Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 Safar - 4 Rabiul Awwal / 23 Feb - 1 Mac

Friday, February 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:46 AM

4 Rabiul Awwal /1 Mac (Ahad)
Saya terima kehadiran Haidi. Bawa dia ke Kompleks Pertama, Perpustakaan Negara, Malaysia (PNM), KLCC dan akhirnya ke jualan buku murah di PNM. Saya ambil dia di Jln Pekeliling pagi tadi.

Di PNM, saya mencatit beberapa buah buku yang mungkin boleh disandarkan rujukan untuk hal kajian saya nanti. Banyak juga. Patutlah.. kata Dr A, kita perlu sekitar 6 bulan untuk hadam dan ratas isi buku-buku yang ada kaitan dengan kajian kita tu.

Dari PNM, kami ke KLCC, jumpa Bro Shy kemudian ke Kinokuniya. Dekat Food Court, ada buka cerita sikit tentang emas. Aku brief sikit hal penemuanku di Etika Emas.

"Simpan 1 kg emas, dah relaks," kata Bro Shy, "Tiap-tiap bulan ada RM3,000."

Di Food Court, daku gagal mengawal mataku. Hatiku tertanya-tanya mengenai rupa wajah insan yang kutemui di sini. Ada Spanish agaknya, Tok Arab dan lain-lain.

Di Kunokuniya, saya terjumpa sebuah buku yang bercerita mengenai asal-usul silat dari Champa dan bentuk keris. Kalau tak salah, buku itu bertajuk - Seni Silat Melayu, Sejarah Perkembangan dan Budaya, oleh Abdul Rahman Ismail (DBP).

Selepas tamat urusan di Kinokuniya KLCC, kami ke PNM untuk pameran jualan buku murah. Di sana, aku berbelanja RM7. Buku murah, RM1 sebuah. Ada tujuh buah buku yang saya beli untuk mengisi keperluan perpustakaan SPKB.

Sekitar jam 5 petang, Haidi mahu pulang ke Bentong dan dia kuhantar di Jalan Pekeliling selepas itu. Haidi kata, ada cerita menarik tentang komunis di Pahang.

"Ada kumpulan Cina yang pernah menjadi komunis di tempat saya tu," katanya. "Kalau cakap Melayu, mereka bukan faham sangat."

Jika ada lebihan masa, mungkin aku melompat ke sana. Sejak aku baca Memoir Shamsiah Fakeh terasa ada banyak penipuan tentang sejarah komunis. Semua ini mesti didedahkan agar rakyat kita tidak diperbodohkan lagi.
------------------------------------------------
3 Rabiul Awwal /28 Feb (Sabtu)
Dr A kirim sms. "Ada kisah kerajaan-kerajaan Melayu Purba dalam Malaysia Kita, terbitan Intan." Bagus betul pensyarah ini. Dia sanggup tolong bantu saya beri maklumat. Ish, jadi malu sendiri.

Tok Saad call, memberitahu bahawa dia boleh bantu aku untuk masuk ke dalam tentera.

"Tapi, hang nak elaun ka?"

"Aku nak bertanggungjawab atas tulisan aku. Aku kerap kritik tentera, komanda. Aku kena masuk dalam lapangan depa."

Haidi call. Katanya, dia mahu datang KL esok. Ada suatu perkembangan menarik mengenai Yahudi di Pulau Pinang.

"Saya ingat abang Ali yang hantar kisah tu di Utusan," kata Haidi lagi.

"Tak de. Dia orang bikin sendiri cerita tu," balasku kembali.
------------------------------------------------
2 Rabiul Awwal /27 Feb (Jumaat)
Petang ini kubeli Dinar Emas lagi. Harganya RM497.60. Memang hari Jumaat harga emas turun agaknya. Sudah banyak habis simpananku. Tapi, tak mengapa. Emas boleh kujual semula. Maka, tidak rugi pun kalau beli emas ni.

Singgah di opis Harakah, rezeki jadi murah tiba-tiba. Ramai betul orang nak prepaid, sampai tak menang tangan. Aku betul-betul ada jiwa Don, jiwa saudagar, merchant, dan pedagang. Aku rasa memang aku anak Champa agaknya.

Sambil mengarang di opis, Mr Shidi asyik bertanya mengenai apa yang sedang kutulis. Dia pun rasa ingin berkongsi pandangan mengenai isu-isu apa yang mungkin boleh dikembangkan dalam Harakah, harakah Daily.

"Sekarang, Sisters In Islam sedang kuat melancarkan idea-idea mereka," katanya. "Kita kena basuh sikit. Tapi, saya tak sempat."

Turut dibangkitkan isu Elizabeth Wong, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bla..bla..bla.. Akhirnya, dia pun pulang. Awal dia pulang. Pengantin baru kot? He he..

Tengah mengarang, Ustaz Kamarudin Landas, Sg Petani mengajakku berbual. Hasil bualan itu, maka tersiarlah berita baru mengenai bantahan Landas ke atas konsert gig HELP GAZA di Jalan Orange, di Kuala Lumpur.

"Black Metal, Heavy Metal ni berselindung di sebalik nama perjuangan di Gaza," kata beliau.

Aku sudah melaksanakan tugasku sebagai wartawan jalanan, wartawan perjuangan untuk dedah beberapa kepalsuan dalam masyarakat. Semoga Allah menghitung amalanku ini sebagai amalan soleh hendaknya. Ameen..

Selak-selak di website Sinema Online, maka dapat lagi tiket wayang free..

HADIAH - Tayangan Khas filem "WATCHMEN"

Maklumat Tayangan:
Tarikh/Hari: 4 Mac 2009 / Rabu
Waktu: 9.00 malam
Lokasi: GSC Mid Valley
------------------------------------------------
1 Rabiul Awwal /26 Feb (Khamis)
Pagi, kami berangkat ke LRT Setiawangsa. Don Fahmi perlu bertemu keluarganya di HKL. Serta aku pula terus turun ke LRT Kg Baru. Makan-makan roti canai dan sempat layan HBO di gerai tersebut. Cerita koboi melawan Red Indian Apache.

Hari berlingkar bertapa hari ini. Mesti siapkan terjemahan. Hujan yang sesekali bersulam guntur dan kilat menyebabkan aku terpaksa menghentikan terjemahan, takut komputer rosak.

Akhirnya, malam.. tepat, hampir 9 malam, barulah sempat kuhantar bahan itu ke Harakah.
------------------------------------------------
29 Safar /25 Feb (Rabu)
Pergi ke S. Alam bersama Bro Shy. Makan tengahari di Mancongkam memang menyelerakan. Dan selepas itu, kami patah balik ke UiTM. Solat Zuhur kami mengambil masa yang lama. Tahu tak kenapa?

Di surau wanita itu, kami tengah tunggu siapakah gerangan tuan punya kasut hitam yang cantik tersusun itu. Ini pun idea Don Fahmi juga.

"Kalau dia susun kasut elok dan cantik," kata Don Fahmi, "Orangnya mungkin tertib."

Lama betul kami tunggu siapakah gerangan yang akan keluar itu. Macam-macam telaah, telahan dan spekulasi yang kami lontarkan. Bro Shy rasa dia tertidur di dalam surau kerana kasut-kasut yang lain dah mula berkurangan.

"Jangan-jangan dia baca al-Quran kot," demikian saya menafikan.

"Allah," Bro Shy menepuk dahinya. "Tak terfikir pula. Boleh jadi juga."

Penantian suatu penyeksaan. Selepas 4 orang pelajar perubatan dan salah seorangnya berwajah versi Arab melewati kami, maka aku berfatwa dalam hati, tiada rotan, akar pun berguna. Rasa di dalam hati, perlu kulaksanakan wasiat pesanan Tok Kenali.

Kuriwayatkan kepada Bro Shy tentang falsafah Tok Kenali tu, "Barangsiapa masuk hutan, dalam perjalanan jumpa emas, maka utamakan hal mencari rotan. Lepas cari rotan, cari emas. Kalaulah emas masih ada, itu rezeki kamulah. Kalau emas tiada lagi, maka rotan itulah rezekimu."

Bro Shy mahu ke UiTM mencari ruang untuk sambung Master. Tak sepatutnya aku jadi duri di dalam urusannya meneruskan haluan hidupnya. Aku korbankan 'emas' itu untuk kepentingan orang lain.

Akhirnya, kami teruskan perjalanan mencari 'rotan'. Berjumpa pakciknya yang boleh membantu urusannya meneruskan pengajian. Aku terjumpa lagi banyak peluang.

Di bilik pakciknya, saya jadi bersemangat nak cari kerja di UiTM pula. Jadi Pustakawan, Pegawai Penyelidik bagus juga. Perlahan-lahan aku jadi faham salah satu makna hidup ini. Emas itu boleh jadi hadir di mana-mana. Jika kita terlepas emas di sini, di situ pun ada lagi.

Tapi, masa mencari emas perlu diperhitungkan juga. Ada emas yang tak pasti belum dapat lagi. Ada emas yang kita sangka 90% boleh kita dapat. Maka, carilah emas yang 90% kita yakin akan berada di dalam genggaman kita itu.

Malam
Selesai solat Maghrib, Isya', kami dalam dilema dalam membuat keputusan. Antara ciri seorang Don, dia adalah penyelesai masalah orang. Dalam kes aku, masalah kewangan orang tak dapatlah kuselesaikan. Diri sendiri masih terbelenggu dalam lingkaran kewangan yang tak menentu.

Apakah mahu menonton filem atau tidak dalam perjalanan pulang ke Gombak? Hari Rabu, tiket wayang murah. Pendek cerita, kami pergi juga setelah beberapa kekusutan di kepalanya sedikit terlerai. "Kehidupan adalah seni membuat keputusan," - pepatah hikmah Fuhrer Fansuri.

Di One Utama itu, kami menonton Valkyrie, kisah seorang kolonel yang menyusun perancangan untuk membunuh Hitler. Rancangan mereka tidak berjaya dan akhirnya mereka terbunuh. Ada satu hal yang menarik difikirkan. Kenapa letupan bom itu tidak membunuh Hitler?

Hal ini sukar dijawab. Tapi, aku fikir bom itu bukan bukan C4 yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Jika bom C4 yang digunakan untuk membunuh Hitler, mungkin Operasi Valkyrie itu akan berjaya.

Tidak ramai penonton sebab tayangan lewat malam. Jadi, kami bolehlah bermaharajalela dengan meletakkan kami seenak-enaknya atas kerusi tempat duduk.

Tamat tayangan kami balik ke Gombak, tidur di rumah Bro Shy. Pelajaran yang penting, masuk ke dalam fikiranku sepanjang hari itu ialah - seorang jutawan itu bukan dilihat daripada berapa banyak yang dia berbelanja. Tetapi, berapa banyak yang dia simpan.

Selepas memutarkan ayat berbelit-belit akhirnya Bro Shy berkata, "Jutawan atau orang kaya tu macam mana ya..? Ish .. lebih kurang macam kita lah.."

Ayat itulah yang menyebabkan aku ketawa dan sebenarnya ia mengandungi makna kebenaran yang tiada bersempadan. Saya sudah menyimpan emas, mahu beli rumah, tanah..

Aku mula merancang balik untuk bekerja di Sinar Harian setelah berbual dengan Bie petang ini. Ini akan kumulakan jika aku benar-benar dapat berpindah dari SPKB ke Damansara.

Semoga berhasil segala niat-niat suciku ini, insya Allah..
------------------------------------------------
28 Safar /24 Feb (Selasa)
Ke opis Harakah. Aku berada di sana sepanjang hari. Tengok blog. Nampak catatan BroShy yang dia mahu ke Shah Alam. Entah kenapa hatiku dijerut ke sana.

"Kenapa tulisan enta beralih arah ke sana, ke sini?" tanya ALO kepada ketika kami beriringan ke Restoren Rafiyya.

"Ana ingat enta yang ubah.." aku membalas kembali. Dia seperti hairan.

"Enta ada masalah dengan sapa-sapa tak?"

"Setahu ana tak ada."

Tengah makan, kami berbual-bual mengenai cara bagaimana mahu meningkatkan mutu kualiti akhbar. Aku tertarik ketika Alo menyebutkan bahawa dunia ini boleh digegarkan oleh penulisan orang-orang NGI.

"Kalau boleh dapat orang macam tu, kita boleh interview dia la," kata Alo lagi.

Kami bingkas ke atas pejabat untuk melihat siapakah yang mengubah tulisan-tulisan selama ini. Ada juga disebut nama orang-orang yang aku tak sangka.

Teringat temubual dengan arwah A Samad Ismail dahulu. "Kami dulu pun ada percakaran juga dengan rakan-rakan wartawan. Sampai tak boleh tengok muka!"

Aduhai! Apa salahku? Aku pun nak cari duit lebih juga. Aku tak hidup mengkhianati sesiapa dan rezeki hangpa aku tak masukkan pasir.

Teringat pesan seorang bai dalam satu babak ketika P Ramlee, Sudin dan Aziz di dalam Seniman Bujang Lapok di Jalan Ampas ketika mereka mula-mula datang untuk screen test.

"Dia punya rezeki dia makan, lu punya rezeki lu makan.. apa salah kita makan sama-sama?" itu ungkapan dialog yang di'bahasa'kan oleh Bai itu kepada seorang pemuda Melayu yang dengki terhadap bangsanya sendiri.
------------------------------------------------
27 Safar /23 Feb (Isnin)
Hari berlingkar. Menulis menjadi rutin yang membosankan. Tapi, harus kulaluinya dengan tabah berani, cekal hati dan berani mati. Sudah mula aku lawan Tun Dr Mahathir. Ramai orang marah. Ah! Aku peduli hapa! Tun akan mati tak lama lagi. Aku pun mungkin tidak lama hidup.

Jadi, ketika hidup di dunia ini, mana yang sempat, bolehlah kita beramal. Selepas mati, kita tidak boleh membetulkan keadaan dunia yang serba parah ini.

Tuhan.. berikan daku untuk menempuh segala ujian dan dugaan. Dr Mahathir harus disedarkan! Dia tidak boleh lagi dikelilingi oleh para pembodek dan pengampu.

Tuhan.. Jadikan surat-suratku yang berterusan kepada Tun Dr Mahathir sebagai salah satu dari amal solehku yang Kau perhitungkan di akhirat kelak sebagai imbuhan pahala yang berterusan.

Currently have 0 comments: