Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17 - 23 Rabiul Akhir / 13 - 19 April

Monday, April 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:17 AM

23 Rabiul Akhir / 19 April (Ahad)
Tiba di Kolej Darul Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang. Antara idea-idea yang menarik, sempatku catat adalah kehadiran ahli falsafah Pramarta di Asia itu tidak kalah pentingnya dengan Aristotle dan Plato di Yunani (Dr Shaharir).

"Matematik sebenarnya tiada bahasa," kata Dr Shaharir. "Jadi, saya tak nampak kenapa kita beri penekanan sangat kepada bahasa luar."

Dr. Mat Rofa menyebut tentang Newton menulis buku dalam bahasa Latin. Hal ini ditegur King James. Newton tak percaya BI sebagai bahasa ilmu.

"Kenapa tidak mengarang dalam bahasa Inggeris?" tanya baginda kepada Newton.

"Bahasa Latin lebih luas dan bahasa Inggeris itu bahasa kampung," kata Newton.

Begitulah keadaan dan kedudukan bahasa Inggeris pada ketika itu. Hatta Bible pun ditulis dalam bahasa Latin. Sebab itu, di bawah King James, Bible dialihbahasa ke dalam BI. Maka, Bible King James pun lahir seperti yang wujud hari ini.

Ada banyak lagi pendapat menarik yang boleh diputarkan. Tapi, pemimpin kita mahu dengarkah pandangan ahli akademik yang bernas ini?

Terserempak dengan Aqil. Dia pelawa aku jadi webmaster Kesturi.net. Tawaran yang menarik! Tapi, dia terpaksa balik awal. Ada urusan sendiri agaknya.

"Nanti kita bincang lain kali dalam chat ke?" katanya, lalu kami berpisah.

Tengahari itu aku makan-makan, berbual-bual dengan kawan-kawan PKPIM lama. Di sana aku bertemu Wira, Zaid, Akmal termasuk beberapa orang adik-adik baru.

Daripada Wira aku dapat tahu tahanan ISA dibicarakan. Banyak yang terpendam yang tak digali lagi. Ringkasnya, antara hal-hal menarik tadi ialah..

1. Prof Bakar Hamid mahu bukukan ucapan Tun Razak. Aku fikir bagus. Tun Razak ada sejarah gelap. Yang tahu hal kisah gelap ini adalah A Samad Ismail, demikian yang aku baca daripada AF Yassin dan hasil bualanku dengan Pak Said Zahari, mantan Ketua Pengarang Utusan Melayu.
2. Zaid sudah berada di Senai, Johor. Dia tawarkan aku pergi ke Singapura. Dia kerap ulang-alik ke sana. Jual buku di Kallang. Ligat betul dia. Dulu dengan dialah aku turun hampir setiap hari di Singapura dan malamnya kami pulang ke Johor. Aku rasa tabiat ini aku warisi daripada ayahku semasa muda, sebelum dia bernikah dulu.
Dulu, ketika bujang dia pernah kerja di Johor dan dia kerap berulang ke Singapura. Ketika ikut ayahku bersama keluarga, dia masih ingat jalan-jalan tu. Dia tahu cari lorong-lorong short-cut. Aku bangga tabiat ini mengalir dalam darahku.
3. Akmal beritahu sejarah terpendam pembentukan SMM. Antara yang memberi nama itu ialah Amin Iskandar (Black). Dia antara yang hadir bersama Azwan, Jonah, Amin dan lain-lain lagi termasuk dua ahli Dema (lelaki dan perempuan).
Sudah lama juga aku pendamkan hasrat untuk menulis mengenai sejarah SMM ini. Aku hadir di dalam bengkel perbincangan penubuhannya di Kolej Era Baru dekat Kajang. Maklumat yang aku perolehi daripada Akmal tadi petang betul-betul berguna.

"Kami jumpa kat kawasan opis Malaysiakini dan 'Universiti Bangsar Utama' (UBU)," katanya. "Sambil hisap rokok Black cadangkan nama itu."

Akhirnya, setelah berbual mengenai dilema dan beberapa masalah dalam gerakan pelajar Islam, kami pun berpisah mencari haluan masing-masing.

Pesta Buku
Ketika pulang, saya singgah PWTC, Pesta Buku. Antara buku yang menarik ialah - Ensiklopedia Britannica, Britannica Online. Ada sebuah ensiklopedia dengan harga RM230. Kalaulah boleh bayar ansuran tanpa faedah. Memang ada..

Dalam ensiklopedia itu, termuat catatan mengenai Yahudi. Memang banyak tajuk mengenai hal Yahudi ini selalu menarik perhatianku. Entah kenapa.

Sekaranglah masanya untuk aku beli buku sebanyak-banyaknya. Dan buku itu mesti buku-buku yang bertaraf rujukan. Kalau buku-buku ulasan biasa, tak perlu lagi rasanya. Aku perlukan buku Almanac yang bagus, ensiklopedia yang berkualiti.

Antara buku-buku lainnya, To Think Like God (Arnold Hermann), Memoir of A Rebel Journalist (Wilfred Burchett), Marshall of Singapore dan S. Rajaratnam The Prophetic and The Political. --- Tuhan.. kayakan daku dengan pengetahuan..

Dan, paling penting Ya Tuhan.. jangan pahatkan hatiku dengan kesombongan..
----------------------------------------------------
22 Rabiul Akhir / 18 April (Sabtu)
Dinihari
Pergi ke Bank Islam dekat area Jalan Abdullah yang berhampiran Jalan Yap Ah Shak, tempatku selalu berfoya-foya pada malam Sabtu.

Berikut adalah cacatan ringkasku di atas sekeping kertas..

Laki-laki cacat tangan, merokok dengan kaki # Sunshine Classic # 7 body guard # .. sudah, tidak sanggup kuteruskan catatan gelap ini lagi.. Hanya dapat aku berdoa semoga amalan ini tidak akan berterusan dan sedikit demi demi ia akan berubah hendaknya.. amin..

Apabila suasana makin reda, saya bank-in cek sekitar 4 pagi.

Emas jatuh!
Emas jatuh lagi pada pukul 3 pagi tadi. Saya sms kepada Badik supaya dia dapat forward kepada adiknya yang bekerja di Ar-Rahn Negeri Sembilan. Di Jalan Raja Laut, stok dinar emas dah abis!

Rupa-rupanya, adik dia bekerja di bahagian pajak gadai dan bukan di bahagian jualan. Semoga Isnin ini harga emas kekal berada di paras terendah.

Malam ini kutonton Abel dan Kane. Dalam dialog-dialog tertentu pasti wujud ungkapan komoditi dan lain-lain hartanah. Sebuah karya, novel yang baik dibaca oleh mereka yang berminat dengan pelaburan, hartanah dan komoditi. Abel melabur dalam hotel. Aku rasa, aku perlu melabur dalam bidang perhotelan juga.

Dunia hari ini, (aku merujuk Malaysia khususnya) seperti terkeliru dengan pertarungan antara kaum, bangsa dan ras. Kita memang ada sedikit masalah perkauman. Tapi sebenarnya, sengketa kita adalah perseteruan antara kelas.

Perjuangan membabitkan kepercayaan, perjuangan melibatkan orang kaya menindas marhaen, pemodal kapitalis menindas buruh dan kaum pekerja. Perjuangan Rom vs Parsi pada era moden, melibatkan sengketa antara kelas, antara dua darjat! Bukan perkauman..

Parsi dan Rom
Dunia ini akan diberikan kepada lelaki yang baik. Ahmadinejad begitu low profile. Jika dilihatkan pada kedudukan dia ketika solat, dia bukan di saf depan seperti amalan kebiasaan pemimpin kita dan dia tidur seperti orang kebiasaan. Tiada bezanya!

Ketika Islam mula disebar, dua pucuk surat diberikan kepada kerajaan Rom dan Parsi. Hercules, Maharaja Rom menyambut baik surat itu sementara Kisra Parsi mengoyaknya. Rom menerima Islam berbanding Parsi. Tetapi, sekarang situasi terbalik.

Parsi (Iran sekarang) telah menerima Islam, malah mempertahankannya. Sementara Amerika, warisan Tamadun Rom purba telah menolak, menentang malah mengganyang kuasa Islam.

Syiah (atau ahli bait) sesudah era Saidina Ali mungkin banyak berpindah ke Iran apabila mereka itu diburu. Jadi, kedatangan ahli bait (syiah) ada dua gelombang barangkali.

Pertamanya kedatangan Maharaja Derbar Raja ke Langkasuka, (Kedah). Lalu dikatakan bahawa watak ini datang daripada Parsi. Gelombang kedua pengaruh Parsi tiba di Nusantara mungkin di Sumatera, Perlak atau pada zaman Wali Songo.

Semua ini tentunya memerlukan banyak pembuktian dan aku masih berminat mengkajinya.

Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Ke UKM, menghadiri Seminar Pemikiran Fizik Semasa. Ketika tiba, Dr Alinor bentangkan kertas kerjanya. Dia bercakap tentang Teori Topos dan Teori Kategori. Ramai penyelidik, termasuk la aku sendiri tak faham. Namun, ada beberapa perkara menarik juga..

1. Russell pernah dipenjarakan kerana menentang konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia. Hal ini boleh dirujuk biografi kehidupannya, jelas Dr Alinor.
2. Penafian ke penafian sesuatu adalah sesuatu itu. (Ayat ini mungkin salah, tersilap.) Ada ahli matematik mengemukakan pandangan itu sehingga dengan kenyataan ini membuktikan Tuhan wujud. Dia dikenali sebagai Agamawan Matematik.

"Ini menimbulkan keganjilan juga kerana ramai ahli matematik ateis (tidak percaya Tuhan)," kata beliau. Semua ini mengingatkan aku kepada bicara ayah dahulu. Katanya, Osman Bakar ada Islamkan orang melalui matematik. Wallahu 'alam..

Paling best, selepas tamat program, ada sebuah mesyuarat antara sesama ahli penyelidik. Dapat tahu ada 15 seminar lagi yang mana masih kosong tajuk-tajuknya.

"Kalau nak susun tajuk tu untuk bincangkan isu kewartawanan pun boleh," kata Aqil.

Malam
Pulang dari UKM, saya pergi ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa. Buku-buku yang menarik minatku - Kaca mata memoir seorang pengarah (Jamil Sulong), Menyingkap Misteri Pulau Besar (Ana Faqir).

Peluang kita dalam industri buku ini memang banyak. Tergantung kepada kita sendiri samada kita mahu meneruskannya atau tidak. Daripada sebuah buku, tidak hanya pengarang. Kita boleh menjadi penterjemah atau pun penyunting.

Saya tinjau sedikit-sedikit sahaja. Esok datang lagi insya Allah..
----------------------------------------------------
21 Rabiul Akhir / 17 April (Jumaat)
Aku terbaca laporan Nizar calon naib presiden PAS, Husam cabar Nasharuddin.

Kesian kat Rahim. Aku rasa corak laporan ni Fathi yang buat. Kalau ada istilah Erdogan memang tak dak orang lain. Dulu, aku disuruh Fathi menulis berita Pas. Lepas tu, aku tengok laporan tu makin memanjang dan ada ungkapan Erdogan.

"Hang tau Erdogan tu apa?" aku bertanya Jim pada suatu petang di Restoren Mydin di bawah pejabat Malaysiakini. Dia barangkali ingat aku tau banyak perkara.

"Yang aku tau, grup Husam dan Nik Aziz," jawabnya ringkas. Aku pernah dengan persekutuan ini, tapi tak tahu pulak Erdogan itu merujuk mereka.

Mungkin Fathi teringin nak tulis, tapi ada kekangan lain yang aku tak pasti. Lepas tu, wartawan bawahannya akan terkena tempias kemarahan orang-orang Pas.

Dalam bab nak 'pekena' sesama pengamal media ini aku teringat hari terakhir ALO di Siasah. Dia letakkan tajuk 'Abdullah Mengecewakan!' pada keluaran terakhir Siasah itu. MSO yang terima padahnya. 'Surat cinta' daripada KDN tiba ke hadrat MSO selepas itu. Dia tak boleh kata apa-apa. Itu hari terakir ALO di sana.

Demikianlah sebuah kisah ringkas mengenai bagaimana sesama pengamal media pekena sesama mereka. Kalau saya pecahkan cerita mereka, best jugak nih..

Ada panggilan lagi dari Kolej Darul Hikmah. Saya rasa mungkin MPP mereka kot.

"Keluar ikut susur keluar Kajang.." kata Ros, ketika memberikan panduan kepadaku. Ini, sudah masuk kali ke-3 mereka call ni. Kalau tak datang memang segan la.

Selesai masalah motor. Kena RM180. Nego punya nego, dapat RM163. Motor ini banyak bawak bebanan dan kemudahan kepadaku juga. Aku harus adil menilainya.

Harga emas jatuh, tapi stok habis!
Pergi ke Ar-Rahn dan gadai lagi 2 dinar emas. Dapat RMxxx (biarlah rahsia).

"Stok 1 dinar dan lain-lain semuanya dah habis," kata kerani itu. "Emas dah jatuh, sebab itulah ramai orang datang beli."

Cek tiba di Harakah. Dapatlah Rmx,xxx (biarlah rahsia). Syukur alhamdulillah..

Hari ini bermula pesta buku di PWTC. Chat dengan kak Nisah Haron tadi. Dia jemput datang ke sana. Juga, Wanto lewat YM, memberitahu kehadirannya Sabtu depan.

Paling penting, Bro Shy beritahu bahawa dia tinggal sorang-sorang di hotel Mersing. Kalau dapat ke Pulau Tioman hujung minggu ni best jugak.

Tapi, alamak.. Muz call, "Sama ada Sabtu pagi atau Ahad petang kita boileh tengok Queen of Langkasuka." Aku harus buat pilihan tepat dan bijak sekarang.

Siapa kata freelance journalist dan street writer ni bebas hidupnya? Sukar juga. Alamak esok ada Seminar Pemikiran Fizik Semasa di UKM. Ish.. waduh, wadus..

ALO call, dia nak minta buku-buku berkaitan Islam di Nusantara sebelum kedatangan kolonial, Portugis dan lain-lain kuasa penjajah.

"Zaman Wali Songo tuh?" aku jawab ringkas. Barangkali, ini semua untuk keperluan pengajian beliau di UKM. Aku ni bila lagi nak ke UM?

"Macam mana dengan tulisan?" dia mengalih perbualan. Ah! Macam biasa. Ada yang masuk, ada yang tak masuk, lemah aku menjawabnya.

Tadi lewat YM, ada pertanyaan, "Dengar kata, kena tendang dari daily?" Ini pun satu masalah lagi dengan minda dunia ketiga. Rakyat tahu ada sesuatu yang tak kena, tapi mereka tak bertindak, lalu mereka harapkan mukjizat Tuhan.

Berharap Tuhan 'bekerja' untuk mereka. Jika cara berfikir seperti ini ada dalam fikiran pihak atasan, maka orang bawahan letih dan patah semangat untuk meneruskan perjuangan. Tuhan bertindak, campur tangan ketika dilihatNya manusia bertindak.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga manusia itu sendiri yang akan mengubahnya." --- Sila rujuk surah apa dan ayat ke berapa..
----------------------------------------------------
20 Rabiul Akhir / 16 April (Khamis)
Awal pagi ini aku dikejutkan dengan sms Bro Shy. Dia bercerita darihal kegagahan lelaki dan kegagalan mereka disebabkan wanita. Mungkin kesan daripada belahan hatinya yang online semalam di YM. Tidak sempat aku respon dan terpaksa ku delete sms itu memandangkan inbox sudah penuh.

Mak sms. Dia dapat berasakan aku menghadapi hidup kesukaran di sini. Dia berkata yang dia teringat sangat kat aku di sini. Memang aku susah dengan timbunan kerja dan banyak lagi impianku yang tak tercapai dan hajat yang tak kesampaian.

Naluri seorang ibu tak pernah menipu. Aku lahir dari perutnya. Jiwaku, sebahagian dari jiwanya. Walaupun dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, dia mesti tahu aku separuh nyawa dilanggar trauma ketika disapa orang yang bukan-bukan di sini.

Trauma bermula ketika disamun dahulu. Sejak itu aku semakin berhati-hati apabila keluar berjalan malam-malam. Hatta semalam ketika baru pulang daripada membawa Shahrun pulang ke LRT Kg Baru, ada orang tanya, “LRT tutup jam berapa?”, aku menjawab acuh tak acuh. Tapi, kujawab juga dengan nafas keras dan darah berderau.

Ibu mungkin mendengar bisikan hatiku saat ini, “Hidup di ibu kota penuh pancaroba dan aku sudah berasa tidak selamat bernaung di bawah kolong langit Kuala Lumpur.”

Jiwa seorang ibu, dengan cepat menangkap pengertian gelombang yang membadai keras di dasar hatiku. Dia mungkin dapat menangkap kekecewaan apabila setiap hari aku selak jendela laman daily, dan aku kerap perhatikan bahanku tidak tersiar lagi.

Pasti naluri seorang ibu boleh mendengar keluhan dan bahan fikiranku yang mengeluh tentang untung nasibku bulan ini yang kurang mendapat duit disebabkan artikelku telah terpendam kerana dipendamkan untuk tidak disiarkan.

Dan nurani seorang ibu boleh menangkap jiwaku yang dihanyutkan sengsara kerana aku tak tahan melihat rakyat semakin bodoh kerana diperbodohkan Umno lantaran salah satu peluru untuk menembak Najib (iaitu aku) tidak dibenarkan hadir untuk keluar menembak tembok keangkuhan Najib.

Aku menulis bukan kerana semata-mata duit, tapi untuk memberikan kejernihan berfikir kepada umat ini. Sengaja Tuhan melahirkan aku kepada umat Melayu kerana di tangan akulah umat Melayu ini aku dimerdekakan dan diberikan kebebasan berfikir!

Mereka menulis untuk sekadar gah mencari nama. Tuhan.. telah kuikat tali perjanjian ini denganMu. Rungkaikan segala masalah dan kesulitan hidupku.. Berikanlah lebih banyak ruang untuk aku berkarya.. guna membebaskan umat ini daripada tipu daya.

Aku kirim semula sms untuk mendamaikan jiwa ibu yang bergelora.

“W’salam. Ali sihat. Tak ada apa-apa masalah..” Tapi sampai kapan aku mampu menipu naluri dan nurani seorang ibu?

12:43 p.m – Aku terima panggilan dari Saif, DBP. Persidangan Pena yang dijadualkan esok telah ditangguh ke 22 – 24 Mei. Atas beberapa alasan teknikal.

“Rupa-rupanya, ada sambutan sempena meraikan Melaka Bandaraya Bersejarah. Lepas tu, ada kondo yang diberi kerajaan Melaka, tapi tidak ada tempat persidangan pula,” jelas Saif lagi. Rasanya baik aku aktifkan dalam Pena juga selepas ini.

Rasa lega. Sepatutnya, aku kena dapatkan tandatangan Kak Su as referee untuk master di UM. Tapi, borang pun aku tak sempat ambil lagi. Lega yang kedua, ini menyebabkan aku boleh ke Kolej Darul Hikmah, anjuran MPP itu.

Kelegaan ketiga, boleh aku merayau-rayau di PWTC sempena Pesta Buku. Ada banyak betul kelegaan di sini kerana tertundanya persidangan Pena itu. Syukur.

Petang
3:20 p.m - Saiful call saya semula, dia minta saya jadi pembentang dalam Perhimpunan Pena di Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 22 - 24 Mei.

"Tajuk kau 'Penulis Muda Tiada Perjuangan?' biar provoke sikit," kata Saif. Tambahnya, turut hadir adalah Jaafar Hamdan, pegawai DBP wakil dari Sabah dan Sarawak. Ummu Hani, menurut Saif turut diundang bagi mewakili penulis wanita.

"Pengerusinya, Nazmi Yaakob," kata sahabatku itu. Tadi chat dengan Nisah Haron. Dia kata dia turut dijemput bentangkan kertas kerja di sana. Hmm.. aku perlu putuskan segera watak diriku ini. Adakah wartawan sasterawan atau sasterawan wartawan. Kecenderungan aku di mana? Aku harus jujur dengan kehidupanku sendiri.

Tonton Aqso & Madinah. Baru kali ini dapat tonton dengan puas hati. Selama ini kerap berada di luar dan tak sempat mengikuti kejelitaan Carissa & Marshanda.

Sempat catit ayat-ayat power tadi.. Cinta itu titipan Allah. Adakah kita perlu salahkan Allah kerana Dia menitipkan rasa cinta ini ke dalam hati kita.

"Tuhan, terima kasih kerana menumbuhkan bibit-bibit cinta dalam hati Aqso kepadaku," kata Carissa. Berikut adalah lagu tema Aqso & Madinah; Ketulusan Hati.

Marshanda - Ketulusan Hati


Selesai menghantar terjemahan Rice Without Rain ke Harakah lewat mel-e. Elok-elok hantar bahan terjemahan, Man tiba untuk bawa motorku ke bengkel sekali lagi. Susah nak jalan lagi lepas ni kalau motor rosak. Asyik tergendala je kerja dengan sebab ketiadaan motor ini. Tuhan.. berikan daku kekuatan walaupun ketiadaan motor.

Selesai hantar bahan, rehat-rehat sambil tengok telemovie Air Mata Buaya, kelakar betul. Dialog drama macam ni memang aku punya taste. Dialog lawak. Terkadang terasa watak Eizlan sebagai buaya ini macam sikapku juga. Tapi, aku tak pernah kacau makhluk Tuhan bernama Hawa.

Apasal saya suka sangat tengok yang lawa-lawa ni? Syukur, saya diberi rasa malu yang menyekat saya buat jahat. Moga sikap ini berkekalan. Amin..

Ketika aku menonton telemovie ni, dah berapa kali aku tergelak sorang-sorang dalam bilik. Hati seorang Pencinta Wanita seperti aku, hatiku satu dibelah empat. Mungkin sebab itu Tuhan bagi kebenaran kahwin sampai empat agaknya.

"Nak buat macam mana. Dah takdir abang jadi macam ni, suka perempuan," kata sang buaya itu. Asyik-asyik disalahkan takdir. Kalau nak mengayat, kerap diulang, saya ni orang baik, kerap lalu depan masjid. Banyak kali juga saya tergelak di celah sengsara dihimpit derita gara-gara Najib menjadi PM. Inilah antara hiburan untuk hilangkan tensenku kepada Najib. Ish, bila Najib ni nak jatuh rebah hah!?

Nak mengutuk Najib seperti biasa dekat daily dah tak boleh dah.. isk, isk, isk..

Kepada wanita-wanita yang terbaca coretan ini, diharapkan bersabar :)

Alamak.. Dun Penanti sifar sebab Fairuz sambung pelajaran, (kununnya begitulah). Aduh! Kena pilihan raya kecil lagilah nampaknya. Aku tulis dalam Facebook tentang hal ini. Ada komen dari rakan-rakan. Tengok TMJ sakan juga ber'facebook' ni.

Rasa berbangga juga, ilmu Facebook yang kuperturunkan kepada 'anak murid'ku yang seorang ini akhirnya makin ampuh. Malam-malam 'deadline' pun dia gila Facebook.

ALO pun 'anak murid'ku juga dalam bab tengok wayang. Hari tu, sebelum bertemu Ezam di opis Harakah, aku dan ALO tengok filem Rambo di TGV, KLCC. Mungkin aku bawa banyak pengaruh negatif kot, sebab itu hukum karma menghukum diriku.

Syukur.. akhirnya, dua artikel tersiar.. Catatan hidup Nik Aziz di pasaran! dan juga Golongan Ruwaibidhah di Malaysia. Dear Mr Md Noor. Thank you very much..
----------------------------------------------------
19 Rabiul Akhir / 15 April (Rabu)
Pagi
Ketika mengarang, Zulaihan?? call, meminta pengesahanku untuk membuat liputan program di Kajang. "Saya akan datang, insya Allah," balasku ringkas. Berikut adalah programnya jika anda mahu menghadirinya.

Warga Kolej Dar al-Hikmah & Akademi Kajian Ketamadunan.
Wacana Ilmu Siri I: "Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad. / Masa: 8.00 pagi - 2.30 petang
Anjuran: MPP Kolej Dar al-Hikmah & Akademi Kajian Ketamadunan (AKK).

Fathi call, "Kalau free, datang Bangsar, tandatangan borang untuk hono."

Aku mula rasakan kerja sebagai freelance pun sangat sibuk. Apatah lagi kalau aku attach dengan mana-mana organisasi. Huh! Tak menang tangan dibuatnya!

Petang
Motor buat hal. Sukar nak dihidupkan. Jadi, terpaksa kutangguhkan dulu niat bertemu Ikram di PTS. Akhirnya, aku ke Bangsar dengan LRT. Terserempak dengan junior di Maktab Mahmud. Ish.. berbeza sungguh dia la ni. Nampak matured.

"Petang ni saya pi Kg Baru," katanya. "Boleh sembang lama sikit." Kami berpisah, mengambil haluan masing-masing. Dia ke Mid Valley, menghadiri suatu temu duga.

Tiba di opis, Kabi menyapaku, "Fathi pi Mydin." Kupatahkan hasratku menemuinya buat sementara. Terfikir nak jumpa Amy, Sean. Berbual dalam 15 minit. Kami mencapai beberapa keputusan awal. Biarlah ia terus kekal menjadi rahsia para Don.

Di Mydin, Fathi, Abg Nash, Rahim Sabri sedang minum-minum. Jimadie tiba sejurus selepas itu. Baru kutahu, Rahim dan Jim senegeri, satu sekolah dulu dan mereka terlibat dengan Bangsar ni sejak zaman bergelar pelajar.

Huh! Banyak juga benda mengarut dok sembang tadi. Tapi, menarik juga sebab sejarah-sejarah lama yang terpendam di dada mereka ini menjawab pertanyaanku selama ini. FAO dapat geran USD2,000 ketika menyiapkan projeknya di Jakarta.

"Di sana aku selalu naik teksi, tak naik bas, kiranya boleh la belanja orang minum kopi.. bukan mahal sangat, Rp2,000 secawan," kata FAO.

"Gaji banyak tu boleh upah maid dan sewa rumah di sana," kata Abg Nash. Setelah sign borang hono, aku pulang dengan LRT. Nampak Rahmat Haroun dan Amin Black sedang minum di luar Mydin. Rahmat melempar senyuman ke arahku.

Aku bersalam dan tak sempat berborak panjang kerana memburu masa bersama Shahrun yang ingin bertemu di Kg Baru.

"Saudara dari mana?" kata Black ketika bersalam dengan aku. "Dari atas pejabat.. balik dulu," aku membalas ringkas. Kehidupan serba kalut menyebabkan aku tak dapat berborak dengan mereka, walaupun hatiku kuat mahu berborak dengan mereka yang asing denganku. Aku mahu tahu cara mereka ini berfikir juga.

Bro Shy sms mengenai hatinya yang terluka. Pedih hatinya seperti yang pernah kurasa. Belahan hatinya tak sedih pun. Kenangan cinta mereka bagai hilang ditiup angin. Dan misteri kehilangan ini aku tak boleh menjawabnya.

Hanya pesanan sms yang dapat kubalas. "Ambil wuduk dan bermunajatlah.."

Malam
Selepas Maghrib, bagai yang dijanjikan, aku berbual dengan Shahrun di An-Nur Tomyam, di sini aku amat selesa kerana pemilik restoren ini selalu akrab dengan masjid. Apabila dia mendengar azan, dia terus ke masjid.

Ada hadis minta kita jadi saksi ke atas mereka yang selalu berulang-alik ke masjid. Memang ada 7 orang yang akan terlindung di hari akhirat. Antaranya 'rajulun qalbuhu mutaalakun bil masajid.' (Lelaki yang hatinya selalu teringat masjid)

"Abang saya jual madu berkualiti tinggi dari Yaman," kata Sharun. Itu antara topik yang amat menarik minatku. Yaman dan Hadralmaut adalah tempat asal-usul manusia, itu topik yang telah ditulis oleh seorang kolumnis Harakah, Imran al-Malizie.

Nabi Adam diriwayatkan turun di Afrika, kemudian perjalanannya mungkin merentas ke Yaman bersama keturunannya. Sebelum itu, ada 'period kekosongan'. Aku menamai period kekosongan ini bagi menggambarkan suatu keadaan di mana Adam keseorangan dan kesepian tanpa isteri baginda; Hawa.

Dalam tempoh Adam mencari Hawa ini, dalam bayang intuisi, ilhamku, Adam sedang merayau ke beberapa tempat. Baginda mungkin bertapak di Adam's Peak di Sri Lanka. Dia mungkin telah singgah ke Nusantara (Tanjung Tuan). Tempat-tempat ini adalah tempatnya bermunajat. Begitu antara andaianku selama ini.

Nabi Adam mungkin mencari tempat yang tinggi untuk memudahkan dia mencari, melihat serta meninjau-ninjau kelibat isterinya, Hawa. Akhirnya di tempat tinggi bernama Arafah itulah Adam dan Hawa itu dipertemukan dan bermulalah zuriatnya sehingga hari ini. Wallahu Ta'ala 'alam.

"Madu lebah Yaman berkualiti kerana lebahnya hisap bunga dari pokok Sidir," kata Shahrun. "Pokok sidir ini namanya disebut dalam al-Quran, Surah Saba ayat 15 - 16."

Aku teringat perjalanan ke Korea Selatan pada 2004. Dalam pakej pelancongan yang ditawarkan ada lawatan ke kebun syurga. Dinamakan kebun syurga kerana di situ ditanam pokok Lavender dan lain-lain pokok yang namanya disebut dalam Bible.

Begitu hebatnya Kristian melancarkan 'dakwah'. Adakah kita buat analisa agar pelancongan kita bernilai dakwah? Atau, pelancongan cuma bermotifkan ekonomi? Kepada Menteri Pelancongan, lu fikirlah sendiri.. he he

Aku hantar Shahrun ke LRT. Balik ke rumah, aku call Ikram PTS kerana tak dapat bertemunya. Responnya baik. Dia berada di PWTC menjelang Pesta Buku.

"Mungkin boleh set masa jumpa YB, sehari suntuk kita tanya dia soalan-soalan," katanya. Dan ada banyak lagi bicara-bicara penting bersamanya.

Saat menggodam internet, terjumpa artikel Amran daripada NUJ Utusan. Ku minta persetujuan untuk menulis hal itu dalam Harakah Daily. Dia membalas sms: "Usaha tuan sgt dihargai.. insya Allah Jumaat depan kita ke SPRM. TQ."

Godam Facebook. Ada mesej Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)..

KAMI akan mengadakan camping di pantai pengkalan balak, Melaka pada 10-12hb May 2009. Camping ini adalah utk program pemantapan organisasi dan juga fokus pada agenda mahasiswa di kampus. Turut serta dalam camping, Sdr Hishamuddin Rais dan Sdr Fahmi Reza. Ingin menyertai?? Hubungi Ismail Aminuddin: 017- 3720521.

Rasa teringin nak pergi juga.. Anda rasa bagaimana??
----------------------------------------------------
18 Rabiul Akhir / 14 April (Selasa)
Dinihari
Kali ini saya dapat tidur awal kerana berjaya siapkan tulisan berhubung novel Bidadari Dari Timur itu lebih awal. Kali ini, tiada pula True Blood. Maka, saya pun beradu.. Zzz..

Pagi

Makan pagi di hotel Timotel seperti biasa. Sebelum pulang, saya sempat menonton True Blood di HBO. Rupa-rupanya, drama bersiri itu disiar pada waktu pagi pula. Jam 11:39 pagi, saya keluar dari hotel. 12:30 p.m baru bas bertolak.

Laluan Transnasional tidak seperti biasa. Berikut adalah catatan sepanjang perjalanan. Saya pun menulisnya dengan malu-malu kerana seorang awek kelihatan kerap memerhatikan tingkahlaku saya menyusun catatan ini.

Berikut adalah catatan sepanjang perjalanan.. (dengan sedikit suntingan)

12:50 p.m - Ternampak dua ekor monyet
12:55 p.m - trak tentera bawa dua kereta kebal
1:09 p.m - Naik jambatan, di Endau, bas berhenti ambil penumpang.. Tg Gemok.
1:30 p.m - Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, ambil penumpang.
2:57 p.m - Bas berhenti, seorang kanak-kanak lelaki (Mat Saleh) turun membuang air kecil, dekat Bera, Pahang.. SMK Muadzam Shah.
(terlihat signboard menuju Segamat, Bahau dan Seremban)
3:10 p.m - Berhenti makan di ?? sang aweks bertudung hitam sesekali 'melawan' tatkala daku mengushanya.. Moga kiblat kesetiaanku tetap kepada Paris Hilton, Lindsay Lohan, Shania Twain dan lain-lain selebriti di Hollywood. Aku tak mahu curang kepada mereka.
4:11 p.m - Masuk sempadan Negeri Sembilan (Bahau, Jempol), Homestay Kg Lonek, Pulapol.
4:45 p.m - Masuk area Batu Kikir, Majlis Daerah Jempol.
4:50 p.m - Di Jemapoh, ada signboard Subhanallah.. (mereka ini orang kuat dan taat agamakah agak-agaknya?)
4:56 p.m - Kuala Pilah, ada signboard Welcome to Rotary Club.. kedai emas Poh Soon (adakah dia ini adik-beradik kepada kedai emas Poh Kong?)
5:08 p.m - Is ipoh?? (mungkin silap tulis) Gunung Angsi dan Makam Tuan Tulis.
5:21 p.m - Ulu Bendul, Taman Ular Sawa
5:42 p.m - Senawang
5:50 p.m - Masuk tol .. menuju ke Kajang, Bangi
6:45 p.m - Turun di Puduraya, antara saya dengan sang aweks tadi, jodoh kami tak panjang .. 'cinta pandang kali ke-1,260' kami terputus di tepi, di bahu dan di tengah jalan apa nama ntah, tapi pastinya dekat Pudu Raya jugak la..

Solat di Masjid Jamek. Kemudian, saya layan Burger King dan ambil Malaysian Today yang ada keratan iklan tebus tiket wayang free di dalamnya. Sedang makan-makan, seorang perempuan menegur, bertanyakan pekerjaan, asal-usul, dan kerja di mana.

"Tengah tunggu kawan ker?" dia bertanya.

"Tak dak," balasku. "Sorang-sorang saja."

"Mana girlfriend?".. "Tak dak" .. "Tak dak girlfriend?" ... "Yup!" dan banyak lagi yang dia tanya rupanya. Semua ini terjadi gara-gara aku buka mulut, "Jemput makan burger kak.." (walaupun dia tak la nampak tua..)

Memang makhluk Tuhan bergelar wanita ini telah ditakdirkan untuk membuat banyak research tentang kaum lelakikah? Fuh! Berpeluh juga nak menjawab..

Sampai di lorong LRT Masjid Jamek, saya ditegur seorang lelaki. Aku bagi RM1, dia cuba mintak RM10. Hatiku risau teringatkan pernah disamun dahulu.

"Saya pun dipecat, doalah agar saya dapat kerja," aku berdalih lagi, menceritakan masalah aku yang lalu. "Tak pa abang pun tolong doakan saya sama."

Duit itu bukan milik aku. Milik dia.. aku cuma tolong simpan sahaja. Demikian falsafah sedekah P Ramlee.

Sampai di Kg Baru, teringat nak tebus tiket wayang tadi di Cathay Cineleisure. Tapi, motor pulak buat hal. Ini petanda tak baik. Lagi pun dulu masa balik tengok wayang terus disamun. Daripada jadi hal tak baik, motor rosak tengah jalan dan disamun lagi, baik tak payah pergi.

Menaip seperti biasa, sambil tengok tv. Dua orang girlfriend saya, Raja Farah dan Irma berlakon dalam Segalanya Kuterima malam ini di TV3.

Syukur.. tulisan semalam tersiar; tentang teguranku ke atas Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Ingatkan tak tersiar. Cuma, timbul persoalan baru..kenapakah nama Sekolah Pemikiran Bukit Cantik itu tidak disiarkan? Ada masalahkah?

Cuma tulisan semalam, mengenai Bidadari Dari Timur masih belum kelihatan. Bilakah ia tersiar? Hari ini sudah 14 April. Sedangkan peluncuran novel yang mengisahkan kehidupan TG Nik Aziz itu adalah 19 April. Patutnya mereka siarkan promosi cepat. Kalau tidak, orang tak tahu novel tu telah dan akan berada di pasaran dan PWTC.
----------------------------------------------------
17 Rabiul Akhir / 13 April (Isnin)
Kami bersarapan pagi sehingga jam 10 pagi di hotel. Selepas mereka ke tempat kerja, maka saya pun memulakan kembaraan rohani saya dengan cara yang tersendiri.
Saya pergi membeli tiket bas untuk pulang esok hari, jam 12:30 tengah hari. Kemudian saya pun pergi melangkah ke suatu tempat yang membawa saya persisiran pantai. Di hujung, saya lihat Pulau Cawan yang seakan-akan Pulau Masjid di Tanjung Tuan.
Rupa paras muka bumi di sini mengheret kenangan di sana. Di sini, saya kumpul 9 biji batu-batu laut yang saya kira agak cantik menurut penglihatan saya.
Singgah di Hotel Seri Malaysia, Seri Mersing. Terlelap sekejap sehingga jam 4 petang dan saya pun meneruskan perjalanan ke Bukit Cantik untuk bersolat jamak Zuhur, Asar di Masjid Jamek Mersing.
Pemandangan dari atas bukit itu ke lembah bandar memang mengkagumkan. Dan sekali lagi, hal ini menginatkan saya kepada pemandangan dari Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) saat saya dibawa pakcik ke sana. Cuma, yang tak nampak di sini adalah burung helang!
Barangkali, kawasan ini sudah menghadap ke Laut China Selatan dan Tanjung Tuan menghadap ke Selat Melaka. Ini suatu sekolah lagi; Sekolah Pemikiran Bukit Cantik!
Ketika turun bukit menuju ke hotel, seorang lelaki meminta pertolongan. Motornya bermasalah. Oleh kerana saya tiada helmet akhirnya dia pulang dengan tiada kelengkapan. Saya gagal untuk kali pertama.
Sebelum tiba ke hotel, jolok duit. Seorang budak lelaki menegur, meminta duit untuk makan dan dia seperti malu-malu ketika saya banyak bertanya darihal keluarganya.
"Saya orang pulau," katanya, pandangan matanya direbahkan ke tanah. Kakinya menguis-nguis debu dan sukar dia memalingkan wajahnya ke arah saya lagi.
Teringat pesan Abg Nash di Malaysiakini, "Dalam duit kita ada 2/3 duit orang lain." Lalu, saya teringat riwayat seorang pakcik yang pernah tinggal sebumbung dengan P Ramlee ketika dipetik falsafah seniman agung itu mengenai wang.
"Duit tu hak dia (pengemis). Abang cuma simpan saja duit tu," kata P Ramlee kepada rakannya itu. Ada orang pertikai jika kita memberi kepada pengemis, bererti kita mendidik mereka malas bekerja. Sampai sekarang, saya tidak tahu mazhab mana yang saya mahu pegang.
Setakat ini saya terpikat dengan falsafah P Ramlee dan Abg Nash. Tapi, tengok juga. Kalau yang datang minta sedekah tu orang tua, khasnya makcik-makcik confirm saya bagi. Kalau muda, dan tengok cara bercakapnya biadap dan kurang ajar, saya tak akan bagi.
Saya masih belajar untuk mengenal falsafah kehidupan.. Semoga Tuhan memberkati perjalanan hidup ini menuju ke akhirat, insya Allah Ta'ala..

Malam
Saya dibawa kakitangan Pernec untuk makan malam di sebuah gerai makanan berhampiran laut dan selepas itu kami pergi bergambar di Masjid Jamek Mersing di Bukit Cantik tadi.
Ada seorang lelaki Jepun datang makan bersama tadi, Mr. Okushima kalau tidak silap namanya. Dia boleh cakap sikit sangat bahasa Melayu (sebenarnya tak boleh langsung!)
"Aramak! (bermaksud alamak!)," dia menjerit apabila sesekali berlaku 'chaos' pergeseran serta kedudukannya tidak betul di dalam van tadi. Kami sama-sama tergelak, tertawa gumbira!
Kegembiraan-kegembiraan ketika bujang bersama rakan-rakan ini akan hilang berganti dengan suatu episod lain yang tidak pasti.
Alangkah indahnya jika masa muda di kuliah dapat diputarkan semula! Semua ini mengingatkan aku kepada kajian master yang mesti didaftarkan segera. Esok mesti kupulang dan kuselesaikan semuanya.
Malam ini saya memeriksa peti surat elektronik Yahoo. Ada bahan daripada Masri berhubung novel Bidadari Dari Timur, karya isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kupinta. Saya lihat juga Harakah Daily. Bahan semalam tak tersiar. Sudah bermula zaman kemunduran demokrasi.
Era tertutup bermula. Hal inilah yang menyebabkan wartawan Berita Kampus di USM pun jadi 'demoralized'. Untung juga aku hadir di Mersing ini. Dapat kutumpahkan banyak bicara agenda untuk membikin laman web berita portal bersama Bro Shy. Semoga ia menjadi laluan berkarya.
Semoga berhasil hendaknya.. chaiyo..

12:00 a.m, 14 April 2009
Sekolah Pemikiran Bukit Cantik,
Mersing, Johor.

Currently have 0 comments: