai badan non-partisan.

Masuk lubang kubur, tempat khalwat Tok Selehor
Tapi, abangku Asyraf itu sudah masuk Umno. Sorry bro.. kawan tetaplah kawan. You are always my brother. Kita pernah masuk liang lahad sekali, lubang kubur tempat moyang enta (Tok Selehor) dok berkhalwat. Tetapi, prinsip tetaplah prinsip...

Sebab itu aku malas nak rapat dengan politikus. Dr Mus, pensyarahku kerap ingatkan, "Banyak keburukan berbanding kebaikan jika rapat dengan politikus."

Ah! Stop talking nonsense about party..Lebih baik kucatatkan maklumat dalam telefon bimbitku tadi ketika menonton Night At Museum 2:-

"..Kahmunrah culik dan rampas, akhmenrah, amelia earheart, tamadun firaun yang jadi fokus, batu bersurat adalah kunci pengetahuan, Abraham Lincoln berkata berjata negara yang berpecah x boleh kukuh, kunci kebahagiaan adalah.., buat apa yang kita suka dan dengan orang yang kita suka..."

Night At Museum 2 (Trailer)


Selesai tonton filem, aku ke Jalan Yap Shak, minum-minum di Restoren Buharry. Rupa-rupanya Rabu malam Khamis pun ada kegiatan berfoya-foya! Ingatkan Malam Sabtu saja... Terserempak dengan seorang pelakon lelaki di tepi sebelah mejaku.

Dia agak terkenal. Pelakon drama bersiri Bonda (TV9) Tak ingat namanya.

Novel Isa Kamari Muz dah bagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk menulis skrip. Pelakon ini mungkin boleh aku namakan dia untuk memegang watak tertentu.

Cadangan ke Kota Damansara, bertemu Masri kutangguhkan buat sementara.

Currently have 0 comments: