20 - 26 Safar / 16 - 22 Feb
Petang tu saya ke Kelang. Bertemu pakcik. Terusha awek Indon dalam komuter. Oh! Manisnya.. maka teringat juga pesanan tok kenali, sesiapa yang masuk ke hutan dengan niat mencari rotan, tapi di tengah jalan itu dia terjumpa emas, maka hendaklah dia utamakan urusannya mencari rotan-rotan di hutan terlebih dahulu.
Selepas habis mencari rotan, maka pulang semula mencari emas. Kalau ada emas di situ, maka rezeki kamulah emas itu. Kalau tiada emas, maka rotan itulah rezeki kamu.
Maka, kukerahkan segala tenaga dalam sehingga terbit segala aura di dalam tubuhku. Akhirnya, tiba juga di Kelang. Rupanya, si dia turun juga di Kelang. Kukerahkan lagi tenaga dalamku. Maka akhirnya, perlahan-lahan perca-perca ingatan itu menghilang.
Tiba di rumah pakcik memang panjang cerita. Tapi biarlah semua rahsia. Di akhir bualan, pakcik dengar keluhanku mengenai keadaanku yang sering kekeringan wang.
"Boleh aku tunjuk benda ni kat dia Hamsiah?" kata pakcik kepada adik perempuannya. Makcik bagi isyarat kepada aku supaya bertanya lanjut mengenai rahsia itu.
Rupa-rupanya, memang 'emas'! Ya Rabbi.. Dari mana pakcik mendapatnya, biarlah rahsia! Betul kata Tok Kenali. Teringat pesan nabi, sesiapa yang meninggalkan yang haram, akan mendapat habuan yang halal.
Tuhan.. telah kukerahkan tenaga dalaman untuk bertahan, semoga dapat kuterus bertahan dan bertahan, inso Alloh.
Malamnya, dalam perjalanan pulang, tiada kelibat awek Indon itu. Jadi berbaloi juga 'emas' yang kutemui dalam bualan bersama pakcik. Justeru 'emas' yang kutemui dalam komuter petang tadi sudah hilang. Maka, 'emas' pakcik itulah rezeki aku!
------------------------------------------------------
25 Safar / 21 Feb (Sabtu)
Pagi ini saya ke Seminar Sains dan Teknologi di UIAM anjuran Asasi. Saya terpaksalah abaikan Dinar Emas di UM dan melawat CT dan Don Fahmi di di PWTC.
Saya berada di UIAM sehingga petang. Banyak berbual dengan Dr A dan beliau nampaknya dah beri banyak peluang agar saya bertanyakan projek menyambung kajian master memandangkan saya tinggal berjauhan dari UKM.
Dalam perbincangan itu bersama rakan-rakan, bercampur-campur pandangan, subjek dan tema bualan. Ia berkaitan Iskandar Zulkarnain, Raja Suran, kapal selam...
"Teknologi kapal selam tu dah wujud di Turki," kata Dr A. Dan rupa-rupanya ada pertentangan antara mazhab yang memegang hikayat mitos dengan pensyarah yang utamakan kajian saintifik ini. Moga mereka jangan marah-marah saat berdebat.
Ish.. bila tengok depa sembang petang tadi, saya terasa macam mereka bercakap benda-benda yang aku pernah tulis dah. Rasa malu pun ada. Jadi, aku memilih untuk tidak banyak bercakap. Sebaliknya, hanya tadah telinga, mendengar sahaja.
"Kita kena buat macam-macam lagi untuk 'upgrade' pengetahuan ahli-ahli penyelidik Asasi," kata Dr A. Ish, rasa seganlah. Macam terkena batang hidung aku saja. Tetapi, memang lepas dok bincang dengan Dr A, semangat dan motivasi makin meningkat sebab banyak pengetahuan serta teknik penyelidikan dah di'upgrade'kan tadi.
Petang itu, ketika sejumhur ahli penyelidik berseminar di dalam kuliah, kami 'berseminar' di luar kuliah yang agak special. Syukur, rasa berbaloi juga dapat maklumat berguna walaupun nampak kurang manis berseminar di luar kuliah.
Tapi, nak buat macam-mana? Bukan senang nak berjumpa. Perlukah aku beli sebuah rumah lagi di Bandar Baru Bangi untuk tujuan akademik ini?
Bualan dengan rakan-rakan
Hilmi, Presiden PKP rupa-rupanya jadi warga Affin. Tuhan tahu niat dalam hatiku. Amaran buat kepada semua.. hangpa jangan main-main dengan Tuhan. Sejak aku berdamping dengan Dia, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dia tahu apa lintasan hatiku. Baru semalam dok berkira-kira nak buat pinjaman buat pelaburan emas, tetiba adik juniorku ini dah jadi orang bank. Moral.. hangpa jangan takut melawan HEP, Umno dan Najib. Hangpa buat kerja.. selebihnya itu, biarlah Tuhan yang uruskan. Dia taulah nak bantu hangpa macam-mana. Tuhan takkan biarkan hangpa hidup merana jika hangpa membela kebenaran, keadilan di jalanNya.
Hidup Tuhan.. ALLAH AKBAR!!
"Harakah banyak bangkitkan isu PPSMI la ni," kata Hilmi. Mungkin dia nak menyantuni diriku agaknya. Kekadang rasa bersalah dan kesian juga sebab ku'balun' dan 'belasah' PKPIM ni dalam Sorry adik, juniorku. Marah-marah sayang sebenarnya.
Tapi bila mereka dah tunjukkan kesungguhan dalam PPSMI, respek khalayak ke atas mereka ni dah pulih balik. Bila bergaul dengan orang-orang tua dalam GMP, sikit-sikit nama PKPIM yang mereka sebut. Sekalung tahniah dan penghargaan, tapi janganlah sombong, megah, lalai dan leka pula dengan pujian khalayak itu.
Jangan sesekali mengulangi 'penyakit sembang deraih' dan 'sembang kemaih' brader, senior kita yang lalu. Ada lah.. malaih nak ungkit-ungkit cerita kenangan lama..
Faiz, junior di USM, saya terserempak dengannya tadi di cafe. Dia dah jadi 'somebody' di Tabung Haji. Cerita Tuhan angkat seseorang ini, sangat menarik diceritakan.
"Walaupun saya ada degree, saya guna SPM ja. Lepas tu, bos tanya saya, ada ijazah ke. Saya pun angguk, terus dia lantik saya naik ke atas," kata Faiz. "La ni, saya kadang-kala ulang-alik ke bangunan Parlimen kalau ada keperluan di sana."
Antara yang terjumpa tadi Mujahed. Panjang juga kalau mahu cerita semuanya. Jufitri pula telah bercerita ringkas denganku tentang cara-cara nak minta surat penajaan untuk program GPTD. Kalau dapat pi Xian, lalu Jalan Sutera dan terus ke Mekah!
Oh! Alangkah indahnya dunia ini! Semua ini mestilah kulakukan sementara masih bujang lajang trang, tang-tang dan masih lagi bertaraf anak teruna sunti.
"Ana kena pi Kajang la ni. Pertengahan Mac baru free balik," kata Jufitri.
Petang & Malam
Program tamat, saya pulang ke Kg Baru. Sampai di Masjid Jamek, ketika topup reload prepaid Eload, baru teringat beg rock kapak beliung Antoo Fighters saya tertinggal dalam bilik kuliah. Ah sudah! Terpaksalah patah balik semula ke UIAM.
Singgah di Gombak selesaikan urusan motor, isi minyak hitam dan pasang nombor plat baru kat motor. Pakcik call, minta datang Kelang malam ini juga. Hujan yang lebat, menafikan kudrat aku untuk berbuat demikian. Aku ke Kelang esok, insya Allah.
Jangkaanku tepat! Don Bro Shy pulang malam ini dari KLIA. Aku masuk UIA, ambil semula beg dalam kuliah tadi, kemudian patah balik ke Gombak. Hp bateri weak! Jadi tak dapat nak contact dia. Bila kupergi ke rumah sewanya, dia sudah tidur.
"Dia ada.. baru balik. Letih agaknya," seorang teman rumahnya memberitahu.
Sebenarnya, Don Bro Shy pulang ke rumah sekitar 10:00 malam. Itu sms yang kuterima selepas tiba di SPKB sekitar 11:00 p.m saat hape berfungsi sebagai biasa..
Bacaan audio / video bonus.. sila klik pautan di bawah..
Antara pautan menarik yang boleh ditonton:-
----------------------------------------
"Saya cucu Haji Hasan Adli," kata Ir ketika saya sedang memasuki ruang legar pejabat Etika Emas. Wow! Hasan Adli adalah orang yang membawa Dr Burhanudin dalam Pas.
Dinar Emas melonjak gila-gila. Aku mesti tukar plan. Mesti pinjam RM20,000 di Al-Rajhi. Terus beli jongkong emas dan setiap bulan mesti bayar fix-rate. Ini lebih menguntungkan daripada aku terus membeli dinar bulan demi bulan.
"RM466 setiap bulan encik," jelas kerani Al-Rajhi ketika aku telefon tadi. Hmm... mungkin perlu dikurangkan sedikit kepada RM15,000. Boleh tebus balik dinar emas yang kupajak di Ar-Rahnu. Selebihnya mungkin boleh bayar down-payment tanah di Melaka!
Novel Angels & Demons masih tersadai di atas katil yang berselerak dengan fail dan buku-buku. Bagaimana harus kusematkan azam untuk menterjemah karya ini. Ya Tuhan bantulah aku yang serba lemah dalam bab pengurusan masa dan waktu ini.
Hasil proses bertapa, berlingkar, maka terbitlah tulisan terbaru; Prinsip ketaatan, syura dan sikap raja-raja dan juga Ketenteraan Islam OIC terhalang oleh Liga Arab?
--------------------------------------
22 Safar / 18 Feb (Rabu)
Pergi menonton Ong Bak 2. Best banget. Masuk pukul 5:20 petang. Tamat 7:20 p.m. Saya akan ulas filem ini dari sudut (1) ketenteraan, (2) sejarah dan lain-lain.
"Awak kena bertanggungjawab..bla.. bla..bla.." kata Kak Sal. Cis.. tak bagi aku jawab rupanya. Ada banyak kisah Elizabeth yang dibincangkan petang tadi. Tapi, biarlah rahsia..
Dia Adun Bukit Lanjan. Rumah yang saya mahu beli pun dekat Bukit Lanjan juga. Saya bertemu dengan Elizabeth ketika pergi ke bangunan Dun Selangor di Shah Alam dahulu. Dia sudah pegang jawatan Exco Alam Sekitar masa itu.
"Banyak betul tanah-tanah di KL yang dah diceroboh. Tinggal sikit saja hutan-hutan simpan," katanya kepada kami sambil di tangannya memegang peta mengenai hutan simpan di kota.
Kali pertama.. saya duduk sebelah Elizabeth ketika saya sedang diminta menyampaikan ucapan berhubung masalah Auku di Parlimen sekitar 2007. Jadi, tak banyak sangat perkara yang boleh diceritakan mengenai exco Selangor ini.
Malaslah nak bergosip, berdosa mendedahkan aib dan rahsia orang walaupun orang tu bukannya Islam. Kita sendiri pun tak lepas dosa kita dengan Tuhan.
Zina atau rampasan kuasa?
Amboi-amboi.. Chua Soi Lek yang dibuang akibat skandal seks pun boleh dinobat semula sebagai pimpinan tertinggi MCA. Tetiba Umno berlagak suci, bagaikan malaikat dan wali keramat untuk menyatakan bahawa rakyat perlu menolak pemimpin yang tidak bermoral.
Saya bukan menyokong Elizabeth. Salah tetap salah. Tapi, Umno ni lagi teruk banget. Cubalah cakap jujur sikit. Jika kalian mahu rampas kuasa di Selangor sekali pun, cubalah cari isu lain.
Umno tahu bahawa rakyat di negara ini cukup prihatin dengan soal moral dan sensitif soal agama. Umno tahu 'mood' rakyat Malaysia yang selalu berkata bahawa mereka inginkan ketua yang bermoral dan memegang prinsip agama.
Sesekali cubalah bertanya Chua Soi Lek, kenapa skandal seks beliau bukan menjadi alasan untuk tidak menerajui MCA? Atau, kalau Umno berani, cubalah bertanya Najib.. apa yang terjadi saat manisnya di Port Dickson dahulu? Kalau berani la..
Petang & Malam
Ketika bawa Don Fahmi berjalan di Flora Damansara, panggilan daripada Lutfi menjengah dalam telefon bimbitku.
"Ust Abu Bakar Chik mahu ada orang bentang hal kedudukan Pas dalam isu PPSMI," katanya. "24 Februari ni di Dewan Perniagaan China."
Saya mengangguk sahaja. Dalam kepala terbayang tentang bagaimana nak mengaitkan Menteri Besar Perak, Nizar dalam hal ini. Rasanya Nizar yang kena bentangkan kot? Masa inilah kita nak pulihkan balik imej dan reputasinya di mata rakyat. Wallahu'alam..
Malam ini, saya dan Don Fahmi pergi menonton In New Town. Mulanya, ingatkan Hall tu main filem Ong Bak, rupanya dia tersilap filem. Kalau Ong Bak best jugak!
"A. Ali wajib tengok Ong Bak," katanya. "Kalau tak tengok, jatuh hukum haram!"
Apa yang mustahak, dalam perjalanan tadi, saya sudah tunjukkan property yang saya nak beli di Damansara. Semoga berjayalah hendaknya. Amin..
salam buat kang ali,
setelah agak lama saya tidak dtg melawat, banyak sekali tulisan-tulisan yg telah dimuatkan di dlm blog ini...
alhamdulillah semuanya menarik, memberi inspirasi, motivasi dan mempamer kematangan penulisan yg telah bertambah2...
tahniah, semoga segala penulisan dan usaha2 kang ali akan sentiasa mendapat petunjuk dan redha dari Allah serta tidak sia-sia...
dan spt yg saya pernah ungkapkan dlm komen yg lalu: insyaAllah, one day u'll be 'somebody' :) wallahu a'lam.
wassalam...
terima kasih atas do'a yang telah mengiringi usaha saya selama ini. Semoga masin mulut, lidah sdr/i if i will be a somebody one day..
Amiien..
dok mana ya?
salam jumaat, hari yg barakah,
sama-sama... hanya sumbangan doa yg sgt kecil yg dpt sy sumbangkan buat saudara-saudara seIslam saya di mana jua mereka berada...
terima kasih juga atas hasil-hasil tulisan kang ali...
ameen dr saya juga...
saya dok kl.