Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2 - 8 Jamadil Awwal / 27 April - 3 Mei

Monday, April 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:38 AM

8 Jamadil Awwal / 3 Mei (Ahad)
IKLAN RM10 SEMINGGU!

Oleh kerana ada permintaan daripada rakan-rakan, maka inilah diperturunkan kaedah-kaedah untuk beriklan di blog ini. HANYA RM10 SEMINGGU. BLOG UPDATE EVERYDAY!

1. Hantar banner lewat ibnuamir@gmail.com dengan subjek IKLAN KARYA FANSURI.
2. Pindahkan biaya sewa iklan banner ke akaun Maybank2u 164025914329 (ALI).
3. Sahkan pembayaran anda melalui:
- Mel-e kepada ibnuamir@gmail.com & cc kepada ibnuamir@yahoo.com.
- Call atau SMS ke nombor 014-3233287
- Yahoo Messenger: ibnuamir
4. Banner akan diaktifkan setelah pengesahan pembayaran telah kami terima daripada anda.

Aturan Banner
1. Ukuran Banner harus sesuai.
2. Format gambar harus GIF atau JPG atau JPEG.
3. Pemilik banner bertanggungjawab penuh atas isi banner.

Dalam perjalanan ke UPM, aku singgah ke Jalan Chan Sow Lin. Jual akhbar 3kg. Tetapi dapat 50 sen saja. "1 kg 15 sen saja," kata India itu. Harga berubah setiap hari ke macam emas? Atau, jika jual hari Ahad memang murah? Wallahu A'lam..

Bengkel prasasti di Inspem, UPM kali kedua. Puan Ainon Abdullah, PTS bersama suaminya Prof Abdullah Hassan hadir bersama melihat cara kami bekerja. Mungkin kerana kumpulan kami ini yang nampaknya benar-benar serius.

Makan tengah hari, kami berbual tentang Sastera Islam, Puan Ainon bercakap mengenai dirinya yang 'terbuang' daripada masyarakat intelektual arus perdana.

"Teori Surah Yusuf saya tak disambut dalam kalangan sasterawan," keluhnya.

Selepas beliau dan suaminya pulang, Dr Mat Rofa, Dr Alinor berbual-bual 'ringan' darihal susur galur 'pemikiran lateral' Edward De Bono yang ateis.

"Pemikiran lateral melawan arus pemikiran logik sekali gus menyangkal ketuhanan di Barat," kata mereka. Ringkasnya, tak salah belajar pemikiran lateral, tapi hendaklah disaring kekeruhan ilmu di Barat dan dijernihkan semula pemikiran itu di Timur.

Aku baru tahu, Dr Mat Rofa ada debate dengan Dr Nordin Kardi secara terbuka di UPM tentang pemikiran lateral sekitar 1990-an dahulu. Best juga kisah ini..

Juga kami bualkan mengenai cadangan Unesco yang mahukan subjek falsafah diajar sejak tadika lagi. Dan.. paling menarik.. Malaysia menjadi pengerusi! Kah! Kah! Kah!

Pulang dari UPM, aku terus ke Court Setapak kerana berjanji dengan Don, mahu membeli laptop guna memudahkan kerja dan urusan revolusi kami!

Rupa-rupanya aku layak membeli secara ansuran! Rasa kuat dan bertenaga.

Kami makan malam di Satay Kajang Samuri di Taman Melati. Pada malam itu, kutanyakan juga darihal jantungku yang kerap berdebar-debar kepada sekalian Don.

"Mungkin angin," kata Firdaus. Aku rasa tenang mendengar jawapan itu. Kami pulang mencari haluan masing-masing. Aku keletihan dan semangat mengarang pudar, apatah lagi saat kulihat di daily, bahan Hj Amin masih tak dapat diapungkan.

Pertemuan dengan N, wartawan SH nampaknya semakin sulit diuruskan.
--------------------------------------------------------------
7 Jamadil Awwal / 2 Mei (Sabtu)
Dari Taman Berlian, Gombak, pulang ke SPKB. Kemudian aku seharian menghadiri bengkel prasasti di Inspem UPM. Aku merangkak-rangkak membaca abjad tulisan pali, tulisan kuno purba Melayu Champa. Tapi, syukurlah.. hidupku terasa lebih bermakna!

Bertemu Muz di Serdang. Tiba-tiba ALO call, minta menemaninya ke Shah Alam. Aku terpaksa batalkan pertemuan dengan N di PWTC. Takdirnya, tak lama kemudian, N sms minta ditangguh pertemuan kami kerana alasannya yang tertentu.

Wartawan N memberitahu hal penundaan itu lewat sms.

Rupa-rupanya, semua perancangan disusun Tuhan. Misalnya, apabila ALO call, tiba-tiba N sms, menyatakan niat awalnya menemuiku akan ditunda ke hari lain.

Muz menyerah kembali novel Natrah karya Isa Kamari yang dia pinjam daripadaku yang terlalu lama diperam itu. Dia berkata, isi dalamnya kurang menarik. Aku tak pasti kerana apa. Mungkinkah kerana isinya dirasakan terlalu berat?

Kalau dapat, mungkin semua kisah ini boleh diangkat sebagai skrip teater atau drama. Aku beri peluang kepadanya membaca novel itu untuk dia mendapat gambarannya.

Menemani ALO ke persembahan teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' di Shah Alam. Masri offer job yang sama dengan Pak Jawahir. Rupa-rupanya job mereka berasal dari jalur yang sama. Apakah mereka ini mahu bersaing dengan Gramedia?

Dalam perjalanan pulang, aku dan ALO mengumpat macam-macam hal ketidakpuasan hati. Dan ALO sebagai 'amir' akhbar, tentunya lebih-lebih lagi tak puashati dengan sikap insan tertentu di bawah jabatannya. Sabaq je lah syeikh!

Dalam bualan sepanjang perjalanan pulang, tidak banyak aku bercakap. Aku risaukan kesihatan aku. Jantungku sering berdebar-debar. ALO kata, kejadian itu berlaku sama ada kita amat kurang 'exercise' atau pun terkena buatan orang!

"Terkadang, kita rasa ngilu, sedih hati tanpa sebab," kata beliau. Ish aku bukan rasa nak teriak dan menangis kesedihan tanpa sebab. Entah kenapa ada debaran tiba-tiba?

Ish.. nauzubillah, mintak simpang malaikat 44 kalau-kalau benar ia hasil tindakbalas perbuatan orang. Risau tentang jantung ini naik mendadak sejak 3, 4 hari lalu.

Terbatal niat bertemu N of SH yang berkursus di PWTC. Mungkin esok boleh jumpa? Aku perlu bentuk segera jaringan wartawan muda, bermula saat ini!!!
--------------------------------------------------------------
6 Jamadil Awwal / 1 Mei (Jumaat)
Bertemu Hj Amin Nordin di Bujang Lapok Cafe dekat Masjid Jamek Kg Baru. Berbual dengannya mengenai buku Kebangkitan Semula Islam karangannya.

Dia mengguna syarikatnya sendiri, aku fikir dengan cara ini sahaja aku boleh kembang fikiranku. Kalau aku ada wang lebih boleh kuterbitkan sendiri tulisanku di daily. Syarikat sendiri dah ada. Hanya tinggal modal, modal dan modal.

Selesai Jumaat, ada kumpulan yang berdemo membantah isu penukaran agama ekoran seorang India masuk Islam. Kebetulan ada jenazah yang tersekat akibat demo tersebut. Imam masjid tu marah-marah kerana berlaku masalah itu.

Bagaimanapun, peristiwa itu tidak melahirkan apa-apa ketegangan.

Makan tengah hari di An-Nur Restoren, bertemu Amir, Malaysiakini di sana. Teringat nak minta jawatan jurukamera. Agak best juga. Kamera itu berharga RM10,000. Kata si Amir ada kamera berharga sekitar RM6,000.

Dia berasal daripada TV Pas. Tamat di TV Pas bulan April. Tetapi, dia sengaja berhenti awal dan kemasukannya di Malaysiakini sama dengan kemasukanku di sana pada 23 Mac, tarikh di mana Harakah dan Suara Keadilan digantung permit penerbitannya.

"Aku tak dibayar untuk last gaji, bagi la separuh gaji ka walaupun aku quit awal," katanya, kesal. "Pertimbangkanlah juga.. aku kerja sana dah 3 tahun."

Hang kena sabaqlah Amir. Depa ni memang problem sikit tang bab bayaran ni. Pengalaman aku lagilah. Sempena 1 Mei Hari Pekerja ni, Pas sepatutnya ingat sabda Nabi: "Bayar upah buruh itu sebelum kering peluh di tubuhnya."

Pas ni terikut-ikut dengan rentak kapitalis sedikit. Mereka bukan memihak kepada sosialis, kaum buruh sedangkan Islam sejati dan tulin menurut Ali Shariati adalah Islam Abu Zhar dan bukan Islam Marwan. Aku rasa, Islam yang hampir kepada Nabi Muhammad ialah Islam Sosialis dan bukan Islam Kapitalis.

Pulak dah.. hang bawak faham kepercayaan sesat ni Fansuri!

Amir ini ibunya menjaga kedai imam, ayahnya imam Masjid Kg Baru. Baru aku tahu. Iras-iras di wajahnya ada mirip ibunya. Rerupanya dia tinggal di flat belakang masjid. Dan memanglah daku sesekali, kerap juga parking motor di depan rumahnya.

"Tak patut betul mereka tadi," kata Amir. "Dah ada jenazah, buat bising lagi."

Aku mengiyakan. Tapi, sesekali aku defend juga kumpulan demo itu. Mungkin mereka tak tahu atau kalau mereka tahu pun, mereka tak terperasan ada jenazah. Mujurlah tiada pertengkaran apa-apa antara dua kelompok agamawan di situ tadi.

Amir datang untuk membuat liputan itu untuk Malaysiakini. Kami berbual mengenai pandangan Nik Abduh lewat blognya.

"Blog tak boleh diangkat sebagai berita," kata Amir. Mazlan Nordin pernah cakap, blog jangan diangkat sebagai sumber berita.

Sekarang, Pas dah terperangkap. Dan, aku tak tahu bagaimana Pas mahu keluar daripada jaring kemelut ini yang bebenang jaringnya disulam oleh Utusan.

Sms dari Fahmi, meminta aku beli tiket Queen of Langkasuka, dan kami perlu meeting malam ni di mana-mana tempat yang membolehkan kami bersyura.

Pak Jawahir, pemilik buku-buku Indonesia menwarkan aku kerja sambilan untuk.. (tut.. rahsia). Isnin ini kami mungkin bertemu, insya Allah.

Tuhan telah menggerakkan hati seseorang untuk tawarkan aku kerja baru walaupun baru saja semalam aku berdoa untuk jangan Tuhan gerakkan hati sesiapa.

Tak apa la Tuhan..kalau itu yang TUAN mahukan, maka HAMBA mengikut sahaja apa-apa yang telah TUAN putuskan kepada HAMBA. Aku serahkan segala yang terbaik menurut perhitungan Tuhan. Tuhan.. kepada Dikaulah, Daku berserah..

Alhamdulillah.. selesai hantar tulisan untuk Haji Amin Nordin kepada ALO. Keluar atau tidak tak tahu lagi. Ada lagi 2; cerpen dan kertas kerja Pena. Selepas 2 benda ini, aku cuba untuk sifarkan mengarang buat sementara di daily.

Alamak, Fahmi dah tiba di Masjid Jamek Kg Baru.. pergi dulu.. Adios ..

6:44 p.m, kemaskini..
Ke CapSquare, then KLCC, kunun nak tebus Queen of Langkasuka. Sayang, filem dah habis! Maka, kami langsung ke Sabaking, bermesyuarat 'Battle of the Don' di sana. Capai kata putus bersama. Tapi, ini semua RAHSIA! Kami nak takluk negara!

Kami buat 'syura ritual' Freemason! Balik rumah Don Shy. Tidur Tmn Berlian...Zzz...
--------------------------------------------------------------
5 Jamadil Awwal / 31 April (Khamis)
Selesaikan urusan cop surat gadai di Pesuruhjaya Sumpah. Tapi oleh sebab surat itu tertinggal di rumah, maka atas nasihat pesuruhjaya itu, aku pun balik ke SPKB.

Renew syarikat enterprise. Kena RM90. Sepatutnya, RM60 sahaja. Akibat lewat sebulan, denda RM30. Pengajaran.. jangan terlewat renew lesen. Hilang RM30 :(

Berjaya tebus 2 dinar emas hari ini. Fuh.. seharian kita terpaksa uruskan banyak hal dunia dan sedikit sangat urusan membangunkan roh untuk akhirat.

Tetiba terlintas untuk selesaikan 40 ribu Qulhuwallah di Tg Tuan. Kalau ajak Don F dan Don Shy best juga. Tapi, mahukah mereka? Mungkinkah mereka bz?

Ikram sms, jika ada bahagian yang sudah siap boleh diemelkan sahaja kepadanya terlebih dulu, dan jika perlu bantuan untuk hubungi yb, maka dia boleh membantu.

Ya Tuhan.. berikan daku kesempatan..

Tulisan mengenai KAMI dan Hari Kebebasan Akhbar tersiar. Tapi, yang lainnya terperam serta terkubur begitu sahaja. Aku berikrar dan berjanji, selesai cerpen, siap kertas kerja, dan ulasan buku Hj Amin, aku kosongkan fikiran untuk tidak menulis di daily buat sementara. Bukan aku merajuk membuang diri, tapi aku terpaksa!

Tuhan, jangan gerakkan hatiku dan jangan gerakkan hati sesiapa untuk meminta aku menulis di sana. Ini kerana, aku selalu tidak dapat menolak permintaan orang.

p/s: Kepada pengunjung dari Leeds (UK), Mountain View, California (US), Australia, Kaherah, mohon kalian perkenalkan diri di chat box ya? Siapakah anda? Salam kenal..
--------------------------------------------------------------
4 Jamadil Awwal / 29 April (Rabu)
Semalam, dapat beberapa pengajaran dan maklumat daripada Don F. Pertamanya, The Arrivals (YouTube) menceritakan skandal konspirasi Yahudi, Zionis, Freemason.

Kisah kedua, menyentuh doa si Madihah, Don F berkata bahawa Madihah menyebutkan - syarat makbul doa kita ialah 'kehadiran hati'.

Kalau berdoa, tapi hati melencong ke arah lain, maka sukar doa dimakbulkan. Aku beritahu Don F bahawa lewat Siddharta yang baru kubeli, aku menafsirkan tujuan hidup ini sebagai usaha bagi 'mematikan diri sendiri sebelum mati yang abadi.'

Huraiannya panjang. Tapi sekarang aku dah faham dan makin jelas dengan matlamat dan laluan roh aku di dunia ini sebelum kematianku yang abadi. Rasa makin yakin!

Tak pernah kurasa tenang dan yakin sebegini. Aku dah tahu matlamat; temui AKU dalam diri! Ini semua, gara-gara novel riwayat hidup Siddharta (ITNMB).

Itu cerita semalam, dinihari 29 April.

Pagi ini ALO call - deadline Fikrah diawalkan kerana Jumaat depan cuti. Aku ingatkan boleh tamatkan cerpen. Jadi, terpaksa aku kerja keras seharian siapkan novel bersiri ini. Faisal mungkin belum menulis lagi agaknya.

Abah call, 27 Mei akan tiba untuk konvo adik. Geran motor ada di sana dan road-tax tergantung! Kena tunggu beberapa waktu lagi. Sekarang, aku naik motor secara haram!

Hj Amin call, dia mahu bukunya diulas. Maka, kesimpulannya, Jumaat, 10 pagi kami berjumpa di Masjid Jamek Kg Baru. Semoga tiada aral kali ini..

Amy sms, Ahad ini atau Isnin ini ada program di Malaysiakini, Bangsar. Rasa nak pi.
--------------------------------------------------------------
3 Jamadil Awwal / 28 April (Selasa)
Keluar ambil tiket tebusan Queen of Langkasuka di Cinema Online Kelana Jaya. Dalam LRT tadi Wanto call, bertanya hal aku masuk pertandingan ITNM untuk dapatkan Myvi. Aku beritahu aku join suka-suka.

Sebenarnya tak terlintas nak masuk pertandingan pun. Cuma, hari itu aku rasa perlu baca novel terjemahan mengenai perjalanan Siddharta, seorang pertapa, samana Buddha. Harganya telah melayakkan aku masuk pertandingan itu.

"Ana hantar 17 borang syeikh.." kata Wanto. Ketika itu, aku berada dalam LRT. Seorang awek Minah Salleh, wajahnya ala Mexico sesekali memandangku ketika menjawab panggilan itu. Fuh! Bergetah..

Astaghfirullah.. aku doa Wanto berjaya. Aku alihkan doa itu untuk kejayaan saudaraku itu. Kata orang, antara doa yang makbul adalah doa untuk saudaranya.

Dalam al-Quran disebutkan Sulaiman a.s terleka mononton kudanya sehingga baginda tertinggal solat Asar. Baginda bertaubat, lantas berdoa supaya baginda diberikan kerajaan besar yang tiada siapa pun akan dapat menandinginya.

Anehnya doa selepas bertaubat daripada dosa itu makbul pula. Aku tak ingat surah apa dan ayat apa. Jadi moralnya, naiklah LRT selalu dan kalau-kalau terusha amoi, Minah Saleh Mexico, awek Latino, segeralah beristighfar dan selepas itu berdoalah.. Barangkali dimakbulkan oleh Gusti Alloh!

Usaha, doa dan tawakalnya mengatasi doa, usaha dan tawakalku. Aku tak ada niat sangat nak dapatkan Myvi. Aku nak rumah. Itu keperluanku sekarang.

17 borang Wanto hantar! Dahsyat! Umno pun hantar 13 calon Bebas di Buiit Selambau. No plat kereta rasmi PM, model Perdana Pak Lah pun WCH 13. Masa pilihan raya umum pun Pak Lah letak angka 13 yang menyaksikan kejatuhannya.

17, angka ganjil. Tuhan suka ganjil. Semoga aku dan dia dirahmatiNya.

Tiba opis CO, dapat tiket, beg Queen of Langkasuka. Dapat kurawat sedih duka laraku akibat kehilangan beg Antoo Fighter yang disamun dua lelaki India malam tu.

Pagi Saifullah call. Tapi tak sempat jawab. Lalu kuhantar sms, menjelaskan sekurang-kurangnya malam ini aku khatamkan bahan itu.

Haji Amin sms, "Dah baca buku 'Kebangkitan Semula Islam'? Bila saya boleh berbincnag dengan Encik Ali mengenainya?"

Risaunya..dah la bahan tak tersiar. Kalau bahan sendiri tak pa sebab melibatkan aku saja. Macam mana jika libatkan yang lain? Misalnya, ulasan buku orang. Kalau hantar daily, dan lama tak tersiar, terperam.. nanti dia akan tanya aku semula.

Tak pa, aku akan hantar untuk kali terakhir. Kalau tak siar, mungkin aku perlu buat keputusan yang aku tak suka. Kiblat penulisanku perlu dihala ke arah lapangan lain.

Masa berjalan..bahan ada, cuma tak siar. Usia makin meningkat. Wang berkurang dan semakin sakit hati bila orang yang sama bertanya, "Bila hang nak menikah?"

"Aku nak kumpul duit nak nikah macam mana kalau hasil mata pencarianku disekat?" tapi ini cuma jerkahan dalaman. Kalau nak tengok aku menikah, bagi ruang untukku berkarya seperti biasa, mengutuk Najib si pembunuh Altantuya.

Kalau aku ada 4 calon bini sekali pun, untuk dipoligamikan seperti Carissa Putri, Lindsay Lohan, Paris Hilton dan Emma Roberts, nescaya tak cukup duit untuk 'convert' kepada US Dollar dan Rupiah Indonesia untuk dijadikan mahar.

Tetapi, bila kufikirkan ini semua ujian dari Tuhan, hatiku jadi tenang semula.

Mak sms, mereka datang melihat adik ambil ijazah. Maka kupinta ibu hadir bersama dokumen yang boleh menyokong perjuanganku membina aset.

Tiba di SPKB, aku pergi ke KBI Kg Baru. Semalam call Abg Man. Dia di KBI Taman Cemerlang la ni. Aku rasa ini salah satu peluangku untuk mencari aset baru.

"Pinjaman boleh dibuat berasaskan 10% daripada simpanan saham kita," kata Encik Mukhtar. Dia orang Trengganu, berasal sekitar Kusza. Huh! Terasa diri ini macam Abel pula ketika sedang berurusan dengan agensi kewangan.

Tuhan, namaku Abel Fansuri Rosnovski. Berikan daku kekuatan mencipta kekuatan, mencorak masa depan. Amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin..

Dr Ali sms mengingatkan tarikh bengkel prasasti (batu bersurat) di Inspem, UPM, 2 - 3 Mei. Aku balas kembali dengan menyatakan bahawa aku akan hadir.

Kalau aku dah mengkaji prasasti, bolehlah aku berangan-angan menjadi Dr Robert Langdon pula dalam Angels and Demons. Huh! Kuat berangan betul aku ni.

Malam ini ke Cathay Cineleisure, Damansara. Ada tayangan filem free. Adios!

Public Dinar
Dinar Selling Price Buying Price
1 dinar RM 463.00 RM 435.00
5 dinar RM 2304.00 RM 2177.00
10 dinar RM 4587.00 RM 4358.00
Last updated 28/04/09 3:50 PM

Ar-Rahnu
DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 918.10 878.10
1 Dinar 465.50 445.50
1/2 Dinar 238.80 228.80
1/4 Dinar 125.90 120.90
Tuesday, April 28, 2009

Selalulah tengok geraf. Nanti lama-lama kalian pun mungkin jadi 'gila emas'. Dah turun ni. Tetapi duit tiada. Bezakan harga kedua-dua tarikh. Susah nak jadi Abel ni.
--------------------------------------------------------------
2 Jamadil Awwal / 27 April (Isnin)
Aku menulis lagi untuk daily. Tetapi, tiada kulihat ia tersiar. Hatiku kaciwa. Sememangnya, blog inilah tempat luahan hatiku. Dan, apabila aku menulis di sini, hatiku terasa tenang-setenangnya! Jiwa pun terasa lapang..

Ikram PTS call, tidak sempat menjawab kerana tumpukan tulisan. Hampir selesai mengarang, Akmal call. Maka kali ini sempat aku buat perjanjian mahu ke UM, IPS. Dan, kalau sempat, saya mahu berjumpa Prof Bakar Hamid. Hujan yang keras menimpa kawasan Kg Baru, membikin hatiku jadi dingin mahu keluar.

Sekitar 4 petang, baru langit cerah dan udara terasa sedikit nyaman. Akhirnya, aku tiba di IPS. Rupa-rupanya, ada satu step lagi untuk submit borang online itu. Sabar je la. Kena proceed wang pos RM30, I/C, salinan SPM dan beberapa dokumen lain.

"Kalau abang boleh siap cepat dan tiada apa-apa aral, bulan 7 ni boleh masuk la," kata Akmal. Kita hanya mampu merancang, selebihnya Dia yang tentukan.

Berbual dengannya banyak hal. Tak terhitung banyaknya. Hampir semuanya hal personel, dalaman gerakan Islam dan..biarlah rahsia.. (Ish, rajin sungguh no dok baca blog ni? Nak korek rahsia ya?? He.. he.. tak bole, tak bley..)

Saifullah call, aku sedang dalam perjalanan pulang dari UM ke SPKB. Jadi, tak sempat jawab juga dan kupasti semua ini ada kaitan dengan cerpenku.

Ya Rabb.. apa mahu jadi? Banyak sungguh hal yang belum dapat kuselesaikan. Malam ini dapat kuperhatikan juga bahanku tak tersiar di daily. Ini 'pembunuhan' secara perlahan-lahan. Bagaimana dapat kutebus wang lagi jika bahan-bahanku tidak tersiar?

Novel terjemahan bersiri bakal ditamatkan?
Sejak pagi tadi, ALO sms, bertanyakan bilakah novel bersiri itu akan tamat? Ada 7 bab lagi. Aku meminta agar dipertimbangkan dibuka sastera daily. Ini supaya, baki terjemahannya dapatlah juga kuhumbankan ke dalam daily kelak.

Tapi, ALO kata, "Nanti dulu sastera daily tu." Phew.. ruang karya sempit, dan fikiranku makin terhimpit. Sudah kurang kerana dikurangkan. Dan, tak dapat disiar tu, entah sebab apa pun aku tak tahu. Aku rasa, mutakhir ini tak sensitif sangat pun artikel tu.

Cerita tentang kebebasan akhbar seperti yang diminta juga. Apa kekangan, aku tak tahu. Ujian, ujian..bayangkan. April ini cuma 11 artikel sejak 27 April, (hari ini). Bermaksud, aku mungkin terima sekitar RM500 lebih saja April ini.

Bilik sewa RM200, tinggal RM300. Walhal aku 'dicabar' dapatkan RM2,000 sebulan. Beriman dengan firman Tuhan itulah sebaik-baiknya bekalan.

Lidah insan.. dulu lain, sekarang lain.. JobStreet!! Ada kekosongan tak? Lelong..lelong!

Ruangan sastera di Harakah edisi cetak itu, menurut ALO, sebagai yang dimaklumkan kepadaku lewat sms, akan diisikan dengan novel bersiri Faisal Tehrani.

Ruangan sastera ini tak cukup semuka sahaja. Macam mana aku nak jelaskan hal ini? Ruangan sastera ini sepatutnya diberikan kepada seorang saja untuk mengawal (1) cerpen, (2) puisi, (3) kritikan sastera, (4) novel bersiri.

Masalahnya, cerpen pun panjang. Kalian ada cara tak untuk atasi hal ini? Aku tak pula dipanggil dalam mesyuarat untuk bentangkan masalah-masalah ini.

Satu kepala saja untuk kawal dua halaman sastera
Apabila semuka ruangan saja, confirm fail. Ada satu cara->SATU KEPALA yang mengawalnya. Jangan 2 halaman dinakhodakan 2 kepala.

Kunci penyelesaiannya terletak di situ.. Wallahu'alam..

Katakan benar walaupun pahit, ini prinsip, falsafahku yang insya Allah akan kekal, tidak berubah sampai bila-bila. Dan aku terpaksa menanggung derita kerananya. Keturunan dan darah yang mengalir dalam tubuhku tidak fasih berbahasa hipokrit..

Tiket free Star Trek
Tension-tension.. mujur penawarnya ada untuk merawat ketegangan ini.. Ya Fansuri.. saksikan Star Trek - 5 Mei (Selasa) / 9.00 p.m / Cathay Cineleisure Damansara.

Currently have 0 comments: