Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 15 - 21 Ramadhan

Monday, September 15, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 6:14 AM

28 Ramadhan
Alhamdulillah, syukurlah ... tadi pada 12:28 pagi, seorang Cina menelefon aku mengenai kunci motornya yang hilang. Kunci motornya itu saya serahkan kepada kaunter Transnasional Hentian Duta semalam ketika mahu pulang beraya di kampung.

Tadi dia baru call, menyatakan terima kasihnya kepadaku. Dia ternampak nota yang saya letakkan di motornya supaya menghubungiku jika ingin mengetahui darihal kunci motor yang hilang itu.

"Ali, terima kasih ya, saya sudah jumpa kunci. Terima kasih banyak-banyak," katanya.

Dapat kurasakan kelegaan yang mendalam di hatinya sebab aku juga pernah kehilangan kunci motor. Jadi, aku mesti tolong orang-orang susah untuk menjadi seorang 'Don'.

"Ya Allah, dengan sebab amalan yang tak seberapa, maka hamba bertawasul dengan amalan hamba ini, mohon supaya dimurahkan rezeki hamba dan banyakkanlah peluang kerjaya. Beri hamba peluang untuk sambung Master dan PhD nanti. Ameen."

Malam ini saya update Malaya Merdeka dengan tujuan mengkritik pandangan Reezal Merican seperti mana pandangannya yang tercantum dalam Bicara Siswa 26 Ramadhan lalu. Tapi MM ni cepat sangat expirednya lalu, saya menghadapi kebuntuan dan masalah untuk menyuntingnya.

Syuhada', enta tolong panjangkan masa untuk edit tu boleh tak?

1:31, 29 Ramadhan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
27 Ramadhan
Ketika ini saya baru selesai menunaikan solat Isyak dan berterawih di Sekolah Pemikiran Kg Baru. Bas Mara Liner akan bertolak ke Pendang, bermula jam 10:30 malam ini di Perhentian Bas Jalan Duta. Tiba di Pendang mungkin dalam 4:30 pagi.
Malam ini malam 7 Likur, semoga malam ini Lailatul Qadarlah hendak-hendaknya. Saya juga ada menulis sedikit catatan di Detik Daily.
Oke teman-teman... doakan perjalanan saya pulang ke kampung selamat hendaknya. Selamat menyambut hari lebaran kepada semua. Maaf zahir dan batin ...
Oke, saya mahu bergerak ke Jalan Duta sekarang, wassalam ...
9:18 malam, 27 Ramadhan
SPKB

Kira-kira jam 10 malam, baru bertolak. Saya dan adik tiba di Hentian Duta sekitar 10:10 malam. Parking motor di situ. Asalnya, call teksi, tetapi akhirnya teksi tak dapat datang. Ada orang tertinggal kunci motor, kami ambil dan serah kepada kaunter untuk dibuat pengumuman. Tapi, kami tak dengar pun pengumuman itu. Ya Tuhan, kepadaMu kami berserah. Kasihan orang yang tertinggal kunci motor tu, mesti hatinya sedang kacau.

10:15 malam, kami naik bas. Rupa-rupanya, bas itu sudah dipenuhi orang. Kami orang yang terakhir rasanya yang mereka tunggu. Tiba-tiba ada panggilan masuk dari S.

"Dah fikir habis, masak-masak tentang kerja di SH?"

"Apasal? Ada masalah ker?"

"Kebajikan tak terjaga. Takut masalah sama berulang," kata rakanku itu. Semasa itu, saya sudah berada di atas bas dan aku melayani bualannya. Ada banyak lagi yang disebut dan semua itu membuatkan aku terpaksa berfikir berkali-kali.

Perbualan kami berkisarkan kepada isu lain. "Eh, dengar kata Dato' MA kena tindakan kerana menggunakan akhbar S?"

"Mana tau. Dengar cerita kat mana?" daku bertanya, penuh minat. Sebab, baru-baru ini aku mengkritik Dato' MA secara terbuka lewat Detik Daily.

"Ada la saya baca mana tak tau. Saya pun dah lupa. Tapi, sepertinya dia memang ada masalah dengan akhbar," kata S lagi. Aku terdiam dan terfikir juga kalau-kalau semua itu terkait dengan kritikan terbukaku ke atas Dato' MA. Ah! Lantaklah. Malas nak fikir.

Selepas tamat bualanku dengan S, sms dari Dr A melayang ke hp, "Balik beraya di utara di mana?" Aku melayani sms itu beberapa kali. Akhirnya, pensyarah itu berkata:

"Kalau saya ke Sg Petani, saya akan beri buku mengenai Aristotle dan Teori Maklumat. Elok apply kepada Alam Melayu," katanya lagi melalui sms.

2 pagi lebih kurang, bas kami tiba di perhentian Sg Perak. Wah! Dah ada pembangunan dan eskalator. Biasanya Mara Liner tak turun di Sg Perak, sebaliknya turun Bkt. Gantang. Jadi, sebab itu saya terkejut melihatkan perubahan pada wajah Hentian Sg Perak. Makan koteow, telur dan sosej; RM3.50. Rehat setengah jam dan kemudian sambung perjalanan.
Tiba di Hentian Gurun, ada orang turun makan sahur, padahal bas mahu bertolak terus. Ketika itu jam sekitar 4:00 pagi. Pemandu bas marah-marah. Akhirnya, kerana gagal cari kelibat dua orang yang turun bersahur tadi, pemandu bas itu membuat keputusan untuk kami bersahur saja di Gurun. Hairan ... sampai ke sudah, kami tak kenal siapa yang turun bersahur tadi sehingga memaksa kami semua, satu bas terpaksa turun di Gurun.

4:45 bas bertolak semula dan kami tiba di Pendang pada 5:15 pagi. Syukur, tiba di rumah kira-kira 5:30. Sempat lagi bersahur kerana Subuh masuk jam 5:52 pagi. Alhamdulillah...

Hari ini, seharian berbual dengan adik lelakiku yang seorang itu mengenai Forex dan juga bermain-main dengan Sarah, keponakanku. Kami sekeluarga menggelarnya 'Wonder Pet' dan lafaz itu terilham daripada judul kartun luar negeri yang dialihbahasa dalam Bahasa Melayu. Ia tersiar di TV9, sekitar jam 2 petang kalau tak silap.

Sarah suka banget menonton rancangan kartun itu!

3:43 petang, 28 Ramadhan
Sekolah Pemikiran Kg Baru
(Cawangan Pendang)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
26 Ramadhan

"Enta bantai cikgu Pa kat Detik Daily ka baru-baru ini?" Big Boss bertanya tadi petang. Ketika itu saya baru mahu keluar opis Harakah untuk pergi mengambil bubur lambuk.

Saya enggan menjawab soalan itu. Masing-masing melayani rasa masing-masing dengan penuh hipokrit. Kah...kah... Big Boss memberikan sekeping cek RM1,180, hasil perjuangan penulisanku di dalam Harakah Daily. Alhamdulillah ...

Astaghfirullah
Serta-merta daku teringat pesanan seorang guru yang menyatakan bahawa dengan istighfar itu, rezeki kita boleh bertambah dan bertambah murah adanya. Astaghfirullahhal 'azhim ...

Inilah sebuah video klip lagu Astaghfirullah, dendangan Marshanda yang berlakon dalam drama sinetron Soleha. Lagu ini menjadi lagu tema sinetron Anak Cucu Adam. Masa ini, dia tak pakai tudung. Biasalah...Indonesialah katakan... :) Nampak kontra antara lagu ini dengan penyanyinya.

Marshanda - Astaghfirullah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

25 Ramadhan
Pagi
Hari ini agak menyenangkan dan menggembirakan. Saif dari DBP sms: "Cerpen kau dalam Dewan Sastera Oktober ni. Doa Pak Sutan Muda." Alhamdulillah.
Sekitar jam 9:30 pagi, editor Dewan Masyarakat call. Bertanya alamat, nombor kad pengenalan.
"Ada nombor akaun Giro?" tanya seorang kerani. Aku kata tak ada. Mereka terpaksa bagi cek. Rasanya, memang kena buat juga untuk memudahkan pembayaran. Semalam, sepucuk surat dari DBP tiba, isinya memberitahukan jumlah royalti yang akan kuterima sebulan dari sekarang, iaitu kira-kira RM76.69.
Saya terfikir sesuatu. Jika saya istiqamah menulis cerpen, mungkin apabila cukup 10 cerpen itu, dah boleh kumpulkan untuk dijadikan antologi. Sekarang baru dua.
Pagi ini, saya solat Dhuha - memohon petunjuk Tuhan agar diri ini jangan sampai dipengaruhi perasaan tamak dan bebas daripada penyakit kebodohan. Selepas itu, saya pun nekad - terus membuat pembelian, penjualan mata wang asing. Dapat la USD10.
Jadilah, nak buka akaun demo dalam program ni dah tak pandai. Terpaksa main secara 'real'lah juga. "Ya Tuhan, janganlah sampai margin call sudahlah."
Petang - Malam
Malam ini, boleh melonjak sampai USD14. Tapi, saya tersilap membuat perhitungan sedikit. Dah nampak ada tanda-tanda duit nak drop. Saya beli masa harga duit tu statik, tak bergerak-gerak. Sekali, dia turun, arghh!! Tensionnya. Tapi, nak buat macam mana. Saya memang minat angka.
Baru habis hantar bahan ke Harakah.
Saya muhasabah semula isi perbualan antara sayta dengan, dapatlah saya tuliskan beberapa hal yang penting sebagai berikut:-
Misi saya:-
1. Mencari kurator di Muzium British - Annabel Teh Gallop
2. Mencari bahan-bahan berhubung Melayu Champa
3. Bangsa yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha di China sebenarnya adalah bangsa Melayu purba.
4. Ada nabi dan rasul dalam bangsa Melayu pada suatu masa dahulu.
5. Lalu saya mencadangkan bahawa Sang Gedembai adalah nabi-nabi Melayu itu.
6. Yang mencari nabi Melayu sekitar tahun 1950-an ialah Sutan Takdir Alisyahbana.
"Ya Tuhan, semoga apa yang kucari selama ini membuahkan hasilnya ..."
SPKB, 1:22 pagi. 26 Ramadhan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
24 Ramadhan


Maaf, saya agak sibuk belakangan ini. Tak sempat update dan komputer sekali lagi meragam dengan talian internetnya yang tak sudah-sudah buat hal. 5 hari tak sempat update.
Tadi petang pergi ke Atma, UKM, berbincang-bincang dengan seorang pensyarah berhubung asal-usul Melayu. Agak menarik dan saya berminat meneruskan kajian dan penyelidikan berhubung hal ini.
Sapa-sapa yang ada embed skrip lagu nasyid NUR TUHAN, nyanyian Munif Ahmad dari Hijjaz, harap tolong berikan kepada saya. Rasa sedap didengar pula lagu tu.
Inilah serba sedikit habuan mata untuk kalian menontonnya ...


Al Risalah Episod 24 - Bahagian 1



Bahagian 2




Bahagian 3

Jadi, inilah antara episod yang saya anggap menarik dalam bulan ini kerana terdapat padanya unsur-unsur yang boleg dianggap sebagai penemuan terbaru.

------------------------------------------------------------------------------------------------- 19 Ramadhan
Petang

- Pejabat Pos Kg Baru, beli wang pos RM50.
- Wangsa Maju - rupanya tak perlu wang pos. Memadai dengan cash saja kalau kita nak buat kad Visa. Melalui kad ini, mungkin aku boleh beli saham NYSE di Amerika yang sedang jatuh merudum dan menjunam dengan teruknya.
Aku terlupa kata laluan. Jadi, kedatanganku ini untuk meminta bantuan mereka. Ada halangan nak masuk program Power Trade Station II. Aku pulang dengan perasaan hampa menjalar di dada. Insya Allah, malam ini aku cuba lagi. Sebelum masuk pejabat Power Trade, aku singgah ke ATM Maybank Wangsa Maju. Baki wang dalam Al Rajhi sudah tinggal RM147.12 daripada nilai sebelum ini; RM1,088.00 = USD300.00.
Aku jangkakan setelah ditolak, pastinya tinggal dalam RM80 sahaja dalam akaun. Rupanya lebih daripada itu. Alhamdulillah! Syukur kepada Gusti Alloh!
"Yes, aku berjaya deposit. Sepatutnya, aku sudah boleh berdagang secara real!". Hanya yang slek sikit, pasai password nak masuk ke program tu yang aku terlupa. Adus! Opss ... terlupa doa.

"Wahai Tuhan Yang Maha Kaya, Hamba miskin, kayakanlah hamba!"
Telah kutinggalkan juga pengambilan bubur lambuk hari ini.

Dari Wangsa Maju ke SPKB, aku singgah beli Yong Tau Fu (RM8.40). Kemudian, deposit duit ke akaun Tetuan Asasi sebanyak RM30. Aku sms Aqil Fitri dan Dr Alinor, semoga mereka daftar keahlianku sebagai ahli Asasi. Ketika inilah juga, sms Azrani menjengah tiba.
"Meeting Jawatankuasa Penaja Persida, 20 September, 6:30 petang di Anjung Rahmat, Iftar, Maghrib dan Tarawih di sana. Meeting di surau..."
Tak silap saya, termasuk kali ini dah dua kali dah Persida (Persatuan Pelajar Islam Kedah) buat jawatankuasa penaja. Kepimpinan tak kuat betul la. Inilah kelemahan badan-badan persatuan pelajar ini. Sebab tu lah muncul macam-macam lepas tu. Garap lah, SPKB lah dan entah benda apa lagi, saya pun tak tau.
Malam
Aku berjaya akhirnya membuka FX Station II setelah berjaya mendapatkan kata laluannya. Alhamdulillah, 80% daripada masalahku petang tadi dah selesai. Tapi, nak berdagang masih lagi aku berasa takut-takut. Ini kerana, aku tidak biasa dengan program terbaru itu. Selalunya, guna Meta Trader.
Aku teringat petang tadi, bahawa Sue pernah berlatih bermain FX Station II dengan akaun demo tu. Ya! Aku sepatutnya berlatih dulu dengan menggunakan akaun demo dulu.
Ya Tuhan, namaku Burhan ... berilah daku sejuta kemenangan!


Dr Ali balas smsku malam dengan ringkas: "Tk." Sementara itu rakanku itu bersms: "Oke, dah bagitahu kepada Dr kan? Tolong bagitau kepada kawan, hebahkan. Biar ramai datang."

Konflik TG Nik Abdul Aziz vs Mustafa Ali
Malam ini juga saya tuliskan satu catatan di Detik Daily mengenai Che' Gu Pa. Selepas ini, saya mahu lihat, apa akan jadi ... Wartawan berhaluan kiri pun masih menerima nasib yang sama. Dari sudut ini, piminan Pas macam pimpinan Umno jugak! Sama saja!

Kenyataan CGP bahawa TG Nik Abdul Aziz bagai bapanya sendiri termuat di sini. Hai, sebenarnya saya dah malas nak menulis hal-hal politik ni. Nak tumpukan kegiatan akademik, antara dimensi yang tak banyak dikembangkan oleh orang-orang Pas sendiri. Tapi, nak buat macam mana? Bagai Rambo pencen, terpaksalah daku beraksi kembali guna menyelamatkan keadaan.
(Err.. ker ... aku yang membuat onar sekali gus memporak-perandakan keadaan? Lantaklah, bagiku pimpinan sendiri yang porak-perandakan, mempercekcokkan keadaaan sebenarnya!)

3:38 pagi, 20 Ramadhan 1429
SPKB (Tulisan kali pertama)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Ramadhan
Petang
Barulah dapat gaya baru untuk berdagang wang asing. Rupa-rupanya kita boleh buat keputusan untuk membeli dan menjual pada ketika wang kita pada harga sekian, sekian. Jadi ralit sikit dan terleka daripada menterjemahkan Rice Without Rain untuk Harakah malam ini.
Terleka banyak perkara hari ini. Ingatkan hari ini ada bengkel di UKM. Pagi tadi, Aqil call. Dia maklumkan tarikh sebenarnya ialah pada 18 Oktober. Saya silap tengok tarikh.
Sekali lagi, saya terleka menonton As-Salam USA. Kisah seorang wanita Melayu agaknya yang dah jadi warga Amerika, menetap di sana. Tapi masih Islam dengan cara hidupnya yang berbeda dengan penghayatan agama Islam di kebanyakan negara Islam.
Yang saya salute, ialah walaupun dia dalam keadaan perawakan sebegitu, dia diundang ke gereja dan synagogue (kuil Yahudi) untuk menceritakan apa pendirian Islam di rumah ibadat mereka. Sikap ini tidak disenangi oleh kumpulan Muslim yang lain, demikian menurut rancangan itu.
Tapi, dalam keadaan sekarang, rasa-rasanya, watak 'kotor' dan 'hitam' seperti itu wajib ada juga sekurang-kurangnya seorang. Yang berjubah, berserban, berniqab dengan sempurna sukar nak pergi gereja dan synagogue. Saya fikir, ini mazhab 'dakwah' saya. (jika boleh dinamakan dakwah)
Sikap Sunan Kalijaga
Sunan Kalijaga dikritik kerana pemakaiannya tidak mirip kepada pemakaian sunan-sunan yang lain. Akhirnya, dalam filem Wali Songo, Sunan Kalijaga berkata: "Iman bukan pada pakaian."
Beliau berkata, sengaja beliau berpakaian seperti itu supaya lebih mudah didekati orang ramai lalu, dengan itu mudahlah beliau melancarkan dakwahnya kepada orang yang jahil.
Ketika saya di USM, Sook Hwa ambil kesempatan pada suatu malam untuk bertanyakan hal-hal yang membingungkan fikirannya kepada Islam. Aku sering melihat bualan kami pada malam itu bagaikan dialog antara Dr Burhanuddin al-Hulaimy dengan Mokhtaruddin Lasso, seorang lelaki komunis. Tiada pun nas al-Qur'an yang singgah ke telinga lawannya. Semuanya berasaskan lojik.
Dalam renunganku barulah Sook Hwa menghempaskan segala kekeliruannya berhubung Gamis, Karisma dan PKPIM. "Apakah wujud tiga buah al-Qur'an kepada ketiga-tiga pertubuhan ini?"
Aku ketawa dalam hati. Sampai sejauh itu seorang pendokong Sosialis sepertinya memandang kami mengamalkan agama Islam ini. Tetapi aku tidak menyalahkannya. Tiada orang yang mahu menjelaskan kepadanya berhubung kedudukan PKPIM, Karisma dan Gamis.
"Sebabnya, saya lihat PKPIM pakai tudung biasa. Gamis bertudung labuh. Kalau guys PKPIM macam you, tak pakai ketayap. Jadi, adakah al-Qur'an yang dipegang tu berlainan?" katanya.
Banyak lagi qaul-qaul dan pendapatnya berhubung Islam. Yang aku nak tergelak, sikit-sikit kata dia, "... menurut Hishamudin Rais..." ... "...Tapi, Hishamudin Rais kata macam ni..." dll.
Aku faham. Dia mesti takut nak tanya soalan begini kepada geng-geng berketayap. Takut kena marah dengan geng-geng ustaz ni. Jadi, dengan saya mungkin dia rasa selesa. Mungkin dengan Hisham pun, dia rasa selesa bertanya. Maka, jadilah Hisham sebagai 'ulamak' dan 'mufti' baginya secara tak langsung. Kesimpulannya bersabar dan janganlah marah menjawab pertanyaan orang bukan Islam. Cuba ikhtiar agar pakaian tidak terlalu eksklusif dan nampak seperti orang awam.
Apabila saya ke Pusat Fikir Seksyen 6, Shah Alam pun begitu juga. Mereka adalah anak-anak muda yang dahagakan perhatian, ilmu dan maklumat berhubung politik semasa. Dan, kalau saya ada di situ, maka aku yang jadi sandaran rujukan. Mereka rajin tanya, dan aku suka menjawab.
Malam
Asarku tersisa di Masjid Jamek Kg Baru dalam perhitunganku, oleh kerana terlalu sibuk menulis untuk Harakah. Rupa-rupanya di SPKB juga kutamatkan Asarku. Petang tadi selepas beli ayam percik di Jalan Raja Alang, ada seorang wanita India Muslim datang ke motorku mengemiskan wang. Oleh kerana takut terlewat Asar, aku tidak pedulikannya.
Rasa kasihan menerpa tiba-tiba ke hatiku. Aku teringatkan mak. Kalaulah itu mak aku alangkah hibanya dia kerana anaknya tidak mempedulikannya. Aku diburu rasa bersalah. Di masjid pada ketika Maghrib tadi, aku terserempak lagi dengannya. Dia beratur mengambil juadah berbuka di masjid. Aku pun baru tahu bahawa di masjid itu kita boleh berbuka puasa di sana.
Masya Allah, dah masuk pada akhir Ramadhan, barulah aku sedar hal ini. Insya Allah, esok aku berbuka di masjid untuk membuat persediaan memulihkan kerohanian yang kian lama tercemar oleh lumut-lumut dosa dan noda. Inso Alloh ...
Maka, selepas Maghrib aku teruskan perjuangan dengan mengarang seperti biasa dan sesekali ... gangguan tv tetap datang menerpa. Kekasihku Seru dan lelainnya. Dalam bulan Ramadhan, saya hanya layan beberapa program yang rasa ralat kalau ditinggalkan - Jejak Rasul, Ar-Risalah dan Syahadah. Tarawihku tidak sama dengan waktu di Malaysia. Aku kerap 'berada' di Mekah pada masa mereka sedang bertarawih. Tulis dan terus menulis, sambil mata sesekali tengok tv ...
Dagangan Wang Asing (Demo)
Baru aku selesai hantar bahan ke e-mel Lutfi dan mula mengarang di blog. Membuat pembelian sedikit demi sedikit berdasarkan panduan ilham yang baru kuterima dari langit sejak awal pagi tadi. Semoga esok, Jumaat, akan settle semuanya dan aku boleh berdagang secara 'real'.
"Ya Allah, semoga dengan titik peluhku ini, dapat kubina sekolah-sekolah pemikiran, Masjid Tanjung Tuan. Dan, jauhilah hamba daripada rasa tamak dan haloba seperti Najib Altantuya, Abdullah Ahmad Badawi, Fir'aun, Qarun, Haman, Namrud dan musuh-musuhMu yang pernah kaucatatkan nama-nama mereka dalam al-Qur'an dan kitab-kitabMu yang lalu. Amin..."
SPKB, 19 Ramadhan, 3:17 pagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
17 Ramadhan
Petang
Hari ini saya nekad! Apa pun yang terjadi, saya mesti deposit wang segera. Sejak semalam, saya tengok kadar pertukaran wang antara USD - MYR semakin meningkat. Kalau deposit sekarang, rasanya rugi sikit. Tapi, saya tak mau rugi banyak. Saya mesti deposit jugak. Tak kira!
Syukur...pada hari ini, kebetulan bila saya deposit duit, pada waktu tu murah sikit. Web ini boleh dirujuk untuk melihat kadar pertukaran wang asing. http://www.xe.net/ucc/convert.cgi

Live rates at 2008.09.16 17:45:18 UTC
United States Dollars Malaysia Ringgits
300.00 USD = 1,036.91 MYR 1 USD = 3.45635 MYR
1 MYR = 0.289322 USD

Live rates at 2008.09.16 16:42:18 UTC
300.00 USD = 1,037.36 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.45788 MYR 1 MYR = 0.289194 USD

Live rates at 2008.09.16 16:45:18 UTC
315.00 USD = 1,088.46 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.45543 MYR 1 MYR = 0.289399 USD

Live rates at 2008.09.16 16:47:18 UTC
315.00 USD = 1,088.48 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.45550 MYR 1 MYR = 0.289394 USD

Live rates at 2008.09.16 17:42:18 UTC
315.00 USD = 1,090.49 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.46186 MYR 1 MYR = 0.288862 USD


Live rates at 2008.09.17 08:31:33 UTC
315.00 USD = 1,091.74 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.46583 MYR 1 MYR = 0.288531 USD

Live rates at 2008.09.17 10:58:33 UTC (saya deposit duit pada masa ini)
315.00 USD = 1,088.17 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.45450 MYR 1 MYR = 0.289478 USD

Live rates at 2008.09.17 11:26:02 UTC
315.00 USD = 1,088.23 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.45471 MYR 1 MYR = 0.289460 USD

Petang, ketika mengambil bubur lambuk, Shah dari Singapore call. Katanya, dia akan turun KL.
"You bagitau la bila you free, nanti kita jumpa," katanya. Mei lalu, aku ke Singapore dan di sana aku jumpa semula rakan-rakan penyair yang pernah kutemui di Samarinda, Kalimantan Timur.
Program bengkel dan seminar itu anjuran Mastera DBP, dan banyak pengalaman yang kutimba.
Semoga perkenalan panjang dan kekal abadi.
Apabila tiba di rumah, ibu call, bertanya keadaanku. Antara yang paling ramai anak-anaknya, mungkin dilihatnya aku anak malang. Jadi, dia kerap menelefonku, bertanyakan keadaan di sini.
"Jangan risau, 6 Oktober nanti Ali daftar kerja, insya Allah" saya cerita semua perkembangan yang terbaru. Suaranya berbaur gembira. Doa-doanya terkabul dan termakbul.
Malam
Malam ini aku cuma mengarang. Sambil membuka akaun baru untuk berdagang wang asing lagi (akaun demo). Bermula dengan deposit USD3,000. Kini, melonjak kepada USD6,985.70. Supaya tak lalai lagi sampai kena margin call.
Fahmi sms, "Najib ada website baru." Lalu, setelah kucari-cari, barulah terjumpa. Dia sembang banyak betul Najib ni. Cakap la Bahasa Melayu. http://www.1malaysia.com.my/v1/index.php
Najib sembang 'deraih' dan 'kemaih'
Saya try hantar komen kepada beliau. Nampaknya sama saja dengan projek website Pak Lah tu. Kita boleh hantar komen, tapi bukan nak disiarkan semuanya komen-komen pengunjung tu kat website dia. Jadi, komunikasi sehala saja, bukan dua hala. Komunikasi sehala bukan komunikasi namanya. Lihat Najib sembang deraih di sini -> Najib sembang 'deraih dan sembang 'kemaih'
Kena rehatkan diri secukupnya. Esok ada bengkel pengislaman sains, ilmu anjuran Atma, Asasi. Wassalam ...
12:16 a.m, SPKB, 18 Ramadhan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
16 Ramadhan
Petang
Aishah Karangkraf sekali lagi call. Agaknya, dia lupa yang semalam dia telah menghubungi saya untuk pengesahan jawatan wartawan kadet di Sinar Harian.
"Okay, apa yang saya sebutkan kelmarin?" dia bertanya untuk meminta kepastian.
"Cik suruh saya bawa no EPF, no. akaun Maybank dan gambar berukuran passport," kataku.
"Ooo, ye ke? Saya terlupa. Sebab dalam list saya ni, nama encik saya KIV sebagai orang yang belum kami maklumkan lagi."
"Oh, tak pa ..." --- "Ok, bye." --- Perbualan tamat.
Dan, hal inilah yang menjadi dilema sekarang. Kontraknya selama dua tahun dan selama tempoh itu aku tidak dibenarkan berhenti kerja. Bukan tidak boleh berhenti. Cuma, kalau saya berhenti, maka baki bulan-bulan yang masih berbaki sepanjang tempoh dua tahun itu mestilah aku bayar!
Fuh! Bahaya nih. Kerjanya mesti pressure. Nak mengutuk kekejaman Abdullah Ahmad Badawi dan menghentam Najib Altantuya al-Kapal Selami tentulah tidak boleh sebagai mana biasa yang aku tulis selama ini. Kebebasan syeikh ... kebebasan. Wartawan mahu sedikit ruang bernafas!
Aku dijadualkan melaporkan diri pada 6 Oktober nanti. Tiba-tiba, aku teringat perbualan chatku bersama Aqil Fitri dan Dr Alinor, UKM yang saling berbalas sms denganku. Lagi pun, dalam satu e-mel, aku mendapat kiriman daripada Kesturi.net, menyatakan bahawa pada 18 Ramadhan ini ada satu lagi bengkel yang sama, tapi siri yang kedua. Saya mesti pi, insya Allah Ta'ala. :)
Sebelum ini, Aqil ada menjemput aku datang berbincang. Mungkin ini peluang untuk mengubah ibu pejabat SPKB ke cawangannya di UKM nanti. Boleh jadi penyelidik sambilan. Mungkin di situ ada peluang jadi tutor. Yang amat penting, peluang untuk meneruskan pengajianku ke peringkat Master (Sarjana). Fuh! Tingginya angan-angan. Ia menarik! Boleh tubuh SPKB cawangan baru.
Kalau jadi wartawan, selama dua tahun mustahil aku boleh buat master. Kalau jadi R.O atau R.A, mungkin sedikit sebanyak ada ruang untuk meneruskan Sarjana. Mana tau, kalau-kalau lepas tu boleh sambung sampai ke peringkat PhD pulak ker? Amin Ya Rabbal 'Alamin ...
Kini, saya dah jadi dalam dilema. Keluarga pun saya tak sempat beritahu lagi berita ini. Kalaulah mereka dengar, pasti mereka gembira. Sebabnya, mereka yang minta saya apply job ni. Cuma di dalam keadaan sekarang, saya dah jadi watak macam dalam cerita Impian Ilyana!
Apa lagi. Kirimkan sms kepada DAPAT 32728 (bohong je ni, jangan sms pulak, confirm tak ada apa maklum balas daripada TELCO) untuk pilih sama ada perlu jadi penyelidik UKM, atau jadi wartawan di Sinar Harian ...
"Ya, Allah ... Berilah petunjuk dan jalan keluar daripada kemelut ini. Bila dah ada peluang, dah melambak dan melimpah pula rezeki datang. Tambahkan lagi rezeki yang ada ya Tuhan..."
3:30 petang - Saya keluar untuk deposit RM200 di Ampang untuk melicinkan urusan transfer wang ke luar negeri. Jumlah di dalam akaun simpanan sekarang sudah RMx,xxx. Daku harap ia mencukupi untuk melancarkan revolusi menumbangkan kerajaan BN dalam jangka panjang ...
Revolusi!!! Sampai Mati!!!
4:30 petang - Tiba di masjid, elok-elok masuk waktu Asar. Ambik bubur lambuk lalu terus ke Mydin. Saya berbelanja sekitar RM38.60. Isi minyak motor, RM10. Beli juadah berbuka RM2. Makanya, jumlah keseluruhan hari ini (tak termasuk sahur nanti) ialah RM50.60.
Malam
Selepas berbuka, tengok Warta Perdana. Geram sungguh tengok Pak Lah sembang deraih pasal kegagalan Anwar membentuk kerajaan PR pada hari ini. Dah hangpa bawak pelari ahli Parlimen BN kat Taiwan, lepas tu hang boleh sembang kemaih pulak tentang 'kemenangan' hangpa. Bodoh betul punya Pak Lah. Akai ada ka? Tapi, bila dikenang-kenangkan, ada baguih juga. Lagi rakyat meluat kat dia. Tak pa, tak pa, megah sangat pasai angan-angan Anwar tak jadi. Esok masih ada!
Lara Rindu Mahsuri dan drama apa tak tau
Sambil menaip bahan saya selalu buka tv untuk menghilangkan kebosanan. Layan LRM dan ada suatu drama yang tak ingat apa namanya. Tetiba terpacul di ingatanku untuk mengarang Balada Rindu Fansuri (cerpen, puisi atau novel bersiri).
Tentang drama 'apa tak tau' tu, ia kisah mengenai seorang pemuda bernama Azrai yang dituduh telah menulis rencana berbau subversif. Ada jugak kisah mirip diriku sendiri di USM dulu. Tapi, di akhir drama tadi, Azrai melihat kembali tulisannya.
"Tulisan ini telah ditokok tambah!" kata Azrai. Dalam kes aku dulu, tulisanku di Harakah Daily tidak ditokok tambah. Setelah saya baca dengan teliti di hadapan Ketua Pengawal Keselamatan, Encik Norizan, dan aku berpuas hati bahawa tulisan ini memang milik saya, barulah saya akui.
Bukannya apa, takut-takut ada unsur tokok tambah macam tadilah.
Saya suka cerita ini sebab ada lagu temanya yang diambil daripada filem Ayat-Ayat Cinta yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. Yang tu saja menarik perhatianku.
Alamak! Elok-elok habis drama ini, barulah saya teringat yang saya terlepas tengok Ar-Risalah. Ruginya! Sebab, sepanjang Ramadhan ini, dokumentari tu menumpukan kisah Nabi Musa. Kalau saya ada lebihan waktu, nescaya saya tulis Hikayat Nabi Musa. Nabi Musa adalah inspirasi saya apabila melawan HEP USM. Saya selalu gambarkan rupa paras pegawai HEP bagaikan Fir'aun.
Secara tidak langsung, semangat berjuang seperti Nabi Musa a.s itu makin panas menggelegak!
"Ya Tuhan, semoga daku dapat berjiran dengan Nabi Musa a.s di syurga kelak!"
Nabi Musa ini teman rapat Rasulullah s.a.w. Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Nabi Muhammad dan Nabi Musa telah berunding dan berdialog tentang pengurangan solat ke atas umat Muhammad. Nabi Musa berjasa besar ke atas umat Muhammad. Kalau bukan kerana saranan Musa, nescaya terbebanlah solat 50 waktu itu ke atas kita semua pada hari ini.
Ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda selalu mengulang-ulang kalimat umatku, solat.
Kemudian, baginda berdoa supaya dapat dipertemukan dengan sahabatnya di langit. Jadi, orang Kristian mendakwa Nabi Muhammad mahu berjumpa Nabi Isa (Jesus Christ). Jadi, dalam fatwa SPKB yang sebetulnya, Baginda s.a.w maksudkan sahabatnya yang ada di langit tu adalah Musa a.s yang ditemuinya dalam peristiwa Isra' Mikraj. Wallahu 'alam. Kini, kalaulah rakan Kristianku di USM itu datang semula, tahulah aku mengajarnya!
Darihal Tukaran Wang Asing
Perdagangan wang asing ni bahaya sungguh! Pantang alpa sikit memanglah nahas. Saya biarkan wang deposit demo itu' float' dalam sehari. Last sekali, tinggal USD5,000 saja. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk jual sikit lagi di bawah pemantau selama 1 minit. Dapat balik 57.83 pip. Ini duit Great Britain Pound (GBP) yang dikembarkan bersama pasangannya Japan Yen (JPY).
11:32 p.m, 16 Ramadhan,
SPKB
-------------------------------------------------------------------------------------------------
15 Ramadhan
Sepanjang hari saya berdagang mata wang asing secara olok-olok yang baru saya install, deposit duit USD50,000. Tak sampai sejam dah dapat USD1,000 lebih.
Jam 4.00 saya ambil bubur lambuk.
Jam 5.00 petang saya ke KLCC, menghabiskan tiket free terakhir yang sepatutnya boleh tengok Meet Dave. Tapi, saya gunakan juga, letak liquid untuk membolehkan saya menonton Babylon. Taktik saya berjaya.
Selepas berjaya mendapatkan bubur lambuk, saya mencapai motor dan ketika itulah orang Karangkraf call.
"Sukacita dimaklumkan, interview pada 4 September lalu dah berjaya. Masih minat dengan tawaran itu?" tanya Aishah. Aku ditawarkan kerja wartawan kadet Sinar Harian.
"Ya, saya berminat," jawabku ringkas dengan debaran memuncak di dada.
Beliau akhirnya meminta aku melaporkan diri di pejabat Karangkraf di Shah Alam pada 6 Oktober ini. Alhamdulillah, waktu peralihan zaman gelapku sedikit sebanyak akan berakhir pada hari-hari terakhir Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri.
"Bawa nombor akaun Maybank, nombor EPF kalau ada, dan gambar passport semasa melapor diri nanti," kata beliau lagi. Doa ibu bapaku termakbul termasuk doa pakcik, makcik dan kuasa sakti 5 Tampan. Tapi ... ah.. susah nak cakap. Nantilah aku taip semula untuk rincikan lagi hal ini. ... Selepas itu aku terus ke KLCC.
Aku turut bawa bersama novel Bagaikan Puteri, karangan Ramlee Awang Murshid ke KLCC. Novel itu Mie Long beri kepadaku untuk dibuat bedah karya secara peribadi. Mana tau, kalau-kalau tersekat, boleh baca-baca dan buat sedikit catitan.
Tayangan selesai tepat, kira-kira jam 7 petang. Aku berbuka puasa di KFC, aras bawah KLCC.
Haidi call ... "Macam mana dengan suasana di KL. Adakah jadi lompat-melompat tu?"
Aduh, jadi boring banget dah sebenarnya dengan pertanyaan ini. Saya dan Lutfi kerap mengeluh tentang hal ini. Sepertinya, khalayak menganggap wartawan yang tau banyak sangat mengenai hal ehwal senario politik negara.
Lutfi sendiri tak banyak tahu. Malah aku sendiri kadang-kadang cari alasan nak mengelak untuk bertembung dengan orang-ramai dalam majlis kenduri di kampung. Aku tak mahu orang tau aku ada hubungan di Harakah, DBP dan sedikit sebanyak di PNM.
Nanti, dia orang nampak kelibat aku, mulalah dia orang tanya macam-macam. Lebih baik jangan bercakap benda yang kita tak tau. Wartawan juga sepatutnya bersikap semacam ulamak selain daripada bersifat sebagai ahli hadis.
Daripada cakap bukan-bukan kepada orang ramai, lebih baik kita kata ... "Wallahu 'alam..."
1:21 pagi, SPKB, 16 Ramadhan

Currently have 0 comments: