6 - 12 Safar / 2 - 8 Feb
Seperti dalam perbincanganku kelmarin dengan seorang pemuda di Masjid Wilayah Persekutuan itu, apabila ada wirid bersanad, maka roh-roh ni akan tiba dengan sebab hubungan pertalian kita dengan Rasulullah s.a.w.
Ya Tuhan, kalau Silvertongue itu wujud, maka lantiklah aku sebagai salah seorang daripada lidah perak (Silvertongue). Tapi, apa latihan untuk mencapai peringkat ini?
Buku Meneroka Rahsia Diri yang kubeli di Masjid Wilayah Persekutuan itu menyatakan, paling minima-jadikan al-Quran sebagai bacaan setiap hari.
Saya nampak jalan, paling koman pun, surah amalan harian itu mesti aku amalkan untuk melatih diri ini bangkit sebagai SILVERTONGUE.
Petang
Petangnya, aku chat dengan novelis Ida Nardiel. Katanya, mahu siapkan tugasan berhubung isu bahasa rojak. Dia mahu jadi pakar bahasa dan sekarang mahu lengkapkan pengajian di UPM. Hal itu sangat baik, tapi kita perlukan pakar bahasa Sanskrit, orang yang mahir bahasa pali dan kawi untuk menggali khazanah Melayu pada masa depan.
"Sekarang ini, di Malaysia tiada pakar bahasa Sanskrit," kata guru wartawanku, T. S. Lanang suatu ketika dahulu. Lama betul tak berjumpa dengannya.
Dan, nampaknya, novelis muda itu menolak sarananku. Tak mengapa... Sesiapa pun berhak buat keputusan yang terbaik untuk hidupnya.
Malam
Menonton acara Fenomena Seni. Akhirnya bualan itu mengungkap suatu buah fikiran yang lama terpendam, bergenang dalam fikiranku ini. Justeru, isi bualan pada malam itu berjaya mengocak ketenangan fikiranku selama ini.
Maka, terhasillah sebuah tulisan baru yang menyentuh peranan teater.
----------------------------------------------------
11 Safar / 7 Februari (Sabtu)
Tak pa, kena control. Perjalanan hidup ini mesti diteruskan. Selesai berbual dengan Mr Raj, saya pun pulang. Hati terasa lapang kerana duit untuk beli rumah sudah jatuh ke tangan orang yang betul. Duit kecil pun, jatuh pada orang tak betul, resah gelisah dan ralat juga.
Motor dan gerak hati menyeru aku pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan dan tidak terus pulang ke rumah. Di sana, kutimba dua pelajaran - pelajaran kesufian dan kerohanian serta pengalaman politik kampus. Semua itu kuabadikan dalam tulisan ini.
Malam
Malamnya, kuperhatikan ada filem Braveheart. Sudah ada satu idea baru untuk menulis cerita baru. Akhir-akhir ini, ramai betul orang marah-marah akibat tulisanku yang mengkritik latihan komando. Itu belum kucerita lagi pengalaman rakan lamaku yang keluar tentera kerana dia tak tahan melihat kezaliman melakukan penganiayaan ke atas haiwan.
"Anjing dimasukkan dalam guni dan kami dipaksa tikam dalam anjing itu sampai mati dengan pisau di muncung senapang," kata Zul.
Tambah rakanku, semua latihan itu bertujuan mematikan rasa kasihan untuk membunuh orang di dalam hutan nanti. Tapi, hujah itu beliau tolak.
"Naluri membunuh itu akan tiba dengan sendirinya ketika kita berada di medan perang!" kata beliau lagi. "Tak perlu asah bakat membunuh kita dengan cara itu."
----------------------------------------------------
Saya bayar juga untuk memastikan syarikat agen yang saya sedang berurusan ini benar-benar wujud dan boleh dipercayai.
Sedang makan di The Mall, telefon bimbit berbunyi. Semasa tengah makan itulah, saya berbual dengan ajen mengenai urusan pembelian rumah.
"Jangan bimbanglah.." kata A. "Esok petang jumpa di Damansara Perdana."
Pergi ke Ar-Rahnu, gadai 5 keping dinar emas. Dapat RM1,250.00. 1g bersamaan RM59. Sedih dan pilu pun ada sebab kena gadai emas. Sepatutnya hari Jumaat beli emas, my lucky day. Tapi, hari ini sebaliknya.
Nak buat macam mana? Pelaburan untuk masa depan. Nak beli rumah dan sebagainya..
Saya sms seorang pembeli emas terpakai. RM550 dia letak harga. Saya mesti survey lagi. Mana boleh..beli M590, tapi mereka nak beli dengan harga RM550.
"Emas terpakai, 1g bersamaan RM80. Kalau lebih 10g, mungkin kami boleh pertimbangkan 1g bersamaan RM85," kata pembeli emas itu.
Malamnya, sempat dikarang dua penulisan, iaitu Adakah Senator Dr Firdaus boleh suarakan isu PPSMI di Dewan Negara? dan juga ulasan bertajuk Isu buli dalam tentera, komen pembaca
--------------------------------------
"Kita terlepas pandang satu perkara la syeikh," kata Wanto.
"Apa dia syeikh?" tanyaku kembali.
"Enta semak Memoir Asri Muda dan Pemikir, (Ogos - September, 2008)," desak Wanto lagi. "Rupanya, masa tu pun Tun Razak, ayah Najib dah buat macam mana Najib buat di Perak ni."
Wanto, salah seorang petugas di SPKB, cawangan UTM, Skudai, Johor.
Malamnya, sempat saya hantar satu tulisan bertajuk Surat terbuka kepada Istana Kinta.
----------------------------------------------------
Dalam minggu ini, mesti settle wang deposit rumah!
Spekulasi Perak yang rebah!
Petangnya ketika masuk Harakah, terdengar berita mengenai Perak yang rebah. Dah bermacam spekulasi timbul. Anwar dikidnap Najib, 50 juta dirasuah..bla, bla..
Jangan percaya.. gosip dan spekulasi jer tuh. Saya termenung jauh, akal terkial-kial memikirkan suatu tindakan yang lebih konkrit. Rakan pejabat ada bekalkan orang-orang di BNM jikalau saya ingin buat siasatan lanjut berhubung akaun 4 Jahanam ini.
Kerjanya agak sulit dan merimaskan. Ini kerja wartawan penyiasat. Tapi, kalau nak jadi macam Bob Woodward dan Carl Bernstein dalam filem dan novel All The President's Men, yang berjaya menumbangkan Presiden Amerika Richard Nixon seperti skandal Watergate, mesti kerja keras sikit. Nak tumbangkan Najib bukan senang. Tapi, kena cubalah dulu.
Tengok sinema online. Eh! Menang tiket free lagi.
Sebelum pulang, bersembang dengan pak cik guard. Minta pendapatnya tentang rumah.
"Di Keramat pun ada," kata pakcik. "Flat PKNS harga RM60,000. Dua bilik saja. Tapi besar."
Laa.. apasallah bagi tau lewat sangat. Tapi, berbaloi juga. Sementara menunggu hujan teduh, pak cik cakap tempat yang saya nak beli itu asalnya ada kampung setinggan. Tau jugak saya sejarah asal-usul tempat itu. Tanpa menoleh sejarah... kita terkapa-kapa meneruskan pencarian makna hidup ini. Oleh itu, jangan berhenti mengkaji sejarah!
Darihal hubungan Pekida dengan kerajaan negeri Kedah
Malamnya ustaz Din call. Ada kisah menarik tentang kaitan orang-orang Pekida dengan kerajaan Negeri Kedah. Daripada satu segi, saya jadi risau.
"Kalau silap langkah, Kedah pun boleh rebah macam Perak dengan sebab Pekida," begitu kata ustaz Din. Saya malas ulas panjang-panjang. Biarlah rahsia!
---------------------------------------------------------
7 Safar / 3 Februari (Selasa)
Tengok filem Ink Heart. / beli ayam KFC RM5.95. /
Currently have 0 comments: