Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 - 28 Muharram / 19 - 25 Januari

Tuesday, January 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:25 AM

28 Muharram / 25 Januari (Ahad)
Saya terima sms Dr Ali, "Nasha usm itu kini 25-28 Januari cari lokasi kerajaaan Hsia-Lai-Wu kat Dengkil. Saya akan menyertainya." Mesej 10:45 a.m. Saya fikir, sms itu silap dihantar agaknya. Tapi, saya berminat menyertainya.

Agak-agaknya, ini tapak kerajaan purba. Tak pa, saya sms beliau terus, menyatakan keinginan untuk ikut sama ke tapak lokasi carigali arkeologi. Lalu, dijawabnya, "Ready, Selasa @ Rabu."

Dapat sms Lutfi: "Terus buat wawancara dulu. Dgn Nor Laila, Pak Said Zahari, Abu Urwah, bekas tahanan yang lain. Mai rumah bincang detail. Boleh bagi bajet awal." - 2:08 p.m.

Semalam, saya sempat hantar deraf penulisan buku berhubung ISA yang menurut rencana asal, bakal diterbitkan oleh GMI. Jadi, hari ini, dihantarnya sms kembali berhubung hal tersebut.

Bajet peruntukan awal? Hmm... bagus tu. Di kepalaku tergambar Dinar Emas melonjak ke paras 898.30 USD/Oz daripada sekitar 870 USD/Oz dua tiga hari lalu. Adakah ini semua terjadi sebab Obama dah jadi Presiden Amerika? Entahlah, tak tahu juga saya..
---------------------------------------------------
27 Muharram / 24 Januari (Sabtu)
Saya terlewat ke Puri Pujangga, gara-gara berada di pejabat semalaman. Baru mengenali dunia Astro. Seronok juga ada Astro ni. Ada banyak dokumentari dan liputan berita-berita luar negeri.

Tiba di UKM sekitar jam 2 petang. Program itu sudah tamat. Tapi, sempat makan-makan dan berbual dengan Dr. Shaharir Md Zain. Itu pun, Aqil call beritahu tempat.

"Ada jawatankuasa mansuhkan PPSMI peringkat Wilayah Persekutuan," kata Prof Shaharir kepada saya, sejurus menamatkan panggilan telefonnya.

"Sekarang ni, dah berapa jawatankuasa ditubuhkan di negeri-negeri?" saya bertanya semula. Kata beliau, Wilayah Persekutuan antara yang pertama.

Dalam bualan itu, saya sempat mendengar nama PKPIM disebut beliau. Sepertinya, beliau telah menyuruh penelefon itu menghubungi ibu pejabat PKPIM untuk keterangan lanjut.

Malam
Sempat kutuk sakan ke arah Khairy, Najib dan Abdullah lewat Harakahdaily
. Alangkah indahnya hidup ini jika ada kebebasan mengutuk kebejatan moral para pemimpin!

Sempat berbual dengan Syakir lewat chat di YM. Agak serius juga pertanyaan mengenai kaedah nak buat loan membeli rumah.

"Kalau buat housing loan, interest lebih rendah berbanding personal loan," kata Syakir. Ketika itu, dia sedang sunting tesis Masternya di UTM. Ish, membara lagi jiwa ini nak buat Master!

Saya layari lagi Mudah.com.my, survey rumah-rumah dan sempat sms beberapa orang pemilik, untuk buat temujanji, kalau dapat melihat-lihat semua rumah itu terlebih dahulu.
---------------------------------------------------
26 Muharram / 23 Januari (Jumaat)
Saya sempat meluangkan masa menulis mengenai Raja Zulkarnain sekali lagi, antara topik-topik yang menarik perhatian saya. Sebelum ini, saya pernah menulisnya di ruangan Agama.

Namun, di dalam tulisan kedua berhubung Raja Zulkarnain, pada bahagian terakhirnya ia adalah hasil ceramah Dr Siddiq Fadhil khasnya pada bahagian Raja Zulkarnain mengisytiharkan tembok besi itu sebenarnya, hasil kurniaan dan rahmat Allah.

Dalam perhimpunan Skima di Kota Bharu pada 2008 (tak ingat tarikh) lalu, beliau antara tokoh yang turut dijemput bagi membuka persidangan tersebut. Bila dia cakap perbezaan sikap antara Raja Zulkarnain dengan BN, khasnya dalam hal projek, semua orang tertawa.

"Saya berangan-angan.. kalau saya menjadi pemerintah, akan saya tulis pada dinding projek itu, ini dia satu rahmat daripada Allah. Saya tidak akan tulis di dinding projek itu ungkapan.. ini dia.. satu lagi projek anjuran.." belum sempat beliau menghabiskan ayat itu, semua hadirin sudah ketawa kerana memahami kepada siapakah ungkapan itu ditujukan.

"Wassalamualaikumwarahmatullah," kata beliau menamatkan ceramah. Memang dia tak perlu habiskan ayat itu. Hadirin sudah pun 'pick-up' tentang bab-bab sebegini. Ayah saya control agar tidak ketawa terlalu kuat seperti orang lain.

Jadi, idea-idea itulah yang saya rangkumkan dalam penulisan tersebut.

Petang
Saya tiba di Harakah. Kaum ibu menyambut saya dengan pelbagai celoteh. Sebagai Don Fansuri, saya mesti mendengar permasalahan mereka.

"Ali, awak dah beli dinar emas ker..? Bla..bla..bla," kata kak Roy Rasul.

"Ali, mana duit kutu RM100?" kata kak Salmiyah.

"Ali, nah duit prepaid," kata kak Anis dan kak Nyza.

Saya sempat meletakkan tupperware atau tabung Yayasan Fansuri, Garap Maju Enterprise dan Sekolah Pemikiran Kg Baru di meja kak Nyza. Kalau mereka mahu bayar duit prepaid nanti, bolehlah mereka masukkan duit dalam tabung tersebut.

Malam
Tiba-tiba, hati tergerak untuk menonton dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain. Baru saya teringat, di pejabat pun ada Astro. Masuk ke dalam bilik Big Boss di Aras 2 untuk tukar channel dan kemudian patah balik ke Aras 1.

Alhamdulillah.. sempat juga menikmati paparannya daripada awal sehingga habis.

Sebelum ini, saya memang tak tahu Astro ada siarkan dokumentari itu. Kita mengarang ikut rasa gerak hati saja. Rupa-rupanya, gerak hati memang ada pertalian dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dan kita pun tak pernah tahu apakah sebabnya Tuhan memutarkan hati kita untuk melakukan sesuatu. Moralnya, sentiasa bergerak mengikut lintasan hati.

Selesai menonton Astro Oasis, sempat mengarang satu bahan di opis Harakah. Ia mengenai satu keluhan seorang pengundi di Dun Wakaf Mempelam. Isunya, dia tak mendapat duit peruntukan, sama macam kes Biey.

Kasihan betul dekat orang-orang bawahan Umno ni. Kalau nak cerita masalah dekat Harakah ni, takut dituduh pengkhianat dan macam-macam label lagi.

Dinihari
Di bilik Big Boss, saya berbual dengannya hingga lewat dinihari. Saya explore habis-habis Astro. Menarik juga. RM59 sebulan. Malam ini, tersiar kisah Seven Wonders in China dalam Discovery Channel. National Geographic menyiarkan kisah otak Albert Einstein dibedah untuk disimpan ke dalam sebuah balang sebagai bahan ujikaji.

Terjumpa Mozaik Dunia, memperihalkan Ilham Anas, raut paras wajahnya seperti Obama. Dan, dengan sebab itu, ada pihak tertentu mahu menjemputnya berlakon iklan tv.

"Ish, ada orang nak tengok ke rancangan awal-awal pagi ni?" kata Lutfi setelah melihat Ilham Anas terpapar di kaca tv Astro awal pagi itu sekitar jam 3 pagi.

"Ish.. awat tak ada pulak?" balas saya.

"Harakah kena buat syif agaknya untuk sesi awal pagi untu update bahan," katanya lagi.

"Betul, Imran Malizi, Muhaimin Sulam tu mesti dah ada crowd tertentu.. patutnya mereka kena ada ruangan,"

"Tapi kalau update awal-awal pagi, orang-orang macam enta saja kot yang boleh kerja dan nak baca?" katanya mencandek, mengambil ruang peluang memerli diri ini. Cis!..

Aduhai! Memang Sekolah Pemikiran Kg Baru ikut waktu New York, Manhattan, Las Vegas. Nak buat macam mana? Macam ni lah kerja-kerja kami.. Harap faham-fahamlah..
---------------------------------------------------
25 Muharram / 22 Januari (Khamis)
Mujurlah dapat siapkan terjemahan Rice Without Rain awal sikit. Dapat istirehat. Saya periksa mel-e saya. Ada banyak maklumbalas orang-ramai berhubung Iskandar Zulkarnain. Ada orang meminta saya merujuk blog Empayar Benua Siam Islam.

"Saya Ary dari Perak. Saya amat berminat dalam merungkaikan misteri Iskandar Zulkarnain (mungkin Alexander). Dari hal kewujudan Melayu itu, wallahualam sukar untuk dipastikan. Mungkin dengan penyelidikan DNA dapat membuktikannya atau sebaliknya.

"Saya sarankan saudara pengarang untuk rancangan dokumentari ASTRO OASIS (saluran 106) pada hari Jumaat jan 10.00 malam yang bertajuk ALEXANDER BUKAN ZULKARNAIN, mungkin dapat saudara pengarang huraikan dalam tulisan saudara akan datang?"


Mereka juga minta saya merujuk Astro Oasis, Jumaat. Tajuk dokumentari itu, Alexander bukan Zulkarnain. Tetapi saya tak ada Astro. Macam mana? Saya cuba cari di YouTube, memang tidak ada juga. Hmm.. saya memang teringin nak pasang Astro. Tapi, takut lari bajet.

Alamak.. terlupa mahu celebrate my birthday in Muharram kelmarin. 24 Muharam adalah ulang tahun kelahiran saya ke-33. Tuhan anugerahkan saya angka yang cantik. Kata ibu, sepatutnya saya lahir pada 13 Jan (Khamis). Tapi, Tuhan menunda keesokan harinya, 14 Jan (Jumaat).

Minggu lepas, 14 Jan (Rabu), minggu 24 Muharram (Rabu). Tuhan menyusunnya cantik-cantik juga. Pernah dulu terasa diri ini diabaikan dan dihinakan. Tetapi Tuhan mengangkat aku semula. Semoga jangan kita terangkat sudahlah. Nanti kita jatuh, pecah berderai pula. Masa itu, rahmat Tuhan akan lari menjauh dari kita. Nauzubillah..

Banyak peristiwa menarik berlaku pada hari Jumaat. Artikel-artikel 'menggemparkan' banyak yang tersiar pada hari Jumaat di Utusan. Hari Jumaat, saya terima panggilan DBP tentang puisi Balada Burhan Di Kota Raya dan saya menerima hadiah puisi di DBP itu pun pada hari Jumaat.

Ya Tuhan, banyaknya nikmatMu yang belum sempat kusyukuri. Jadikanlah aku antara manusia yang tidak pernah lupa menjadi hambaMu. Kalau hamba diangkat sebagai ketua dan pemerintah atau 'raja-raja', titipkan perasaan tawadhuk seperti Raja Zulkarnain.

Raja yang hebat, tapi jiwanya selalu diikat dengan rasa takut berbalut kasih kepada Tuhannya!
---------------------------------------------------
24 Muharram / 21 Januari (Rabu)
Saya menulis di Harakah Daily mengenai kisah Biey yang rasa tertipu dengan Umno Batu Burok. Kasihan, dia ini pencetus ilham untuk saya wujudkan kolum Minah Kerek di Berita Kampus. Dan ruangan itu juga sempat timbulkan kontroversi ketika mengkritik Aman Damai Idol.

Huh! Sapa lagi yang bikin onar? Saya la tu yang menggunakan ruangan Minah Kerek untuk saya bangkang habis-habisan program Encik Nazru.

Petang
Petangnya, dalam jangkaan saya, dapat saya jumpa wakil Etika Emas untuk berbincang tentang pelaburan emas. Hujan petang tadi, membawa ke malam.

Ternyata, malam pun tak jadi berjumpa juga. Cadangnya, kami akan bertemu di Masjid Kg Baru

"Ada kawan saya ajak pergi ke Nilai, ada hal sikit," kata beliau. "Mungkin esok petang?" Saya angguk dan setuju saja. Tengoklah esok jadi ke tidak.

Malam
Saya lihat cerita makhluk asing. Ada sentuh tentang Area 51. Independence Day kot kalau tidak silap. Nampaknya, semua bangsa dan tentera di dunia bergabung dengan Amerika untuk lawan makhluk asing. Jadi, wira dunia pulak Amerika ini.

High Chapparal di TV2 pula malam ni tonjolkan bab Assasin, cara mereka berlawan dengan Red Indian Apache. Baguslah, hangpa menang semua. Bilalah kita nak pulaukan drama, filem US ni?

Dapat seorang girl friend di London lewat Yahoo Messenger (ish, orang gurau jer nih. Nanti ingat sungguh-sungguh pula). Entah di mana dia dapat emel saya. Sempat berbual juga dengan Nizam Shah. Rupa-rupanya, dia juga sudah mula berchating.

Daripada dia, saya dapat tahu bahawa Tunas Cipta sedang siarkan wawancaranya bersama saya.

Dan malam ni sehingga lewat pagi, saya perlu habiskan terjemahan Rice Without Rain. Hish, tak keluar makan lagi ni. Oke, keluar dulu yer??
-----------------------------------------------------
23 Muharram / 20 Januari (Selasa)
Ada orang UKM call, minta saya sahkan kehadiran saya di Puri Pujangga, UKM pada 24 Januari nanti. Ya.. sudah tentu saya akan pergi. Ini minat saya sejak dahulu lagi.

"Tapi, Puri Pujangga tu di mana?" tanya saya. Dia pun tidak tahu agaknya. Jadi, kerani wanita itu minta saya semak mel-e nanti untuk keterangan lanjut.

Ikut rasa hati, rasa nak pergi cari rumah lelong ke Bank Rakyat. Dan, kalau-kalau kebetulan hari ini ada emas lelong di sana. Gerak hatiku tepat. Memang hari ini, hari pertama emas dilelong dan lelongan itu cuma dibuka selama 3 hari saja.

Saya bida emas dan terasa macam Don pula apabila membida tadi. Isi borang kena caj RM5.

"Nanti kami akan call encik jika tiada pembida emas tertinggi," kata kerani bank tersebut.

Rehat-rehat di sebuah restoren mamak di tepi bank itu. Tetiba Bie call. Dia mengamuk sebab dia sebagai pengundi Umno di Dun Batu Burok, Kuala Terengganu telah ditipu.

"Kata nak bagi kat kami pengundi luar, sebanyak RM250. Tapi, satu habuk pun tak dak," kata rakan lama saya itu. Saya berjanji kepadanya untuk menyiarkan hal rintihan beliau itu.

"Umno Batu Burok ni perlu diberi pengajaran. Dah lama mereka buat kerja macam ni, makan duit peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada kami," kata Bie lagi.

Aqil sms, dalam pesanannya disebutkan tentang kehadiran saya di Puri Pujangga dan dia minta saya hadamkan makalah Dr Shaharir Md Zain. Saya dah baca sedikit makalah itu. Sms beliau itu saya balas, mengesahkan kehadiran saya kelak.

Tadi pun dah ada orang UKM call. Sms Aqil ini adalah peringatan kali kedua. Hmm.. betul-betul serius nampaknya kajian ke atas prasasti, batu bersurat ni. Saya akan mengkaji bahasa Melayu kuno nampaknya di UKM

Dah lama berangan-angan (dan perasan) jadi macam kurator seperti Dr Robert Langdon, watak yang dilakonkan oleh Tom Hanks dalam filem The Da Vinci Code tu. Semoga berjaya ya Fansuri.

Bertemu Latiff Habbatus Sawda'
Di Diamond Square, saya terjumpa Latif yang bersama saya di Kemboja dahulu. Kami berjumpa di HQ Habbatus Sawda'. Turut hadir sama, rakan kongsi beliau, Hasyim, CEO Habbatus Sawda'.

"Ada orang cakap, gambar aku masuk Harakah," kata Latif. Saya mengiyakan. Memang saya yang masukkan gambar Latif dalam kunjungan kami ke Kemboja tempoh hari.

"Hang dah tau opis aku. Nanti bawak la Harakah tu," tambah Latif lagi. Jam menunjukkan dah hampir 8 malam. Saya minta diri sebab perlu ambil adik untuk tonton filem percuma BrideWars di Cathay Cineplex.

Ketika redeem tiket wayang, saya dan adik dapat minyak wangi Lacome Magnifique. Tamat saja tayangan, saya hantar dia ke Vista Angkasa. Di sana kami berbual mengenai masa depan.

Baru tersedar, ada sms Dr Abu Hassan, menyatakan dia di Astro Awani jam 11 malam sampai 2 pagi. Lama betul tak jumpa. Sejak Sabtu di Galeri Perfileman Finas, saya beritahu hal penemuan majalah Bulanan Gelanggang Filem, memang ada niat nak lanjutkan perbincangan disertasi.

Ya Fansuri.. fokus.. fokus.. fokus.. buat peta minda macam Fahri.. mesti ada rancangan 10 tahun akan datang, hang nak jadi macam mana, rumah ada berapa bijik, bini berapa orang .. opss..!!
------------------------------------------------
22 Muharram / 19 Januari (Isnin)
Tiba di Harakah pada waktu malam, dapat bayaran RM50 daripada TMJ, kerana urusniaga pre paid. Di sana, saya hantar satu bahan.

Sembang-sembang dengan mr Big Boss di Rafiyya. Dia banyak bertanya mengenai apa lagi yang aku buat setakat ini. Kenapa agaknya ramami orang nak tau sangat? Ini pun masih kekal sebagai satu misteri dalam kehidupanku ini.

Dr Abu Hassan Hasbullah sms-dia akan mengulas isu pilihan raya Kuala Terengganu. Tapi, dia di Astro Awani. Alamak, bila nak pasang Astro ni? Bolehlah tengok History Channel dan Discovery Channel.

Borak-borak dengan Rauzi, Yusdar, Azmi, Dr Nots tentang urusan pembelian rumah. Abg Nasir baru balik dari UM. Dia penuh ceria dan gembira.

"Pro Mahasiswa UM dah menang!" katanya.

"Agaknya bila tamat pengiraan undi?" tanya saya. Khuatir betul dengan sikap mahasiswa yang gembira terlalu awal ini. Bukan apa.. HEP ni panjang akalnya. Aku tahulah siapa mereka ni..

Dia orang gerenti tak duduk diam punya. Tidur pun tak lelap mata dan asyik bersengkang mata untuk mencari helah baru bagi membatalkan kemenangan Pro M nanti.

"Sekitar 4:15 pagi tadi tamat kiraan undi," jelas Abang Nasir. Saya terus pulang ke rumah dan terus mengarang satu bahan lagi di Harakah Daily berhubung isu tersebut. Tulisan itu saya terus sambung semula selesai solat Subuh. Selesai semuanya, saya pun zzz...

Currently have 0 comments: