Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

3 - 9 Rabiul Akhir / 30 Mac - 5 April

Sunday, March 29, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:04 PM

9 Rabiul Akhir / 5 April (Ahad)

Aku asyik melayan tv sejak semalam, juga Win A Date With Tad Hamilton di YouTube. Juga aku ralit menonton Golden Eye. Ish, aku 'jatuh cinta' pulak dengan girl friend James Bond. Ini jatuh cinta pandangan kali ke 1,253.

Rupa-rupanya, banyak betul yang kita boleh belajar dari Hollywood. Aku tau kenapa wanita jahat itu berasal dari Georgia, sebuah negara yang asalnya dari Rusia dan akhirnya terpisah sebagai suatu kesatuan setelah dari Soviet jatuh.

Terima sms dari FAO, meminta aku tak payah datang opis. Lega sikit. Rasa sedikit bebas untuk mengarang. Juga kuterima sms Bro Shy - ada peluang kerja di Penang sebagai penyelidik. Tetapi jauh banget. Gajinya lumayan, RM2,000 - RM2,500.

Siapkan karangan dan petang tadi ketika membuka internet, ada dua yang tersiar. Lega rasanya dan setakat ini belum tersekat lagi seperti yang dijangka. Syukur Tuhan.

Menonton Melodi. Agnes Monica disoal tentang 'Allah Peduli'. Dia sebut bahawa di Indonesia, hal itu dah jadi kebiasaan. Tapi dia pedu;i perasaan Muslimin di Malaysia. Aku jatuh cinta pandang kali ke 1,254 pada Agnes.

Emas menjunam, wajib beli!
Emas menjunam dan aku fikir Don-don patut beli. Sebenarnya, gabungan wang kami sudah pun cukup untuk beli 1/4 dinar. Aku target nak beli 1 Dinar atau 2 Dinar. Moga berhasil..

Kalau aku dapat beli esok, lusa, ini benar-benar suatu perkembangan baik kepada don-don. Jika ada kelapangan, aku fikir perbincangan berhubung laman web berita itu pun menarik dan boleh bikin duit juga. Aku sudah tahu di mana sumber-sumber berita yang boleh dirujuk itu.

Don Fahmi sms bahawa Koperasi Belia Islam (KBI) Abim ada buat pelaburan emas juga. Dan jika benar, ini suatu perkembangan yang sangat baik sekali! Harapnya, dalam syura akan datang, dia dapat bentangkan maklumat terbaru tentang hal ini.

Emas jatuh dan ada yang tak kena dengan matawang USA ni. Kita perlu lebih ramai penganalisis kewangan dan pasaran emas nanti. Politik kepartian menyebabkan kita jadi miskin. Apabila miskin, kita mudah diperalat penguasa!

DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 912.10 872.10
1 Dinar 462.50 442.50
1/2 Dinar 237.30 227.30
1/4 Dinar 125.10 120.10

Sunday, April 05, 2009

Malam
Menonton Date With Danella. Carissa Putri memagang peran utamanya. Carissa juga memegang peran utama dalam sinetron agama, Aqso & Madinah.

Aku rasa, sejak Ayat-Ayat Cinta meletup, tuahnya juga meletup. Bermodalkan AAC, akhirnya dia diberi watak dan peranan dalam drama sinetron bercorak agama. Lawa Carissa ni. Aku 'jatuh cinta' pandang kali ke 1,255.

Dulu, masa petangku terbuang dek Mutiara Hati, 5:30 petang gara-gara Inneke Koesherawati. Kali ini, selepas tamat pekerjaan di Bangsar, masaku akan terbuang pula gara-gara Carissa. Ish.. kuat sungguh pengaruh televisyen ke atas diri ini.

Halo Selebriti 13 Sept 07 Part 3/3

Empat Mata Be Smart Be Succes 2

Hari ini sepatutnya dapat siapkan cerpen. Tapi, entah bagaimana, asyik mengantuk memanjang dan cerpenku terbengkalai lagi. Adus.. chaiyo.. chaiyo..

Aku tengok berita malam ini, rupa-rupanya menteri yang datang ke Vista Angkasa itu adalah si Najib! Masa aku ziarah adikku di Vista Angkasa itu sepatutnya aku tunggu lama sikit. Baru boleh tengok lama sikit rupa paras Najib dari dekat.

Hari tu dapat tengok Pak Lah dari dekat semasa dia datang ke Pasar Minggu yang bakal diroboh untuk beri laluan kepada pembangunan di Puncak Baru. Aku fikir, Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB) wajiblah peduli ke atas isu ini.
------------------------------------------------
8 Rabiul Akhir / 4 April (Sabtu)
Semalam tidur lewat, hari ini masuk opis pun lewat. La, opis pun lengang. Aku ingat ada juga orang datang. Hmm.. Mahu bikin story apa hari ini.

Aku fikir mahu kontek GMP, kalau dia nak cerita bila ada ceramah malam ini.

Setelah call GMP, story tu tak dapat diguna pula. FAO minta aku hubungi Umno, Pas dan PKR untuk ambil kenyataan mereka tentang tindakan Najib batalkan penggantungan permit Harakah & SK, termasuk hal pembebasan 13 tahanan ISA.

Siapakah yang mahu aku hubungi?

Selepas 2 petang, saya ke Pantai Dalam, jumpa adik. Sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Lagipun aku perlukan offer letternya yang mungkin dapat dikembarkan bersama salinan dokumen peribadi untuk membeli rumah.

Pulang dari Vista Angkasa, tempat adiku menyewa, aku lihat ramai penguatkuasa DBKL, polis di situ. "Siapa datang pakcik? Ada program apa?" demikian aku bertanya kepada pak guard. Dia menjawab dengan baik. Tapi, maklumat tak begitu lengkap.

"Ada menteri nak datang," katanya ringkas. Aku tidak tahu menteri mana. Aku pulang semula ke M'kini kerana FAO minta kenyataan pimpinan Pas, PKR dan Umno untuk beri kenyataan tentang tindakan positif Najib baru-baru ini.

Aku tiada semangat bekerja sebenarnya hari ini. Asyik mengantuk ketika mengadap komputer. Pada jam 6 petang aku akhirnya pulang dari Bangsar.

Malam
Aku menyambung balik karangan dan sambil menonton filem Meg Ryan. Cantik dia ni. Teringat Lu itu, wajahnya seiras Meg Ryan. Entah apa yang dia buat di Lampung? Aku mengenali Lu saat kami sama-sama berada di Samarinda. Dia gadis bergetah dan itu cuma 'cinta' sementara sahaja. Kemudian, ia terbang menghilang begitu saja.

Apabila pulang ke Malaysia, dan mereka pulang ke tanahair masing-masing, yang tinggal masih berutusan sms denganku cuma Hudan. Dia dah bernikah dan tinggal di Sulawesi. Aku teringat - Goa, Sulawesi adalah tempat asal-usul Sulalatus Salatin.

Aku fikir, mereka ini mesti aku hubungi. Kadangkala, mel-eku sarat dengan pertanyaan mereka. Ada yang dah tidak diketahui jalan hidup mereka oleh kerana nomor hape mereka dah bertukar. Bilakah aku mahu hubungi mereka ini?
------------------------------------------------
7 Rabiul Akhir / 3 April (Jumaat)
FAO kirim sms, minta aku beli hujjah di Kg Baru, sebelum masuk pejabat. Aku beli di sebuah kedai berhampiran Masjid Jamek Kg Baru.

Hari ini menaip semula kenyataan Khir Toyo.

Akhirnya, barulah berita kelmarin tersiar. Rupa-rupanya, house-style di sini - nama jawatannya bukan CAPS (besar), tapi dikecilkan.

'Khutbah' Abg Nash paling best sebelum solat Jumaat tadi. Antara isi-isi yang penting adalah..

a. 1/3 daripada rezeki yang kita dapat adalah hak orang lain.
b. banyakkan bersabar.
c. Kalau nak selamat, kembali kepada asal - jangan cetuskan marah orang.

Solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Bangsar. Terjumpa Farizal, rakan lama di KMK (Kolej Mara Kulim). Dia kerja sebagai guru. Mengajar Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris.

"Susah nak mengajar," katanya. "Ramai ibu bapa yang sokong juga. Tapi, pelaksanaan itu yang menyulitkan mereka."

Petang
Sekitar jam 5 petang, di opis Malaysiakini, aku terdengar cerita opis Harakah diserbu??

Makcik call. Katanya, YB Salahudin di Johor. Ayahnya sakit di ICU seminggu. Accident, tulang rusuk patah tertikam ke peparu?? Inna lillah..

"Dia pun tengah tunggu pakcik balik dari Tg Tuan," kata makcik. "Dia mintak tolong pakcik rawatkan kalau boleh."

"Pakcik minta Ali letak batu (..) di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, di situ dia boleh ada," rayu makcik lagi.

Aku menolak kerana tak dapat ke tempat pilihan raya itu memandangkan aku sibuk di opis. Kemudian, aku sms: "Cuba minta YB Salahudin. Kalau dia letak batu, dan menang, mungkin lepas tu dia yakin."

Makcik setuju. "Apa-apa pun, kena tunggu pakcik balik," katanya dalam sms.

Aku diarah FAO untuk kontek ALO. Hujan lebat, kilat dan guruh menyukarkan ALO untuk bercakap denganku. "Guruh ni, brung brang, brung brang. Call ana balik selepas Maghrib."

Turun minum dengan FAO. Aku bertanya kalau-kalau ada usaha mengupah SB untuk membocorkan maklumat.

"Di Malaysia," katanya, "Motivasi wang belum pernah menyebabkan SB akan memberi maklumat kepada kita."

Aku bertanya begitu kerana ingin peduli, sama ada SB boleh beri maklumat tentang bilakah masanya akhbar-akhbar ini bakal dirampas.

Kami bincang mengenai apa perlu dibuat. Apa yang mahu diangkat sebagai pertanyaan kepada ALO. Kami minum tak lama kerana selepas reda hujan di Bangsar, ALO sms FAO berhubung kesediaannya itu untuk memberi kenyataan.

"Oke, Lutfi suruh kau kontek dia," kata FAO. ALO ketika dihubungi berkata bahawa ada 1,300 naskhah akhbar hujjah yang dirampas di Bukit Mertajam pada 9:10 pagi di premis jualan termasuk dalam van mereka sendiri.

"Kilang di Shah Alam pun turut diserbu. Mereka rampas plate filem hujjah," kata ALO. "Ana dihubungi SB Bukit Aman sejak 9 pagi. Mereka ni SB yang selalunya terima Harakah setiap keluaran."

Apabila aku dedahkan maklumat itu, ALO bertanya, "Dia nak dirinya di'quote' atau tidak?" Hal ini yang aku pelik dan ganjil. Soalan ALO itu tidak kujawab. Apakah mereka sudah takut kepada Cikgu Pa?

Malam
Setelah kuhantar berita itu kepada FAO, aku bersembang-sembang dengan Muda di pantry tempat kami selalu minum-minum.

"Kau lepas ni jadi stringer di sinilah," kata Muda. "Buat liputan jer, Sabtu dan Ahad tak ada orang masuk kerja. Tak ada story."

Banyak lagi yang disarankan Muda kepadaku berhubung isu-isu yang bolehlah diangkat sebagai liputan, story di sekitar Lembah Kelang. Antaranya, parkir di Brickfield, pendatang asing, dan pertelagahan orang parti di Titiwangsa.

"Kau tahu Zulhasnan punya team? Dan ada pihak lain yang nak laksanakan projek mereka dan semua itu membabitkan percanggahan antara mereka?" katanya. Aku geleng-geleng kepala.

Aku masih hijau dan rebung dalam bidang politik kepartian, ditambah lagi rasa kekhuatiranku berhubung laporan begini yang terdedah kepada saman-saman yang menghimpit dada dan menyesakkan fikiran.

Bualan kami terhenti. Dia mahu pulang ke Selayang. Aku mahu balik ke SPKB segera. Aku minta diri daripada FAO.

"News kau aku hold," katanya. "Kau baca balik kenyataan Najib tadi."

Oh baru perasan. Masa rancak berbual dengan Muda tadi rupa-rupanya Najib lewat ucapan sulungnya berkata, dia melepaskan 13 tahanan ISA, nak semak ISA dan tarik balik ke atas penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan sebelum ini.

Ini semua sandiwara dan wayang. Kuharap rakyat Malaysia tidak lagi tertipu. Teruskan mengundi Pakatan Rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang serta Batang Ai.

Tiba di rumah, aku dihubungi Yan, RTM. "Boleh tak saya hubungi bos abang, untuk tanya mengenai kenyataan Najib sebentar tadi berhubung penarikan semula penggantungan permit Harakah?"

Aku beri kepadanya nombor ALO. Nombor Zunar pun aku bagi selepas Yan memintanya. Sebagai balasan, aku cuba juga bertanya kalau-kalau ada kerja kosong di RTM. Selepas 8 April, tamat kerjaku di Malaysiakini.

Di Harakatulmaut kena 'block'. 'Masak' aku kalau selepas 8 April ini aku tidak boleh dapat pekerjaan tetap. Kuat sungguh depa buat naya ke atas aku.

"Tapi, macam mana nak 'twist' kepala dan pendirian abang nanti?" Yan bertanya. Aduhai.. macamlah perkara itu susah sangat. Pandai-pandailah kita susun ayat mengampu Umno-BN.

Yang aku risau kalau orang dalam tu dah kenal aku. Susahlah sikit.

"Okey nanti saya tengoklah kalau ada.." katanya. Aku tak banyak sangat dok harap dan 'bertawakal' kepada manusia. Tapi, kita mesti berusaha. 8 April ini, aku tidak tahu nasibku akan jadi bagaimana.

Semoga perjalanan hidup dan rezeki kita semua diberkati insya Allah.. Amin..
------------------------------------------------
6 Rabiul Akhir / 2 April (Khamis)
As-Sohavat lewat smsnya berkata bahawa ruangan sastera tiada hari ini di Harakah. Hanya yang ada berita-berita politik dan kempen. Aku pun tidak terkata apa-apa lagi. Cuma kupinta agar dia dapat up bahanku dalam daily.

Aku masuk opis lewat sikit kerana mahu ambil motor di bengkel. Aku sms Fathi dan Abg Nash berhubung kelewatanku itu.

"Ok," demikian ringkas sms Abg Nash. Fathi tak jawab apa-apa.

Selepas ambil motor, aku pergi ar-Rahnu untuk gadai emas. Minta RM300. Rupa-rupanya, bila kita minta lebih sikit, upah bulanan meningkat. Dulu RM250, upah RM4.10. Bila aku minta RM300, upah bulanan RM5.10.

Bila aku naik motor, ada masih ada kecacatan lagi. Ingatkan semua dah okay. Menyusahkan betul. Aku akan susahkan depa balik walaupun mesti menyusahkan diriku sendiri. Kerja-kerja Melayu kita ni bilakah akan sempurna?

Apa-apa yang aku minta masih tak settle. Lampu isyarat tak oke dan bla.. bla..

Aku teringat semula kedudukanku sebagai khalifah Allah. Adakah aku melaksanakan amanahNya itu di muka bumi ini. Tuhan telah berikan kita segala-galanya. Tapi kita..??

Gadis Seksi
Aku terbaca laporan Jimadie di Malaysiakini tentang gadis seksi pancing undi BN.

Kalau aku ada di sana, aku akan berusaha keras untuk interview ketiga-tiga amoi itu. Hidup ini mesti cari kesempatan! He.. he..

Zahid: It's part of Chinese culture



Petang
Kontek beberapa sumber untuk dibikin berita mengenai Harakah.

Aku terpaksa mendengar 'khutbah' Fathi lagi semasa sesi minum-minum tengahari. Kali ini, dia kata, kita mesti spesific menyebut sesuatu hal dan jangan tulis..dan seterusnya, dan lain-lain dan sebagainya.

"Mesti tulis kempen dan edar risalah," katanya. "Jangan tulis kempen, edar risalah dan lain-lain, dan sebagainya, dan seterusnya."

"Itu house-style Malaysiakini ke?"
demikian aku bertanya. "Atau, itu mungkin terhad kepada pemberitaan saja? Kalau rencana dan tulisan biasa boleh kot?"

"Tak ada.. memang inilah yang kita perjuangkan.." katanya lagi. Bab ini sukar kuterima. Kalau house-style sesebuah akhbar, mungkin aku boleh faham dan terima.

"Kau ada nak buat berita apa lagi?"

"Ingat nak kontek orang-orang PKKPM yang bantah Puncak Baru," kataku. "Kelmarin depa nak jumpa DBKL secara tertutup."

Sebelum naik opis, Fathi beri aku tips mengenai sebuah laman web yang baik untuk dirujuk. AL Daily namanya. Artikel di dalamnya agak baik diterjemahkan rasanya.

Ketika petang tadi, aku dan Fathi sama-sama jadi 'tension'. Ada saja soalan tambahan yang Fathi bagi, dan aku tak bersedia menjawabnya. Maklumlah, isu Puncak Baru di Kg Baru ini ada sejarah dan latarbelakangnya. Aku baru tahu apa itu Lot 25, Jilid 4, dan banyak lagi yang aku tak tahu.

Aku mesti jelaskan dengan terus-terang bahawa aku memang lambat pick-up, lambat tangkap dan inilah antara kelemahanku. Dan editorku itu kerap bertanya soalan-soalan tambah yang aku tak jangka. Dari sudut lain, aku jadi terfikir mengenai rupa paras pertanyaan Tuhan yang sangat mendebarkan. Apa nasibku di sana?

Dengan kelemahanku ini, bagaimana harus aku lakukan semua ini? ALO tahu aku lambat pick-up. ALO tahu aku tak sukakan news politik. Hasil bualan demi bualan, dia sudah tahu mana kelemahan dan kekuatanku.

Bosku itu keluar sekejap untuk menenangkan fikiran. Masa itu, aku gunakan melayari internet. Tiba-tiba aku terjumpa laman Pantau yang dikirim ke mel-eku. Antara penulisnya ialah Andreas Harsono. Aku mengenal Andreas ketika bergaul dengan teman-teman sasterawan di Samarinda anjuran Mastera, DBP.

"Ni member aku ni.." kata Fathi tiba-tiba ketika dia melihat aku sedang meneliti tulisan Andreas Harsono. Dia baru habis minum di luar agaknya. Jurnalisme Sastrawi.. adakah bualan mengenai hal itu rancak didebatkan di negara kita?

Aku pulang selepas Maghrib. Esok kena perbaiki semula berita Puncak Baru itu.
------------------------------------------------
5 Rabiul Akhir / 1 April (Rabu)
Fathi masuk lewat. Aku tiba 10:30 pagi, lewat juga. Abg Nash beri tugasan menghubungi pihak penjaja Pasar Minggu, Kg Bharu, berikutan isu Puncak Baru. Jenuh berdebat juga. Hatiku dirundung kaciwa. Kata Fathi apa-apa hal, editor kena.

Tapi, dalam kes aku, (oleh sebab sumber tak faham tugas wartawan), maka akulah yang terkena tempias amarahnya. Tension betul aku.

Fathi up story semalam berhubung cara Harakah protes dengan memakai pakaian hitam. Lepas itu, kami makan tengahari dan seperti biasa aku terpaksa dengar 'khutbah' Fathi lagi mengenai berita, cara menulis berita dan sebagainya.

Aku sempat 'tembak' dia dengan soalan yang aku nak tanya selama ini: "Awat la ni tak nampak menulis dah?" Inilah antara jawapannya..

1. Rasanya la ni aku nak tulis special report...
2. Masa menulis kurang, menulis pun jadi tak berkualiti..
3. Dia dah tak ada kolum di Malaysiakini..

Inilah antara jawapan-jawapan yang sempat menyinggah ke telingaku.

Aku nyatakan juga pandangan Nazmi Yaakob, rakanku yang menjaga ruangan sastera di Berita Harian berhubung editor yang dah tak banyak masa menulis kerana masanya banyak terhakis dengan sebab mereka terpaksa sunting tulisan orang lain.

"Mungkin juga kerana wartawan yang dapat maklumat first hand," kata Nazmi, "Jadi, editor ni cuma dapat maklumat second hand."

Itu kata Nazmi. Apabila kumuntahkan semula keluhan Lutfi yang mengeluh mengenai pendapat yang menyatakan tulisannya tak setajam dulu, Fathi setuju lalu berkata: "Ya lah tu .. daripada menulis tak dak kualiti, baiklah tak payah menulis," katanya.

Sempat jugalah Fathi 'tembak' aku, "Aku rasa Umno tak guna ayat 'mendepani'. Ini mesti ayat hang ni. Orang-orang Abim saja yang guna ayat tu.."

Kah.. Kah.. dia kena taulah, ayat tu memang dah bersemadi dalam pembuluh darah aku. Dah jadi darah daging walaupun aku tidak menerima tarbiyyah PKPIM dan Abim. Aku dah lama terbiasa dengan slogan dan retorik Abim. Nak buat macam mana?

"Tugas wartawan kita adalah menggali kekotoran manusia," kata Fathi. Ada lagi dicerita pada aku mengenai keinginannya untuk membuat laporan berhubung Pekida, Salafi Wahabi. Aku pun jadi berminat. Habis tu.. kenapa dia tak menulis?

"Aku tak ada team," katanya. Aku nak offer diri, aku segan. Yang paling menyegankan ialah aku takut aku tak boleh bagi komitmen. 8 April, selepas tamat Malaysiakini, WAJIB ke atasku untuk pergi ke UM semula untuk daftar Master.

Aku minat membuat laporan mengenai Pekida. Boleh bergaduh dengan puak-puak Umno. Kalau tulis macam Fathi tulis mengenai Taliban di MStar, nanti jadi bergaduh lagi dengan orang Pas. Kalau gaduh dengan Umno berbaloi jugak!

"Universiti Iman kena tekan kerana laporan aku," kata Fathi lagi. "Orang-orang Pas marah. Banyak sangat aku dedahkan cerita mereka ni."

Aku ingat lepas 8 April ni, aku cuba nak bincang dengan dia kalau-kalau dia berminat nak dedah hal Pekida di Malaysiakini. Tak tau sejauhmana dia dan Abang Nash setuju.

Alang-alang mandi, biar basah, alang-alang makan biar kenyang, alang-alang minum biar tertendang haus dari dada, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang ke Kg Baru, biarlah singgah di Jalan Raja Alang, tempat SPKB berkhidmat demi rakyat! Demi rakyat daku berkhidmat!

Huh! Alang-alang apa lagi? Habaq mai..

Kalau menulis tentang Salafi Wahabi nanti, ada orang suruh menulis pasal Syiah pulak. Ini suatu hal pula yang aku rasa tak best. Hancur perpaduan Muslimin di negara kita.. Aku sokong Hasan al-Banna. Cuba nak elakkan perang sesama sendiri.

Kalau boleh tulis tentang Pekida, silap-silap boleh tikam Najib dan boleh dedah apa kisah Altantuya. Aku dah nampak, hal ini mungkin terkait dengan misteri kehilangan Ayah Pin juga! Berbaloi juga bergaduh! Huh! Baru puas hati..

Yes.. yes.. yes.. nanti aku try sembang dengan Fathi, Abg Nash.. mana tau kot-kot depa setuju!? Apa kes kalau berita jer semata-mata. Huh! Mai dah ego aku ni..

Petang & Malam
Don Fahmi dan Broshy tiba di Malaysiakini. Kami makan nasi lemak ayam. Fathi bagi aku balik awal. Fuh! Lega betul rasa-rasanya..

Kami bermesyuarat 'Battle of the Don' di Mc D, Bangsar. Tamat sekitar jam 10 malam. Aku puas hati dengan perkembangan Don-Don yang aku sedang bina ini. Bagus.. ada peningkatan dan ada kesungguhan. Kejayaan mereka adalah kejayaanku jua..

Aku balik dengan Bro Shy dengan LRT. Motor makin sihat sedang menantiku menjemputnya di wad bengkel. "Esok pagi jam 9 saya akan datang," demikian aku berjanji kepada mereka. "Duit pun dah ada." Tadi, janji datang malam.

Di rumah, saya ber'google'. Fahmi syor saya daftar blog untuk Google Analytic.

"Nanti abang Ali boleh tengok fakta lengkap tentang pengunjung dan lain-lain," aku terlopong mendengarnya. Meeting malam tadi penuh bermakna dengan idea media baru oleh Bro Shy. Apa cerita yang sebenarnya.. biarlah rahsia..

Ber'google' lagi dan namaku tertera sebagai pemenang filem Paul Blart, Mall Cop.
------------------------------------------------
4 Rabiul Akhir / 31 Mac (Selasa)
Beritaku mengenai PPSMI tersiar di Malaysiakini.
K A masih bertanya halnya semalam. Jadi, aku tukar plan baru, aku minta emelnya dan aku akan tulis sendiri syor mengenai caranya mahu jawab kepada kami.

Nora call, meminta penjelasan tentang rumah di Damansara. "Tangguhkan dulu, saya sibuk di opis sehingga 8 April," kataku. Syukur.. dia memahami.

Wan Zahari call, "Ada Suara Keamanan pulak ni. Boleh call untuk berita?"

Aku dengar dah heboh di opis tadi. Maknanya, kalau aku tulis, tak jadi news dah. Dia baru dapat akhbar itu dan semua pengedar mungkin dah tahu. Apakah berita? Soalan ini harus dijawab dulu oleh wartawan sebelum dia mahu menulis berita.

Lazimnya, editor yang akan memutuskan adakah sesuatu intro, pendahuluan itu layak atau pun tidak untuk diangkat sebagai bahan berita.

Petang
Call M__ untuk buat berita. Dia pun sedar bahawa dalam keadaan sekarang, ramai yang takut terpaksa berdepan dengan ego Cikgu Pa. "Tulis jer, menurut sumber yang enggan dikenali," ini yang aku rasa nak tergelak sikit.

"Mungkin selepas pilihan raya, nama Hujah itu diubah kepada 'Menang 1', Menang 2', Menang 3 dan seterusnya," kata sumberku itu.

"Habis tu.. kalau kalah macam mana?" tanya Fathi ketika dia sedang menyunting beritaku tadi. "Takkan Kalah 1, Kalah 2, Kalah 3?"

Kah! Kah! Kah! Tang bab ni yang aku nak tergelak ni. Pandai depa buat lawak.. Betul kata Tuhan dalam perit derita, memanglah ada keindahannya juga. Inna ma'al 'usri yusra..fa inna ma'al 'usri yusra.. Telah terbukti dalam sejarahnya..

Bila jadi macam ni, ramai yang merungut-rungut. Rezeki mereka dipancung dan macam-macam lagi. Semoga mereka sedar juga, 90% rezeki aku pun ada di Harakah dan Harakahdaily juga. Kita sama-sama cari makan. Aku tak potong rezeki orang lain. Kenapa ada orang yang potong jalanku untuk mencari rezeki yang halal?

"Dia punya rezeki dia makan, lu punya rezeki lu makan.. apa salah kita makan sama-sama?" - dialog ini ada dalam Seniman Bujang Lapok masa Benggali jaga sedang 'bahasa'kan sikap dengki sesama orang Melayu.

Kalaulah semua orang mengamalkan falsafah Benggali jaga di Jalan Ampas, Singapura ini, dunia ini akan berubah wajah sebagai syurga agaknya..

Apa salah menulis sama-sama? Berdakwah sama-sama? Sama-sama dapat duit, sama-sama dapat pahala. Lainlah jika dimarahi Cikgu Pa dengan sebab tersiar tulisan itu bolehlah kuterima. Siapa pun takut kalau kerap dimarahi pihak atasan.

[Isk..3x Aku mengarang dalam keadaan hatiku cedera parah, menangis di dalam]

Tak pa, aku cuba bantu Harakah walaupun ada pihak yang rasa tak best dengan laporanku. Apa yang penting adalah niat kita yang diperhitungkan Tuhan. Di 'tangan' Tuhan tersedia syurga dan neraka. Di tangan manusia, tiada apa-apa. Di tangan Najib hanya ada penjara ISA di dunia. Cuma sementara saja azab di dunia itu.

Saif DBP call lewat petang tadi selepas aku sms dia tentang minatku untuk hadir acara Pena kat Air Keroh, Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 17-19 April. Aku tahu pun selepas Kak Su, pensyarah USIM itu menjemputku pergi ke sana.

Aku sudah merancang dengan teliti. Sejurus tamatnya urusanku di Malaysiakini pada 8 April ini, mungkin aku ke UM, jumpa Dr Abu Hassan, jumpa Akmal dan minta diperkenalkan aku dengan Dr Redhuan dan di Pena, aku boleh ambil tandatangan referee untuk bikin Sarjana! Insya Allah.. Amin, Amin, Amin Ya Allah..
------------------------------------------------
3 Rabiul Akhir / 30 Mac (Isnin)
Aku terima panggilan Fathi. Dia meminta aku pergi ke Pasar Minggu Kg Baru. Nombor kontek sumber telah diberi. Jadi, aku tidak perlu pergi ke opis awal-awal.

"Call aku semua apabila mereka dah mula kumpul di sana," demikian sms Fathi.

Pak Lah tiba sekitar 11:30 pagi di Pasar Minggu Kg Baru. Aku baru tahu kisah Pasar Minggu ini. Ini misi SPKB yang terbaru. Wan yang 'mengepalai' protes ke atas Puncak Baru ini seperti takut jika kelihatan bertemu denganku di khalayak.

"Abang pergi ke sebelah kiri, di situ ada orang jual ais krim, saya ada kat situ," kata Wan. Aku berangan bahawa aku dah jadi Bob Woodward yang menjatuhkan Richard Nixon dalam Skandal Watergate. Deep Throat kerap mengirim isyarat kepada Woodward untuk berhubung dengannya.

Selesai interview orang-orang tertentu di sana, aku balik membuat berita..

Panggilan telefon daripada orang Pas
1:37 p.m - Kak Ani call. Kasihan kat dia. Dia kena marah dengan .. Aku memujuknya dan berjanji untuk memulihkan imejnya. Katanya dia rasa malu dan staf pun marahkan dia. Ini membikinkan hatiku semakin rasa serba salah.

Sebab itulah, apabila ALO tanya, "Bila enta nak buat berita..?" / "Buatlah berita.. dia orang tak mahu banyak sangat ulasan, tulisan dan artikel enta.."

Maka aku kata dalam hati bahawa ini soal hati dan perasaan. Sekarang, aku dah buat news dekat Malaysiakini, pun sudah ada ura-ura mahu menyekat kemasukan tulisanku. PB tulis berita juga di HD. Kenapa tulisannya disekat? Ini soal hati, emosi.

Perhitungan bukan lagi rasional. Kalau orang dah tak suka, macam-macam alasan disusun. Tidak akan mereka tunjukkan bahawa mereka akan membuang kita secara membabi buta. Mesti hadir juga alasan yang meyakinkan khalayak bahawa mereka itu rasional ketika membuang orang. Ya, membuang orang secara bersih!

Di Samarinda, aku beli buku puisi sajak Chairil Anwar. Ada 2 puisi yang seperti sama nada tetapi sedikit berbeza makna dan tafsirannya. Maka, aku ada 2 tafsiran ke atas dua bait di bawah. Sila perhatikan dengan betul-betul.

Kalau aku Chairil Anwar, maka di bawah inilah tafsiranku..

"Aku ini binatang jalang.. Dari kumpulan terbuang.." (Semangat, Maret, 1943)

Dari kumpulan terbuang ini seperti merujuk Umno, BN yang membuang orang-orang sepertiku daripada masyarakat mereka. Mereka sisihkan segala pendapatku.

"Aku ini binatang jalang.. Dari kumpulannya terbuang.." (Aku, Maret, 1943)

Dari kumpulannya terbuang ini seperti merujuk Pas, PR yang bermakna, aku telah dibuang oleh ahli kumpulanku sendiri (Pas, PR). Sedihnya hati tidak terkira. Tuhan, hanyutkan segera derita batinku. Ke mana lagi harus kubawa aliran fikiranku?

4:12 p.m - Wan Zahari call, dia seronok dengan sebab perkembangan Peka mendapat sambutan. Ada ramai orang menelefonnya barangkali. Dia nampak gembira. Syukur, ada juga orang-orang Pas yang gembira menerima laporanku.

4:52 p.m - Ada seorang warga wanita Harakah marahkan aku. Dia tidak berpuashati dengan satu laporanku di Malaysiakini. Puas aku bertanya siapakah dia.

"Tak payah teka-teka," katanya. "Tak payah datang lagi ke Harakah."

Tak pasal-pasal, sudah ada seorang musuh secara tiba-tiba walaupun laporanku di Malaysiakini tidak 100% milikku. Ia telah ditokoktambah, dimasukkan isinya, dicantumkan dengan beberapa kenyataan dan ulasan daripada editor.

Berbual dengan Abg Nash dan Fathi tentang masalahku.. Mereka menyabarkan aku..

"Antara berita hang yang aku paling suka dan aku puas hati ialah pada hari Jumaat tu," kata Fathi. "Kita yang siarkan awal tentang kehadiran Hujah di pasaran."

Aku sudah lakukan yang terbaik untuk umat dan masyarakat. Tapi, aku harus bayar harganya. Iaitu, (1) sekatan ke atas Harakahdaily; (2) kawan-kawan menjadi seteru; (3) pimpinan Pas dah marah; (4) dan lain-lain..

Paling memenatkan ialah sekatan menulis di Harakahdaily. Tiada lagi ruang bagi mengutuk dan mencela kebiadaban Najib. Tidak lagi berpeluang berdakwah lewat tulisanku di ruangan agama, dan sukar lagi aku beramal untuk hari-hari akhiratku.

Ya Tuhan..luaskanlah lapangan dan medan penulisanku. Kurangkanlah musuh, pendendam serta pendengki. Alang-alang bergaduh, biarlah dengan Umno; bergaduh demi mempertahan prinsip! Itu lebih bermakna..

"Hang tok sah risau," kata Abg Nash. "Dengan cara ni, depa kenal dan ingat hang."

Dia dan Fathi dalam proses memujuk hatiku tadi. Kalau kusuarakan hal ini kepada rakan-rakan, mereka bukan dia mahu menyokong lewat kata-kata.

Paling minima mereka kata, "Hai..macam jauh hati je." Tak boleh langsung nak bakar semangat dengan berkata, "Aku tumpang simpati.."

"Aku dulu dengan Rafidah.." kata Abg Nash memulakan kisah silamnya, "Aku di Berita Harian, 1973, dengan sebab macam ni lah Rafidah kenal aku. Aku angkat tangan nak tanya soalan. Dia tak bagi peluang aku tanya soalan."

"Dia kata, bagi wartawan wanita tanya dulu. Lepas tu bila dia offer aku, aku kata dah tak ada apa-apa soalan. Then, dia kata.. haa dah merajuk dah.."


Aku terdiam. Antara tugas editor barangkali ialah bercerita dan memujuk wartawan yang susah hati dengan cabaran hidup yang dilalui dan ancaman yang perlu ditempuh.

Apabila aku akses H.Daily untuk jernihkan semula imej keruh K Ani, aku baru sedar ada block. Astaghfirullah.. Segera kusabarkan dengan mengenang puisi Pak Samad, "Segala yang dihasrat, tapi tak didapat, adalah nikmat, yang paling padat!

Currently have 0 comments: