Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 Rabi'ul Awwal - 2 Rabiul Akhir / 23 - 29 Mac

Monday, March 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:35 AM

2 Rabi'ul Akhir / 29 Mac (Ahad)
Aku masuk opis Malaysiakini di Bangsar. Fathi dan Nash Rahman tak masuk opis. Rupanya, Ahad mereka cuti. Hanya sebahagian sahaja yang masuk pejabat.

Semalam aku mimpi agak pelik. Jumpa Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam wajahnya yang muda. Rasa sedikit kelakar! Kah, kah, kah.. Ini mimpi mainan tidur ni. Tau sangat apa kerja-kerja roh gelap.

Aku nak jumpa Nabi Muhammad dalam mimpi, kalau boleh berjumpa dalam keadaan jaga, atau yaqazah, bukan jumpa dengan zuriatnya..Amienn..

Fathi tugaskan aku menulis berita tentang perdamaian Abdullah - Mahathir, adakah ia memberi kesan positif kepada Umno menjelang pilihan raya Bukit Gantang.

Akmal GMP call. Dia ada projek baru dengan Dr Redhuan. Setiap kali pilihan raya, dia akan bertindak sebagai RA, membuat analisa berhubung keputusan pilihan raya itu. Kami berkongsi-kongsi pandangan dan pengalaman.

"Saya ada di resort milik Abim Taiping ni," katanya. Fuh! Kaya juga Abim ini. Ini mungkin adalah legasi tatkala Abim-Umno agaknya. Akmal tertawa saat kusuarakan pandangan itu. Abim Johor contohnya, memang masih ada banyak harta. Dan harta mereka makin berkurangan ekoran tekanan agensi Islam di Johor juga!

Malam
Meeting antara Don dilakukan di Sabaking Gombak. Aku tak dapat hadir. Don Broshy dan Don Fahmi sedang sibuk meratah burger di sana, tinggallah daku keseorangan membunuh kesepian di SPKB sambil mengarang lagi dan lagi..

Keputusan baru dicapai: "Kami jumpa abg Ali Rabu malam Khamis di KL. Bertolak petang dan mungkin ke M'siakini. Tengoklah macam mana.."
------------------------------------------------
1 Rabi'ul Akhir / 28 Mac (Sabtu)
Lutfi sakit kaki. Dia tak dapat ajak aku ke Bukit Gantang. Aku pun terus jalan menapak ke bangunan Pas Jalan Raja Laut kerana motor sedang nazak di bengkel. Aku disamun hari itu dan sebab motor mengalami sedikit kerosakan.

Di bangunan Pas Jalan Raja Laut. Terserempak Cikgu Pa. Nampak dia 'bad mood' dengan laporan beritaku semalam di Malaysiakini. Sabar je lah..

"Awak ke yang siarkan laporan Hujah di Malaysiakini?" tanya beliau.

"Ya.." aku menjawab ringkas.

"Kenapa datang hari ni? Nak melapor?"

"Ya.. saya nak tahu apa perkembangan selanjutnya.."

"Tak ada apa-apa perkembangan.. no news.." dia berkata tegas. Ada nada dan riak-riak kemarahan pada suaranya.

Perlahan-lahan Encik Mokh datang memberitahu aku selepas itu, "Dia rasa tak pride la. Sebab, sepatutnya dia yang hebahkan nama baru Hujah tu, tiba-tiba enta dah siarkan laporan berita tentang Hujah tu terlalu awal. Marahlah dia.."

Baru aku faham. Sorilah Cikgu Pa. Tiada niat di hati ini untuk melanggar pride tersebut. Kami datang cuma mahu melaporkan hal ini demi rakyat dan demi kepentingan pembaca Harakah yang setia!

Selesai interview dua, tiga orang pengedar, aku balik ke rumah dan terus buat berita.

Hari ini tak masuk opis Malaysiakini lagi di Bangsar. Hujan lebat berterusan.. hujan lagi di dasar hatiku.. Bilakah aku boleh bebas dari penjara waktu di Bangsar ini?
------------------------------------------------
30 Rabi'ul Awwal / 27 Mac (Jumaat)
Menapak ke Harakah. Motor mogok. Tiba sahaja di Harakah, kebetulan Irwan, Wan Nordin dan Khaleel dalam perjalanan keluar pejabat, minum-minum.

Dah dengar ura-ura bahawa akan ada demo sebab permit Harakah digantung. Rasa bersyukur la kerana pendapatku salah. Pagi itu aku bertanya beberapa wartawan mengenai perkembangan dan perasaan mereka selepas akhbar digantung.

Kemudian, aku tulis sedikit berita. Selepas Jumaat, baru kusedar laporan tadi telah dimuatkan. Sedikit heboh kaum ibu. Selama ini mereka tulis berita. Kali ini, mereka pula menjadi bahan berita. Huh! Baru mereka tahu siapa aku..

Petang
Khutbah Jumaat kali ini bertajuk politik wang rakyat bertelagah. Mulanya aku ingatkan imam tu sendiri yang tulis khutbah. Akhirnya aku baca laporan internet (Malaysiakini, tak silap), khutbah itu memang diserahkan kepada semua masjid dan imam hanya membacanya. Bagaimanakah kita nak mulakan reform ke atas minda agamawan nih?

Bilakah imam ini nak menulis khutbah sendiri dan membacanya, sesuai dengan kehidupan umat setempat? Selesai solat Jumaat, makan-makan dengan Nordin, Irwan dan Lutfi. Apa lagi berita yang perlu kucatat daripada mereka ini?

Akhirnya, aku terus cari orang-orang di bahagian pengedar dan admin. Di sanalah aku interview mereka darihal permasalahan pengedaran selama ini.

"Esok datanglah.." kata Kak Ani. "Ada mesyuarat di Bangunan Pas, Jalan Raja Laut."

Selesai urusan mencatat kenyataan mereka, aku kembali ke Harakah semula untuk menaip. Ada komputer kosong di meja Nordin. Dia balik awal.

Memang berdesing telinga juga mendengar leteran mereka, khasnya kaum ibu. Keja di Malaysia Kini, tapi menaip di Harakah Daily. Berdesing telingaku mendengarnya. Tapi, kena banyak sabar juga. Nak buat macam mana? Inilah cabaran namanya.

Selesai keja, barulah sempat kuberbual dengan seorang pensyarah USIM yang sedang membuat kajian mengenai nilai berita dan pemberitaan.

Tak taulah aku macam mana dia menilai berita di Harakah Daily. Tadi, ALO sempat berbisik, menyatakan kerisauannya berhubung pendapat orang luar jika melihat pekerjaan dekat pejabat. Apalah yang akan dia laporkan nanti agak-agaknya?

Well.. semua orang berhak menyuarakan pendapatnya masing-masing. Aku tak banyak menulis berita, melainkan rencana. Mujur pensyarah itu tidak menilai rencana.

"Boleh kot nanti tolong jadi referee kepada master saya?" tanya saya kepada Cik Su itu. Beliau menyatakan kesanggupan. Aku jadi lapang dada. Selepas tamatnya penjara di 'Malaysiakini', aku berjanji aku terus ke UM. Tak boleh tangguh lagi ni!

Malam
Lutfi ajak ke Bukit Gantang esok. Hatiku berbelah pagi, sama ada nak pergi mesyuarat pengedar Harakah atau mengikut Lutfi.

"Enta dibenarkan tak, untuk masuk mesyuarat esok ni di bangunan Pas tu?" tanya Lutfi. "Baik enta dapatkan kenyataan pengedar selepas tamat mesyuarat tu."

Saya fikir mahu tukar rancangan. Mungkin ke Bukit Gantang dan tinjau bagaimana kempen 23.3 Harakah kat Bukit. Niat dan hasrat semakin kuat menyala!
------------------------------------------------
29 Rabi'ul Awwal / 26 Mac (Khamis)
Saya mengarang di rumah. Rasa rugi jugak tak pergi ke pejabat. Tetapi, nak buat macam mana? Motor Kriss adalah antara nyawaku. Aku harus selamatkan motor terlebih dahulu. Tanpa motor di sisi, hidup bagaikan tiada erti!

Hari ini aku jadi confuse. Bolehkah kuhantar bahan sastera? Adakah Harakah kuar macam biasa saja? Selasa lalu di Rumah Pena, K. Anis beritahu, "Kita akan kuarkan Harakah secara bersiri." Apa-apa pun, kita tengoklah nanti!

"Siri 1, 2, 3 dan seterusnya.." begitu K. Anis menuturkannya.

Oo... jadi itulah antara strategi Harakah sekarang. Tak apa, harus kuselesaikan bahan dulu. Then baru kufikirkan semasak-masaknya tentang apa yang perlu dibuat selepas ini. Semangat juang pun meningkat kembali. Alhamdulillah!

Saya bertanya Md Nor Harakah, bertanyakan sama ada perlu dihantar atau tidak bahan sastera. Saya tengah terjemah sikit-sikit ni.

"Tak tau, kena meeting petang ni la macam mana.." katanya. "Apa pun standby."

Sms TMJ tentang hal yang sama. Maka, dia cakap, "Petang ni (akan di)putuskan." Akhirnya Md Noor menjawab lewat smsnya setelah kuperingatkan buat kali kedua, "Minggu ni tak de paper." - 6:09:44 p.m.

Lega. Maknanya tak perlulah kukusutkan fikiranku untuk menghantar bahan sastera yang tidak lengkap ini. Dan, ini bererti aku tak dapat honorarium waaa... sedihnya..

Dapat maklumat tentang penyamun India semalam
Hujan lebat. Sesekali kilat menyambar bersulam hujan rintik-rintik. Mengarang apa-apa yang patut. Kemudian rasa nak pergi Harakah. Niatku itu terpaksa dibatalkan sebab motor tak dapat dihidupkan. Ringkas cerita, Man Motor tiba bersama isterinya.

Aku riwayatkan kisahku disamun semalam. Man dan isterinya mendengar penuh teliti.

"Dua orang lelaki India kan?" kata isterinya. Aik? Mana dia tau? Aku belum cakap apa-apa lagi. Adakah dia pernah mengalami peristiwa yang sama juga?

"Saya kerja di Grand Season. Dua orang lelaki India tu selalu main snooker di situ," kata isteri Man. Panjang bicaranya di sini. Tapi menurutnya memang ada orang selalu nampak dan adik dia memang selalu diekori. Eh.. dia @ adik dia, aku tak pasti.

Alhamdulillah... syukur kehadratMu Tuhan! Aku sudah dapat clue dan akan kuhebahkan kepada pihak polis Dang Wangi nanti. Biar kubeli alat renjatan elektrik, biar kutunggu lelaki India keluar dan kalau mereka berani merapat lagi, akan kurenjat dengan elektrik biar sampai pengsan, polis pun akan campurtangan. Fuh! Aku harap aku akan jadi Don selepas dapat tumbangkan mereka itu!

Man minta no plat motor lelaki India itu. Dia risau keselamatan isterinya. Kalau kalian terlihat JES 9501, harap maklum padaku di talian 014-3233287.

Bukan apa.. nak balas dendam nih! Huh! Baru aku tahu.. aku ni memang kategori jahat rupanya! Tapi, jahat ala-ala Don macam dalam cerita God Father la. Asalnya, orang baik, tetapi dijahatkan oleh keadaan persekitaran.

Saya beri Man RM200 untuk modal awal dahulu selepas keluarkan duit dari Bank Islam di Bangunan Mara. Dalam perjalanan menuju Bank Islam, lalu Kelab Sultan Sulaiman, nampak kereta Hot FM. Tapi, tak nampak kelibat DJ Anne pun.

"Bahaya. Isteri dah cakap hal 2 lelaki India tu. Ari tu memang nasib dia baik. Belum tentu dua, tiga hari lagi, nasib orang lain baik," demikian aku menasihatkan.

Man angguk-angguk tanda setuju. Aku hilang RM200 kerana beri dia duit untuk pulihkan motor yang sedang nazak kerana kes samun semalam. Tapi, RM200 itu kuberikan dengan senang hati, dan puas hati kerana aku sudah dapat maklumat mengenai 2 lelaki India itu. Kami berpisah..

Kisah ketidakpuasan hati
Amran NUJ Utusan bersms, "Baguih punya artikel dalam HarakahDaily..he he, tima kaceh." Fikiranku kepada wartawan Utusan mula teranjak sedikit. Rupa-rupanya, memang ada kepala gila seperti aku. Jangan-jangan ada lagi yang lebih gila-gila.

Aku rasa, Amran baca tulisan bertajuk NUJ Utusan.. mogoklah, jangan tulis berita!

Dia kemudian mengirim maklumat sms lagi tentang tiang gol termahal milik Kumpulan Utusan. Berderau darahku mendengarnya. Aku duit tak dak. Tetiba, hangpa beli tiang gol termahal? Apa kejadahnya? Nak buat apa dengan tiang gol tu?

Katanya, dia ada invois dan mungkin pergi SPRM minggu depan. Wallahu'alam..

Pakcik pulak call. Ada kerja gila lagi yang akan dibuatnya. Biarlah rahsia! Tapi yang menakutkan ialah ketika pakcik kata ada kemungkinan bahawa Najib akan bergabung dengan Khairy, Ahmad Zahid Hamidi.

"Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ni boleh depa kacau," katanya.
------------------------------------------------
28 Rabi'ul Awwal / 25 Mac (Rabu)
Masuk opis sedikit awal; 10:10 pagi. Semangat kerja meningkat! Fathi suruh saya menghubungi NUJ Utusan. Amran Ahmad, nama pimpinan NUJ Utusan itu. Permit piket mereka ditolak oleh polis Dang Wangi. Jadi, mereka batalkan piket. Fullstop!

Minum tengahari bersama Fathi. Dalam kuliah syarahannya mengenai makna komunikasi, dia sebut bahawa 'pemberitaan adalah laporan terhadap perspektif!"

Selesaikan semula berita NUJ Utusan. Petang, saya pergi ke La Tha Cafe dekat Menara Bangsar Mutiara dekat dengan NSTP. Nazmi, wartawan sastera menjemputku berbual. Saat kunyatakan hasratku mahu menyambung Master, dia sebut bahawa Mara ada bagi RM600 tiap bulan. Nanti aku cari biasiswa / pinjaman itu.

Aku lihat banyak juga dia mahu korek rahsia-rahsia dalaman parti dan akhbar. Biasalah! Semua orang (boleh dikatakan semua!) macam itu. Tambahan pulak sejak Harakah digantung permit. Mesti ramai nak tahu apa perkembangannya..

Kembali semula ke opis, sambung kerja, tunggu laporan Jimadie dan Rahim kalau-kalau mereka nak update berita. Lama sangat. Mr Steven belanja kami makan nasi lemak ayam. Fuh! Sedap sungguh!

Akhirnya, saya dilepaskan. Lega rasanya. Fahmi dah tunggu saya di Cathay Cineplex Damansara tu. 9:30 malam tayangan percuma bermula. Jam 10:00 p.m lebih baru tiba. Jadi, bila tayangan, rasa sekejap sahaja. Tak puas hati juga.

Kali ini Fahmi minta diri nak balik awal. Dia mengantuk dan keletihan.

Saya disamun!
Sekitar jam 12 pagi saya disamun oleh dua lelaki India. Nombor plat motor JES 9501. Mulanya, dia turun dan bertanya di manakah Chow Kit. Saya pun lurus bendul. Ketika dia mula mendekat, saya rasa lain macam. Kemudian, salah seorang daripada mereka ambil kunci motor Kriss saya. Saya terus melompat daripada motor. Motor terbalik.

Beg galas Antoo Fighter pun diambilnya, saya menjerit meminta tolong. Tapi, orang tak ada lalu di situ. Panik betul!

"Lu jerit-jerit apa?" dia mencabar. Dia sepertinya tahu bahawa usaha saya itu tak akan berjaya. Dia memang betul. Ini Kuala Lumpur, mungkinlah area ini tempat dia dan kumpulannya berbuat kejahatan. Apabila mengenangkan hal ini, saya jadi berdendam. Dia mesti dipukul! Dia mestilah dibelasah, dia mestilah diberi penyiku dan penendang!

Mungkin dia akan rasa sedar. Atau, rakan-rakannya nanti tahu apa akibatnya menyamun di Jln Tun Abdul Razak. Ya Tuhan, semoga diberikan pertolongan..

Tapi, jika ditinjau pada prestasi amalan kerohanianku, sedikit merosot. Mungkin aura pelindung sudah menipis. Ini pun suatu isu juga.

Saya terjumpa mereka yang bekerja mengorek lubang jalan di situ. Mereka pun rasa risau jugak bila tengok saya datang heret motor. Maklum, zaman sekarang ni, kalau ada orang datang dekat dengan kita pun, kita mesti hati-hati, macam kes saya tadi.

Saya buat laporan polis di Dang Wangi. Rupa-rupanya, area tadi dah masuk Sentul. Tapi, hal itu tiada masalah. Ketika itulah tertonton laporan edisi siasat, menceritakan statistik jenayah kaum India. Menurut laporan, mereka tiada kerja dan sebab itulah mereka terlibat dengan jenayah.

Saya pulang dengan hati yang duka. Syukur, semangat yang hilang akhirnya pulih kembali serta saya tidak takut. Hati yang dilanggar trauma dan tsunami memuncak tadi, sudah beransur pulih. Kalau perempuan, mereka tentu ambil masa lama juga.

Saya sms Fathi dan abg Nash. Memberitahu mereka bahawa esok saya tidak ke pejabat kerana mahu settle masalah motor.

Pengajaran: Kalau melihat lelaki India datang rapat, dan kononnya mahu tanya arah tempat, maka JANGANLAH SESEKALI DILAYAN MEREKA ITU!
------------------------------------------------
27 Rabiul Awwal / 24 Mac (Selasa)
Saya dapat tugasan ke Rumah Pena. Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna. 3 polis datang ke rumah Pena, untuk ambil kenyataan mereka.

Sempat saya interview Pak Samad Said dua kali. Paling mengujakan ialah ketika Pak Samad itu beritahu bahawa punca dia ketawa bersama Hisham adalah disebabkan lukisan gambar dan sebuah bingkai puisi di dinding pejabat Hisham itu.

"Hal itulah yang menumbuhkan rasa gelihati pada saya," kata Pak Samad. Wawancara video itu boleh disaksikan di Malaysiakini.

PPSMI: Sasterawan negara disiasat polis

Nak interview Prof Abdullah Hassan. Ketika itu beliau baru selesai diambil keterangan oleh polis dan beliau mencermati wajah saya.

"Saudara ini bukan dari (Sekolah Pemikiran) Kg Baru ker?"

Terus aku jadi malu dan segan. Dah berapa banyak agaknya tulisan 'loqlaq'ku yang dia dah baca di Harakah Daily? Aku tidak menjawab tapi teruskan bertanya soalan-soalan sambil jurukamera menumpukan video ke arah isi butiran percakapannya.

Terjumpa Nazmi Yaakob of Berita Harian. Dia terkejut apabila mendapat tahu aku di Malaysia Kini. Sampai di pejabat dia ajak minum dekat area NTSP. Tapi, oleh kerana sibuk, tidak jadi nak berborak. Mungkin nanti saja.

Malam
Tengok filem Jin Hutan di GSC Mid Valley bersama Fahmi. Tak best sangat. Patut pun orang tak ramai sangat. Mendatar saja ceritanya. Banyak lokasi penggambaran di hutan. Kos murah agaknya. Tamat tayangan, kami ke Devi's Corner di Bangsar.

Kami berbual tak lama. Sejak di Malaysiakini, mengantuk awal betul. Jadi kami tidak lama, terus pulang membawa haluan masing-masing.
------------------------------------------------
26 Rabi'ul Awwal / 23 Mac (Isnin)
Saya mula kerja di Malaysiakini separuh masa. Tamat masa pilihan raya di Bkt. Gantang..

Fathi minta saya buat berita mengenai kerajaan perpaduan Pas, pro dan kontra. Kebetulan pula masa itu pimpinan Pas Pusat sedang sibuk bermesyuarat. Tak dapat banyak sumber, kecuali ust Mohamed Daud al-Iraqi.

Tak minat betul buat story macam ni. Tapi, terpaksa buat. Buatlahcerita-cerita artis ker.. Okay jugak. Boleh dikatakan seharian ini, saya cuma hubungi pimpinan Pas saja.

Tengahari
Curi masa sekejap ke RHB Raja Chulan. Buat permohonan untuk beli rumah. Selesai urusan, aku pulang semula dengan perasaan sedikit lega. Kembali ke Kg Baru, rehat-rehat, makan tengahari dan kemudian solat di Masjid Jamek.

Aku tidak pernah tahu apakah nasibku kemudian hari. Semoga Allah memberkati.. Terus pulang ke pejabat seperti biasa dan menyambung kerja-kerja yang tergendala.

Petangnya, aku minum dengan Fathi, Amin Black Iskandar. Tiba-tiba menjengah kiriman sms di telefon bimbit Fathi menyatakan bahawa SK telah ditarik permit. Fathi jadi cuak semacam dan dia terus minta aku call Harakah, bertanyakan sama ada benarkah Harakah turut dimangsakan?

Aku call Suhaimi Embong. "Tak ada apa-apa surat lagi.." demikian kata beliau. Akhirnya, pada malam itu barulah sah bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah ditarik permitnya! Cis! Betapa bedebahnya dikau wahai Najib!

Sebelum pulang, Fathi dan Abg Nash Rahman bagi brief tentang apakah yang perlu dilaksanakan esok. Mereka suruh buat liputan ke Rumah Pena petang esok.

"Polis akan ambil keterangan AJK GMP," kata Fathi. "Aku nak hang tumpukan betul-betul pada keterangan polis. Sidang media GMP tak penting sangat."

Pada awal-awal kewujudannya aku mungkin terserap dalam GMP. Mereka memanggilku datang banyak kali juga. Tapi, oleh kerana jauh di Shah Alam, maka aku tak pergi. Jangan-jangan, kalau aku duduk dalam GMP, mungkin nama aku pun termasuk dalam siasatan polis juga agaknya.

Tapi, berbaloi juga. Ada pengalaman juga diambil keterangan polis di Rumah Pena. Nasib aku tak baik, kerana tak sempat 'bergaduh' dengan polis dalam isu PPSMI ini. Dulu, sempatlah bergaduh dengan HEP. Rasa gian nak bergaduh ni memuncak, berbunga dan berkembang kembali. :)

Malam
Imran call. Dia ada di Sungai Petani sedang mendengar ceramah Anwar Ibrahim. Ketika itu aku sudah ada di Kg Baru. Dia duduk di bahagian depan sekali.

"Tengok Anwar berucap teringat kat abang long," katanya. Adik lelakiku inilah yang aku cerita kisahnya bermimpi bertemu nabi di Harakah Daily. Dia nakal, ketika kecil saya tak peduli sangat dia dan kerap marahkan dia oleh kenakalannya.

Sila baca... Pengalaman rohani mengenali Rasulullah s.a.w.

Kini, kami sudah tumbuh sebagai lelaki dewasa. Perangai keanak-anakan pun semakin berkubur menjauh.. Apabila aku menulis dan memandang semula catitanku ini, rasanya macam aku boleh menulis novel pula. Tulis mengenai garis-garis kehidupanku yang silam..Semoga dipermudahkan olehNya..

Raj call, meminta agar aku membuat urusan pinjaman bank untuk beli rumah itu. Aku maklum tentang hal itu. Semoga blog ini menjadi saksi ke atas jatuh bangunku dan membakar semangat motivasi sesiapa sahaja untuk berada di puncak kejayaan.

Imran call lagi pagi dinihari itu dan beritahu mengenai dirinya yang telah dibasahlencunkan oleh semburan air gatal FRU. Hatiku panas membara! Bukan maknanya sebelum itu hati tidak panas mendengar cerita orang lain sakit disimbah Water Canon. Panas juga. Cuma, barangkali panas suam-suam kuku.

Tapi itu panas 70%. Kali ini, bila adikku sendiri yang terkena, hatiku terus meletup terbakar dan rentung 300%! Dan, panasnya kali ini ternyata lebih luar biasa!

"Budak-budak kecik besar Sarah pun kena jugak!" kata adikku. Sarah adalah anak perempuan adikku, berusia setahun menjelang April depan. 4 April kalau tak silap. Dia sangat comel sekali. Tidak dapat kubayangkan kalau-kalau Sarah yang terkena.

Kepada Imran aku selalu berkata. Sarah itu anak merdeka. Lahir selepas 8 Mac, ketika Kedah dah jatuh ke tangan Pas dengan izin Allah sekali gus menyaksikan Kedah bebas dan merdeka daripada cengkaman penjajahan Umno dan BN!

Perihal terbakarnya hatiku itu telah kumuatkan di dalam Kebebasan akhbar terancam! Permit ceramah ditarik! Di sana, kubadikan segalanya..

Currently have 0 comments: