Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

24 Rabiul Akhir - 1 Jamadil Awwal / 20 - 26 April

Monday, April 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:54 AM

1 Jamadil Awwal / 26 April (Ahad)

Awal pagi sekitar jam 9, ALO kirim sms - set interview dengan Pak Said Zahari, Samad Said dan wartawan-wartawan untuk Hari Kebebasan Akhbar.

Huh.. sekali lagi, sapa kata freelance benar-benar free?

Hari Akhbar Sedunia jatuh pada 3 Mei. Tarikh ajal PTS 8 Mei. Aku perlu bincang dengan penerbit kalau tarikh itu boleh anjak. Tuhan bantulah daku..

Wanto call minta nama, alamat dan lain-lain untuk pertandingan merebut Myvi. Aku beri semua itu lewat sms. Aduhai, bermacam cara nak cari duit :)

Mak call. Adik berkata yang dia kasihan kepadaku. Tetapi tidak terdaya nak membantu lantaran dirinya sendiri yang masih belum stabil. Rasa kasihan perlahan-lahan mula menyelubungi hatiku kini.

"Dia macam nak menangis," kata ibuku. "Dia kesian kat abang. Tapi, dalam masa yang sama, dia pun tak stabil sebenarnya."

Aku diburu rasa bersalah dan aku meminta maaf. Sms kuberikan kepada adik selepas aku jawab panggilan ibu dan tiba-tiba, ketika daku sedang menaip ini, dia mengirim sms, "Abg nak jumpa tak hari ini? Dalam pukul 3 sat gi bolehlah jumpa."

Huh! Sayu betul hatiku yang romantis banget ni.. Rasanya mungkin boleh jumpa lewat sikit. Jam 3 p.m ada Aquamarine. Emma Roberts berlakon masa kecil. Cun juga dan aku tak sanggup tinggalkan rumah. Sambil mengarang, tengok tv.

Dinihari semalam, ada maklumat baik dari UM. Biarlah rahsia dulu. Ya Tuhan, bantulah daku ini dalam membuat sebarang pilihan terbaik, benar dan bijaksana..

KEMASKINI! (2:11 p.m)

Selesai menonton Aquamarine, saya ke PWTC, mengunjungi pesta buku buat kali terakhir. Pada hari ini, ada diskaun melampau-lampau, demikian kata orang.

Nampak Kang Abik (Habibur Rahman El-Shirazi) di Galeri Ilmu. Jumpa Tabiin, Abg Mat Sapar di Blue-T. Eh! Eh! Nampak macam Ummu Hani, tapi tiadalah berani kutegur.

Saya round tingkat atas, beli buku ITNMB; Siddharta mengisahkan kembara rohani samana (pertapa) Buddha yang mencari kebenaran dalam diri. Harganya RM20 lebih; melayakkan saya mengisi borang peraduan untuk mendapatkan kereta Myvi!

Turun ke bahagian bawah, terserempak dengan Radzi Sapiee, pengarang buku Berpetualang Ke Aceh. Dia membekalkan daku beberapa ayat, zikir amalan untuk mengesan dan menjejak silsilah dalam diri sendiri.

"Kalau boleh jangan beri DNA kat US," katanya. "Takut nanti dia detect kita sebagai pewaris kepada golongan yang pernah angkat pedang memusuhi mereka dahulu."

Aku termanggu kehairanan. Bila masa pulak keturunan kita pernah angkat pedang kepada kaum Barat di Eropah? Mungkin dia ada tafsiran lain?

Di tempat yang sama, aku bertemu Azizi Ali. Ternampak bukunya bertajuk Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah? Dia nampaknya kurang bercakap. Selepas bersalaman dengannya, saya pun belah. Apakah buku ini dapat membantu?

Keinginan dan keghairahan menjadi seorang Don dan Abel menyebabkan saya membeli buku ini. Ilmu mengenai hartanah, mesti selalu dikemaskinikan! WAJIB!
----------------------------------------------------------
29 Rabiul Akhir / 25 April (Sabtu)
Hari ini aku menaip isu Zionis dan hubungannya dengan Freemason. Seharian aku mengerjakan tulisan itu. Petang tadi, bertemu Syukor, pemilik website Jutawan Emas di Restoren Kg Pandan, Jalan Yap Kwan Seng.

Rupanya, dia memang ditunggu-tunggu para pedagang Forex di restoren itu. Dia memberiku beberapa tips menulis blog apabila dia tahu aku penulis sambilan.

"Masuk Amazon.com, cari buku Pro Bloggers..." katanya. Banyak tips diberikan. Kesimpulan perbincangan ringkas itu, dia berkata..

"Saya sebenarnya bukan berdagang emas. Saya memperdagangkan ilmu saya," katanya lagi dengan penuh minat dan bersemangat.

"Saya dibayar Public Gold, sekitar RM1,500 sebulan. Last month dapat RM5,000 untuk tulis flyers mereka," katanya. Akhirnya dia beri 1 Dinar Public Dinar yang kubeli daripadanya dengan harga RM459 lewat Maybank2u dulu.

Aku terdiam mendengar penerangannya. Banyak juga sebenarnya keuntungan penulisan ini jika kita boleh mencapat tahap pakar. Banyakkan pembacaan dan apabila orang percaya kepada kita, nilai harga diri pun bertambah mahal.

Tengah hari tadi call adik dan aku mendapat pelajaran baru. Di dunia ini menjelang kiamat, ahli keluarga pun tak boleh bantu kita. Bukan sahaja di Padang Mahsyar. Kat dunia lagi, mereka tak akan, dan sukar bantu kita.

Apabila kita dilanda masalah, ada nikmatnya juga. Ketika ini kita tahu siapa benar-benar kawan. Masa senang, susah kita nak membuat penilaian ke atas mereka.

Cik Pyan call. Dia berada di Pesta Buku, PWTC. Aku ingat pesta ini, esok hari terakhir, aku cuba pergi kalau sempat. Terkadang, aku rasa, sekarang bukan zaman aku membaca sangat, tapi era menulis buku, kurangkan membaca kecuali sedikit.

Malam ini kulihat Abel (Kane & Abel) semakin bersemangat. Dia mendapat pinjaman untuk bina semula empayar perniagaannya untuk membina jaringan Hotel Baron.

Kalau mahu lihat kerasnya semangatku, perjuanganku, lihatlah pada wajah dan pada anak mata Abel. Mungkin itulah watakku yang sebenarnya. Kalau aku mahu sesuatu, aku akan cuba, walau banyak impian tak tercapai sebenarnya. :(

An sms. Katanya, kena follow up IPS selalu. Dia beri nama yang perlu kerap dihubungi untuk menyebabkan pemprosesan borang berjalan lancar.

Masa rehat sambil mengarang lain-lain tulisan tergendala sambil tonton anak didikku bertarung. Jesbon namanya. Baik, berhenti di sini dahulu. Adios!
----------------------------------------------------------
28 Rabiul Akhir / 24 April (Jumaat)
Hari yang berkualiti. Dapat surat ar-Rahn. Rupa-rupanya loket emas tu masih milikku. Ingatkan dah ditebus orang.

Yes! Tunggu duit kutu Mei ini, i''Allah, jika tiada aral, loket tu akan pindah milik menjadi salah satu hartaku. Aku akan jadi kapitalis!

Jadi Don, Kane, Abel best! Pelabur & pelaburan. Melabur dalam perhotelan macam Abel ok juga. Walau ekonomi gawat, sektor pelancongan tetap kukuh. Pelancong kerap datang bertandang ke Malaysia.

Sebelum Jumaat, pergi bertemu agen bank RHB. Serah dokumen dan rupanya ada dokumen lain yang perlu diselesaikan. One more step.. Go! Go! Go! Chaiyo!

Solat di Masjid Asy-Syakirin. Ada flyers mengenai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Aku perhatikan dalam percakapan orang-orang tertentu, juga catatan tertentu, ada disebut Zionis ini akan berakhir. Zaman malapnya berkubur sekitar 2012.

Jika andaian ini benar, bermakna ada 3 tahun lagi untuk kita berjuang sebelum kiamat atau pun Armageddon (istilah kiamat menurut Bible)

Tebus 1 dinar emas. Minta penjelasan tentang loket. Akhirnya mereka keluarkan surat gadai lain yang perlu kuserah kepada Pesuruhjaya Sumpah.

Pergi ke UM. Alhamdulillah, dapat daftar master secara online. Kali ini tak perlu lagi beli borang dengan harga RM10 itu. Sempat chat dengan kaksu. Dia tengah taip untuk kolumnya di Harian Metro. Siapakah editor HM yang dia berurusan itu?

Usai daftar master lewat borang maya di IPS, UM, jumpa Akmal. Minum-minum dan berbual banyak hal; master dan teliti peluang-peluang penyelidikan di UM. Beliau merungut mengenai kelewatan pemprosesan borang.

"Akhirnya, saya hantar borang dan minta mereka cop sendiri," katanya. "Sehari, dua hari dah selesai urusan pendaftaran tu." Mereka malas hantar borang, tambahnya.

YES! Selepas 8 April, hari di mana aku merdeka sepenuhnya daripada Malaysiakini, maka pada 24 April, barulah aku daftar master. Kira-kira 2 minggu juga hasrat itu tertangguh dan tertunda ditelan kesibukan pekerjaan yang entah hapa-hapa.

Perakam sejarah
Kulihat anak muda di depanku ini adalah perakam sejarah. "Itulah pertama kali saya jumpa Hasni DBP," kata Akmal, ketika mengingatkanku pada malam di mana aku berbual dengan Hasni di luar Kompleks Persada semasa Kongres Permuafakatan Melayu berlangsung Mei tahun lalu. Ia nostalgia yang menyeronokkan.

Aku teringat Lukman Husaini. Dia pun cakap bahawa itulah kali pertama dia bertemu Hasni. Aku ingat depa dah kenal lama dah.

Aku bertemu Hasni saat aku dan Kak Sum, menemubual Hasni untuk Siasah. Saat itu aku dapat surat menyatakan bahawa aku dapat tempat kedua puisi DBP. Hasni beritahu aku di mana kedudukan Dewan Banquet itu.

Kongres Permuafakatan Melayu, Persada JB adalah antara 'turning point' dalam hidupku. Sejak Akmal kenal Hasni, mungkin mereka berhubung. Sejak itu, kata Akmal, Hasni nyatakan hasrat mahu bertemu mereka yang anti PPSMI.

"Hasni cakap, dia nak tiru macam di Indonesia," jelas Akmal. "Di sana, kaum pelajar dan kaum buruh dah bersatu menumbangkan Suharto."

"Sebab itu, kesatuan sekerja DBP nak join dengan PKPIM," kata beliau lagi. Dalam perjumpaan di Yayasan Penataran Ilmu, kata Akmal, PKPIM jadi orang tengah antara Pena dan Gapena. Dan pada malam-malam di mana mereka bermesyuarat itu, telah pun dilantik jawatankuasa baru! Jawatankuasa pelaksana kalau aku tak silap.

Kalau aku hadir dalam mesyuarat yang Faisal beritahu di YPI itu, entah-entah nama aku sudah termasuk dalam jawatankuasa itu dan jangan-jangan pihak polis pun dah mengambil keterangan aku macam depa ambik keterangan Pak Samad Said, Puan Ainon dulu di Rumah Pena. Aku hadir sebagai pencatat peristiwa itu.

Aku masih teringat detik itu, kerana aku diminta Faris (Fathi Aris Omar) dan Abang Nash untuk buat liputan tentang polis mengambil keterangan mereka ini. Kalau Akmal menulis, dia antara perakam sejarah. Patutla Saifullah minta daku menulis cerpen yang terkait dengan perjuangan mahasiswa memansuhkan PPSMI.

Artis nak rapat dengan PR?
Balik SPKB. Maghrib. Tetiba ALO call. Minta datang ke Harakah. Saat berbual, dia meminta aku buat seperti penulisan bersiri mengenai kewartawanan. Betul ke ni? Ke, aku silap dengar. Atau.. aku salah faham, salah tafsir atau pun dia salah cakap?

"Kita kena hebahkan tentang Hari Akhbar pada 3 Mei ini," katanya ketika makan-makan di Restoren Haslam. Balik Harakah semula, rehat-rehat dan terdengar pergolakan dalaman dalam bualan ALO, TMJ. Al-Maniri sasaran mereka.

Alamak..cerpen yang Saifullah minta tu, baru separuh siap, malam ni ALO minta aku tulis isu baru. Huh! Sapa kata kerja freelance ni mudah? Selepas cerpen, tulis kertas kerja PENA.. lepas tu ulasan buku tuan Amin..

Then.. projek penulisan mengenai Hari Akhbar! Allahu Akbar!

"Erma berapa kali balas sms ana bila ana sms dia," kata ALO mengoyak kisah lama. Kali ini dia buka topik baru. "Artis-artis ni, depa melihat PR ini sebagai kerajaan menanti. Sebab itu mereka cuba rapat dengan tokoh-tokoh PR."

Aku teringat Siti Nurhaliza jumpa Nik Aziz. Aku teringat Erma Fatima buat pementasan teater untuk minta komen Nik Aziz. Adakah benar pandangan ALO itu? Entahlah.. hati manusia ini tak dapat kutelaah. Aku bukan wali-wali yang terus mata. Tapi, hasrat menjadi Wali Akbar memang ada. Fuh! Impianku ini tinggi mengawan..

Aku lantas teringat tulisanku yang tersiar tentang teater pagi tadi; Teater alat asuhan akal budi? Tetapi, hasratku terbantut oleh kesedapan memikirkan siri penulisan kewartawanan syor ALO itu. Aku fikir syor itu menarik sekali.

Sedikit tentang tulisanku itu. Pabila kuusir sikit perenggan yang dianggap 'menyindir' Tok Guru, boleh pula masuk dalam web. Agak-agaknya, memang menjadi pantang kot. Jangan cari masalah dengan orang atasan. Tak apa.. sabar je lah..

Ok stop..habiskan cerpen.. 2, 3 pagi nak berfoya-foya di Jln Yap Ah Shak, lihat Melayu keluar aktiviti clubbing. Tak pa, girl friend tak dak.. sapa nak larang?

Malam ini kan malam Friday Nite Fever? Enjoy, enjoy dan enjoy!!!

Nih Fansuri! Tuhan tu nak letak di mana? Err..tak pa, lepas tu solat tahajud dan taubat 4 rakaat. Kira setel la kot.. Ampunkan daku ya Tuhan..
----------------------------------------------------------
27 Rabiul Akhir / 23 April (Khamis)
Selesai taip bahan sastera Harakah. Kini mula tugasan mengarang cerpen untuk mengisi keperluan pelajar PKPIM yang terlibat dengan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu. Selepas itu, barulah dapat kutumpukan pada PTS.
Nampaknya, bahanku mengenai teater itu masih belum terapung. Aku cuba bedah siasat lagi dan cuba buang beberapa perenggan yang aku fikir mungkin ada unsur sensitif di dalamnya. Bila aku dapat bina website setaraf Malaysiakini ni.
Pagi tadi, Syukor Jutawan Emas mengirim sms, mengesahkan bahawa beliau telah menerima wang transfer lewat Maybank2u untuk urusanku membeli dinarnya. Mungkin esok lusa dia ada di KL dan boleh kuambil semula dinar itu, insya Allah.
Deringan telefon berlaku beberapa kali hari ini. Rupa-rupanya Haji Amin yang meminta aku ulas bukunya telah menelefonku tadi. Maaf tuan haji. Sibuk menterjemah punya pasal, tak dapat nak angkat telefon. Nanti saya call tuan semula.
Terbaca laporan di Malaysiakini - Tuduhan palsu terhadap Malaysiakini.
Kah! Kah! Kah! Awat la teruk sangat puak-puak Umno nih? Nak membodek raja sekali pun biar berhemah. Jangan pakai hentam saja. Kena tengok, selidik dan siasat dulu.
Tuhan beritahu kita dalam surah al-Hujurat bahawa kita perlu siasat setiap berita perkhabaran daripada orang yang fasiq. Ini kerana tersilapnya kita menjatuhkan hukuman ke atas orang yang tidak bersalah, nanti kita akan menyesal.
Suatu ketika dahulu, arwah Ustaz Fadhil Noor pernah berucap dan Mastika Junaidah dari Arau telah bangkit menyatakan, bahawa dia tidak rela bahawa sultan dan rajanya dihina. Jadi dia pun bangkit membela sultannya.

Maka dijawab oleh arwah Ustaz Fadhil lebih kurang begini: "Janganlah Arau bimbang, raja untuk Arau adalah raja bagi semua rakyat. Kita bantah titah sultan itu kerana kita tahu yang titah sultan itu ditulis oleh BN sendiri."

"Jadi, membantah titah sultan itu pada hakikatnya bukanlah menderhaka kerana titah sultan itu ditulis oleh Umno sendiri," kata beliau.
Akhirnya, Ust Fadhil menyindir ahli Parlimen Arau itu dengan berkata: "Janganlah mengampu kalau tak tahu cara-cara nak mengampu."

Fuh! Puas hati betul aku mendengarnya. Padan muka.. Jadi, kes nak mengampu Sultan Perak ni lebih kurang kes MP Arau mengampu Yang Dipertuan Agong di Parlimen suatu masa dulu.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Mengampu pun berpada-pada, kalau nak buat laporan polis tu kena fikir dua, tiga kali, demikian pepatah Fansuri.

Aku kena ringkaskan penulisan blog. Ia telah memakan masaku mengarang, menelan waktuku untuk merancang kehidupanku. Hari ini, tergendala urusan ke UM untuk ambil borang master, urusan loan bank. Antara kejayaan ialah dah berjaya beli Dinar.

Muslim yang baik mestilah menjadidkan hari ini lebih baik daripada semalam. Perlu sentiasa ada peningkatan positif dalam hidupnya. Kini, aku perlu rancang penulisan. (1) Cerpen untuk PKPIM (2) Kertas kerja PENA (3) Buku PTS..

Oh! Baru teringat..ada kerja baru. Ulasan buku Hj Amin.. Oke stop, nak tengok Aqso dan Madina kejap.. Ya Allah, berilah aku kelebihan mengatur, menyusun jadual waktu.
----------------------------------------------------------
26 Rabiul Akhir / 22 April (Rabu)
Rupa-rupanya, Public Dinar kemaskinikan harganya banyak kali dalam sehari. Hal ini tak sama dengan Ar-Rahn. Harganya naik RM pada jam 3:51 petang.
Dinar Selling Price Buying Price
1 dinar RM 459.00 RM 431.00
5 dinar RM 2287.00 RM 2161.00
10 dinar RM 4553.00 RM 4325.00
Last updated 22/04/09 3:51 PM

Dinar Selling Price Buying Price
1 dinar RM 458.00 RM 431.00
5 dinar RM 2282.00 RM 2156.00
10 dinar RM 4543.00 RM 4316.00
Last updated 22/04/09 12:50 PM

Ini harga emas di Ar-Rahn. Tapi, tiada stok. Ada atau ditiadakan, itu kurang pasti.
DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 914.60 874.60
1 Dinar 463.80 443.80
1/2 Dinar 237.90 227.90
1/4 Dinar 125.40 120.40

Wednesday, April 22, 2009

Ikram membalas mel-eku semalam-menyatakan bahawa tarikh ajal untuk serah manuskrip itu ialah pada 8 Mei. Mampukah daku menyiapkannya?

Syukur. Walaupun Don F tak mendapat tiket Queen of Langkasuka, tapi aku berhasil mendapat tiket free itu. Bak kata Wonderpets, "Apa yang penting.. kerjaasamaa.."

Kursus 'Kewartawanan Baru' di Jakarta
Mendapat pelawaan daripada Siti Nurrofiqoh untuk mengikuti kursus Kewartawanan Baru (New Journalism) di Jakarta Selatan. Tambangnya, Rp 3 juta bersamaan RM1,200, selama 2 minggu kurang lebih. Sapa nak ikut, jom join sekali?

Undangan Kursus - Pantau
Wednesday, April 22, 2009 11:49 AM
From: Siti_pantau@yahoo.com "Siti Nurrofiqoh"
View contact details
To:ibnuamir@yahoo.com

Salam,

Mas Ali Bukhari,

Apa kabar...? Semoga selalu dalam keadaan yang terbaik. Dalam kesempatan ini saya ingin menginformasikan kepada Anda mengenai pelaihan menulis yang Pantau adakan secara reguler. Siapa tahu Anda atau rekan di sana memungkinkan untuk bisa ikutan. Penjelasan tentang kursus di bawah ini. Terima kasih.

Kursus Jurnalisme Sastrawi – Pantau

Angkatan XVII

Jakarta, 25 Mei – 5 Juni 2009

”Pola kerja media hari ini tak pernah lengkap menceritakan sesuatu, apabila hanya berupa straight news. Itu hanya short memory. Hari ini menulis gempa, esoknya tsunami, besoknya lagi BBM.”

Goenawan Mohamad, Guest spekar kelas jurnalisme sastrawi angaktan ke XV Juni 2008

“Berita buruk bagi industri koran di dunia adalah kita mulai kehilangan relevansi. Apa yang disajikan koran sebenarnya sudah bukan berita lagi. Tapi news rewriter.”

Endy Bayuni, guest speaker kelas jurnalisme sastrawi angkatan ke XVI januari 2009

Hari ini hampir tak ada warga yang mendapatkan breaking news dari suratkabar. Mereka mendapatkannya dari televisi, radio, SMS, telepon atau internet. Tantangan baru muncul: bagaimana cara menulis panjang? Bukankah relevansi suratkabar makin terletak pada kemampuannya menyajikan analisis?

Inilah pentingnya The New Journalism. Ia mengawinkan disiplin paling keras dalam jurnalisme dengan daya pikat sastra. Ibarat novel tapi faktual. Gerakan ini dimunculkan Tom Wolfe pada 1973 di New York.

Genre ini kemudian dikenal dengan nama literary journalism atau narrative reporting. Suratkabar-suratkabar Amerika banyak memakai elemennya ketika kecepatan televisi dan dotcom memaksa mereka tampil dengan laporan-laporan yang analitis dan mendalam. Suratkabar tak mungkin bersaing cepat dengan televisi.

Pantau mulai mengadakan kursus ini tahun 2001. Total, Pantau sudah mengadakan 16 kali kursus. Peserta datang dari berbagai kota, dari Banda Aceh hingga Jayapura. Alumninya, kini mulai bermunculan. Ada yang menulis buku. Ada yang jadi pemimpin redaksi. Ada yang sekolah lanjut.

INSTRUKTUR
Janet Steele -- Profesor dari George Washington University, spesialisasi sejarah media, mengajar mata kuliah narrative journalism. Menulis buku The Sun Shines for All: Journalism and Ideology in the Life of Charles A. Dana dan Wars Within: The Story of Tempo, an Independent Magazine in Soeharto’s Indonesia, yang ahlibahahaskan oleh Arif Zulkifli dan diterbitkan oleh P..T. Dian Rakyat tahun 2007. Juga menulis tentang jurnalisme di Timor Leste dan Malaysia.

Andreas Harsono -- Wartawan feature service Pantau, anggota International Consortium of Investigative Journalists, mendapatkan Nieman Fellowship di Universitas Harvard. Menyunting buku Jurnalisme Sastrawi: Antologi Liputan Mendalam dan Memikat. Kini menyelesaikan buku From Sabang to Merauke: Debunking the Myth of Indonesian Nationalism, membahas hubungan media dengan kekerasan etnik, agama dan nasionalisme di Indonesia dan Timor Lorosae.

INSTRUKTUR TAMU
Lin Neumann -- konsultan Southeast Asia Press Alliance, Senior editor Jakarta Globe.

SYARAT DAN BIAYA
Kursus ini akan berlangsung dua minggu. Peserta adalah orang yang biasa menulis untuk media. Setidaknya berpengalaman sekitar lima tahun. Peserta maksimal 16 orang agar pengampu punya perhatian memadai buat semua peserta. Calon peserta diharapkan mengirim biodata dan contoh tulisan agar pengampu mengetahui kemampuan dasar peserta lebih awal. Biaya Rp 3 juta. Biaya tersebut sudah termasuk buku dan materi kursus non buku sekitar 200 halaman serta coffee break dan makan siang.

Informasi:

Siti Nurrofiqoh
P a n t a u
Jl.. Raya Kebayoran Lama
No 18 CD Jakarta Selatan 12220
Telp/Fax. 021 722-1031/021-7221055

Email. Siti_pantau@yahoo.com
Website. www.pantau.or.id
Mobile. 0813 82 460 455 – 0858 1414 5669
### TAMAT SURAT ###
Suatu masa dahulu, ketika aku menulis laporan berhubung Kg Berembang, seorang ketua pemberita mengkritik aku dengan menyatakan laporanku seperti bukan berita kerana ada unsur-unsur sastera. Aku tahu dia pun kurang arif dengan New Journalism.

"Mujur ada fakta," katanya ketika kami minum petang di Medan Intan (Diamond Square). "Jadi, aku pun terima laporan tu, tapi unsur sastera tu aku buang."

"Tak perlu banyakkan kisah pepatah, bagai melukut di tepi gantang dan lain-lain," katanya lagi sambil menyindir aku. Aku rasa, dia pun tak tau apa itu kewartawanan baru. Dan, laporanku itu pun mungkin belum mencapai taraf, tahap dan kurang menepati, memenuhi ciri-ciri laporan kewartawanan baru.

Tapi, setidak-tidaknya aku mencuba. Jadi atau tidak itu lain cerita. Kalau ikutkan rasa hati, nak juga aku tunjuk 'kemaih' dan tumbangkan egonya. Aku rasa dia tak tahu apa sebenarnya laporan New Journalism yang aku cuba tulis lewat tragedi di Kg Berembang itu. Dalam agama, watak ini dipanggil jahil murakkab (bodoh sombong).

Cerpen mahasiswa
6:55:27 p.m - Terima sms daripada Saifullah, GMP. "Ingatan. Penulis buku catatan Mac 7. Masih berbaki 5 hari." Ya Tuhan.. banyaknya timbunan kerja!

Cerpen siswa. Aku perlu siapkan segera. Kertas kerja untuk dibentang di Pena, buku PTS. Arghhh.. tensennya.. Kenapa masih ketagihan menulis blog lagi nih? Ya Fansuri! Berhenti menaip sekarang!! Ya syeikh!! Berhentilah!!!

Ish, tengok tu, dok mengarang lagi. Oke, berhenti menaip sekarang. Full Stop! Ish, degil ketegar sungguh dia ni! Berhenti! Titik! Ish.. dok gatai menulis lagi. NOKTAH!

Huh lega (la hau la wa la, dok menaip juga Fansuri ni, pi selesaikan mengarang apa-apa yang hang perlu siapkan.. SEGERA!!)
----------------------------------------------------------
25 Rabiul Akhir / 21 April (Selasa)
Akhirnya, tak naik juga ketiga-tiga laporan beritaku semalam. Isk, isk, isk. Jadi, terbatallah usul ALO sebelum ini yang menyatakan, jika aku menulis berita dan mengurangkan ulasan, orang tak kata apa-apa dan makin seimbanglah sikit.

"Kena pandailah cara-cara nak hidup dengan orang ni, buatlah berita sama," katanya.

Huh! Mana ada? Bila aku hantar berita tak naik pulak. Di mana kejujuran?

Dulu, fulan hantar sms, "Hantar ke beritaharakah@yahoo.com untuk disunting..". Masalahnya, kalau aku hantar, hangpa nak tengok dak? Hangpa baca dak? Hangpa buka mel-e aku tak? Hangpa tak bukak mel aku.

Last-last, ALO bagi password pada aku untuk memeriahkan keadaan, sebab tengok daily tu tak bergerak-gerak. Lepas tu, hangpa bising pulak.

Macam mana hangpa nak jawab soalan aku ni? Dulu suruh aku ikut prosedur, hantar ikut mel-e tu. Tapi, bila aku hantar, (dan kalau hangpa jujur dan bertanggungjawab), hangpa akan up bahan beritaku. Tapi, tak up-up pun walaupun aku ikut prosedur dah la ni. Macam Umno jugak la. Main tarik tali.

Cubalah jangan dok buat naya sangat kat orang. Aku buat naya kat mana sangat ni? Aku pun tak tau. Tuhan.. jangan kau curah hatiku dengan penyakit-penyakit. Amiin..
Harga emas naik semula
DINAR SELLING BUYING

2 Dinar 914.60 874.60

1 Dinar 463.80 443.80
1/2 Dinar 237.90 227.90
1/4 Dinar 125.40 120.40

Tuesday, April 21, 2009

Nanti aku kena tengok balik sama ada dah ada stok atau tidak emas ni.
Baru dapat berconference dengan Nizam. Sejak kelmarin dan semalam dia asyik mendesak aku untuk berbual dengannya lewat chat di Skype.

"Pak Lah nak turun bulan 7 ni, tak mahu jadi ahli Parlimen Kepala Batas," katanya. Ceh! Betul ke tidak aku tak tahu. Rajin merapu juga si dia ni. Tetapi, dia ni la antara penyokong kuat apabila aku hampir-hampir dikenakan tindakan Auku di USM dulu.

Walaupun dia Umno, tapi dia bagi sokongan moral. Daripada dia inilah, aku belajar 'the power of money'. Umno dan duit-hubungan yang tak dapat dipisahkan bagaikan Aqsa dan Madinah. Umno-duit-wanita-kuasa memang erat hubungannya.

Kisah Penanti
Aku harap Najib berani meletakkan calonnya di Penanti. Adakah dia fobia, hatinya makin takut dilanggar trauma? Adakah Najib dihinggapi penyakit sindrom kekerdilan diri? Selemah-lemah Abdullah, dia tak pernah berikan kemenangan kepada pembangkang secara percuma. Abdullah lebih 'kuat' dalam hal ini.

Rakyat, pembaca Utusan Malaysia dan Umno mungkin tidak bersetuju dengan usul tak meletak calon di Penanti. Mana hilangnya semangat Bugis dalam darah Najib?

Seorang kenalanku di Utusan sudah mahu mengamuk kepada Umno selaku majikan mereka. Ini mengenai isu gaji, peruntukan dan elaun. Amran dari NUJ Utusan hari ini mengirim sms kepada aku: "Terima kasih bantu lebih 300 keluarga Melayu di Utusan.."

Ulasan buku
Baru tadi (12:40 p.m) ada seorang penulis buku meminta aku menulis ulasan bukunya. Sudah bertambah buku lagi. Alhamdulillah.

"Nanti saya serahkan buku dan minta tulis ulasannya," kata beliau. Aku rasa satu bidang yang patut aku teroka adalah mengulas buku. Aku bercita-cita mengikut jejak langkah guruku T S Lanang. Tengok filem dan buat ulasan filem.

Masalahnya bila aku buat ulasan filem mesti ada Najib Altantuya. Aku hairan. Ramai orang gelak bila lihat cara aku tulis. Kenapa dia yang kerap dipersalahkan? Ya, memang aku bermasalah dengan Najib. Nantilah aku ceritakan i'Allah..

Ya.. menulis ulasan buku adalah suatu kerja yang menarik juga. Barangkali Masri Nurfair beri no hp aku kepada penulis itu. Mungkin hal ini bermula apabila aku menulis ulasan ringkas mengenai novel Bidadari Dari Timur.

Alamak, Masri kata nak bagi senaskhah novel itu sejak Rabu minggu lepas. Di manakah al-Masri sekarang ni? Aku mesti mintak nih..
Petang & Malam
Pergi ke opis jumpa ALO. Mahu minta slip gaji kalau-kalau boleh digunakan untuk mendapatkan rumahku. Idea ini tidak berjaya. "Kita berurusan dengan orang yang lebih bijak dari kita," kata beliau. Aku hampir putus asa.

Belum sempat melanjutkan bualan, dia menyentuh beritaku yang tak tersiar. "Kenyataan Prof Shaharir boleh menyebabkan kritikan semula ke atasnya," katanya. "Tidak perlu sains untuk bangunkan teknologi?" Aku faham apa maksudnya.

Hanya dua perenggan sahaja yang sentuh kenyataan itu. Tak ada penjelasan menyeluruh. Tetapi ada dua lagi berita, kenapa dua lagi tak naik? Perenggan yang meragukan itu boleh dibuang jika tak mahu ia dinaikkan. Letih nak berdebat.

Masa berjalan. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Buku PTS, kertas kerja untuk dibentangkan di Pena, road-tax motor belum selesai sejak disamun hari tu. Kalau banyak sangat debat, banyak urusan tak dapat nak diselesaikan.

Aku nampak laptop Nordin tadi. Harganya RM1,400. Bila tanya kat mana dapat, depa cakap kat kedai mamak. Ptui.. Banyak masa terbuang. Masa berjalan. Maklumat yang tepat aku tak dapat. Rasa berkenan pulak kat laptop kecil macam tu.

Tadi bayar kutu RM100 kat kak Sal. Bulan depan, Mei, tiba giliranku. Mungkin dengan duit kutu itu boleh kubeli emas (kalau masih ada stok) dan laptop kecil itu. Amin..

Pulang semula ke SPKB. Wanto call, minta pendapat tentang slogan terbaik untuk pertandingan di ITNMB. Ini pun suatu kaedah lagi untuk mencari duit tambahan.

Ikram PTS sms tanya perkembangan buku Nizar. Hati resah. Tapi, akhirnya dapat kugagahkan juga menulis sedikit catitan. Hasilnya selesailah fasa pertama. Aku berjaya sudahkan tajuk-tajuk dan bab tertentu. Alhamdulillah.. Rupanya, kita perlukan ketekunan. Tuhan suka orang yang melakukan kerjanya dengan tekun.

Nazmi Yaakob di BH call. Sah, dia pun hadir sama dalam program Pena. Ketika call, dia masih di opis, dan mahu pulang. Dalam fikirannya, aku masih di Malaysiakini.

"Kalau hang ada, nak ajak pi minum-minum di Bangsar," katanya. Ramailah orang masih keliru dengan kedudukanku. Ada yang ingat aku masih kerja kat Siasah. Ada yang ingat aku dah kerja di Malaysiakini. Susah juga macam ni. Orang keliru.

Keadaan ini mengelirukan orang-ramai dan kerap menyusahkan diriku sendiri. Bagaimanapun, aku harus tabah menghadapinya..
----------------------------------------------------------
24 Rabiul Akhir / 20 April (Isnin)
Aku patah hati hari ini. Tiga berita yang kuhantar tak tersiar. Depa buat dono saja. Masa siangku habis ditelan kerja-kerja yang tak dinilai orang. Patah hati ketiga terjadi kerana ketika emas dah jatuh hari ini, stok emas dinar masih tiada di Ar-Rahn.

DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 886.70 846.70
1 Dinar 449.80 429.80
1/2 Dinar 230.90 220.90
1/4 Dinar 122.00 117.00

Monday, April 21, 2009

Di laman web, harganya RM449.80. Tapi, kenapa ketika aku pergi di Ar-Rahn petang tadi, harga RM451.80? Mereka tak nak jual ke, lalu dikatakan stok dah habis?! Aku susah betul nak sangka baik dengan orang.

Tiba-tiba, malam ni, emas meningkat pulak dah! (Lihat graf jalur hijau) Ruginya..

Petang tadi, Saif DBP call untuk pengesahan untuk aku bentang kertas dalam program Pena dan dia minta nombor hp cikgu Sahrunizam.

"Aku call dia tak dapat-dapat, dia dah tukar nombor hp ker?" tanya Saif. Aku cuba siapkan hal yang dia minta itu secepat mungkin.
###SURAT DARIPADA PENA###
Kepada:-

Encik Ali Bukhari Amir Ruj: Kami: FK/PENA08-12/SUA-1114-(Bil.11/32)
(Sekolah Pemikiran Kg. Baru) Tarikh: 14 April 2009
No. 9A – 11, Wisma Hanilob 18 Rabiulakhir 1430
Lorong Raja Alang 1
Jalan Raja Alang
53100 Kampung Baru
Kuala Lumpur


Tuan

UNDANGAN MEMBENTANG KERTAS KERJA DI PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL 2009 (PPMN 2009)

Suka cita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN2009) bertemakan ”Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran”. Perhimpunan yang diselenggarakan oleh Biro Penulis Muda ini dijadualkan pada 22 hingga 24 Mei 2009 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

2. Antara matlamat PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi untuk penulis muda mengetengahkan isu, harapan dan saranan demi masa depan penulis serta sastera Malaysia. Perhimpunan ini dijangka akan dihadiri oleh seramai 300 peserta seluruh Malaysia dan Singapura.

3. Dengan itu, kami dengan segala hormatnya menjemput tuan untuk membentangkan kertas kerja bertemakan “Penulis Muda Tiada Perjuangan”. Untuk kelancaran pengurusan, kami memohon pihak tuan menjawab surat ini sebelum tarikh 20 April 2009. Jika kami tidak menerima jawapan rasmi daripada pihak tuan maka nama tuan akan digugurkan daripada senarai nama pemakalah. Sila kirimkan makalah tuan kepada alamat berikut: smzakir90@gmail.com sebelum 20 April 2009 untuk tujuan penerbitan prosiding. Atas sumbangan tuan, pihak kami akan menanggung makan minum, yuran penyertaan, penginapan dan dibayar honorarium.

4. Sokongan daripada pihak tuan tentunya dapat memberikan kesan yang besar terhadap kejayaan Perhimpunan Penulis Muda 2009 ini.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,


SAIFULLIZAN YAHAYA
Biro Penulis Muda
Merangkap Pengerusi Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009

S.K: i. YBhg. Dato’ Baharuddin Zainal
Presiden PENA
ii. YBrs. Setiausaha Agung PENA
### TAMAT SURAT###
Chat dengan Kak Su. Ternyata dia tidak dapat hadir acara PENA kerana dia akan terbang ke UK pada 2 Mei ini. Sebagai ganti, dia minta kuhantar borang referee secepatnya di alamat rumahnya di N9. Apakah aku dapat pergi ke Eropah juga menjelang Julai dan Ogos ini?

Kalau boleh biarlah beraya di sana, Ramadhan di sana.

Dapat tengok wayang percuma, Claustrophobia
SCREENING DETAILS
DATE: 28 April 2009 (Tuesday)
TIME: 9.00 pm
VENUE: TGV 1 Utama

Malam
Saya pergi ke Cathay Cineplex Cineleisure dan ada kemujuran berlaku. Bersama Abul, kumpulan kami sudah jadi 3 orang. Kaunter Malaysian Today dah ditutup. Maka, Fahmi dengan 'kuasanya' sebagai pemujuk telah berhasil mendapatkan 3 tiket!

"Dia dapat memujuk," kata Bro Shy kepadaku ketika kami berada di Mersing baru-baru ini. "Sebab itu, saya rasa dia boleh dapatkan pengiklan."

Di sini, aku dapati pesonanya ada dalam bidang pemujukan. Di universiti, di bawah Pusat Pengajian Komunikasi, USM, bidang advertising (pengiklanan) di'Melayu'kan sebagai pemujukan. Aku rasa Bro Shy tepat dan memang tadi Don F mengakui dan mengelamun panjang lalu perlahan-lahan dia rasa dia memiliki kuasa itu.

Seseorang itu akan bertenaga apabila dia mula menyedari di manakah kekuatannya.

Di Burger King disaksikan Fahmi, aku 'melamar' Abul untuk jadi sebahagian dari ahli kami. Boleh mereka berjumpa, kerap berbincang hal pergerakan dalam memujuk syarikat-syarikat membeli iklan dalam projek kami. Tapi, hal ini perlu dimaklumkan kepada Don Shy dahulu.

Semalam, Don F bercerita mengenai arwah Ustaz Nikmat Dehrang sebelum meninggal dunia dah mengunjungi Abg Mat Kassim (Ahli Parlimen PKR Kuala Kedah) dalam mimpinya. Dalam mimpi itu, arwah menunjukkan satu persatu ubat-ubat darah tinggi, kencing manis.

"Ustaz minta abg Mat teruskan perjuangan dia kot?" kata Don F.

"Oh, enta tafsirkan macam tu ka?" balas abg Mat. Tetapi aku punya tafsiran lain sikit. Mungkin ini ada kaitan dengan pesanan arwah agar kesihatannya terus dipelihara. Wallahu 'alam..

Abul bukak cerita mengenai Bad yang separa sedar pada suatu Subuh. Ada lelaki pahlawan yang datang kepadanya, bercerita mengenai beza waktu solat antara umat Isa dan umat Muhammad. Lelaki itu hilang dan Bad terus tersedar, lalu dia terus solat.

Aku tak mahu tahu siapakah lelaki itu. Aku mahu tahu apakah isi tajuk bualan yang disampaikan lelaki aneh itu kepada Bad. Mesti best kalau kita dapat bertemu roh-roh purba.

Abul juga bercerita tentang kilat memanah dengan kuat sebanyak tiga kali ketika Najib naik, jadi PM. Kejadian itu berlaku sehingga ada peralatan di rumah mereka rosak.

"Apabila seseorang itu tidak direstui, kuasa alam pun marah," kataku.

Currently have 0 comments: