Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

13 - 19 Safar / 9 - 15 Feb

Friday, February 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:29 AM

18 Safar / 14 Feb (Sabtu)
Hari Kekasih. Teringat kekasihku Rihanna dari Amerika yang akan membuat persembahannya di Kuala Lumpur nanti. Oh Rihanna.. Oh mantan-mantan kekasihku Shania Twain, Natalie Imbruglia, Gwen Steffany, Salma Hayek dan lain-lainnya yang tak sempat daku sebutkan di sini. Kepada kalian semua, sumber ilhamku, inilah kupersembahkan lagu untukmu..

Fantasi Musim Cinta – Iwan


Rihanna..

Mereka ingin bantah kedatanganmu untuk membuat konsert tempoh hari. Tetapi, takdirnya.. di Ipoh baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat hampir rebah. Maka, pemuda Pas pun berlarian di sana dan tak jadilah mereka mahu tunjukkan aksi bantahan ke atas kehadiran adinda di sana.

Politik menjadikan manusia serba tidak kena dibuatnya. Ah! Bosan betul kekanda berbicara hal-hal politik. Dalam al-Qur'an, Tuhan mengangkat darjat para sahabat setinggi-tingginya. Tapi kenapakah di dalam perang Jamal dan Perang Siffin, kita boleh menyaksikan sengketa bersilang antara Saidina Ali, Sayyidatina Aisyah dan Muawiyah?

Tension betul kekanda ketika memikirkan hal ini. Justeru... apa kata kita layan sebuah lagu guna mereda ketegangan ini? Dengarkanlah lagu ini..

Gurisan Hidup – Iwan


Kekasihku Wulan..

Ya..begitulah gurisan-gurisan hidup yang telah menyiat hati kekanda. Teringat wanita Mongolia, Altantuya yang masih tiada pembelaan. Ah! Makin diingatkan, terasa berjurai si air mata.

Dalam hidup ini, kanda rasa, kita mestilah hidup berendam air mata juga walaupun kanda tahu bahawa dinda suka berendam di bath tab berjam-jam dan suka berbikini di kolam dan sesekali berbikini di pantai Batu Feringgi.

Wulan.. saat kaumengejar publisiti, kenangilah mereka yang terkorban..Isk.. Isk.. Isk..

Iwan - Wulan


Sonia..
Udara di Kota Jakarta bagaimana keadaannya sekarang? Lagu-lagu dangdutmu semakin laris @ gimana? Madumu Julia Perez (Jupe) bagaimana keadaannya kini? Terakhir kanda dengar.. Jupe marah kerana ada tut....... (ayat terlarang, apa dia? Err.. biarlah rahsia) disertakan dalam album-albumnya di pasaran.. Itulah.. kanda udah pesan..

Jangan dedah-dedah.. merbahaya sih.. Rimba banat hutan Jakarta kini sudah tidak selamat lagi. Ia dihuni sekelompok haiwan singa, buaya tembaga. Spesis romeo beriman, kasanova bertaqwa tak dapat cari makan lagi jika ada naga-naga dari neraka jahanam..

Hanya lagumu yang lalu, mendamaikan gelora yang kini menyala di batinku..

Sonia - Benci Kusangka Sayang


Sonia - Sonia Kau Sebut Namaku




Mantan-mantan kekasihku..
Sama ada kalian berada di belahan dunia Timur dan Barat. Sama ada kalian penari dan penyanyi dangdut atau penari yang mengepit kedua-dua betismu pada tetiang besi... kanda ingin berpesan atas nama cinta, kasih sayang serta ukhuwwah Islamiyyah.

Bahawa, atas keinginan mahu menjalin rasa persaudaraan.. kanda harap adinda semua janganlah salah sangka serta silap paham dengan maksud kedatangan warkah kekanda yang datang tanpa diundang ini. Jangan adinda semua menyambut kedatangan warkah itu dengan seruan komando pula - Datangmu Tiada Diundang, Jika Ragu Sila Pulang!

Kekanda datang menyembahmu sayang dengan jiwa romantis bersarang di dada. Kanda sedang mempelopori konsep berdakwah sambil mengurat. (Cait! Cakaplah jiwamu sedang menggatal.. kan senang! Lebih jujur dan ikhlas!)

Yang hairannya..Hati kanda cuma mahu berdakwah dan mentarbiyyah adinda dan minah-minah saleh sahaja. Kalau mat saleh, tiadalah terlintas di hati kanda untuk berdakwah dan mentarbiyah mereka itu. Orang cakap..kanda memperalatkan agama dan dakwah untuk menghalalkan proses penguratan. Betulkah begitu? Err.. tak betul kot?

Ya lah.. Mestilah kanda menafikan. Malulah kanda. Jatuhlah maruah kanda. Kanda pun hipokrit juga. Buaya darat tembaga bersalut logam Platinumlah katakan. Oh yaa! Kanda sekarang sedang meneroka pelaburan emas. Baru kanda tahu emas putih itu adalah Platinum. Tak apala. Tentang hal itu kita bicarakan kemudian oke?

Mengakhiri warkah romantis ini, kanda sertakan lagu anak didik kekanda, Iwan dengan lagunya CINTA GUNAWAN. Saksikang dan dengarkang..

CINTA GUNAWAN



Sonia - Cinta Gunawan


Mantan-mantan kekasihku dari belahan dunia Timur dan Barat..
Sekianlah maksud dan tujuan kedatangan warkah kekanda yang tak sepertinya ini. Isinya hanya memuatkan kalimah thoiyyibah dan menyeru ke arah kalimah Tauhid agar kita kembali bersatu ke jalan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya..

Mungkin adinda-adinda sekalian menolak seruan kekanda ini.. Tak apalah.. Kanda pun nak buat macam mana? Daku sedar siapalah diriku ini..

Dahlah hensem, macho pulak tu..

Jenaka serius
Lawak-lawak juga..Perjuangan memansuhkan PPSMI harus diteruskan juga. Petang tadi, pakcik Razali Endun menelefon. Katanya, mahu ajak saya masuk Paksi, sebuah pakatan seniman rakyat dan hal itu merupakan suatu penghormatan besar buat diriku.

"Kenapa malam tu tak datang?" tanya beliau. Tempoh hari, tatkala dia menelefon, saya di Jalan Duta kerana mengambil motor yang lama tersadai di stesen bas itu.

"Err..ambil adik di Jalan Duta," demikian jawapanku. Memang saya ambik adik pun. Dan.. syura Paksi anjuran Dinsman itu terjadi pada malamnya. Lalu aku terpaksa mencari helah, panjangkan akal kerana malam itu ada Ayat-Ayat Cinta di TV3.

Waa..malam ini di tv ada banyak filem love story pulak dah! Aku terpaksa berkorban. Dah kutuk tentera dan komando bukan main lagi. Kutuk depa macam-macam. Kesian kat depa. Tapi, mesti kutegak benang basah pendirian ini yang kuyakini benar.

Malulah kat komando, tentera jika usaha mansuhkan PPSMI ini tak dapat kuhadiri!

Puisiku mahu disenaraikan?
Yang paling penting, kena hadir acara Gapena malam ni anjuran Paksi di rumah Gapena. Balada Burhan Di Kota Raya, puisiku itu mahu dideklamasikan. Aku menolak untuk mendeklamasikan sebab suaraku tidak macho. Biarlah pakcik Razali yang deklamasikan.

"Kami nak letak puisi awak tu dalam senarai puisi-puisi kami," kata pakcik Razali.

Pertama kali kudeklamasikan di atas pentas DBP apabila Encik Jamaludin Darus menyerah puisi itu kepadaku untuk mendeklamasikannya di depan khalayak sasterawan, pada hari di mana aku mula-mula mendapat anugerah itu.

"Kena kuat dan semangat sikit..." kata seorang pegawai DBP ketika selesailah aku deklamasikan puisiku itu. Ya Rabbi.. malunya aku bila depa tepuk tangan.. Ish depa ikhlas tepuk ka? Saja-saja depa nak ambik hati aku atau nak menyindir aku? Hish..

"Sebenarnya.. inilah kali pertama saya deklamasikan sajak.. puan."

"Oh patutlah.." kata puan itu. "Awak perlu jumpa si fulan, si fulan.."

Dia cuma menyebutkan beberapa nama penulis puisi yang mungkin boleh kumanfaatkan untuk mendeklamasikan puisi nanti. Tapi, bila sembang balik dengan Faisal Tehrani, dia kata tak perlu, melainkan kalau aku nak cari makan dengan mendeklamasikan puisi di RTM.

Aku bersetuju dengannya. Aku melihat al-Quran adalah sebuah bacaan yang sepatutnya diambil sejumlah pengertian dan pengajaran daripadanya. Itu lebih baik daripada bertaranum, sehingga merdu suara kita didengar khalayak. Boleh bertaranum suatu bonus, tapi mengambil faedah dari pengajaran al-Quran itu yang lebih utama.

Demikianlah puisi. Kalau tak boleh mendeklamasikannya pun tak mengapa. Memadailah dengan kita menghayati dan memahami tujuan dan maksudnya.

(Cait.. kalau dah tak boleh taranum al-Qur'an dan deklamasi puisi, cakap sajalah.. Buat apalah putar alam!)

Merahnya muka tidak terkira. Rasa langkahku semakin memberat. Meja pun tak nampak untuk kukembali ke mejaku yang asal pada hari itu. Mata-mata sedang memerhatikan. Apabila tibanya sesi bergambar, sempat kubergambar dengan A Samad Said bersama abah.

Pak Samad cam wajahku. Bukan susah sangat nak kenal. Hanya kami bertiga sahaja yang baca puisi-aku, En Jamaludin Darus dan Sahrunizam. Pak Samad pun berkata, "Kena semangat sikit bila nak baca puisi tu.."

Aku tak kata apa-apa. Tak apalah. Hari ini hari aku terkena.. Nak buat macam mana?

Ketika mendeklamasikan puisi di atas pentas itu, tak ramai yang tahu.. apakah yang bergelora di batinku ketika itu. Ya Allah... panjangnya puisi ni. Lambatnya nak habiskan baca puisi ni.. Hatiku turut menyumpah-nyumpah dan mengutuk diri sendiri.

"Tu la.. padan muka hang.. sapa suruh karang puisi panjang sangat? Kan dah kena?" begitulah batinku yang paling dalam menjerit!

Hari itu, Jumaat yang menggembirakan, bercampur malu dan kepuasan. My lucky day. Gembira kerana dapat anugerah, puas kerana dapat protes pemerintah di atas isu PPSMI itu lewat puisi.. Tak dilupakan.. malu pun ada kerana tak dapat deklamasikan puisi dengan baik di atas pentas!
--------------------------------------------------
17 Safar / 13 Feb (Jumaat)
Selepas Jumaat, saya teruskan azam untuk mendapatkan surat pengesahan / sokongan Mr BB bahawa saya memang bekerja di Harakah. Ini langkah terakhir untuk mengisi keperluan guna mendapatkan rumah di Damansara.
Mr BB ada mesyuarat pulak dah! Beberapa pelajar Gamis UKM, almost Muslimat interview BB berhubung kajian ilmiah mereka ke atas Harakah.
"Depa nak tahu macam-macam tentang Harakah," kata BB seusai mesyuaratnya itu.
"Awat depa tak kaji berapa banyak orang hutang kat Harakah selama ni," tanyaku lagi. Nampak juga garis senyuman BB. Memang dia tak boleh nak jawab. Barangkali segan. Isu besar membabitkan pimpinan dan 'pejuang' Islam kununnya.
So, kepada anda di luar sana.. kalau nak bantu perjuangan Islam melalui Pas, silakanlah siasat dan kaji bagaimana Harakah menyusun strategi pengedarannya dan kena berani bertindak untuk memulihkan Pas dari dalam.
Dekat RM5 juta lebih beb! Dah kira hutang lapuk sejak Harakah memulakan penerbiatan dan pengedarannya sekitar 1980-an. Kalau orang yang tak ada latarbelakang agama yang kukuh dan mereka terjebak dalam bab hutang ni, boleh tahan lagi. Tapi, almost pakai ketayap. Apa cerita?
5 juta.. berapa banyak bangunan dan aset dah tu yang Harakah boleh bangunkan? Tapi, dengan sebab tak bayar hutang, semua jadi terencat.. Pas perlu muhasabah bab tu dulu..
Malam
Tegur Mr Mokh dari kejauhan mengenai syarikatku yang mungkin dinaiktarafkan sebagai ajen iklan. Dia kata oke.. boleh on.
"Tak perlu spesifik," kata Mr Mokh. "Janji enta daftar syarikat."
Menulis balik isu-isu agama yang terbengkalai di Harakah Daily. Rasa puas hati sebab opis sudah lengang. Tiada banyak gangguan.
Cuma, rasa ralat sikit.. Kerja nak faks surat pengesahan jawatan kepada peguam tu tak berhasil. Entah kenapa. Mungkin ada masalah dengan mesin faks di Bali, Sunway.
[Sori.. tak update.. sibuk betul mutakhir ini sampai terlupa nak update]

Currently have 0 comments: