Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

5 - 11 Rabiul Awwal / 2 - 8 Mac

Monday, March 02, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:23 AM

11 Rabiul Awwal / 8 Mac (Ahad)
--------------------------------------------------

10 Rabiul Awwal / 7 Mac (Sabtu)
Semalam selesai berbual dengan ALO, aku ke Jalan Yap Ah Shak untuk bank-in cek. Tetiba rasa nak menghayati acara lagho orang-orang kota di situ. Aku lepas sehingga jam 3 pagi di Restoren Buharry, bertentangan dengan Le Blanc Club dan Sunshine.

(Saya rasa Yap Ah Shak mungkin juga saudara Yap Ah Loy yang dikatakan 'membuka' Kuala Lumpur ini. Tapi, mustahil.. ada penempatan Melayu seperti Kg Baru di sini)

Sempatlah aku bermain mata, mengusha-usha 'serai saad' (awek cun) di restoren itu. Tapi kasar betul lenggok cara gaya bualan wanita muda di kota ini. Tak sekufu dengan jiwaku yang garang-garang romantis. Di akhir bualan mereka itu mesti ada lafaz beb!

Huh! Tu lah pasal. Aku manalah boleh berbicara seperti itu beb! Kalau mahu diceritakan semua, rasanya buat penat hangpa baca saja. Biarlah rahsia..

Orang Melayu yang mabuk masya Allah.. Tapi, aku yakin semua ini boleh diubah!

"Tahun 70-an, orang kata kalau tak ada duit nak pi Amerika, pegi sajalah ke Iran," kata abah ketika aku pulang ke kampung suatu masa dulu. "Di situ, apa yang Amerika ada, memang dah ada di Iran. Semuanya ada!"

Itu terjadi pada era Raja Shah Iran. Abah mungkin mahu beri keyakinan bahawa semua amalan jahiliyah ini dapat diubah dengan kesungguhan dakwah dan tarbiyyah.

"Ayatullah Khomeini pulak masa tu ada tu Perancis," tambah abah lagi.

Saya teringat dakwah Hasan al-Banna di kedai-kedai kopi. Macam mana dia buat? 24 jam hidup lelaki ini adalah dakwah, dakwah dan dakwah.

4 pagi lebih kurang aku pun pulang. Tidur...zzz

Petang
Tekak terasa sakit. Kepala berat. Aku demam! Bila pergi ke tandas, terasa badan panas, selsema dan pening kepala. Rugi! Hari ini sepatutnya aku ke Sogo, Masjid Negara dan Istana Negara. Dan kesakitan ini menyebabkan semua jadualku berubah.

Selalunya, tidur lewat tak mendemamkan diriku. Mungkin cuaca berubah akhir-akhir ini. K Anis pun batuk-batuk dan itu petanda bahawa musim sedang berubah.

Di HarakahDaily, kulihat demonstran beramai-ramai juga ke Istana Negara. Ya seperti yang aku jangka, molotov, cocktail curahan air semburan yang gatal-gatal adalah perencah yang ditunggu-tunggu demonstran sejak zaman Reformasi dan demo Bersih!

Ada gambar Pak Samad Said menekup wajahnya dan dia mengguna alat bantuan pernafasan mungkin. Kasihan.. dah tua, tapi dia terpaksa ke jalan raya lagi.

Takat ini, hatiku rasa puas. Dengan tulisan-tulisanku dan rakan-rakan berhubung PPSMI. Maka kesannya.. selaut ombak tsunami banjir mengalir di ibu kota. Sokongan melimpah ke pintu pagar Istana Negara, mencurahkan perhatian rakyat semua.

Tulisan yang tersiar -> PPSMI: Celaru fikiran Najib dalam perjuangan bahasa
--------------------------------------------------
9 Rabiul Awwal / 6 Mac (Jumaat)
Ke Pejabat Pos, ambil duit. Kemudian ke Ar-Rahnu, beli emas. Ada dua orang yang beli macam aku. Seorang tu nampak bergaya. Telinga lintahku menangkap isi bualan..
"Saya nak beli 10 keping," kata lelaki itu, usianya mungkin dalam lingkungan 30-an. "Harganya masih sama macam kelmarin kan?"
Nampaknya, pemikirannya memang sama macam aku. Uh! Persaingan nih! Cuma, dia ada modal lebih sikit. Dia bayar RM4,800. Aku ada 10 keping sekarang, beli sikit-sikit tapi belum sampai mencecah ke angka itu. Nasib baik beli sikit-sikit sejak emas murah semenjak dahulu. Jadi, aku masih untung!
Aku ke Harakah bahagian pemasaran. Pakcik semalam tu tengok jer muka aku terus dia bagi cek. Syukur.. RM x,xxx. Inilah yang paling tinggi yang pernah kuterima. Berjaya juga hasratku untuk menebus semua emas dinarku yang terlantar nazak di wad pembaringan Ar-Rahnu! Oh, syukur padaMu Ya Rahman!
"Nak pergi Harakah tak?" tanya pakcik. "Tolong hantar surat-surat ni."
Aku bawa surat itu ke Jabatan Pengarang. Fuh! Riuh banget tiba-tiba. Antara isu-isu berbangkit adalah di mana aku berada esok hari?
"Rumahlah, mana lagi," saja aku cakap macam tu nak bagi riuh lagi.
"Ceh! Orang semua ke Istana Negara," kata Kak R. "Awak dok rumah saja?!"
Belum sempat aku menjawab, agenda mesyuarat lain dibangkitkan. Simpang siur isu ini sungguh menghiburkan. Tak menang aku nak menjawab. Kadangkala aku terfikir, macam mana Anwar nak menjawab isu-isu yang membabitkan Elizabeth Wong, lompat tak jadi pada 16 September dan lain-lain? Fuh, susah benar menjadi pemimpin nih!
Perkara yang paling hangat dibincangkan oleh kaum-kaum ibu ini adalah isu pizza yang aku janji. Aku terberjanji, memang ada aku tersebut. Dan memang ada niat pun.
"Kak sejak mengandung, nak pregnant lagi ni, tak dapat-dapat tuntutan," kata Kak A.
Kah! Kah! Kah! Aku pun apa lagi. Saja la nak perangat depa. Err.. la ni bukan boikot ker? Bla..bla..bla.. Depa pun lagilah hangat hati.. Kah! Kah! Kah!
(Tapi, aku rasa memang dalam minggu depan juga aku akan cuba usahakan hal ini. Mungkin, aku perlu buat ucapan sikit kot, kerjalah rajin-rajin.. he.. he.. dan ah ha! Ka ching! Timbul idea baru - boleh aku baca deklamasi sajak sampai depa naik boring!)
"Dak aih.. ada pizza yang Melayu punya," kata mereka. "Pizza yang tu bukan Yahudi punya." Banyak lagilah hujah-hujah pendakwaan, mala fide dan afidavit yang dilontarkan dengan tujuan mengesahkan bahawa aku sememangnya bersalah dalam mahkamah balai berita petang tadi.
Patutnya kena ada orang rakam, bawak masuk dalam YouTube tadi. Baru best!
Alkisahnya, disebabkan puisi Balada Burhan Di Kota Raya, Tkt 1 jadi heboh. Bermula saat itu, isu Pizza bagaikan sebiji peluru berpandu, (eh silap..) bagaikan sebutir bom C4 yang meletupkan tubuh Altantuya.
Fuh! Baru aku tahu betapa sukarnya hidup Najib. Padanlah.. nak bentangkan sikit bajet, tetiba ada sindiran tentang Port Dickson lah, bom C4 lah. Fuh, berat betul..
Alah.. aku sikit-sikit sindir Najib, Pak Lah. Mungkin sindiran mereka ini akan menjadi suatu titik permulaan kepada kebangkitan pergerakanku di masa depan, inso Alloh!
Syahadan..antara tulisan, kutukan yang tersiar adalah Sedikit kisah mengenai buli dan juga PPSMI: Nak jumpa Agong, takkan tak boleh?
--------------------------------------------------
8 Rabiul Awwal / 5 Mac (Khamis)
Cek tak dapat lagi. Hatiku resah gelisah dibuatnya. Emas dah turun hari ini. Esok harganya tidak berubah walaupun harganya telah naik kerana Kelantan cuti esok.
Apakah tindakan aku esok? Perlukah kugadai lagi 6.84g emas yang kudapat di Bank Rakyat? Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
"Kehidupan adalah seni membuat pilihan," demikian terpacul ungkapan itu tiba-tiba saat ALO mengangkat pertanyaannya kepadaku mengenai kaedah menyeimbangkan bait-bait sajak dalam kolumnya; Catatan Hujung, di Harakah edisi cetak.
ALO mahu menulis panjang dan dalam masa yang sama, dan dalam masa yang sama, dia enggan mengurangkan bait sajak Usman Awang dalam kolumnya. Aku beritahu bahawa dia terpaksalah membuat pilihan dengan bijak.
"Oh! Tak bestlah macam tu," kata ALO. Memang tak best. Tapi, itulah yang terpaksa kuhadapi dalam keadaan kewanganku yang tidak menentu saban bulan. Dan, sebagai respon itulah, takrif kehidupan itu terlompat dari celah bibirku secara tiba-tiba.
Sesiapa pun di dunia ini, mestilah membuat pilihan yang bijaksana untuk meneruskan kehidupan mereka. Bagaimana aku dapat membuat pilihan dalam keadaan Harakah yang lewat memberiku cek? Kaum-kaum ibu tak pernah faham ketika aku sulit membayar kutu. Moga tiada dalam fikiran mereka bahawa aku enggan membayarnya.
"Long-term.. long term.." sindir mereka, "Kalau awak fikir long-term, awak dah boleh bayar duit kutu untuk bulan-bulan berikutnya."
Aku mesti bersabar. Kaum wanita adalah makhluk Allah yang paling sukar difahamkan tentang masalah-masalah semasa. Semoga Tuhan mengurniakan daku bidadari yang faham tentang hal-hal kehidupanku nanti. Ameen..
Hari ini, aku teruskan terjemahan Rice Without Rain seperti biasa. Kemudian, aku tulis beberapa artikel lagi yang sengaja kutergendalakan untuk menekan diriku sendiri.
Sms kak Nat tentang cekku yang belum tiba. Katanya, cek ada dalam bilik ALO. Malam, ini saya tiba di Harakah untuk mencari cek. Tapi, ternyata hampa.
"Enta dah menggelupur ka la ni?" tanya ALO. Mestila tengah menggelupur. Depa ni memanglah suka sangat aku menekan depa dengan penulisan tajam aku agaknya..
Lebih baik kugunakan tulisan aku untuk menikam Umno dan BN. Tapi, kalau dah hak aku masih tak dapat, macam manalah aku nak teruskan kehidupan.
Bila aku merungut lewat penulisan, nanti ada yang kata aku hilang wala' lah. Dan macam-macam lagi. Aku cuma menuntut hak aku yang sepatutnya aku dapat. Tu saja.
Kepada adik-adik mahasiswa Gamis dan anak-anak muda Pas, kalau hangpa nak buat disertasi, tesis master dan PhD, cuba kaji kewangan Harakah, pemasarannya, kaji bebanan hutang dan hal lain-lain yang berkaitan dengan aliran wang.
Biar jenerasi berikutnya akan dapat mengenalpasti di mana kelemahan Pas dan Harakah. Maka, jenerasi berikutnya akan dapat mengguna kajian itu guna memperbaiki masalah ini dari semasa ke semasa. Ini pun suatu jihad juga.
--------------------------------------------------
7 Rabiul Awwal / 4 Mac (Rabu)
Petang tadi baru selesai mengarang satu bahan di Harakah Daily, bertajuk Bagaimana sejarah PPSMI ini bermula?

Semalam, daku bercanda gurau dengan Tun Dr Mahathir.

Selesai mengarang, aku pergi ke Ampang bersama Kapten Adzhar, sekitar 3:30 petang. Dia rakan lamaku yang membawaku masuk ke Rejimen 515 Askar Wataniah. Kami silap perhitungan. Tempat itu dah berpindah.

Tiba di sana, seorang askar buat lawak kelolo, "Aik, bukan di sini.. sapa kata daftar di sini?" Hui, sabar je la. Tiba-tiba, seorang askar wanita datang membawa kami masuk ke dalam sebuah bilik dan di situ beliau memberi penerangan ringkas kepadaku.

"Kalau ada degree, nanti jadi pegawai.. Leftenan Muda," katanya. Dia seperti 'ganas'. Mungkin disebabkan latihan ketenteraan, kewanitaannya sedikit pudar.

Tamat urusan di Kementah, kami ke sebuah masjid untuk solat Asar. Layan Ad bersembang dan dia nampaknya sedang mencari buku-buku mengenai hartanah.

Jangan-jangan, ketenteraan secara tak langsung menyebabkan seseorang itu berubah minatnya kepada bidang hartanah? Teringat kata Bro Shy, Donald Trump pernah mendapat latihan tentera. Dan, dia maju betul dalam bidang hartanah.

"Jom pi KLCC," Ad mengajakku, walaupun hati terasa berat nak menerima pada mulanya. "Nak cari buku-buku tentang hartanah ni."

Aku fikir tak rugi jika aku ikut. Mungkin ada banyak lagi bab yang boleh aku berguru dengannya nanti. Jadi, kami ke KLCC dan terus terpa ke Kinokuniya.

Harga Emas jatuh!
Di Kinokuniya duit US Dollar meningkat sedikit. Mungkin harga emas jatuh. Apabila saya tengok semula di Kitco, harganya makin menurun. Jadi, barangsiapa yang ingin membeli emas sekarang, mungkin oke.

Siapa yang nak buat pinjaman untuk beli emas, boleh hubungi saya di mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Mungkin, tak ramai lagi yang nampak faedahnya pelaburan emas ini. Emas dibeli untuk simpanan. Alang-alang mahu keluarkannya, mestilah digunakan untuk membeli beberapa aset seperti rumah, tanah dan apa saja yang disifatkan sebagai aset.

Bandingkan antara kedua-dua graf ini. Sama saja kan? Harga emas tu akan semakin turun. Kemaskinikan ilmu anda mengenai emas dan semua ini tidak akan merugikan anda!

Emas itu adalah aset anda untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional untuk jangka panjang (dalam bahasa Inggerisnya, 'long-term'). Para aktivis Pakatan Rakyat sepatutnya membeli emas daripada sekarang!

Watchmen (2009)

--------------------------------------------------
6 Rabiul Awwal / 3 Mac (Selasa)
"Kalau banker call, encik kena jawab," kata Hasnah, kerani sebuah firma guaman pada petang tadi. "Mereka susah nak approve loan kalau tak dapat call encik."
Hatiku lega dan tenang mendengarnya. Raj call lagi; ingatkan hal yang sama. "Okey, saya faham Raj. Tadi, Hasnah dah ingatkan saya."
Saya risau kalau bank tak approve loan. Petang tadi ke Al-Rajhi, bertanya hal-hal pinjaman peribadi. Di sana, saya diminta seorang pegawai kaji selidik dari UIA untuk tandakan borang soal kaji selidik berhubung perkhidmatan perbankan Islam.
Selesai jawab, pen itu mereka hadiahkan saya. 4:30 p.m, awan mula suram, muram dan gelap, segelap hati dan perasaanku. Saya pi Ar-Rahnu, gadai emas dinar. Dapat RM250 untuk bayar sewa bilik. Isk, isk, isk..
Pergi KFC Jln Raja Laut. Order Snack Plate. Hujan mula turun dengan lebat! Selebat hati dan perasaanku saat ini. Tapi, aku ternampak pertandingan catur pada 17 Mac ini di dalam KFC itu. Teringat zaman sekolah rendah. Aku jaguh catur!
Teringin nak masuk. Mana tau kalau-kalau dapat duit. Aku suka masuk pertandingan dan dapat hadiah macam tiket wayang free, tiket pelancongan dan lain-lain. Rasa best!
Ke Harakah dengan niat bayar duit kutu. Ada masalah sedikit kerana aku tak faham dengan kaedah penghantaran duit RM100 ke dalam akaun Maybank2u K. Sal.
"Awak buat gini..," khutbah kaum ibu berdua itu kutadah telinga. Mujur Caltex ada mesin ATM Maybank. Akhirnya, selesai satu masalah besar yang kuhadapi sejak lama.
Malam
Setelah semua orang pulang, aku merancakkan revolusi. Rakan-rakan wartawan minta aku ulas kerajaan di bawah pokok. Mulanya aku tercengang, terpinga-pinga juga sebab tidak tahu kepala ekor cerita itu. Akhirnya, setelah menonton Buletin Utama, barulah kufaham kisahnya.
Hujah malam itu amat menghiburkan. Kutonton gelagat Zahid Hamidi yang gedebe, Isa Samad yang 'kaciwa' menyindir Umno berhubung kes rasuahnya yang lalu.
"Nampaknya jawapan ni macam Tan Sri nak sindir saja," Prof Agus mencelah. Kah! Kah! Kah. Jangankan aku, semua orang dalam Dewan Tun Syed Nasir pakat-pakat renggah gelak. Padan muka dia. Nak sangat buat jahat. Terimalah akibat!
Akhirnya, selesailah juga aku menulis suatu bahan untuk Harakah Daily yang bertajuk Pokok.. asal-usul kerajaan di dunia?
Rasa puas mengembang di dada kerana dah kutuk Umno, BN yang biadap, kurang ajar terhadap rakyat Perak. Awat!?? Depa ingat rakyat bodoh sangat ker? Hah!
--------------------------------------------------
5 Rabiul Awwal / 2 Mac (Isnin)
Petang tadi potong rambut di kedai mamak. Kena RM10. Kalau dia kepak kepala oke jugak. Tapi dia tak buat. Orang cakap, tak baik kepak kepala. Aku biar saja.

Ke Harakah. Aisehmen.. tak dak internet. Membosankan. K. Sal dah minta duit kutu. Kelmarin, Bro Shy dah bagi duit kutu RM100. Tapi, duit tu aku transfer untuk topup Eload pula. Prepaid amat penting. Client minta dan aku tak boleh tangguh.

Ah! Mujur Doh Fahmi dah bayar duit kutu, RM100 Maghrib tadi.

Intan sudah bayar, K. Anis dah bayar prepaid, termasuk TMJ. Rasa lega betul. Depa dah masuk gaji tapi cek aku awal bulan ni tak dengar khabar berita lagi.

Masuk bilik ALO petang tadi, kulihat Irwan sedang berbual dengannya. Tak mahu ganggu urusan orang. Baru nak turun tingkat 1, ALO minta aku masuk.

"Ana call enta tadi, awat tak angkat?" dia bertanya. "Enta ni.. Hishamuddin Rais kata, kalau revolusi tu berlaku siang hari, dia tak ikut walaupun dia penyokong revolusi."

Irwan mencelah: "Maknanya, revolusi patut dianjak sikit pada sebelah tengahari."

Aku gelak saja. Kalau ikut sejarah. Firaun buat serbuan pada sebelah malam ketika Bani Israel melarikan diri ke Lautan Merah. Raja Herod Rom membunuh anak-anak Bani Israel malam juga dan British tangkap orang masuk ISA waktu malam.

Hal ini diikuti polis la ni. Tangkapan ISA dibuat pada waktu malam. Jadi kalau nak buat revolusi, patutnya pada waktu malam. Penguasa kapitalis dah susun masa kerja, 9 pagi - 5 petang. Maka, sebelah malam mungkinkah revolusi boleh berlaku?

Saya menaip sekejap di opis. Internet tak ada. Cepatnya bosan. Jadi, selepas Isyak, saya pulang. Kerja-kerja menaip saya bawa pulang ke SPKB.

Currently have 0 comments: