15 - 21 Muharram / 12 - 18 Januari
21 Muharram / 18 Januari (Ahad)
Hari ini menulis topik kegemaranku di Harakah Daily, mengenai hubungan Iskandar Zulkarnain dengan orang-orang Melayu. Ralit menulis sampai tergendala urusan-urusan lain.
Shema betul-betul mengotakan janjinya. Petang tadi dia mengirimkan 5 keping gambar dan juga story beliau yang tidak tersiar di akhbar tempat dia bekerja.
"Jangan reply ke e-mel saya ini," pesannya. "Takut nanti sub editor tahu."
Saya berazam akan cuba menyiarkannya juga gambar-gambar ini nanti kalau selesai masalah di Harakah Daily.
Kebetulan malam ini dapat chat dengan Mr Khalil. Dia di sempadan Rafah, Palestin. Dia juga dok tanya hal yang sama, "Apa yang tak kena dengan Harakah Daily?"
Lagilah saya tak boleh jawab. Kita pun bukan pakar sangat dengan hal ni.
Beautiful Maria
Ketika melayari internet malam ini, terserempak dengan Beautiful Mario dalam Mambo Kings. Saya rasa, citarasa wanita Spanish, Mexico melekat dengan kuatnya dalam batin saya. Tambah-tambah, wanita secantik, sejelita dan seanggun Salma Hayek.
Berbeza dengan Najib, dia ada citarasa Mongolia. Kalau dia pegang Malaysia, moga lebih banyak filem Mongolia yang akan dibawa masuk nanti.
Cerita-cerita Mexico, Hispanic ala-ala God Father ni, kadangkala best jugak sesekali kalau layan. Tapi, jangan pulak layan lebih-lebih.. lagho!
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away
Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away
On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face
Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow
Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul
Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change
And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul
Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul
Misalnya, hingga kini orang tak percaya bahawa Shania Twain dan Natalie Imbruglia pernah couple dengan saya. Tak pa, biarlah orang tak percaya. Biarlah rahsia..
(RamJam Nostalgia)
"Bagi kat abang Ali. Nanti abang Ali ikhtiarkan untuk disiarkan," kata saya. Selesai menulis hal itu sebentar di Harakah Daily, saya bersiap-siapa untuk pergi ke Galeri Perfileman Finas.
Seharian juga berada di sana. Nampak Vanidah Imran naik Mini Cooper. Terlepas sesi bersama Vanidah. Tapi, jam dua petang sempat bersama Jehan Miskin.
Saya sempat masuk ke dalam pustaka GPF. Saya terjumpa Bulanan Gelanggang Filem, terbitan Penerbitan P Ramlee. Saya catit beberapa perkara berhubung tulisan P Ramlee di ruangan lidah pengarang. Tulisan beliau simple saja, ringkas.
Di sinilah mungkin saya dapat tumpukan kajian Sarjana ke atas kewartawanan filem itu. Tapi, bahan-bahan di sini masih tidak mencukupi. Di manakah bahan-bahan lain yang boleh didapati? Saya mesti lebih giat berusaha lagi ni..
Akhirnya, program seharian itu ditutup dengan tayangan filem Duyung.
19 Muharram / 16 Januari (Jumaat)
"Ada apa di sana?" aku meminta kepastian.
Maka, kata Amidi, ada makan-makan dengan artis, hari keluarga di situ. Dalam jam 5 petang sehingga 7 malam ada tayangan. Filem agaknya kot. Habis tu? Nak tayang apa lagi?
"Boleh datang? Berapa orang?" Amidi bertanya lagi, meminta kepastian. "Sebabnya saya nak aturkan tempat duduk dan peruntukan makanan."
"Mungkin dua orang termasuk adik saya," kataku lagi. Amidi bersetuju lalu namaku tercatit sebagai salah seorang yang akan hadir ke majlis itu. Teringat Majalah Gelanggang Filem yang mungkin boleh saya dapatkan di Pustaka Galeri Perfileman Finas itu.
Kenanganku terpencar-pencar melibas ke arah Dr Abu Hasan Hasbullah, pensyarah pengajian media di UM. Perbincangan tentang master yang ingin kubuat di bawahnya terhenti seketika dengan kesibukan di Kemboja dan lain-lain urusan di Harakah.
Kena hubungi dia semula ni. Hari tu, Dr Abu Hasan datang memberikan pandangan berhubung penambahbaikan Harakah dan Harakah Daily. Setidak-tidaknya, pandangan Dr Abu Hasan telah mengubah pandangan Mr Big Boss yang berpendapat-berita, laporan yang tersiar di Harakah Daily akan menyebabkan turunnya 'sale' Harakah edisi cetak.
"Tak ada sebarang kajian yang teori yang menyokong pendapat itu," kata Dr Abu Hassan dan disebutnya perbandingan dengan akhbar Utusan, Berita Harian yang tetap menguruskan laman sesawang mereka sendiri walaupun ada internet.
"Sebenarnya hal itu yang mungkin menaikkan 'sale'," tambah pensyarah pengajian media itu.
Sejak itulah, saya rasa sedikit bebas dan tidak perlu menunggu artikel keluar dulu dalam Harakah cetak. Boleh siar terus di HarakahDaily dan akhirnya nampaklah juga dia siarkan artikel berhubung pengalamanku di Kemboja dalam Harakah Daily sebelum Harakah Print ada di pasaran.
Susah juga ya nak bawa perubahan ini. Hanya penulisan dan kesabaran yang berterusan akan menyebabkan teranjaknya pola pemikiran manusia sedikit demi sedikit.
Contoh mudah, Bro Shy yang asalnya tak nampak kekuatan emas, akhirnya terbuka sedikit fikiran apabila membaca rencana dalam Berita Harian berhubung pelaburan emas, termasuk pautan-pautan yang kutulis di laman blog ini.
Darihal Ehwal Emas!
DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 840.20 800.20
1 Dinar 426.60 406.60
1/2 Dinar 219.30 209.30
1/4 Dinar 116.20 111.20
(Harga pada Selasa, Januari 13, 2009)
Lihat geraf berwarna hijau yang menunjukkan harga hari ini. Geraf merah mewakili harga emas semalam.
Saya beli Dinar Emas kelima dengan harga RM424.60. Graf emas turun rupa-rupanya. Jadi, siapa nak beli untuk pelaburan dipersilahkan segera ke Ar-Rahnu yang terdekat. Sila lawati http://www.dinarkel.com untuk keterangan lanjut.
Apabila di ar-Rahnu tadi, saya bertanya brader yang pernah saya gadaikan emas tu. Berapa lagi yang saya perlu bayar kalau nak tebus 'emas terpijak' tu? Encik Moh terjumpa emas tu semasa dia hadir dalam perhimpunan Bersih dulu. Entah emas siapa.
"Ana dah iklankan, tapi dah tak dak sapa nak tuntut," kata En Moh. "Ikut syarak, kita boleh ambil." Wallahu a'lam.. Saya pun tak banyak tahu hukum-hakam. Hari tu En Moh nak bantu saya untuk dapatkan kereta Perdana untuk keperluan bisnes. Jadi, emas terpijak itu yang digadaikan atas nama saya.
"Kalau encik nak tebus, harganya RM902," kata kerani itu. Dulu saya pajak dan dapat RM800 dan akhirnya ditambah dengan upah menyimpan, maka harga menebusnya sudah jadi RM902. Itu jumlahnya termasuk upah menyimpan di ar-Rahnu selama lebih enam bulan.
Hmm.. bertambah pengalaman sedikit. Timbul persoalan baru, adakah En Moh mahu tebus atau saya tebus? Biarlah saya menghormati orang yang pertama menjumpai 'emas terpijak' itu.
Itu nasihat Bro Shy. Ikut akal dan niat John @ Don Fansuri, mesti dia nak tebus terus. Ish saya dah mula risau dengan diri sendiri. Perlahan-lahan jiwa kapitalis menyelinap dan semoga daku sentiasa dikelilingi orang-orang yang soleh yang menguasai jiwaku dan mereka mempengaruhi beberapa keputusan dan perhitunganku ke arah kebaikan.. Amiin..
Dapat sms Saifullah: "Jemput ke mesyuarat khas, jawatankuasa mansuhkan PPSMI PKPIM - Abim, malam ini, jam 10 p.m, di CF Ali. SEGRA!"
CF Ali? Kata mana tuh? UIAM ker?
Perhitungan wang hono
Esok dalam fikiranku adalah hari penentuan samada cek itu masuk atau tidak. Semoga tiada ditendang akibat tiada diturunkan tandatangan.
Tadi saya sms Pn S tentang penyusutan, pengurangan dan 'shot' RM380. Maka teringat lafaz keramat Mr Big Boss, "Itu pun perjuangan. Perjuangan menuntut hak!"
Maka kalau jadi lagi hal terdahulu, terpaksalah kukirim surat kepada TG Nik Abdul Aziz untuk memohon pembelaan ke atas nasib diriku yang tertindas, isk, isk, isk..
----------------------------------------------
15 Muharram / 12 Januari (Isnin)
Hari ini agak kencang juga menjual prepaid walaupun modal tidak mencukupi. Alhamdulillah rezeki murah. Kalau kita bersyukur, orang cakap rezeki makin bertambah.
Akibat melayan Eload Online, akibatnya masa siangku terperangkap di internet. Urusanku di bank jadi tergendala. Nggak pa pa koq, esok masih ada. Err..tapi kalau ditakdirkan esok sudah kiamat, gi mana sih!? He he..
Pergi ke Harakah, ingatkan boleh ajak Cik Pyanz minum-minum. Rupa-rupanya dia bz betul. Di sana, ternampak orang-orang yang sepatutnya kuadukan masalah 'payment'ku yang shot baru-baru ini. Tapi, mereka buat-buat tak nampak aku jer.
Tak pa, tak pa.. ada ubi ada batas, ada hari boleh kubalas. Macam ni ropa-ropanya perjuangan orang Islam. Perjuangan Islam itu suci murni. Tapi perjuangan orang Islam itu yang bikin Tuhan lambatkan mereka mengecap kejayaan.
Patutlah Palestin kalah, patutlah masalah-masalah Islam di serata dunia tak selesai. Malaikat tu nak bantu macam mana, kalau hati tak bersih dan jiwa tidak jernih. Kita tidak jujur, mengambil hak orang, bersikap curang dan sebagainya.
Petangnya, saya bertemu Bro Shy di Restoren Kg Pandan berhampiran Dawama, Ulu Kelang. Di situ kami bergebang sampai mendapat beberapa idea.
Banyak sungguh idea. Sampai tak tertulis. Err..kalau tulis pun, takut nanti ada orang curi idea tu pulak. :) Jadi, biarlah sampai berjaya dan nampak hasilnya dulu.
"Kita buat e-book?" kata Bro Shy. Pada kejernihan mataku yang bersinar, hati melonjak-lonjak keriangan. Ditambah dengan kelibat 'serai saad' (awek cun, dalam bahasa Khmer Kemboja) yang bersetentang kedudukannya denganku, rasa macam nak sembang deraih pun ada.
"Boleh, tajuknya biar umum, bagaimana nak membentuk rupa wajah Malaysia akan datang," saja saya sembang perlahan pula, biar nampak tawadhuk sambil mataku sesekali memerhatikan kelibat 'serai saad'. Benarlah kata pujangga.. wanita cantik itu sumber ilham, benih inspirasi buat lelaki keranjang seperti daku ini, insan miskin tetapi macho.
Ingin kungorat, tapi tak dapat dan tak pernah lekat walaupun dia asyik memandangku daripada kejauhan. Iya, daku sedar diriku perasan (tapi, yang hangpa dok baca sangat tulisan rapuku ini kenapa? Ha! Ha! Ha!). Aku sedar siapa diriku ini, dahlah ensem, macho pulak tu..
Syahadan.. kami pada akhirnya mencapai beberapa persetujuan. Yang mungkin nampak serius adalah, e-book tersebut. Semoga berhasil hendaknya..
Malam ini terkejut melihat emas turun mendadak, 824.70 kemudian jadi 824.20. Esok mesti beli Dinar Emas nih. Mesti! Tak kira walau apa pun yang terjadi.
Fuh, Rabu depan (14 Januari, hari lahirku yang ke-32, ish tua dah!), mungkin cek yang aku bank in akan masuk dalam akaunku. Itu pun kalau tak tendang la.
Ada sedikit simpanan. Tetapi saya mesti die-hard untuk keluarkan juga. Semoga cek pada Rabu tidak tertendang Ya Tuhan. Tadi petang, Cik Pyan ada bagi tau masalahnya.
"Sorry, tak dapat transfer, cek tendang, Tok Pa tak sign," katanya. Jantungku berdebar-debar kencang. Jangan-jangan saya pun bermasalah sama ker?
Mungkin depa tengah sibuk berkempen di Kuala Terengganu kot sampai lupa nak sigh. Lemah la sungguh orang-orang Pas nih. Macam mana nak pulihkan keyakinan rakyat kat depa?!
Kami wartawan pun tak dapat nak menolong kalau mereka lemah. Kalau mereka menang di atas kelemahan Umno-BN, itu bukan kekuatan yang sejati. Oh, tenatnya hidup. Sedang hasrat suciku menyala-nyala membeli dinar, masa tu lah duit bermasalah..
Balada Burhan yang dipotong duit hono penulisannya
Oh Tuhan.. namaku Burhan..
Selain saudara kami di Palestin dizalimi
Kami pun dizalimi oleh para pemimpin Islam
Cek tertendang dan duit hono dah 'shot'
sedangkan pemimpin masih bertakbir
di pentas ceramah darihal kebenaran.
Tuhan, berilah mereka pengajaran
jika mereka benar-benar orang perjuangan
dan setia menubuhkan Negara Berkebajikan!
Sekolah Pemikiran Kg Baru
1:30 a.m, 13 Januari 2009
(Sebelum hari lahirku ke-32 yang jatuh pada 14 Januari)
Currently have 0 comments: