Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

12 - 18 Rabiul Awwal / 9 - 15 Mac

Tuesday, March 10, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:10 AM

18 Rabiul Awwal / 15 Mac (Ahad)

Aku membaca Sulalatus Salatin. Makin musykil. Terus aku sms Dr A bertanyakan kalau-kalau ada konspirasi dalam penulisan sejarah Melayu. "Fakta sejarah bergantung kepada siapa menaja penulisan sejarah itu."

Aku dapat pengajaran baru. Kalau aku mahu menulis dan menyusun sejarah semula, elakkanlah daripada mendapat tajaan mana-mana pihak.

Kerana tak dapat hadir di Hotel Concorde, aku sms Syukor Jutawan Emas. Lalu, dia membalas sms, "Tak apa, nanti saya umumkan sekali lagi program dalam blog saya."

Saifullah, orang kuat GMP (kalau tak silap dia jadi SUA GMP) call aku petang tadi.

"Ingat nak ajak abang buat penulisan kreatif dengan ramai kawan-kawan dengan PTS," kata beliau. Seperti biasa, aku memilih untuk bersikap seperti idolaku, Dr Burhanuddin al-Hulaimy. Aku tak akan tubuhkan parti politik, aku tidak akan banyak membuat rancangan, melainkan di dalam urusan persuratkhabaran.

Orang-ramai yang akan menentukan aku akan berada bersama mereka atau tidak, bergantung kepada kesungguhan mereka sendiri.

Ramai juga yang kecundang dan akhirnya kulihat malas-malas. Kata guruku T. S Lanang, orang kita ini sebenarnya menderita ketiadaan kesungguhan.

Malam
Tengok filem Dragon Ball, guna tiket wayang free. Slap perhitungan. Confuse tadi.. ingat nak tengok Street Fighter yang menampilkan lakonan Kristin Kreuk, (awek Superboy of Smallville), tapi terpilih Dragon Ball. Anyway, aku dapat memahami beberapa pengajaran baru juga. Tak ralat juga rasanya.

Dalam tubuh sebenarnya tersimpan tenaga yang kita tak keluarkan. Rasanya aku perlu belajar bagaimana mahu keluarkan tenaga dan manfaatkannya ke arah kebaikan. Jika kita boleh cipta alat yang 'mencipta' tenaga, kita akan kuasai dunia!

"Di bawah atom dalam tubuh badan kita itu, akhirnya orang terjumpa sejenis tenaga," kata seorang pensyarah ketika aku hadir dalam program Asasi di UIAM baru-baru ini.

Allah adalah sejenis TENAGA! Aku teringat kata-kata orang tarekat yang sedang menjual buku mereka di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta tidak lama dahulu.

"Kita tahu saintis menyebutkan bahawa pergerakan kita ini ada kaitan dengan cas elektrik," katanya. "Bila zikir nanti kita akan sedar bahawa siapa kita sebenarnya."

Anda pernah dengar Wahdatul Wujud!? Aku tak berhasrat membedahnya sebab risau semakin membenihkan kekeliruan yang bersarang di dada.

Berikut adalah klip video lagu P Ramlee yang kuselongkar daripada timbunan lautan YouTube! Saksikan dan enjoy sepuas-puasnya!

P Ramlee - Sang Rembulan


SANG REMBULAN

sang rembulan menyinari alam raya
gemerlap berkilauan dan bercahaya
taman sari segar mekar dan mewangi
laksana hamparan tikar permaidani

nun di sana dua kasih bersayangan
sedang asyik dalam gelombang asmara
oh itulah irama hidup waktu malam
ciptaan sakti sinaran sang rembulan


P Ramlee & Rahmah Rahmat - Jangan Adik Angan-Angan



JANGAN ADIK ANGAN-ANGAN

Jangan-janganlah adik angan-angan
Merayau ke alam impian
Duduk termenung kesepian
Tiada teman
Tujuh gunung lautan-lautan
Sembilan lautan ala intan
Umpan kutabur dah makan
Ikan dah makan

Bagai-bagailah mana indah syurga
Bertaman bunga aneka rupa
Kalau si bunga tak dijaga
Terkulai juga
Dari hari purnama-purnama
Sehingga purnama ala nyawa
Bunga menanti pawana
Dihembus pawana


P.Ramlee - Sabar


Sabar

Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman


P Ramlee - Alunan Biola


ALUNAN BIOLA

sayup terdengar alunan biola
bergema ditingkah dengan irama
lemah lembut dibawa pawana
di angkasa raya

merdu mesra diiringi suara
nyanyian yang menggetarkan di jiwa
dalam hati merindu asmara
meresap ke sukma

diiringi siliran sang bayu
bagai suara buluh perindu
margasatwa pun berlagu
menghilangkan rindu

alangkah merdu alunan biola
terpesona hati mendengarkannya
hilang sudah dahaga di kalbu
mendengarkan lagu...

P.Ramlee - Bulan Dan Juga Angin


Yang ini pula kisah P Ramlee bercerita mengenai judi
Ragam P.Ramlee - Minta Nombor Ekor (1/3)


Ragam P.Ramlee - Minta Nombor Ekor (2/3)


Ragam P.Ramlee - Minta Nombor Ekor (3/3)


Juwita 1/2

Dan.. inilah lagu hitz, menjadi pujaan hatiku saat ini.. saksikang! Dengarkang!!

Rahsia Cinta-Normadiah / P.Ramlee

-----------------------------------------------------------
17 Rabiul Awwal / 14 Mac (Sabtu)
Hujan seharian. Hari berlingkar. Aku tidak jadi ke mana-mana. Rancangan mahu berjumpa Syukor, Jutawan Emas di Hotel Concorde terus tak menjadi hari ini.

Aku menonton Batman Returns. Baru aku nampak pertalian antara Kal-El dengan Jor-El seperti Hercules dengan Zeus. Rupa-rupanya Hollywood ada falsafahnya yang tersendiri dalam menyiar filem-filemnya ke serata dunia!

Selesai mengarang -> Kenapa peduli 'Allah Peduli' Agnes Monica saja?
-----------------------------------------------------------
16 Rabiul Awwal / 13 Mac (Jumaat)
Alhamdulillah, syukur. Saya sudah dapat duit dan boleh tebus emas dinar di Ar-Rahn. Seorang lelaki muda menegur saya. Dia dari Damansara.

"Saya akan berkahwin esok," katanya. "Sebab itu saya beli dinar."

Saya senyum sahaja. Baguslah. Saya dapat tebus 4 dinar hari ini pun dah rasa okay balik. Terasa diri ini sudah menjadi Don semula. Ada lagi dua keping dinar emas yang belum dapat ditebus lagi ni. Mungkin minggu depan saya menebusnya, insya Allah..

Ingat nak pederaih beli 2 dinar (sekeping) tadi. Tapi, dia kata habis stok. Aku rasa barangkali dia malas dah kot sebab pejabat dah nak tutup.

Apa pun.. kejayaan petang tadi ialah menebus 4 keping dinar dan membeli 1 dinar lagi. Ada dua lagi dinar yang belum sempat kutebus. Esok Syukor Jutawan Emas ada di KL. Memang aku fikir nak bertemu dengannya kalau ada kesempatan.

Saya sedang mencari buku-buku mengenai pelaburan emas. Kalau dapat jumpa bahasa Inggeris pun tak apa. Boleh jugak terjemah untuk kebaikan orang-ramai.

Err.. ada sesiapa yang ada buku tu tak?

Aku bengang dengan Gapena dan polis
Hari ini rasa bengang betul dengan Gapena. Saya muatkan dalam tulisan saya di PPSMI: GMP dipanggil polis, ini baru masuk 'gear' satu!

Kecewa betul dengan sang pendeta. Kalau Umno yang cakap, mampuih pi la..tetapi apabila orang kita sendiri yang dok cakap macam tu, gugur jantung, hati rasa tenggelam oleh banjir air mata.

Gapena kata demo jalanan bukan cara mereka. Mereka nak guna cara intelektual. Masalahnya, takkan sang pendeta tak mengenal Umno. Umno bukan ada nilai intelektual. Parti itu mengguna kepala lutut untuk membuat dasar-dasar pelajaran.

Memang selaut darah dan banjir air mata, kuasa api dan besi yang boleh mengajar mereka itu. Polis ini pun satu lagi dajjal. Tak guna betul.

Inilah beza aku dengan Hasan al-Banna. Al-Banna didatangi polis ke rumahnya. Dia berdakwah kepada polis itu sehingga polis itu mengikut perjuangannya. Tetapi, aku macam ni lah.. nak buat macam mana lagi. Aku rasa polis yang datang ke rumah Hasan al-Banna tu mesti berkualiti juga rasanya. Sebab itu hati, jiwa dan perasaannya terbuka kepada dakwah. Polis kita ni ada kualiti ke?

Sapa ada kawan yang kerja kat polis angkat tangan? Ada benda sikit yang perlu aku bincangkan dengan polis-polis ini. Kalau boleh biarlah yang muda-muda.

Apa agendanya? Biarlah rahsia.. Tapi, nanti saya akan bagitahu juga insya Allah..
-----------------------------------------------------------
15 Rabiul Awwal / 12 Mac (Khamis)
Hasil godaman ke atas dunia maya (internet) saya terjumpa catatan mengenai prasasti kerajaan purba Kutai. Ingat, nak hubungi Dr A, nak tanya sama ada adakah beliau simpan manuskrip prasasti kerajaan Kutai itu.

Ketika di Samarinda, saya sempat bertemu waris keturunan Kerajaan Kutai. Ketika ini, mereka sudah tidak lagi berkerajaan seperti zaman keagungan yang lalu.

"Kerajaan Kutai dan Brunai ini sebenarnya bersaudara," kata salah seorang waris kerajaan itu. Mungkinkah beliau adalah ketua bagi keturunan waris diraja Kutai?

Abdullah Munsyi dalam tulisannya menyebutkan bahawa kerajaan Kutai dan Brunai ini memang zalim. Ish.. bila saya mahu ke Pustaka Tun Seri Lanang di UKM tak tau?

Mujur dah siap terjemahan Rice Without Rain. Boleh rehat panjang sikit hari ini. Fitri call.. dia kata dia dah masuk TV9. Dulu dia Berita Harian, kemudian Harian Metro.

"Kenapa kau tak mintak?" tanya Fitri. "Kau gerenti dapat punya jadi wartawan."

Aku pendamkan hasrat. Kalau aku masuk pun, mana boleh hentam kerajaan dalam isu PPSMI tu. Tapi, suara itu tak kunyatakan kepadanya.

Kakti call, katanya abah dan mak dah confirm nak pergi ke Jogjakarta esok bersamanya. Moga.. selamatlah semuanya. Amiin..

Hasil godaman internet, saya terjumpa Angels dan Demons. Agak menarik dibuat terjemahan ni. Tapi, apakah pendirian Harakah dalam bab-bab terjemahan ni? Khasnya, Harakah Daily? Takut juga kalau depa marah..
-----------------------------------------------------------
14 Rabiul Awwal / 11 Mac (Rabu)
Emas memang jatuh hari ini. Saya fikir duit dah masuk. Rupa-rupanya belum lagi. Mungkin juga esok duit akan masuk. Niat menebus emas dinar itu jadi tergendala :(

Tiba-tiba emas jatuh sampai 899.60. Dah lama tak drop macam ni. Saya tak fikir pelajar universiti berfikir macam saya, nak buat satu pelaburan. Di universiti dulu, golongan yang bermata sepet sahaja yang mampu duduk lama berteleku depan skrin.

Mereka khusyuk memerhatikan saham naik dan turun. Ish.. otak Cina ni. Kita kena banyak juga belajar daripada mereka ni. Ketika kita dok ralit bercakap soal perjuangan, dakwah, tarbiyyah, usrah, terlupa kita mengenai perjuangan Abdul Rahman bin 'Auf. Kita kena ramaikan Abdul Rahman bin Auf!

Itu yang saya ingat lewat kalam Bro Shy. Susah benar mahu luruskan pemikiran orang-orang Melayu ni. Sombong bukan main. Kemudian.. tidak gemar meluaskan bacaan.

Ada lagi 6 keping dinar yang belum ditebus. Sabar.. aku harus tunggu tempoh dan waktunya yang sesuai untuk bertindak!

Puisi Panjang Untuk Mahathir
Baru-baru terjumpa ALO di pejabat beliau. Terjumpa buku puisi Dinsman dalam biliknya. Saya abadikan dalam tulisan -> Darihal puisi dan lain-lain cerita

Saya dah ada kegemaran baru, iaitu suka tonton filem-filem yang bersiri dan ada sambungannya lewat YouTube. Baru-baru ini saya terjumpa All The President's Men, Los & Faun, The Interpreter dan lain-lain lagi.

Saya rasa kawan-kawan wartawan perlu tonton All The President's Men tu. Ia adalah kisah Bob Woodward dan Carl Bernstein dari Washington Post menjatuhkan Presiden Amerika Richard Nixon dalam skandal Watergate sekitar 1970-an.

Nantilah saya bagi tunjuk dalam YouTube, insya Allah..
-----------------------------------------------------------
13 Rabiul Awwal / 10 Mac (Selasa)
Saya ke LRT Kelana Jaya, tuntut hadiah Cinema Online. Dapat hadiah T-Shirt hitam Underwold termasuk pisau antik pembuka surat. Rasa 'kemaih' dan hebat sekali ketika pegang pisau antik tu. Juga, saya dapat tiga tiket wayang free yang boleh ditebus.

Kemaskini terakhir pada 10/03/09 3:50 PM, di Public Bank, selling price ialah RM111.2500 dan buying pricenya- RM106.8100 untuk 1 gram. Lihat geraf emas pada kedua-dua rajah yang saya tunjuk di bawah ini. Apa lagi? Belilah emas sekarang!

Hal ini juga menunjukkan dollar Amerika semakin naik agak-agaknya kot. Esok, mungkin cek akan masuk ke dalam akaun bank. Ada 2 hal yang mesti diselesaikan esok. Pertama, tebus semula dinar emas yang terpajak.

Kedua, jual 2 dinar dan beli balik 2 dinar seketul. Lebih murah. Kemudiannya, pergi ke Maybank untuk lihat samada pasaran saham untuk emas ada tak macam Forex. Fuh.. kena banyak kajian nih! Err.. Sapa ada buku-buku mengenai pelaburan emas?

Tapi, di Maybank, pada hari ini, 1 gram bersamaan RM114.70 (jual) dan RM106.31 (beli). Di sini, agak tinggi juga harga emasnya.

Barangkali.. dalam tempoh terdekat juga aku harus buat keputusan dan siapkan segala dokumen untuk selesaikan hal pinjaman bank.

Malam
Asyik melayan cerita The Interpreter, lakonan Nicole Kidman. Lawa Nicole ni. Tak sempat daku mahu mengurat, Tom Cruise sambar dulu. Err.. agaknya memang penterjemah PBB ni lawa-lawa kotz?

Aku lantas teringat penterjemah Mongolia si Altantuya itu. Mungkinkah dia juga dibunuh kerana kelawaannya itu? Sylvia Broome (Nicole Kidman) sering menghadapi ancaman bunuh kerana dia terdengar bualan telefon secara tak sengaja pada suatu malam. Bolehkah aku mengarang novel mengenai pembunuhan Altantuya?

Huh! Dari manakah aku harus dapatkan maklumat berhubung bom C4 ini?
-----------------------------------------------------------
12 Rabiul Awwal / 9 Mac (Isnin)
Maulidur Rasul.. sebelum terlantar seharian, saya segera menyiapkan tulisan khas mengenai hal kisah pengalaman adik saya yang bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Sila klik pada artikel -> Pengalaman rohani mengenali Rasulullah s.a.w

Esok ada tayangan The Interpreter di TV2. Rasanya macam best jer cerita ni. Saya menggodam YouTube. Inilah hasilnya... Jadi, saksikan..

The Interpreter 1 of 12


The Interpreter 2 of 12


The Interpreter 3 of 12


The Interpreter 4 of 12


The Interpreter 5 of 12


The Interpreter 6 of 12


The Interpreter 7 of 12


The Interpreter 8 of 12


The Interpreter 9 of 12


The Interpreter 10 of 12


The Interpreter 11 of 12


The Interpreter 12 of 12

Currently have 0 comments: