Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21 Mei / 26 Jamadil Awwal

Thursday, May 21, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:43 AM

Siapkan terjemah di opis Jalan Pahang Barat. Ketika menaip ini, aku sedang berada di opis. Siap terjemah kira-kira 8:45 malam.

Di opis aku terbaca tulisan Salman Sulaiman di Harakah Daily berhubung Perhimpunan Penulis Muda di Melaka itu. Bagus, dah ada iklan besar-besaran untuk program itu!

Terjumpa ALO di opis, sejak Maghrib telinga lintahku terdengar dia bersembang dengan IMZ, TMJ berhubung Husam, Mat Sabu dan lain-lain pemimpin Pas yang nak bertanding jawatan menjelang muktamar nanti.

Apa isi perbincangan dan isi kutukan tak bolehlah nak diberitahu. Syy.. Rahsia..

Tadi terdengar Anis mengeluh kepada pakcik penyunting, "Kita nak cari orang lain juga untuk dijadikan sumber berita, tapi masalahnya orang lain tak dapat nak ulas. Akhirnya, asyik-asyik Mahfuz, Husam.."

Confirm.. tepat kata Pakcik Razali Endun, "Pas tiada pemimpin!"

Kolum sastera Harakah Daily
"Ana dah bagitahu depa supaya wujudkan kolum untuk sastera di Harakah Daily," kata ALO pada aku tadi. Kalau betul, alhamdulillah..

Bolehlah kuhabiskan terjemahan Rice Without Rain di situ dan lancarkan cerpen-cerpen panas nanti. Kalau cepat habis terjemahan, bolehkah Ketupat Cinta (2) Faisal Tehrani tu masuk dalam ruangan Harakah tu.

Jika ALO setuju, aku nak promote kolum sastera H.Daily masa daku bentang paper di Melaka dalam perhimpunan penulis muda hujung minggu ni.

Biar dia orang tahu, Harakah ni ada jugak la bagi ruang kepada kegiatan kesenian, kebudayaan dan depa bukan kesampingkan sangat hal-hal kesusasteraan ini.

Malam
Malam ini, Don F datang Gombak. Dia mahu jumpa Don Shy. Rerupanya, Don Shy dah keluar out-station. Hampa tak dapat makan kurma dan air zam zam :(

Maka, dalam cadangan aku, nak tengok filem Mongol di GSC Mid Valley. Aku minta dia pi dekat Mid Valley untuk beli tiket masa Maghrib, tengah aku sibuk terjemah tadi.

Don F, saat aku menulis saat ini difahamkan telah berada di Mid Valley, sedang beratur beli tiket wayang. Semoga dia berhasil mendapatkan tiket wayang tersebut.

Aku nak tau apa kisah rahsia di balik Gengis Khan. Kalau nak kona untuk kutuk Najib boleh juga. Aku harap, Najib akan saksikan filem dari Mongolia!

9:09 p.m: Cantik.. Don F dah beli tiket Mongol. Dia tunggu di Burger King, Mid Valley. Esok pagi ke DBP, terus ke Melaka. Ya Rabb.. restui perjalanan hidupku. Amin..

Currently have 0 comments: