Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 Muharam - 5 Safar / 26 Jan - 1 Feb

Tuesday, January 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:54 AM

5 Safar /1 Februari (Ahad)

"Bang Ali, Biey dah dapat duit," tengahari tadi saya dapat panggilan rakan lamaku di USM. Rasa gembira agaknya dia kerana setelah cerita Dun Batu Burok tersiar di Harakah Daily, maka duit tu pun sudah dia terima.
"Apa alasan yang mereka bagi kerana tak dapat bagi sebelum ini?" tanyaku semula.
"Dia orang cakap, sebab baru dapat duit sekarang ni," tambahnya lagi. Bie sudah dapat kerja di Sinar Harian. Sebulan di Shah Alam, selepas itu dia dijadualkan akan posting di Terengganu, iaitu di tanah kelahirannya.
Ronda-ronda
Mulanya rancang dengan adik untuk ke Finas di Kelang, tapi akhirnya dia tawar hati sebab telah ada acara lain barangkali. Sementelahan itu, saya sendiri yang terlambat.
Bagaimanapun, saya sempat ke Dataran Merdeka kerana melihat pameran tentera ATM. Rasa rugi juga tak daftar macam-macam penyertaan di situ. Ada makan-makan di situ dan saya lihat mereka yang beratur untuk dapatkan makan di situ ramai sungguh!

Best juga tengok cara masakan ala tentera ni. Ringkas, tapi menyelerakan dan mereka makan sedikit sahaja. Ini mungkin tatacara makan dalam peperangan dalam hutan agaknya.

Lalu kenangan saya merayap kepada kisah Talut yang menyuruh tenteranya minum sedikit saja untuk menghilangkan dahaga. Ada yang ikut perintah, tetapi ramai yang menyimpan air sebagai bekalan. Dan, golongan inilah yang akhirnya mengalah dengan cepatnya.

Baki masa yang ada, saya gunakan ke Finas, melihat apa-apa yang masih ada. Tapi, sudah lewat. Dah tak macam menarik seperti kelmarin. Yang ada, cuma tarian-tarian lagho.
------------------------------------------------
4 Safar /31 Januari (Sabtu)
Bertolak dari Seksyen 6, Shah Alam (rumah sewa Don Mohd) terus Gombak, di rumah Don Nuts dan saya akhirnya terus bergegas ke Sogo, KL. Jam 3 petang, ada demo dan pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Saya tiba sekitar jam 3 petang juga. Terjumpa Nik Nazmi, Nazmi Yaakub, Dinsman, Hasni, Puan Ainon, Aqil Fitri, Dr Alinor dan lain-lain.

Polis minta diawalkan sekitar jam 2:30 p.m atau 2:45 p.m kemudian, mereka awalkan program ucapan itu dan akhirnya bersurai. Pada mulanya tak nampak ramai sangat. Selepas itu, memang ramai orang datang. Ada yang kecewa juga termasuklah wartawan jalanan seperti saya.

Cerdik juga polis. Diawalkan dan diakhirnya dengan cepat. Kemudiannya perlahan-lahan mereka minta Dato' Hassan Ahmad pulang segera.

"Selagi Dato' Hassan ada kat sini, orang-ramai tak akan berganjak dan wartawan tidak akan beredar," kata Puan Ainon kepada saya.

Dinsman dalam bualan ringkasnya kepadaku berkata, "Orang-orang pejuang bahasa ni barulah dapat pengalaman sikit nak berdemo."

Selepas 4:05 petang, barulah Dato' Hassan Ahmad beredar, barulah orang-ramai beredar sedikit demi sedikit meninggalkan perkarangan pasaraya Sogo itu.

Hari Terbuka Finas
Saya terus ke Finas untuk hadir Hari Terbuka Finas. Di sana saya dapat peluang baik. Daftarkan tanah untuk Perkampungan Artis di Melaka. Harga tanah RM5 sekaki. Tanah kelapa sawit.

"Nanti kena bayar RM4,200 untuk booking," kata Abang Joey. Alamak, kena bersalam dengan Ali Rustam pula la lepas ni. Semoga saya dapat tanah tu nanti untuk bangunkan banglo@pejabat Sekolah Pemikiran Kg Baru, insya Allah.. Ameen..

Saya meronda lagi. Pergi ke pawagam tengok CicakMan lagi. Ini kali kedua. Teringat nak jemput adik jalan-jalan. Lalu kulayangkan sms. Malamnya dia baru menjawab.

Apabila pulang dari Finas, banyak betul idea-idea mencari duit keluar menjengah. Tetapi biarlah rahsia..
------------------------------------------------
3 Safar /30 Januari (Jumaat)
Sebelum Jumaat, Bro Shy call. Ingat boleh jumpa dia di Hospital Tawakal. Tetapi, dia dah patah balik ke Setiawang. Selepas Jumaat, saya pergi bermuzakarah dengan kaum ibu di Harakah. Situ banyak idea lagi menjengah. Tapi, biarlah rahsia..

Pergi ke Bank Islam, nawaitunya nak jumpa kroni. Ah! Misi gagal, kerana salah tempat. Pegi PB, bincang hal Gold Investment. Dapat info berguna.

"Bezanya kami dengan Maybank, dia fix rate sepanjang hari," kata pegawai itu. "Kami berubah tiap masa, macam pasaran saham juga."

Bersetentang dengan Public Bank Jalan Raja Laut adalah ar-Rahnu tempat lombong mas. Di situ, saya tak fikir panjang lagi. Sekarang sudah 7 keping dinar. Kesempatan itu, saya gunakan untuk tanya apakah mas yang berjaya saya bida di Bank Rakyat itu benar-benar emas. Takutlah kalau bukannya emas. Kaciwa pula nanti.

"Memang emas, kalau nak gadai RM430," kata kerani itu. Lapang dada saya mendengarnya. Ia dilelong pada harga rezab RM570. Saya bida RM590. Syukur, menang juga.

Duit 'shot' dikembalikan
Syukur dapat cek. Duit yang 'shot' tu dah dapat balik. Selalu cek dapat hari Jumaat. Hari Jumaat is my lucky day! Saya pulang terus dan bank-in cek.

Malamnya, saya menggodam artikel lagi. Mesyuarat Don menjadi lewat. Terlekat kerana Misteri Nusantara. Akhirnya, saya tiba juga di Gombak. Lalu, Bro Shy memandu sehingga kami mulakan masyuarat antara Don di Sabaking, Shah Alam.

Ada beberapa banyak keputusan telah diambil dan saya lebih banyak menjadi pemerhati. Dalam tempoh kali ini, saya lebih banyak menumpukan muhasabah tentang pengurusan kewangan Don di bawah pimpinanku ini. Biar kali ketiga ini aku berjaya..

Dulu, aku bertemu Yus yang terpaksa tidur dalam van. Tapi, aku tidak boleh bantu dia lagi. Saya isytihar saya gagal. Tapi, dia silap juga. Ada gaji RM3,000, terus dia joli sakan.

Sebelum Yus, saya jumpa seorang brader di Kajang. Latar hidup yang nak kehidupan bermewah itu mengundang celaka dan padah buat dirinya. Hampir 70% hidupnya barangkali hancur kerana wanita yang mengikis duitnya. Tuhan.. jauhkan hidupku daripada fitnah wanita!

Jadi, saya menemui dua kegagalan kerana gagal membawa mereka ke jalan yang betul, khasnya dalam urusan kewangan. Sekarang, adakah aku berjaya mencetak dua Don baru di Gombak dan di Shah Alam itu? Mereka ini lebih mudah kerana melalui institusi usrah.

"Bolehkah Abg Ali berkongsi dengan kami?" tanya mereka lagi. Seolah-olah mereka ini meragui keikhlasan hatiku. Memang sukar nak bagi orang percaya kepada kita.

"Tak pa," jawab saya ringkas. "Tak dak masalah."

Malam itu mesyuarat Don berlangsung sampai 2:00 pagi lebih kurang. Kami akhirnya pulang ke Seksyen 6. Hasil syura? Biarlah rahsia.. ringkasnya, kami nak takluk benua!
------------------------------------------------
2 Safar /29 Januari (Khamis)
"Hari ini 1 dinar emas berharga RM456.90. Sebelum ni, RM466.70," kata sang kerani ar-Rahnu di Sg Petani ketika aku menelefonnya petang tadi.

"Daripada mana dapat harga?" tanyaku lagi.

"Maybank.."

"Perdagangan emas ikut harga di New York dan London, maka harga dinar emas diputuskan pada jam berapa di London atau New York?"

Dia terdiam sebentar. Sepertinya ada rahsia yang tak mahu dihebahkan. "Kita akan ikut harga pagi," katanya lagi. Jawapan ini belum dapat menendang kekeliruan yang masih berselirat serta berselubung di benakku ini. Tapi, tak dapat kumuntahkan pertanyaan semuanya.

Bimbang macam-macam hal yang terjadi nanti. Rahsiaku terbongkar nanti susah juga. Apa yang jelas sekarang, ada tiga waktu yang diperhatikan; Pagi, Tengahari dan Petang.

Bahan Sastera Harakah
Setelah mengirim bahan sastera di Harakah, saya ke HKL untuk mengambil ubat (1) sakit gigi, (2) sakit tulang belakang. "Kenapa tak pergi saja ke klinik gigi?" tanya doktor India itu. Alamak, saya dah silap percaturan ker?

Selepas ambil ubat penahan sakit dan antibiotik di farmasi HKL, saja test cafe HKL. Makan ubat di situ. Pakcik Basir call, "Terima kasihlah kerana siarkan surat tentang judi tu." Tak sampai hati saya nak bagitau dia tentang saranan saya untuk dia 'lead' Gerakan Anti Judi Kebangsaan.

Itu surat dia yang terbaru selepas surat mengenai masalah judi sebelum ini. Saya jadi bosan juga menunggu, bilalah dia nak mengamuk masuk dalam Parlimen macam yang dia kata tu. Dulu, dia naik ke pentas, hantar surat kepada Pak Lah di Port Dickson. Berani dia masa tu!

Jadi.. seronok juga aku menulis cerita berhubung kegilaannya itu. Sekarang, kenapa dia tak buat lagi macam tu? Dia takut ker? Kalau aku tanya, nanti jadi bergaduh pulak.

Selalunya, dia kerap menolak idea. Keras hati dan keras kepala betul pakcik seorang ini. Inilah sebab kenapa aku kerap jadi 'demoralized' untuk bantu dia lebih-lebih. Kena cakap dekat makcik pelan-pelan. Aku 'confirm' tak mahu dah nak gerakkan gerakan mereka ini. Buang masa!

Melainkan, kalau mereka mintak aku menulis sesuatu dan siarkan kenyataan mereka. Yang tu, kira oke lah. Yang lain 'no way!'.

Terpaksa cakap terus-terang. Berapa kali pi ke Kelang. Video hancus! Asyik berperang, berbalah dan aku bukannya dibayar untuk menilai perbalahan mereka.

Filem Sifu dan Tongga
Baki tiket free yang boleh di'redeem' itu, kubawa ke TGV, KLCC selepas habis urusanku di HKL. Dapat tengok movie Sifu dan Tongga dengan Saad, jam 9:40 malam. Sambil menunggu masa, kusantai-santai di Kinokuniya sambil tunggu Saad,

Di sana ada buku mengenai pelaburan, investment, emas dan buku PTS. Kena banyakkan waktu membaca hal-hal pelaburan.

Tiba waktunya kami masuk tengok filem tu. Ramai juga orang datang tengok. Tamat filem, kami lepak kat kedai mamak di Kg Baru, 24 jam.

Elok nak duduk, abah dan mak call, menyatakan persetujuan untuk bagi RM7,600 dalam Flora Damansara. "RM1,400 Ali selesaikan, bakinya kami bagi," kata abah. Hatiku lapang mendengar pengakuan itu. "Tapi, nanti kami dah bagi tak boleh menumpang pula!?"

"Eh, mana ada, sebulan nak duduk pun boleh apa?" kataku membalas.

Gold Investment di Public Bank
Di kedai mamak sekitar 12 pagi, antara bualan dengan Saad tadi ialah pelaburan emas di Public Bank. Sudah lama kudengar hal ini. Tiba-tiba Saad maju ke depan. Aku rasa jeles. Tapi dia modal besar. Tenteralah katakan! Banyak betul yang kami perbualkan.

Apa yang penting, aku tunjukkan emas yang berjaya aku 'bid' kelmarin. Saja aku minta pendapat dia. "Susah aku nak bagi pendapat. Sebab aku tak simpan emas macam hang," kata Saad. Dia hanya simpan dalam bentuk duit yang disandarkan pada emas.

Tapi, maklumat yang paling bermanfaat dan berguna pada malam ini ialah, Saad sudah beritahu aku kenalan barunya di Public Bank Cheras. Rakannya ini dah sms dia mengenai harga mas yang terkini untuk dilaburkan pada waktu yang tepat!

Ini peluang baik jika orang dalam bank sendiri yang sms harga yang baik untuk dilaburkan. Dan, malam ini kulihat emas di Kitco.com sudah melonjak naik ke paras 900 USD/Oz lebih. Mujurlah harga Khamis dan Jumaat adalah sama. Harga Khamis lebih murah.

Bererti, walaupun harga emas melonjak esok tetapi Dinar Emas Kelantan tetap dijual pada harga yang rendah (Khamis) kerana pada hari Jumaat, Kelantan cuti.

Lafaz niat membeli emas - "Saja aku membeli dinar emas pada esok hari untuk bayar deposit beli rumah kerana Allah s.w.t." Ameen..

Niat adalah ibadat, dapat pahala apa? Laa, hangpa baca aku tulih macam ni dok gelak-gelak apa? Ish, aku tak boleh aih..
---------------------------------------------------
30 Muharam /27 Januari (Selasa)
Pagi ini, sempat kulayangkan dua puisi kepada Ku Seman di Utusan dan Puan Salbiah di Berita Harian. Tersiar atau tidak belum tahu. Tetapi, mesti dicuba dahulu. Rasa lama juga kutinggalkan dunia puisi. Ingat nak sambung tulisan semalam, tapi tergendala..

Ini kerana, pada tengahari itu Azhar call. Lama betul saya tak jumpa dia sejak kami berpisah di USM, membawa haluan masing-masing. Dia terpacak di Masjid Jamek Kg Baru, Bujang Lapok Cafe pada 12:00 p.m tepat! Tenteralah katakan.. punctual betul.

Dulu dia ambil biasiswa Kementerian Pertahanan di USM. Sekarang, rumahnya di Kementah kat Jalan Semarak. Sebelum itu, dia tinggal di Kuarters TUDM dekat Sungai Besi. Kebetulan, Azhar juga mahu beli rumah. Daripada dia, kutimba banyak pengalaman berhubung hal-ehwal rumah.

"Jom ikut aku jumpa sorang kolonel kat TUDM tu, sebab kita pun kebetulan ada interest yang sama," kata Saad, demikian nama glamor Azhar. Daripada Azhar, terus jadi Saad..

Kami ke TUDM. Baru nampak jelas masyarakat tentera lebih dekat. Ada mahkamahnya sendiri, ada peguam, ada kuarters yang cantik-cantik untuk pegawai-pegawai kapten macam Azhar.

Seperti yang dijanjikan, sekitar 1:30 petang, kami tiba tepat di depan rumah Tuan Hasmuni. Dan di sana banyak betul rahsia-rahsia lombong emas di KL. Panjanglah ceritanya. Kalau cerita nanti, tak habis. Tak apa.. biarlah peluang mencari duit ini kupendam seorang diri.

Bak kata Dato CT, "Biarlah rahsia!"

Pendek kata, daripada bualan kami sambil makan-makan mee goreng yang sedap itu, saya telah yakin untuk membeli rumah berharga RM70,000 itu. Daripada 60%, terus melonjak ke paras 300% dan hati terasa lapang mendengar maklumat yang baru diterima tadi.

"Kawasan tu dulu, RM42,000," kata Tuan Hasmuni. "Dulu, saya pun beli di situ. Kalau saya jadi awak, saya beli. Rumah di KL ni jangan fikir panjang-panjang."

Saya teringatkan Yus yang terpaksa tinggal dalam van baru-baru ini. Malam Isnin lalu, dia dah datang untuk minta tumpang tidur di SPKB. Saya izinkan, tetapi dengan syarat, mesti dia keluar sebelum Subuh supaya tuan rumah tidak sedar akan kehadirannya.

Dia asal Tanah Merah, Kelantan. Dia pernah dapat RM3,000, terus 'gelap mata'. Tidak pernah pegang duit sebanyak itu. Kisahnya nantilah saya kemudiankan, insya Allah.

Kami beransur pulang dari rumah Tuan Hasmuni sekitar jam 3 petang. Saad mahu melihat Flora Damansara dan di sana kami hanya sempat melihat kawasan luar sahaja. Kemudian, saya tunjuk kepada rakanku itu tempat membeli perabot murah di IKEA.

"Aku takut rumah hang nak beli tu bertaraf lease-hold," kata Azhar. Pulak dah. Tak pa. Dah dia ada duit banyak, ikut dialah nak beli rumah berstatus free-hold ke. Tak terfikir pula aku tentang hal tu. Keputusan telah dibuat, saya tidak boleh berganjak, melainkan kalau ada orang lain yang nak membeli rumah itu terlebih awal dan kebetulan dia kukuh kewangan.

Orang yang tak kukuh kewangan seperti aku ini, selalunya akan kalah. Modal yang ada sekarang ini adalah semangat yang kuat. Tuhan, berikan daku sebuah rumah!

Selesai round2 di IKEA, kami ke Taman Melati untuk lihat rumah Azhar yang bertaraf freehold itu. India ramai-ramai duduk menyewa. Agak kotor. RM275K! Fuh! Tak tahulah sama ada Saad mahu beli atau pun tidak.

Kami jalan-jalan lagi ke Wangsa Maju. Nafsuku membuak-buak mahu memiliki rumah kawasan itu pula. Saya tidak tahu adakah ini jiwa kapitalis Don Corleone, Don Vito dalam filem God Father itu. Tapi, memanglah.. sejak-sejak faham pasal emas nih, asyik-asyik tepuk dahi memanjang lalu daku berbicara sendirian, "Pasai pa la dulu aku tak buat macam ni?"

Di Wangsa Maju sambil-sambil makan petang, kami kutuk-kutuk mengumpat member-member lama. Saja la release tension. Bercerita mengenai mereka yang sudah mencapai itu dan ini. Lalu, kami terus pulang ke Kem Kementah, rumah kuarters Azhar yang memang lapang dan luas!

Masyarakat tentera ini memang menarik juga dijadikan bahan kajian. Rakanku itu tinggi jugalah pangkatnya. Kami berbual sampai Isyak. Sempat terlelap sedikit akibat keletihan. Dia, akhirnya menghantarku pulang ke SPKB. Banyak juga rahsiaku terpecah kat dia.

"Mana hang dapat movie free? Hang tak ajak aku?" kata Saad.

"Hang dah ada bini," demikianlah kucuba damaikan batinnya yang bergelora.

"Bini aku di kampung. Sama ada esok atau lusa saja free macam orang bujang balik.

"Takpa, esok aku try redeem balik tiket ni," kataku memujuk. Bualan kami hampir tamat. Lalu, saya pada ketika itu pun mahu segera melangkah keluar dari keretanya.

Kereta Saad itu berhenti di perkarangan SPKB. Nyalaan keretanya menyuluh sebuah van depan kami. Pintu van itu terbuka secara tiba-tiba. Ada kepala terjengah keluar di sebalik pintu van tersebut. Mungkin juga orang di dalamnya berasa sedikit terganggu.

Yus tinggal, tidur dalam van!
"Ya Allah, Yus!" hatiku menjerit. Budak Tanah Merah Kelantan inilah yang menumpang tidur di SPKB semalam kerana tuan punya van itu balik kampung dengan vannya kerana balik cuti raya Cina. Kasihan. Kalau aku orang Umno, wartawan Utusan yang punya niat jahat, dah habis la isu lapuk ni tersiar di dada akhbar.

Wartawan jahat memang boleh kona macam-macam. Boleh putar isu Negara Berkebajikan, parti kebajikan, Wilayah Persekutuan KL Wilayah Berkebajikan. Dr Lo' Lo' kena berhati-hati. Musuh Pakatan Rakyat ramai sungguh!

Jadi, ketika Yus berbual denganku semalam bahawa dia tidur dalam van, maka dia tak tipu!
------------------------------------------
29 Muharam / 26 Januari (Isnin)
Petang, setelah selesai mengarang satu bahan mengenai cerpen Awamil Sarkam, saya terus dapat dua panggilan. Satu, agen Flora Damansara. Kedua, adik yang sedang menuggu di Jalan Duta. Saya terus ambil adik dulu, kemudian terus ke Penchala Link yang membawa kami ke Damansara Perdana. Ada hikmahnya..

Adik saya boleh memberikan sedikit sebanyak pandangan berhubung pembelian rumah. Harganya RM70,000, tingkat 10, corner lot. Hati saya 60% melonjak-lonjak mahu mendapatkan rumah tersebut. Adikku telah beritahu keluarga di kampung tentang niatku mahu membeli satu rumah di kawasan Tv3 itu.

"Mula abah kata tak payah lagi," kata adikku kaktie, "lepas tu abah kata ikut sukalah."

16 x 37 kaki, demikian adikku memberitahu. Dia pemegang master dalam jurusan Housing Building and Planning di USM, satu bidang yang pernah kuceburi dahulu dan gagal sehingga P3 (Probation 3). Nak buat macam mana, dah tak minat?

Masuk Mass Comn, terus saja okay. And then, cari pasal dengan HEP pulak!

Petang / Malam
Selesai tengok rumah, saya bawa adik ke area IKEA, tempat perabot murah. Kalaulah bukan kerana adikku, nescaya kuanggap IKEA macam Tesco, Giant. Ish, kuno betui daku ini!

"Abg cik teringin sangat nak pi IKEA, nak beli perabot murah," katanya. Tak sia-sia barangkali aku beli flat di Flora Damansara ini. Mungkin dapat beli perabot sikit. Semoga berjaya.

Malamnya, saya bawa Kaktie ke Vista Angkasa, menemui kembarnya yang bekerja di Miss T di Mid Valley. Jadi saya punya dua orang adik di sini yang menyewa dekat Vista Angkasa. Kalaulah terjumpa saya naik motor dengan pompuan, jangan silap faham pulak!

Di tingkat 3 Mid Valley, kakti bertanya mengenai survival kehidupan di kota. Dia nyatakan yang dia tidak sanggup duduk di KL terlalu lama.

"Kos sara hidup tinggi!" kata adikku itu.

"Abang dah dua tahun kerja sambilan boleh survive!" sanggahku lagi. "Okay pa?"

"Lelaki.. mana ada keperluan banyak sangat banding perempuan," katanya kembali. Aku pun diam. Boleh jadi, pandangannya itu masuk akal juga. Selesai makan-makan di food court, tingkat 3 di Mid Valley, berdekatan GSC, maka sekitar 10:00 malam, kami ke Vista Angkasa. Dan beban yang tersangkut di bahuku terasa hilang buat sementara.

Currently have 0 comments: