13 - 19 Syawal
19 Syawal
Umno parti buli?
Jika maksud Abdullah, buli itu maksudnya menindas parti komponen BN saja seperti MCA, MIC dan lain-lain parti komponen, memang Abdullah betul juga dari suatu sudut. Tapi, itu tidak akan membuang satu hakikat bahawa Umno dan Abdullah sememangnya pembuli.
Berbicara dengan Minfong Ho
Ketika melayari internet pagi ini, saya lihat Puan Minfong Ho sedang online di Gmail Chat. Kalau ada sebarang permintaan untuk mengetahui siapakah Minfong Ho, pengarang Rice Without Rain itu, nantilah saya ceritakan kemudian, insya Allah Ta'ala.
Baru-baru ini, Ridwanto datang menziarahi dan saya dah bercerita kepadanya sikit sebanyak tentang latarbelakang peristiwa kenapa saya jadi berminat novel ini diusahakan terjemahannya. Huh! Panjang ceritanya ...
Rumah Terbuka Dr Lo' Lo'
18 Syawal
Saya mahu jadi pensyarah, bukan ahli politik. Tapi, kenapa jiwa politik ini masih bergelora!?
Hari ini, tulisan terbaru tersiar di Harakah Daily --> Daripada kapal selam kepada isu sms Najib.
[Ada berita tentang pelajar bergaduh dengan guru. Bagaimana mahu merawat hal ini? Mungkin guru itu selalu menekan pelajar sehingga pelajar mengasari gurunya. Mungkin pelajar itu sendiri yang bermasalah? Entahlah, siapa yang mampu menjawabnya.]
Cek DBP dah dapat!
Yii..haa.. yariba, yariba, anggre, angre. Yiihaa, jeritan insan-insan Sepanyol dan Mexico mungkin ada kaitan dengan Yahoo ... 'Ya' ertinya 'Wahai'. Hu ertinya, 'Dia' (Allah, Tuhan). Ertinya, Wahai Dia, Wahai Tuhan, Ya Allah. Ini semuanya ada kemungkinan.
Maghrib tadi, saya keluar makan. Semak peti surat, ada dua sampul surat daripada DBP. Jelas sekarang, ada kedua-dua cek itu bernilai RM300 setiap satu. Jadi, ada RM600. Kedua-duanya dari Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya.
Kalau anda mahu menulis, cuba menulis dalam 4 helai halaman A4. Mungkin boleh cecah sampai RM300. Bayarannya opun cepat. Sayangnya, majalah terbitan DBP tidak merebak dengan cepat dalam masyarakat. Perlu dibuat macam Indonesia agaknya. Majalah yang cari orang.
Saya dapat maklumat, Dewan Sastera dan Dewan Tunas Cipta tak hantar salinan ke rumah kita kalau takdirnya tersiar. Setakat ini, Dewan Budaya yang hantar salinan kepada penyumbangnya dan mengenai Dewan Masyarakat, saya tidak tahu pula.
Pergi ke mana-mana restoren. Kalau nasib anda baik, akan ada orang datang meletakkan Gatra dan Tempo di meja anda. Terpulang kepada anda, sama ada mahu membelinya atau tidak.
Hmm.. apa yang saya mahu buat dengan duit ini. Ternak cacing, tiada tempat, ternak ikan keli? Pun sama juga. Siapa yang ada tempat untuk laksanakan projek cacing dan ikan keli ini? Jika ada keuntungan, kita agihkan 50/50. Nak tak? Hmm... kalaulah tiada, saya mahu masukkan semula dalam akaun perdagangan wang asing.
Masa mengarang
Selesai mengarang sekitar jam 6 petang tadi, saya menghitung berapa masa yang saya butuhkan untuk menyiapkan suatu penulisan tanpa gangguan tv. Mula jam 2, tamat jam 6. Ertinya 4 jam.
Sehari ada 24 jam. Kalau kita merancang tiga penulisan, ertinya kita membutuhkan 12 jam saja. Ada baki 12 jam lagi. Apa-apa pun, paling penting, selepas 3 - 4 jam. Kita boleh regangkan urat, minum-minum, lepak-lepak di Jalan Raja Alang dan memenuhi acara sosial lainnya. Kemudian... kita sambung balik penulisan yang baru.
Mungkin saudara perlu 'break' 2 - 3 jam pula. Tetapi, pastikan membawa laptop, pocket pc yang boleh dimuatkana dalam poket untuk tujuan mengarang juga. Rasanya, kehidupan kita sekarang ini jauh lebih hebat daripada alim-ulamak terdahulu. Mereka tiada kelengkapan seperti kita.
Tapi, kenapa mereka boleh mengarang lebih banyak kitab daripada kita? Soalan ini dibangkitkan oleh guru wartawan saya, T. S. Lanang itu semasa di bangku kuliah dulu. Oh, ya! Zaman itu tiada tv dan panggung wayang juga. So, tak banyak gangguanlah. Hmm.. boleh jadi juga.
Sengaja saya tulis di sini segala kebaikan dan keburukan. Mana-mana yang silap boleh dijadikan iktibar. Yang baik itu dijadikan ikutan.
Deepavali dah dekat
Raya Hindu menjelang tiba. Antara filem blockbuster yang tersiar di iklan tv tadi ialah Sivaji The Boss dan Om Shakti Om. Dengar cerita, Sivaji The Boss memang best sampai Anwar pun selalu dok bawak tajuk filem tu dalam ceramah dia. Agaknya dia dapat maklumat tu pun daripada para penyokong PKR juga dalam kalangan orang-orang India. Wallahu'alam.
17 Syawal
Lalu, saya jadi kaciwa. Kemudian, saya mendapat tahu Najib berkomplot dengan Muhyiddin. Tidak lama selepas itu, Paklah benar-benar meletakkan jawatan. Bagus! Akhirnya... Najib dengar perintah dan akur dengan perintah saya itu.
'Perintah' saya ke atas Najib itu disiar di Harakah Daily pada 11 Mac iaitu tiga hari selepas Umno - BN mendapat keputusan ngeri - lima buah negeri telah rebah, sujud menyembah kaki PR.
Sebenarnya bukanlah 5 wilayah yang rebah, tetapi 6. Satu lagi ialah WP Kuala Lumpur, 'Wilayah Berkebajikan'. (Izinkan saya perasan buat sementara waktu!)
Saya jadi gembira untuk sementara. Gembira kerana Pak Lah jatuh dan gembira kerana Najib sebagai orang besar telah rukuk, akur dan sujud terhadap perintah, tugasan yang saya berikan kepadanya. Jadi, siapa kata Najib ego dan takbur? Mana ada! Najib 'tawadhuk' apa?
Sebagai mana Dr Mahathir rasa bertanggungjawab membuang Pak Lah dengan alasan, dia yang telah memilih Abdullah sebagai penggantinya, maka saya pun begitu juga. Oleh kerana, saya yang memerintahkan Najib merampas kekuasaan daripada Abdullah, maka menjadi bebanan ke atas diri ini untuk membuang Hang Najib si penderhaka itu. Cis bedebah!
Tadi Maghrib, seorang aktivis PKR telah chat dengan saya tentang rancangan bagi menjatuhkan Najib. Saya menerima dengan senang hati. Ini kerana, sayalah yang mencadangkan kepada Najib supaya membuang Abdullah sebagai PM. Akibatnya, Najib 'merampas kuasa' secara halus. Saya serba-salah kini. Saya wajib membuang Najib. Saya wajib menyingkirkan Najib! Allahu Akbar!
Saya mesti bertanggungjawab. Doakan saya berjaya singkirkan Najib dengan izin Gusti Alloh ...
Kisah Perjuangan Bruce Lee <--Lihat YouTube di sini
Apabila menonton perjuangan Bruce Lee melawan penjajahan, keegoan rakyat British ini, maka semangat Bruce Lee pun tiba-tiba merasuk ke jiwa saya. Lalu, ia memuncak dan semakin kuat, mengeras pula keinginan di hati ini untuk berjihad membuang Najib ... "Wachaa...!!!"
Menurut drama biografi itu nama Bruce Lee yang sebenarnya ialah Lee Xiao Long. Kematiannya yang penuh misteri itu pun cuba dijawab. Ada 6 punca kemungkinan Bruce Lee mati, tapi semua itu tertolak. Saya perhati juga kalau-kalau mereka ada menyebut bahawa punca kematian beliau itu adalah berpunca daripada pertarungan tertutupnya bersama Dicky Zulkarnain.
Entah betul atau tidak kisah tersebut. Wallahu'alam... Moral of the story. Bruce Lee jadi hebat tu bukanlah dengan sebab tumbukannya dan tendangannya di dalam Fist of The Fury dan lain-lain cerita. Tetapi, kerana semangat dan azamnya yang mengental di dalam jiwanya untuk melawan kesombongan British di Hong Kong pada ketika jiwanya masih remaja.
Menyerang Najib berkeriskan maklumat, menikam dengan blog!
Usman Awang menerusi puisinya bermadah: "Berkelahilah secara Melayu. Menikam dengan pantun." Saya pun demikian jua. Saya mahu jatuhkan Najib dengan berkeriskan maklumat, dan menikam dirinya dengan blog! Entah berhasil atau tidak, wallahu'lam ...
Tapi, ada suatu masalah dengan blog ini. Seorang anonymous baru-baru ini mencadangkan agar ia simple dan jangan letakkan semua kisah dalam satu entri-post. Ya, saya longgokkan segalanya dalam entri-post. Dalam seminggu, segalanya di situ. Sebenarnya, saya suka berbeza dari orang lain. Hmmm... ada suatu kaedah baru yang saya nak buat - Read More ... (Baca Selanjutnya...)
Tapi, saya tak pandai membuatnya. Bagaimana ya. Untuk memudahkan pengunjung memahami apa yang saya maksudkan ini, silahkan lihat gambarnya di sini.
16 Syawal
Melihat timbunan buku ini aku jadi geram. Bagaimana caranya untuk kita bersama mahu hadam dan telan semua isinya dalam tempoh yang singkat? Ada cadangan tak?
Saja tanya, apa pandangan peribadi anda mengenai pengunduran Abdullah daripada jawatannya sebagai PM?
14 Syawal
Klinik Politik - Pening K'jaan K'tan longgar hal aurat?
1. Pergi ke Pusat Bandar Damansara
2. Panggilan prepaid daripada adik / Abang A / L
3. Member DBP hantar sms
4. Kisah Andrea Hirata
Laman Sesawang Rasmi filem Laskar Pelangi
Rilis di Bioskop: 25 September 2008
Produser: Mira Lesmana
Penulis: Salman Aristo, Riri Riza
Pemeran: Lukman Sardi, Cut Mini, Slamet Rahardjo Djarot, Matias Muchus, Ario Bayu, Alex Komang, Jajang C Noer, Tora Sudiro, Robbie Tumewu, Ikranegara, Rieke Dyah Pitaloka
Musik oleh: Titi Syuman, Aksan Syuman
Distributor: Miles Production dan Mizan Sinema
Rilis: 29 September 2008
Bilakah filem Laskar Pelangi ini akan datang menemui para peminatnya ke Malaysia?
5. Kisah kilat dan hujan lebat
6. Masa itu emas
7. Zahid Hamidi dipanggil oleh Najib?
8. Program Pengislaman dan Pemelayuan Sains dan Teknologi anjuran ASASI
salaam,
merujuk kepada Bengkel ASASI yang akan diadakan pada sabtu nanti (18 Oktober 2008), di sini kami kirimkan jaringan bagi (1) Aturcara Bengkel, (2) Peta Ke Lokasi Bengkel (bilek mesyuarat Jab. Matematik terletak di atas
bangunan INSPEM).
---> http://www.kesturi.net/
---> http://ummahonline.com/?p=1046
sekian, bertemu nanti. terima kaseh.
Urusetia ASASI
- www.kesturi.net
Laskar Pelangi The Movie - Official Trailer
Andrea Hirata (Laskar Pelangi): Part 1
------------------------------------------------------------------------------------------
13 Syawal
Main internet saja petang ni. Ramai jugak yang chat. Kak Nyza dengan tiba-tiba mem'buzz'kan diriku di Yahoo Messenger.
"Adik Ali...tolong buat satu artikel untuk Polemik...bla, bla, bla, etc..." / "Baik..."-daku menjawab.
"Tapi, jangan hantar tempat lain pula," katanya. "Hari tu, nampak tersiar di Tranungkite ..."
Aik?! Rasanya tak pernah hantar Tranungkite. Mungkin Cik Zul Tranungkite yang ambik kot. Kadangkala tu depa bantai ambik saja kat Detik Daily dan Tranungkite. Hai, malaslah nak fikir...
Berchating dengan Wanto, Syakir dan lain-lainnya. Ada antara mereka bertanya, apakah Anwar akan berjaya mengheret 30 - 40 ahli Parlimen ke dalam Pakatan Rakyat. Fuh! Susah nak jawab. Tapi, memang itulah pertanyaan rakyat, tak tertahan hati mereka nak ubah kerajaan. Jadi, tak boleh juga nak salahkan mereka. Rasanya kena kupas dan bedah juga isu ini dalam Detik Daily.
"Entahlah...tak jadi lompat kot?" itu yang Lutfi cakap semalam dalam kunjunganku ke Ampang. Hal Anwar akan jadi PM itu kutanyakan kalau-kalau dia menerima hal perkhabaran baru.
"Ana pun resah gelisah sebab ramai orang dok tanya," kataku lagi, sambil mengunyah kuih dan lemang dan tempe dan segala macam yang terhidang di atas meja. "Awat, depa ingat wartawan ni tau semua benda kot?" Ternyata Lutfi juga kerap menerima soalan yang sama.
Seorang rakan lamaku di USM berchat darihal pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbitan yang agak goyah. Ringkas cerita, syarikat itu ada kaitannya dengan Pak Syeih Kickdefella. Maka, dia jadi pening kepala memikirkan bagaimana wujudnya dua nilai kontra dalam Negeri Islam itu.
"Saya mungkin kupas hal tu di Detik Daily. Jangan risau, saya guna nama samaran," demikian aku berjanji dan memujuknya agar jangan susah hati sangat dengan perkembangan ini.
"Jangan sampai terkena Akta Hasutan dan lain-lain sudahlah," chat itu berakhir lewat pagi.
Sekitar jam 6 petang, saya selesai hantar bahan kepada Kak Nyza lewat mel-e. Entah sesuai atau tidak dengan Polemik, wallahu'alam ...
Petang - Malam
Duit raya, RM200 yang The Big Boss bagi semalam kupecahkan kepada dua. Satu ke akaun May Bank dan satu lagi ke akaun MNI Mobile untuk bisnes prepaid. Siapa nak kredit boleh sms saya!
Mula berdagang, mula-mula rugi $20. Kemudiannya, ada peningkatan $1, $2 dan akhirnya naik ke paras $12. Wow! Tapi kegembiraanku itu tidak lama, tiba-tiba daku tersilap perhitungan, lalu ia menjunam ke paras $16. Aduh ... saya terlupa janji dan lafaz sumpah ikrar sendiri.
Sehari cuma 30 pip atau 50 pip sahaja. Jadikan ini sebagai satu ladang, disiplin. Insya Allah akan berjaya. And please ya Fansuri ... jangan tamak dan terlalu tamak. 30 pip bersamaan $30 atau sekitar RM90 dah tu. Sehari kalau dah dapat RM90, jadilah ...
Anwar tidak diberi ruang sewajarnya!
Malam ini dalam RTM, TV1 ada laporan yang berat sebelah. Semuanya kutuk Anwar. Dikatanya macam-macam kepada Anwar. Saya lihat, ketika Anwar berdebat dengan YB Puad Zarkasyi, tak pula didedahkan apa-apa perkara yang dibangkitkan oleh Anwar. Ish, aku sakit hati betul.
Setakat nak tunjuk Anwar berucap, kemudian RTM buat alasan sendiri, baik tak payahlah duhai Dato' Ahmad Shabery Cheek. Tak sedar diri lagi ka Umno-BN ni? What to do? Macam mana nak buat? Kepada Allah kita semua berserah. Ameen, ya Rabbal 'Alamin ...
salam aidilfitri kang ali bukhari..
senang sekali saya membaca coretan2 kang ali yang begitu luas skopnya..
semoga terus success!
terima kasih encik, cik anonymous:) sudi2lah memberikan cadangan ttg bagaimana saya harus m'p'baiki mutu dan meningkatkan kualiti blog ini. blog kita citra kita :)
'afwan kang ali,
mungkin saya bukanlh org yg paling layak utk menyumbangkan cadangn, sbb saya pun baru brjinak2 menulis & membaca blog..
bagi saya, blog kang ali ini sudah cukup baik (berbanding blog saya).. cuma kalau boleh, jgn digabungkan coretan2 bbrp hari dlm satu post yg sama... krn ia jadi satu post yg trlalu pjg utk dibaca.. try to keep it concise, simple, sweet & filled with important messages :) lbh sng dibaca... wallahu a'lam..
oh, ok kang/mbak anonymous :)
ye tak ye jugak...kdg2 tu bila dah mai syekh, nak menulis pjg2. insya Allah cuba ringkas dan pendek2kan, tapi dgn style yg terbaru..
err... apa blog kang / mbak?