Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

10 - 16 Rabiul Akhir / 6 - 12 April

Sunday, April 05, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:33 PM

16 Rabiul Akhir / 12 April (Ahad)
3:30 petang saya ke LRT Setiawangsa. Saya, Bro Shy dan dua rakannya daripada Pernec. Jalan ke Mersing mengambil masa lebih kurang 6 jam. 

Kami berhenti di perhentian Ayer Keroh, jejantas KFC sekitar 9:30 malam. Akhirnya, teruskan perjalanan ke Kluang, Kahang, Felda Nitar dan tiba di bandar Mersing sekitar jam 12:30 malam. 

"Selepas Kluang ni, kita masuk kawasan kebun, kiri dan kanan tak ada rumah," kata si Rizal, dia sudah biasa dengan jalan itu. "Kalau rosak van ni tak tau nak buat macam mana."

Saya sempat mengarang menggunakan laptop Bro Shy sehingga 4:00 pagi, sambil menonton cerita True Blood; cerita omputih yang menyeramkan dan awek Minah Saleh yang seksi. 
----------------------------------------------------------
15 Rabiul Akhir / 11 April (Sabtu)
Dinihari
Selesai mengarang dan meonton Yatim Mustapa, saya ke Jalan Ap Shak, 'meraikan' Friday Nite. Kemudian, saya ke IPD Dang Wangi, untuk melaporkan perkembangan mengenai kes saya yang disamun tempoh hari. Nama ketua balai malam itu adalah Encik Zaini.

"Kenal Sarjan ..?" dia bertanya. Saya geleng kepala. Apa pun dia minta saya hubungi balai polis yang terdekat dengan kawasan Grand Season. Ada beberapa langkah yang kami bincangkan dan semua itu biarlah rahsia.

Rasa semangat mencari kedua-dua lelaki India penyamun itu makin membara.. Zzz..

Tengahari, Petang, Malam
Saya tonton Filem D9. Akan terbit Queen of Langkasuka di pawagam. Tetiba Muz call bertanya hal yang sama. Selepas Ong Bak meriwayatkan kejatuhan Ayuthia, Queen of Langkasuka sedang meriwayatkan kejatuhan Melayu Langkasuka.

Orang Thai pula yang buat cerita tentang kita. Kita sendiri tidak berusaha betul-betul. Menulis ketika hujan turun, ada azabnya; takut pc terpanah kilat. Lalu, saya hentikan menulis dan pergi ke Perpustakaan; menghantar buku puisi A Samad Said. Kena denda RM1.70 kerana lewat.

Kemudian ke PWTC kerana ada 'pesta buku'. Rupa-rupanya, bercampur-campur. Ada pameran perumahan, buku dan kebanyakan produk berasaskan kesihatan dan makanan kesihatan. Lebih banyak produk untuk kanak-kanak sebenarnya.

Saya sempat ke booth penjagaan mata, pengesanan watak diri berdasarkan cap jari dan beberapa booth makanan. Beli peralatan makaroni; RM15. Rasa sedap juga.

YB Nizar balas sms, "T.k. Belum tahu bila masa sesuai. Emel dulu bahan."

Don Fahmi juga mahu datang. Khabar itu diberitahu lewat sms. Entah jadi entagkan tidak. Saya terus pulang dari PWTC dalam hujan renyai-renyai. Ada satu saja aku tak puas hati tadi. Hatta kalau nak masuk dalam dewan pun kena beli tiket sebanyak RM4. Cis!

Malam ini, sambil menaip sambil menonton Kane & Abel. Kisah orang miskin dann boleh berjaya di Amerika. Watak ini dipegang oleh Abel. Saya rasa, sayalah Abel itu.

"Patutlah Bolshevik tak boleh apa-apakan awak," kata seorang lelaki. "Awak adalah kapitalis sejati." Lelaki itu cuba menawarkan pekerjaan kepadanya. dia berjiwa Don sebetulnya. Seorang Baron yang asalnya pendatang dari Poland dan kini menempa nama di bidang perniagaan.

Mike Corleone (Godfather) dan Abel ialah pendatang dari hujung kota. Mereka bukan penolong pendakwah. Satu tulisan di Harakah Daily tersiar. Di sini ada diceritakan kisah pemuda dari luar kota yang membantu dakwah nabi.

Tomorrow Never Dies menunjukkan bagaimana sekumpulan penjahat telah merancang untuk menyiarkan berita, memanipulasikan berita untuk mendapatkan kekuasaan.

Kumpulan Media Carver menguasai maklumat. Carver adalah pemilik media. Datuk Michelle Yeoh pula memegang watak pengamal media dari China.

Aku perlu berfikir macam Yahudi. Aku perlu menjadi taikun media macam Carver dan Kane di dalam filem Citizen Kane.

FAO kata di celah media yang banyak lagi belum bebas di Malaysia, rating M'siakini naik kerana tiada saingan. Dialah satu-satunya sekarang. Aku tak tahu adakah Kl Pos itu saingannya ataupun tidak? Rasanya, media internet yang aku nak buat ini, perlu masa untuk bersaing.

Berfikir secara Yahudi. Ada duit dan kuasai media. Kita akan mendapat kuasa tanpa perlu laluan politik. Wajib kubeli VCD Tomorrow Never Dies! Selain ambil pengajaran, boleh tengok lakonan Teri Hatcher (memegang peran Susan dalam Desperate Housewives), teman wanita Jesbon!

Ah! Daku sudah jatuh cinta untuk pandang kali ke-1,259.
----------------------------------------------------------
14 Rabiul Akhir / 10 April (Jumaat)
Terima sms Don F: "Don2 sekalian, malam tadi saya bermimpi mendapat wang dalam bentuk dinar..." (panjang ceritanya di sini..) - tapi, dia juga melihat ada dinar orang lain yang berjatuhan di sisinya. Ketika itu, dia sedang berbual denganku..

Tadi, malam Jumaat. Bagus juga mimpi begini. Antara saya dan Don Bro Shy, Don F paling kuat berdoa dan daya tawakalnya. Moga ini membawa alamat baik.

Kata pepatah Nidji: "Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia!!"
Laskar Pelangi - Nidji

Paling penting, dalam mimpi Don F itu, disebutkan bahawa ada dinar orang lain juga. Menurut firasatku, ada duit orang lain dalam duit kita, itu hak orang lain dan sebab itulah kita diwajibkan membayar zakat.

Teringat kata Abg Nash Rahman, dalam wang gaji kita ada milik orang lain. "2/3 dari gaji kita tu milik anak-anak, orang tua, rakan-rakan," kata editorku itu.

Itu juga yang disebut oleh seorang pakcik di Penang yang pernah hidup serumah dengan P Ramlee di Setapak, "P Ramlee pernah beri duit pada orang miskin. Bila aku tanya kenapa bagi, dia (P Ramlee) kata, itu (duit) milik dia (peminta sedekah). Abang (P Ramlee) cuma tolong simpankan duit itu saja sebelum ini."

Aku dapat pelajaran yang baik juga di Bangsar. Ini falsafah hidup!

Kalaulah ditakdirkan kami kaya suatu hari nanti, akan kutulis novel mengisahkan perjuangan kami macam novel Laskar Pelangi itu. Daripada hidup bangsat merempat, akhirnya berjaya di dalam hidup. Fuh! Banglanya nanti.. :)

Seorang kerani dari Kolej Darul Hikmah (KDH) menelefon, menjemputku hadir dalam program mereka. Mungkin seminar atau bengkel tak pasti pula.

"Boleh tak buat liputan untuk Malaysiakini?" tanya beliau. Rupa-rupanya kehadiranku di sana sudah menyebabkan ramai orang menganggap aku kerja tetap di sana. Antaranya, Wan Hamidi Hamid, Hasni Abas GMP dan beberapa orang lain.

Setelah aku jelaskan, barulah cik/puan di KDH itu faham dengan kedudukanku. "Tak apa, janji boleh buat liputan. Nanti saya kirimkan e-mel."

Banyak pula undangan. Aku teringat kata orang, berceramah itulah yang menyebabkan kita jadi sibuk. Menulis tak sibuk kerana tak melibatkan orang.

Tapi, dalam kes aku berlainan pula. Ada orang kirim sms, hantar e-mel dan call. Bila call ni yang aku jadi segan. Ini melibatkan harapan orang ni. Lagi pun yang hadir adalah kumpulan GMP. Wajib daku menghadirkan diri.

Sumpahku untuk ambil borang master di UM tu macam mana? Waaa...

Nostalgia April yang menggetarkan jiwa
April ini membangkitkan kelazatan mengenang nostalgia setahun yang lalu. Ketika ini, setahun yang lalu, aku kerja sambilan mengedar flyers Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC. Masa ini yang aku suka, bertemu ramai orang di sana. Kisah ini kalau buat novel pun bagus. Banyak yang boleh diriwayatkan.

Tak lama selepas tamatnya urusan di PWTC, ada panggilan daripada Zaid, mengajakku ke Johor. Di sana, aku turun S'pura beberapa kali selepas tamat Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung kira-kira 3 hari di Kompleks Persada.

Di Johor, saya tinggal di Mustika Embun, tempat di mana Ibu Zain mengajar anak-anak Melayu di sana. Di situ juga, aku mendapat tahu bahawa ada gerakan Kristianisasi yang mula bertapak di sekitar istana-istana di Johor.

"Sebab itulah ada dua jenis gereja," kata Razak, temanku yang kini menjadi pengetua di sekolah itu. "Gereja kelas bangsawan satu dan gereja kelas bawahan satu."

Sebelum masuk Malaysiakini, aku sempat menonton teater Muzikal Ibu Zain dan di sana ada babak yang menunjukkan Ibu Zain dipengaruhi untuk masuk Kristian. Teater ini aku tonton di Saloma Bistro pada malam terakhir pementasannya. Agak menarik.

Lalu, aku teringat suatu hari saat aku bersiar-siar di sebuah shopping mall dan aku lihat kelibat gadis Melayu yang menjaga kedai menjual buku-buku Kristian. Premis itu di tingkat 4. Aku masuk bertanyakan soalan. Dia mula risau.

Esoknya, ketika aku pergi ke premis itu semula, dia sudah tiada. Tempatnya digantikan dengan orang lain, seorang gadis Cina. Malang apakah yang menimpa kita?

Tuhan peduli nasib hambanya
Saat kukenang-kenangkan semula garis kehidupanku setahun yang lalu, dapat kurasakan bahawa Dia sedang dan sudah rancang sesuatu dalam hidupku.

Selepas tamat di PWTC April tahun lalu, aku dibawa Tuhan ke Johor di Kompleks Persada hadir untuk Kongres Permuafakatan Melayu, kemudian ke Singapore bertemu kumpulan guru-guru Melayu merangkap penulis kreatif di sana.

Kemudian ke Kajang. Then dari situ boleh pergi ke Perak bertemu orang-orang kerajaan di sana. Dan, aku tak tahu selepas ini mahu ke mana lagi. Tuhan atur plot demi plot, babak demi babak. Semoga husnul khatimahlah kesudahannya. Amin..

Sejak usiaku sebatas 3 tahun ketika mulai petah berkata-kata ibu memberitahu tentang Tuhan. Meloncat pertanyaan mengenai Tuhan ini setelah aku sering memandang langit petang dan ku lihat anak-anak kecil bermain di padang permainan di Kuala Perlis. Siapa cipta semua ini dan dari mana manusia berasal?

Ibu menjawab, Dialah Tuhan. Namanya Allah dan kita semua dari Adam. Manalah aku mengerti apa-apa saat itu. Sejak itulah aku dapat rasakan bahawa kehidupanku dirancang Tuhan, plot by plot, scene by scene, babak demi babak. Dunia ini semata-mata pentas lakonan, drama, wayang semata-mata.

Apabila dewasa, aku terjumpa ayat al-Qur'an mafhumnya, Tuhan seringkali melihat Muhammad mendongakkan wajahnya ke langit (qad naro taqalluba wajhika fis sama')

Moralnya: Selalulah labuhkan pandangan anda ke langit, bercakap-cakaplah denganNya, nanti Dia akan datang menjawab soalanmu hingga kamu sendiri berasa malu menatap ke wajah langit lagi. Bicaralah denganNya lewat jendela hatimu sendiri..
----------------------------------------------------------
13 Rabiul Akhir / 9 April (Khamis)
Seharian daripada pagi membawa ke petang, aku sibuk menterjemahkan novel Minfong Ho.
Sekitar 3:30 petang, baru bertolak ke Wangsa Melawati, bertemu Ikram di PTS. Di sana kami telah berbual panjang lebar berhubung pembikinan buku mengenai YB Nizar.
"Kalau boleh siapkan dalam sebulan, molek juga," kata beliau. Ada banyak hal lagi yang boleh aku tulis di sini. Tapi, risau hati kotor, dijangkiti perasaan angkuh yang bukan-bukan. Jadi, aku mahu elakkan bercerita mengenainya; khuatir diserang penyakit mazmumah.
Balik rumah, menonton Aqso dan Madinah. Dulu, Inneke Koesherawati jadi tarikan. Kini, Carissa Putri pula yang menjadi pilihan.
Malam
Ke opis Harakah, terserempak dengan Kak Laila, isteri seorang tahanan ISA. Tak sempatlah aku nak berbual lama dengannya.
Menonton Astro Awani tadi. Terlihat kelibat rakan lamaku, Amin Ahmad yang menjadi panelis tadi dalam rancangan itu. Lama betul tak sembang dengannya. Apa dah jadi denga rakan-rakan lamaku sekarang ini?
Keluar makan dengan Tarmizi Mat Jam di Sentul. Dalam perjalanan pulangnya dia meminta aku memberi kursus mengenai 'Facebook'.
"Lepas ni, boleh sembang deraih dengan Lutfi la," katanya. "Dia ingat, dia sorang saja ka yang ada facebook.."
Kah! Kah! Aku pun beri 'kursus' dan bantu daftarkan Facebooknya malam ini. Aku teringat juga masa ALO tanya tentang Yahoo Messenger. Mereka perlu kuasai banyak benda la ni. Facebook, Yahoo Messenger, YouTube dan lain-lain perkakasan internet.
Hari ketika aku beri 'kursus' kepada ALO tentang YM dulu, aku patutnya bertemu orang-orang di Malaysiakini. Jadi, petang itu, aku jumpa Jimadie, Rahim Sabri, Abg Nasg dan Fathi Aris tidak tepat pada masanya. Rasa segan pula. Tapi, aku mesti rahsiakan banyak pergerakan.
Malam ini, ALO bertanya mengenai 'ranking' Malaysiakini ketika kami berbual-bual di Rafiyya. Memang hal itu aku baru terbaca di laman mereka sendiri petang tadi.
"Ada naik ka ranking depa?" tanya ALO. Lalu, aku teringat bicara FAO di Restoren Mydin pada ketika aku berbual dengannya dulu. FAO berkata, di celah-celah media yang ditekan oleh parti Umno dan PAS, maka Malaysiakini muncul mengisi ruang kekosongan itu.
"Sebab itu 'ranking' kita naik sebab tiada media bebas setakat ini," kata FAO. "Kalau sudah ada media lain yang bebas mengatasi kami, susah juga."
Hal ini menyebabkan aku berasa idea Bro Shy untuk buat website berita itu mungkin akan jadi kenyataan. Apatah lagi, latihan yang kami terima daripada Seacem di opis Malaysiakini itu akan diberikan secara percuma!
Malam ini juga aku melihat kertas cadangan untuk bina kelab penulis di atas meja ALO. Tetapi, oleh kerana maklumat itu bersifat sulit dan rahsia, maka tidak aku baca. Tetapi.. akhirnya, ALO sendiri yang bercerita mengenai keperluan melatih grup penulis di Harakah.
Harakah ini dah ada tempat apa? Mereka ada bilik mesyuarat di tingkat 2. Kenapa mereka tidak mahu guna. ALO juga ada beritahu ramainya anak-anak muda yang sukakan penulisan kreatif, seperti cerpen dan sajak. Mungkin dia nak orang muda menulis berita dan rencana.
Jurnalisme Sasterawi, New Journalisme
Aku rasa, Jurnalisme Sasterawi, New Journalisme itulah jalan keluar (makhraja) ke atas hal ini. Praktik ke atas Kewartawanan Baru ini mungkin sesuai dalam memadukan unsur sastera dalam penulisan berita. Apakah aku boleh mengetengahkan hal ini kepada wartawan di sini?
Adakah mereka kenal siapa itu Andreas Harsono? Adakah mereka kenal siapa Bill Kovach? Dan, aku rasa peranan akulah untuk menggunakan segala kebijaksanaan itu guna membawa Islah wal Tajdid di sini. Itu pun kalau boleh..
Jurnalisme Sasterawi agak sulit jika wartawan itu tidak menguasai bahasa, sastera dengan baik. Dan, aku dapat rasakan bahawa anak-anak muda yang mampu menguasai sastera dengan baik, akan mampu menguasai jurnalisme sasterawi, new journalisme dengan baik.
Orang sastera cuma perlu menemubual sumber dan fakta-fakta itu cuma perlu digabungjalinkan dengan sulaman mainan kata-kata indah yang terbit daripada penulisan mereka.
Tetapi, wartawan yang belum terbiasa dengan keindahan bahasa, mungkin sulit menyulam fakta dengan keindahan bahasa. Hmm.. latihan, latihan dan latihan..
Bagaimana aku harus lakukan? Dari manakan aku harus mulakan??
----------------------------------------------------------
12 Rabiul Akhir / 8 April (Rabu)
Hari terakhir di opis Bangsar. Sempat berkenalan dengan beberapa staf. Ada seorang kawan yang bertugas menjaga digital library.

"Mahal fotostat bahan Pas," katanya. "Dia orang kenakan caj RM1. Arkib Negara pun caj murah.. RM0.20."

Dato' Husam, menurutnya, senang memberi akses kepada bukunya, Malaysia Darul Kasino. Hindraf dan DAP lagi mudah, katanya.

### MULA IKLAN ###
IKLAN - Zamri menjemput anda ke acara "Seminar Pemasaran Internet Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 09" pada pada 23hb April pukul 2.00 ptg.

Acara: Seminar Pemasaran Internet Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 09
"Untung Ketika Senang, Bertahan Ketika Gawat"
Apa: Lecture
Tuan rumah: PTS Publication & Distribution
Waktu Mula: pada 23hb April pukul 2.00 ptg
Waktu Tamat: pada 23hb April pukul 5.00 ptg
Di mana: Bilik Seminar Kedah/Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC

Jadi... sesiapa yang ingin bertemu saya, boleh berjumpa di sana..
### TAMAT IKLAN ###

Hari ini siapkan berita mengenai isu kebebasan akhbar / media.

Kawan Mr Raj menemuiku di Bangsar, mengirim Sales&Purchase Agreement. Sudah ada kemajuan sedikit.

Juga, aku menerima salinan nama-nama 'pembidan' website di opis. Mungkin ini boleh membantu kumpulan kami membuka media bebas yang baru.

"Kalau kita NGO, mereka akan beri kursus untuk ajar buat website," kata seorang staf di sini. "Tapi, kalau government punya organisasi, mereka tidak akan ajarkan."

Aku tertanya-tanya kenapa. Tetapi, soalan itu terpendam dalam diam dan tak pula aku terniat melontarkan persoalan mengenainya.

Petang, Malam
Selesai menulis berita, seperti biasa, FAO berkhutbah lagi kepadaku mengenai berita tadi. Tapi, kali ini, suara kami tenggelam suara oleh sekumpulan anak-anak muda yang lagi 'ganaz'.

Aku rasa.. dia ni kot Rahmat Haroun? Fuh.. baru bertembung, selama ni cuma terserempak saja dengan tulisan. Baru terjerembat juga dengan Black.

Aku cuba meneliti bacaan-bacaan falsafah mereka ini. Terbit ungkapan 'masyarakat linear'? Tak apa, nanti kuteliti lagi bacaan-bacaan mereka ini. Aku lambat dan sulit faham hal-hal ini. Semua falsafah ini tentunya ada sejarah kelahirannya.

Aku juga berbual-bual dengan Wan Hamidi lewat telefon kerana mahu membuat berita. Banyak betul perkara yang aku timba, hasil daripada pergaulan di Sekolah Pemikiran Bangsar Utama.

Juga aku dapat nombor perhubungan orang-orang Seacem (Southeast Asia Centre for e-Media). Kami buat perjanjian untuk wujudkan bengkel. Inilah rasanya urusanku yang paling bermakna sepanjang tempoh dua minggu bekerja sementara di sini.

Naik semula ke opis dan aku membuka mel-e. Lewat Facebook, Ikram PTS mengajak berjumpa untuk berbincang mengenai buku politik terbitan PTS.

"Nak berjumpa, bincang buku politik Nizar Jamaluddin," kata beliau.

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. sudah, sudah, kini kena terjemah bahan untuk Harakah pulak!

Bak kata Tun Dr Mahathir, mentorku, Perjuangan Belum Selesai!..
----------------------------------------------------------
11 Rabiul Akhir / 7 April (Selasa)
Tiba di opis jam 10:16 pagi.

Sesiapa yang mahu update berita pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang boleh klik di pautan ini.

ATAU perkembangan mutakhir pilihan raya itu boleh juga kalian pantau pada pautan (http://www.malaysiakini.com/news/101844).

Situasi terkini di Bukit Selambau (Laporan Harakah Daily)

Situasi terkini di Bukit Gantang (Laporan Harakah Daily)

Ya Allah menangkanlah PAS dan Pakatan Rakyat!

Ketika ini, editor sedang sibuk membuat hitungan dan mencerap maklumat dari semasa ke semasa daripada wakil-wakil mereka di tempat pengiraan undi. Gelak ketawa sabung menyabung.

Tetapi, bilakah aku dapat keluar untuk tengok movie malam ini? Don Fahmi mungkin sedang menunggu..

Jimadie call memberitahuku maklumat berikut, "7:42 p.m: Bertempat di Majlis Perbandaran Taiping, sekitar 700 orang berkumpul dipisahkan oleh duri kawat dan 30 orang FRU.

Apabila keputusan diumumkan, mereka bersorak tidak berhenti-henti apabila kebanyakan keputusan rasmi diumumkan menyebelahi Nizar. Mereka membawa bendera PAS, payung PAS, dan kelihatan yakin akan menang.

Di sebelah kanan, tiada penyokong BN."

Aku hantar maklumat kat Abg Nash, tapi dia kata: "Tak pa, aku tunggu result SPR."

Beritaku yang tersiar hari ini - SMM tak dapat kempen bantu calon Pakatan.

Petang
Aku terbaca kenyataan 'sembang deraih' Najib darihal media. Aku teringat nak kontek beberapa orang pensyarahku di USM. Dalam fikiranku, ada nama Zaharom Nain, Dr Mustafa Kamal Anuar dan beberapa nama lain lagi.

Mereka ini perlu aku hubungi untuk memberikan maklumbalas berhubung kenyataan Najib itu. Sempat juga berbual dengan En Zaharom, tapi berita itu Abg Nash minta KIV dulu.

"Tak pa..simpan dulu. Aku takut hang letih buat," katanya.

Memang hari ni depa sibuk sungguh aku tengok. Aku tak nak habiskan seluruh usiaku untuk mencetak pendapat khalayak. Biar aku menjadi pensyarah, guru bangsa - yang 'mencetak' juru perubahan ke serata dunia!

FAO datang ke tempat kerjaku. Dan apabila dia tahu aku sedang menulis berita itu, dia nampak seperti berminat. Setelah itu dia kembali pulang ke tempat kerjanya.

Malam
Akhirnya aku balik. Langkahku tersekat oleh kehadiran Zulhabri SIRD-Gerak Budaya dan FAO. Ingat nak balik, tapi bos sementaraku ini dapat menghidu langkahku.

Dia ajak aku minum dulu.. Hatiku jadi resah gelisah. Tidak boleh kutolak pelawaan ini, walaupun hati dan jiwaku berada di Cathay Cineplex Cineleisure, Damansara.

"Gramedia akan buka cawangan di Malaysia.." kata Zulhabri. Ketika itu kami berbual-bual hal buku, penerbitan buku di Malaysia, Mufti Perak kerap 'ban' buku dan lain-lain cerita.

FAO minta diri sekejap lalu dia datang semula membawa akhbar Berita Harian yang memuatkan kenyataan Najib berhubung media. Dia nampaknya berminat.

"Aku sengaja beli akhbar ni semata-mata Najib sebut isu ni," katanya bila merujuk kenyataan Najib mengenai media yang bertanggungjawab. Najib juga menyebut mengenai betapa perlunya laporan akhbar kita bertaraf dunia.

Saat kupulang dari Korea Selatan bersama keluarga, ketika itu kesejukan membalut tubuh dan musim dingin menyambut ketibaanku di lapangan terbang Incheon. Aku terbaca akhbar South China Morning Post ketika berada di Hong Kong, sebelum tiba ke KLIA, mengenai W. Mark Felt yang disebut-sebutkan sebagai Deep Throat. Itu berlaku pada 2005.

Deep Throat inilah yang banyak membocorkan rahsia kepada Bob Woodward, Washington Post dalam Skandal Watergate sehingga menjatuhkan Richard Nixon.

Apakah laporan penyiasatan Washington Post itu bukan bertaraf dunia apabila ia berhasil dalam menjatuhkan pemimpin dunia; Presiden Amerika Syarikat itu?

Dengan cara yang sama, apakah kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya itu bukan bertaraf dunia kerana ia melibatkan kedua-dua buah negara; Malaysia dan Mongolia?

Jadi, bukankah laporan penyiasatan ke atas pembunuhan Altantuya of Mongolia untuk jatuhkan Najib ini bertaraf dunia jua? Hampir setaraf Watergate kalau pun tidak mengatasi kehebatan isu tersebut. Inilah yang menjadi bahan fikiranku saat ini..

Akhirnya FAO minta diri. Hatiku jadi lapang. Zul pun nampaknya sudah ada teman berbual-bual mengenai hal-ehwal buku-buku. Aku bingkas bangun, meminta diri.

Nun jauh di sana.. seorang Don sedang menunggu.. aku akhirnya dapat masuk pawagam pada 10:43 minit... Tamat tayangan, kami bersidai di Burger King dekat IKEA dan stesen Petronas.

"Mat Ket, dah nak pi luar negeri, saya antara yang disebut sebagai teman rapatnya," kata Don F. Mendengarkan hal ini, aku langsung jadi cemburu dan jeles. Mereka yang jauh lebih muda ini dah dapat Ph.D dan mula nak sambung Ph.D. Aku tak boleh bertangguh lagi!
----------------------------------------------------------
10 Rabiul Akhir / 6 April (Isnin)
Sempat jua kucuri masa pagi ini; menggadai dua emas (RM600) dan membeli 1 Dinar Emas tadi dengan harga RM453.60. Kemudian, terus ke opis. Ada dua pelajar API UM sedang membeli dinar emas. Agaknya, mereka ini pihak yang menyusun seminar dinar emas tempoh hari. Bagus, muda-muda lagi dah cuba pelaburan emas.

"Stok 1/4 dinar sudah habis," kata sang kerani. Hatiku kaciwa. Tak dapatlah Don-Don ini membeli emas untuk menguatkan motivasi hidup dan perjuangan!

Ucapan Tun Mahathir di Bukit Gantang diperhatikan oleh sekalian editor dan wartawan dengan penuh minat di opis. Mereka berhenti menaip dan beri perhatian.

"Saya pun buat silap juga, tapi nampaknya tuan-tuan maafkan saya," katanya.

Dr Mahathir merayu orang Umno kembali mengundi calon tempatan Umno dan dia mencabar Anwar dalam beberapa perkara. Begitu juga Mahathir dah kritik pengertian 'mohon derhaka' yang dipopularkan Nizar.

Aku mesti bertindak. Perjuangan belum selesai..

ALO call, "Story tentang Harakah (hujjah) ni depa nak tutup buku kot?"

"Ana tak tau," demikian kujawab. "Apa yang ada dalam kepala editor ni kita tak tau." Aku dapat rasa, ALO takkan berdiam diri. Ini naluriku sebagai wartawan.

Tuan Haji Harun USM pernah bertanya kepadaku, "Berdasarkan naluri engkau sebagai wartawan, apa yang kau rasa apabila ditanya mengenai ..."

Sejak itu, aku rasakan bahawa 'naluri wartawan' ini juga boleh ditulis dalam satu bab khas juga. Apakah ada orang yang pernah menyatakan tentang hal ini sebelum ini?

Betul.. kalau nak diikutkan, benda semacam ini tak boleh kita tutup macam tu sahaja dan mesti diteruskan. Rampasan 1,300 naskhah hujjah di Bukit Mertajam dan rampasan plate filem di kilang Shah Alam, takkan nak dipendamkan segala rahsia?!

Kolum sastera yang terkubur dalam 2 keluaran sejak penggantungan permit Harakah, adakah aku boleh diamkan begitu sahaja?

Aku boleh terima ruangan itu ditiadakan kalau memang ada kepentingan yang besar seperti ada lambakan isu penting sehinggakan ruangan itu KIV untuk sementara waktu, tapi kalau ada kaitan dengan penggantungan permit, hal itu tak boleh kita kompromi dengan penguasa. Cis! Sungguh bedebah dikau wahai Najib!

Petang
Aku bikin news, mengenai Harakah dan PPSMI - Penentang PPSMI tunggu kabinet Najib dan juga Gantung: Harakah rugi RM400,000.

Selesai buat berita, aku dan FAO turun minum petang. Kena dengar 'khutbah' FAO lagi tentang pemberitaan. Tapi, kali ini ada sedikit hiburan dan awek cun.

"Awak tak merokok?" tanya si awek. Pakaiannya seksi. Lidahku masih lagi dengan loghat utara. Dia sukar nak faham. Susah aku nak mengayat. Aku 'jatuh cinta' pandang kali ke 1,257. Huh, ramai sungguh aweks-aweksku ini.

Aku geleng-geleng kepala. Malu-malu.. ana teruna suntilah katakan.

"Dia ni ustaz ni.." kata FAO, ketika merujuk diriku. "Sebab itu dia tak merokok."

"Ke..sebab Majlis Fatwa haramkan, maka awak tak merokok?" si aweks bertanya lagi.

"Tak de.. Memang tak biasa merokok sejak dulu," kataku ringkas.

Arak, rokok dan wanita
Arak, rokok dan wanita adalah tiga perkara yang tak boleh lari daripada wartawan zaman dulu. Dan, hal inilah yang aku mahu ubah. Akan kubuktikan bahawa tanpa arak, rokok dan wanita pun kita boleh mengarang dengan baik dan sempurna.

Aku nak ubah tanggapan umum bahawa wartawan itu mesti maki hamun dan mencarut macam Kajai dan Samad Ismail. Bila aku tanya Pak Samad, tidakkah kita boleh ubah budaya mencarut ini? Agak-agaknya apa jawapan Pak Samad?

"No..i'm the lecturer!" katanya. Itulah tembual pertama & terakhirku dengannya.

Sebab itu aku azam nak ubah tanggapan ini. Sesiapa pun boleh jadi wartawan yang baik tanpa perlu merokok, minum arak, main perempuan dan mencarut..

"Pasai tu tulisan hang tak best!" kata Apiz, ketika dia merokok depanku. Dia anggap wartawan perlu merokok guna mencari ilham. Tapi, aku lihat, betapa dia merokok berguni-guni pun, dia tetap bukanlah penulis yang baik. Mana dia menulis sangat. Saja perasan lebih. Dia tidak menulis pun melainkan berita.

Antara arak, rokok, wanita, makian carutan, dengan izinNya, aku dapat atasi arak, rokok makian dan carutan ini. Hanya wanita sahaja yang aku sukar.

"Kau ada ciri penyair," kata Saif, DBP ketika matanya tajam melihat mata keranjangku yang sedang merenung belakang Lu of Lampung di Samarinda.

Cis! Rupa-rupanya, inilah satu-satunya ciri wartawan dan penyair yang tidak boleh aku kikis lagi dari jiwaku. Memang tak boleh.. memang sukar.

Kepada bakal-bakal isteriku.. diharapkan bersabar.

Malam
Khai of Jordan call, menceritakan masalahnya dan rakan-rakan di Jordan yang tidak mendapat bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam di Pulau Pinang.

"Bagi nama, alamat dan nombor telefon pegawai tu," demikian aku mencadangkan. "Mungkin boleh buat berita." Cuma.. kelemahan dia adalah, dia risau identitinya terdedah.

Adikku di Sungai Petani call, memberitahu mengenai ceramah Anwar di sana. Ada ustaz Badrul Amin. Antara hal yang sempat kutangkap dalam ingatanku.

1. Ceramah dalam bahasa Tamil
2. Ceramah start pukul 9 malam.
3. FRU datang blok jalan. Polis dengan vest kuning datang tangkap ramai orang.
4. Helikopter 10 kali terbang atas kepala, bermula 9:30 malam sehingga 11:30 malam.
5. Ustaz Badrul Amin cakap best..
6. Anwar kata, Dr Mahathir ni suratkhabar lama, Umno recycle dia balik.
7. FRU blok 1 jalan saja
8. Sebelum itu mereka tengok ceramah di Taman Peruda.
9. Mereka akhirnya pulang ke Taman Tuanku Haminah, Sg. Petani

Sehingga mereka menelefonku ini memang masih berlaku lagi tangkapan demi tangkap di rumah mereka di Sg Petani. Semoga mereka selamat..

Currently have 0 comments: