8 - 14 Muharram / 5 - 11 Januari
14 Muharram / 11 Januari (Ahad)
Selepas ini, bolehlah saya himpunkan semua gambar-gambar di Kemboja yang tersimpan dalam kamera Mr Mokh. Lama sungguh saya simpan hak orang.
Kejayaan hari ini - berjaya himpunkan tiga tin minuman skrap sekitar Low Yatt.
BroShy ajak saya berjumpa dengannya di pejabat Pernec, dekat Dawama di Ampang, bincang hal pelaburan emas. Dulu dia nampak tak berminat, tapi akhirnya dia bersungguh-sungguh.
Lalu, saya terfikir sesuatu. Isu PPSMI saya lihat ramai yang sokong pula. Saya jenuh juga mahu menjawab, sampai tak terjawab. Tetapi, kalau Bro Shy perlukan masa supaya tumbuh minatnya tentang pelaburan emas, kenapa tidak PPSMI?
Aku perlu bekerja keras untuk mengubah fikiran orang-ramai lewat penulisanku berhubung isu PPSMI. Tapi, isu Israel mengganyang Muslimin Gaza di Palestin pun penting juga.. Isyy..
Palestin diganyang, PPSMI membarah, walimah Mawi-Ikin disensasikan!
"Bukan salah Mawi dan Ikin," kata Rosyam Noor, dalam sebuah rancangan lintas langsung di RTM malam ini. Rosyam marahkan syarikat media.
Pedulikanlah apa orang nak kata. Tetapi ketika Palestin diganyang, isu PPSMI sedang membara, tiba-tiba RTM, sebagai saluran rasmi kerajaan boleh membawakan tajuk Wedding of the Year!
Betul kata Rosyam. Mawi dan Ikin tak bersalah. Media perlu dipersalahkan. Kalau media swasta seperti TV3, NTV7, Astro nak 'memperalatkan' perkahwinan Mawi dan Ikin, silahkan (dengan berat hati saya berkata demikian)
Tapi apabila RTM yang bawa tajuk begini, aduhai.. Biarlah syarikat penyiaran swasta yang bawa tajuk perkahwinan begini, sebab memang mereka kena bersaing untuk dapatkan rating tertinggi agar dapat membuat duit.
RTM tak perlu bersaing rasanya. Mereka ada duit daripada kerajaan. Antara walimah Mawi dan Ikin, isu Palestin diganyang Israel dan isu PPSMI, yang manakah perlu diutamakan wahai Dato' Ahmad Shabery Cheek?
13 Muharram / 10 Januari (Sabtu)
Saya dapat hadiah di Cinema Online atas peraduan filem Spirit. Oh sungguh menarik dan murah rezeki diri ini.
Bro Shy sms, kalau-kalau dapat jumpa dengan Fahmi di Sabaking, tetapi mungkin tergendala lagi agaknya. Dia ke Labuan dalam 19 Januari sehingga Mac depan.
Sepatutnya, hari ini Ustaz Zamri, hos Mari Mengaji, TV9 ada shooting di Shah Alam. Diajaknya saya ke sana, kalau-kalau mahu berjumpa dan boleh meeting dengan orang di TV9.
Ish, rasa rugi pula tak dapat pi. Ust Zamri sekali dengan saya bermusafir ke Kemboja baru-baru ini pada 7 sehingga 12 Disember. Saya pernah cadangkan kepada dia supaya dia jadi hos debat antara agensi Islam dengan puak-puak liberal dalam isu pengkid dahulu.
Saranan itu saya kemukakan ketika kami berbual-bual di Kemboja.
"Payah sikit syekh," kata ustaz. "Ustaz Zaharudin sendiri akui, hujah pihak ulamak kita ada kelemahan dan hujah mereka tak mantap."
"Buat macam muzakarah, jangan bagi nampak macam debat, so tak nampak macam ada menang dan ada yang kalah," kata saya lagi. Dia terdiam.
Sampai bila ustaz ni mahu kendalikan acara Mari Mengaji, Akademi al-Quran. Kalau boleh biar dia kendalikan rancangan yang nampak mencabar sikit macam acara Hujah di Tv9 tu.
Saya dah jadi 'Selebriti' majalah Tunas Cipta, DBP?
Dapat kiriman sms dari Sahrunizam, sahabatku, seorang guru dari Pahang.
"Salam. Amboi sahabatku dah jadi selebriti sekarang kat Tunas Cipta, Januari." --- 3:44:47, 10 Januari.
Terima kasih ya Sahrunizam atas maklumat. Nanti kena pi cari majalah Tunas Cipta kalau macam ni. Baru tahu ada kisah saya disiarkan di majalah tu.
Tak bestnya, jumpa Mr Big Boss di opis malam tadi. Saya dapat cek. Duit sikit daripada yang dijangkakan. Rasanya boleh lebih sampai RM1,000. Mesti dia orang 'shot' kat mana-mana nih..
(2) Masa singkat, siswa tak bersedia, 12 Muharram / 9 Januari (Jumaat)
Hari ini selesai menulis dua bahan di Harakah Daily.
Kerja menulis saja sampai petang. Tak sempat nak pergi bank untuk tengok rumah lelong. Dekat Harakah semalam Kak Nyza dan Kak Zehan berborak mengenai rumah lelong.
Kak Zehan tinggal di Apartment Sri Nilam, Ampang. Bayar tiap-tiap bulan RM200. Oke jugak tu kalau dapat beli rumah kat situ.
"Rumah Kak Nyza 81,000," katanya. "Masa pelelong umumkan harga tu, Kak Nyza masih lagi bangun, tak duduk, jadi rumah tu jadi hak milik kita."
Itu cerita dia, pengalaman beli rumah lelong. Rasa rugi tinggal di rumah sewa SPKB ni. Kena juga bayar RM200 tiap-tiap bulan, hangus begitu saja.
Saya budget RM50,000. Ish ada ke rumah lelong harga sampai macam tu dekat area-area KL ni yer? Ah! Jangan runsingkan fikiran anda. Dengarkanlah lagu P. Ramlee kesukaanku ini.
------------------------------------------
11 Muharram / 8 Januari (Khamis)
Tiba di KL sekitar jam 5:30 petang. Tadi pagi bas bertolak kira-kira 11:30 pagi. Rasa letih masih membalut diri. Ada bermacam-macam kecelakaan di lebuh raya. Paling menakutkan apabila ada sebuah lori pengangkut sampah terbakar di bahagian kepalanya.
Tergerak hati nak balik ke KL. Tadi petang pihak Asasi dah call, bertanya sama ada saya akan pi ke Himpunan Asasi Muda.
"Ya, saya akan pergi." jawabku ringkas, dengan tambahan, "Insya Allah.."
Kerani itu meminta mel-e saya. Menurutnya, segala butiran maklumat berhubung acara pada 17 Januari itu akan dihantar lewat mel-e tersebut.
Di Pendang tadi, saya membeli tiket ke KL. Dah meningkat ke RM39 dah tiket tu. Dia orang tak mau anjakkan kepada RM40 ni. Saja la strategi kot..
Orang akan cakap, "Memang la naik.. Tapi, tak sampai la RM40 lagi.."
Sebelum ini, tambang RM30. Then, sekarang minyak turun, tambang bas tak turun lagi. Heh.. heh.. macam la orang tak tau.. :)
Petang ini sampai ke malam, rasanya nak 'pederaih' habiskan terjemahan Rice Without Rain. Itu pun kalau sempat. Malam ni send bahan sastera, then esok pagi chow ke KL Semoga selamatlah semuanya. Adios!
--------------------------------------------
9 Muharram / 6 Januari (Selasa)
Bro Shy pun sudah kebah daripada serangan Chikugunya dan Aedes. Dia sudah ada di KL.
-------------------------------------------
Petang tadi makcik call. Katanya, pakcik terpaksa melarikan diri. Kalau tak salah, sepertinya ada SB yang call dia sejak tersiar tulisannya berhubung judi.
"Biasa saja makcik," aku membalas semula. "Paling penting di sini, bukan isu keras atau tidak kenyataan itu. Paling penting, semua ahli Parlimen Melayu dan Islam termasuk Pas, Umno dan PKR nak tak menjawab soalan dia tu? Itu isu sebenarnya.."
Pakcik terpaksa melarikan diri dari Kelang. Entah di mana dia sekarang??
Currently have 0 comments: