Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah harian, 4 - 6 Ogos, 2008

Tuesday, August 05, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 7:14 AM

6 Ogos
Ada tiga perkara yang kononnya saya mahu buat hari ini. Adik seorang lagi minta dibelikan tiket bas, mahu ke Mutiara Damansara, tuntut hadiah TV9, melayan pawagam TGV di One Utama dan pergi UM berjumpa pensyarah. Tapi, lihatlah perancangan kesemulajadian kali ini ...
Pagi
Lutfi mengirim sms: Jam 12 tengahari ada di KLIA. 3 petang naik flight." Jadi, petang ni dia berangkat. 15 Ogos, barulah dia dijadualkan pulang semula ke tanahair. Tetapi, bagaimana pula dengan rancangan untuk menyelia ruangan cerpen, puisi di Harakah edisi cetak yang bermula 15 Ogos nanti? "Kontek Tarmizi Mat Jam. Bincang dengan dia," demikian sms itu menyebutkan.
No hp TMJ dihantar ke hp aku. Aku fikir, mungkin ini no hp Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang dihantar wartawati Johor tempoh hari. Dia menafikan lewat sms tadi. Saya pun teringat, TMJ = Tarmizi Mat Jam? Astaghfirullahal azhim... sapalah nak bagi no hp bangsawan kat aku. Ha ha ...
Lalu saya hantar sms kepada TMJ untuk membuat pengesahan untuk tugasku yang terbaru itu. Tiada jawapan setakat ini.
Berbalas sms dengan beberapa orang kawan dan kenalan. Adik minta dibelikan tiket Mara Liner balik ke Pendang. Bertambahlah beban dan tugasku Ya Allah. Aku pun berdoa seperti Ra'biatul Adawiyah. Minta agar aku dibebaskan daripada perangkap tugas yang diciptakan oleh manusia, kepadaku, kecualilah hal itu dirasakan berbaloi membuatnya dan ada kaitan dengan penulisan.
Petang
4:00 p.m - Keluar naik motor. Motor mogok, gagal berfungsi dengan baik. Saya terpaksa juga menapak ke kedai motor. Ringkas cerita, duit belanja dikeluarkan sebanyak RM230.
"Kalau dalam dua, tiga hari nanti jadi lagi, abang datang jumpa saya lagi," katanya. "Saya tak kenakan apa-apa caj." Aduh! Bilalah saya mahu belajar dan mahir tentang selok-belok motor?
Akaun bank simpanan masih ada, tapi saya mahu selamatkan simpanan. Terpaksa minta mak masukkan RM100. Tapi, dia masukkan RM200. Naluri dan gerak hati seorang ibu sentiasa betul terhadap masalah anak-anaknya.
"Manalah tahu, kalau-kalau jumlah kerosakan lebih dari RM100," kata ibuku. Mulanya, saya keluarkan RM100, tapi panduan akal, gerak hati minta aku keluarkan semua. Rupanya betul juga, kena caj RM230. Fuh, ingatkan kalau cuma RM100, bolehlah saya masuk program prepaid satu lagi. Tapi, hajat tersebut masih tak kesampaian setakat ini.
5:00 petang - Barulah saya dapat keluar dari CIMB Kg Baru dengan selesa. Maka, gagal semua perancangan hari ini. Pulang ke rumah dengan hati duka. Kat mana nak pecahkan duit RM50 ini, supaya dapat kubayar RM70 (RM50 + RM20) sebagai duit sewa bilik?
Gerak hati datang lagi. Meminta aku pecahkan duit di TGV, KLCC. Lalu kupatah balik motorku. Sampai di sana kira-kira jam 6:15 petang. Beratur sebentar dan kupilih filem Mummy, 7 petang. Tak apalah, tak boleh merasa suasana di TGV One Utama pun, lain kali sajalah, bisik hatiku.
Solat Maghrib dan Isya', kujamak saja, mengikut Fiqh Jaafari, (Syiah, Fiqh Sunnah Syed Sabiq). Semua ini asalnya kudapati daripada Faisal Tehrani aku aku wawancaranya untuk Siasah. Lepas itu, untuk mententeramkan hati, aku bertanya Penarik Beca yang kuat berpegang kepada Syiah.
"Aku buat jamak semenjak aku Sunni lagi, kalau hang tak percaya, buka Fiqh Sunnah, Syed Sabiq," kata Penarik Beca lewat smsnya dahulu.
Masalah betul. Bila saya sua (hulurkan) RM50, cashier tu minta duit kecil. "RM10 ada?". Maka, aku hulurkan jua RM10 terakhirku untuk membeli tiket murah hari ini, RM7. Ada akal lain, aku makan Koteaw Sup (RM5.80) di aras 4. 6:30 petang ketika itu. Ada setengah jam untuk makan sebelum tayangan filem The Mummy bermula.
Beratur pula beli air strawberi sebelum masuk pawagam, RM2:40. Tak apalah nanti cover balik mengikut kaedah gaya hidup guru wartawanku, T. S Lanang.
"Saya dulu beli buku, buat review, hantar kat paper dan majalah. Tengok wayang, lepas tu buat review. Jadi, duit tu patah balik mai kat kita," demikian fatwa dan petua guruku itu. Maka satu bahan di Harakah (tu pun kalau tersiar) bernilai RM70 dapat menolak harga air dan koteaw tadi; (RM70 - RM5:80 + RM2:40 = RM61:80). Masih boleh bernafas (tu pun kalau dibayar).
Malam
8:50 p.m - Tayangan tamat. Saya ke kedai buku Kinokuniya. Tidak beli, cuma menonton harga. (ayat ini digunakan Wiji Tukul, penyair Reformasi Indonesia yang maut di dalam aksi jalanan).
On the way back to my home, beli nasi lemak yang saya suka, RM1. Sampai di rumah teruslah melangsaikan duit sewa bilik, slow talk sikit dengan ketua rumah.
Mujurlah dia minat juga nak ambil tahu hal politik. Jadi, saya pun rasa masalah hal ehwal duit tu boleh negotiate. Dari ceritanya, saya dapat mengetahui bahawa sejarah Kg Baru ini di Jalan Raja Alang ini hanya bermula dengan beberapa buah keluarga yang dekat-dekat. Tuan punya rumah ini juga berdepan dengan masalah yang pelbagai kronik. Masalah kesihatan ahli keluarganya.
Aduh, Tuhan... Rupa-rupanya, ada orang lain lagi yang menderita masalah lebih teruk dariku.
"Ya Allah, Ya Rahman. Sungguhpun aku miskin. Aku mohon satu perkara. Janganlah kauberikan aku sakit yang keterlaluan sehinggakan aku tidak boleh mengarang lagi."
Apabila aku berdiri di depan Multazam dahulu, sudah kudengar kisah Lutfi yang menderita sakit misteri. Lalu aku berdoa agar tubuh dan rohku diharamkan, dikebalkan daripada pengaruh sihir. Walaubagaimana teruk aku kutuk Umno, Pak Lah, Najib dan Khairy sekali pun, semoga sihir itu berpatah balik kepada pengirim sihir itu. Semoga aku selamat Ya Rahman, Ya Qahhar.
Semoga digerakkan hati bosku itu untuk berdoa agar serangan penyakit ke atasnya akan segera pudar dan tawar pengaruh sakit misteri itu.
7:59:19 p.m - TMJ mula menjawab sms saya pagi tadi: "Ali, cari 2 cerpen, 2 puisi. Buat 2 kritikan sastera isu apa-apa yang popular. Esok ana call Ali, jumpa kat opis jam 11 pagi. Ini bahan untuk dua isu. tq."
Mana pula nak cari bahan-bahan ni? "Ya Tuhan, sekali lagi aku dambakan bantuan dariMu. Ini semua rancanganMu, kepadaMulah aku berserah. Gerakkanlah hati sesiapa sahaja yang Kau kehendaki untuk mengirim bahan-bahan sastera ini kepadaku." Wallahu 'alam.
Muhasabah wangku yang terbang menghilang: RM230 + RM70 + RM7 + RM5.80 + RM2.40 + RM1 = RM316.20 (sahaja)
"Ya Allah, betapa banyaknya yang hamba belanja, padahal hamba fakir miskin papa kedana. Berilah jalan keluar daripada semua kemelut kehidupan ini Ya Allah dan jangan biarkan aku akan diperalatkan lagi oleh sesiapa."
SPKB, 2:15 pagi, 7 Ogos.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5 Ogos
Alkisahnya, mula-mula, saya bercadangnya nak pergi UIA.
4:00 p.m - Terlekat dekat Galeri Perfileman Finas, Jalan Pahang Kecil. Rasanya di rantau Alam Melayu ini juru perubahan mestilah mengambil langkah Tok Selehor di Kelantan yang sezaman dengan Tok Kenali. Beliau meminati peralatan bunyi-bunyian. Demikian juga, ada kalangan Wali Songo yang mengubah jalan cerita wayang kulit dan kuda kepang.
Saya dapat banyak penerangan yang bermanfaat daripada pegawai di situ (sambungan ...)
5:17 p.m - Tiba di 'centre' Tangga Besar. Bertemu seorang rakan di situ. Saya kemudiannya membuat tinjauan untuk perletakan batu asas Sekolah Pemikiran Kg Baru (cawangan UIAM). Dah lihat tempatnya; berhampiran 'centre' Bank Muamalat. Pelancarannya belum, diputuskan. Saya buat review novel Rice Without Rain di situ sehingga hampir masuk waktu Maghrib.
Sampai di UIA, terasa seolah-olah diri ini macam Fahri Abdullah, watak hero dalam novel, filem Ayat-Ayat Cinta. Tetapi, apakah di sini dapat ditemukan Maria Girgis dan Aisyah? (ha ha). Cait, daripada terus perasan dan syok sendiri, baiklah saya balik dan terus membawa diri.
7:20 p.m - Pulang dari UIAM. On the way pulang ke SPKB, saya singgah ke Anjung Rahmat. Terjumpa Abg Yi, lalu dia bertanya kalau saya boleh menyelia sebuah website untuk NGO. Tak kisah. Janji ada bayaran. Harap, janganlah semuanya percuma.
Berjumpa dan berbual dengan adik-adik PKPIM di situ. Saya ceritakan sedikit kepentingan pejabat. (sambungan)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
4 Ogos

Hari-hari yang penuh ketegangan. Berulangkali, pakcik dan makcik call atau sms. Fahmi juga call. Saya beritahu bahawa hari ini saya perlu bersendirian. Mereka kata, mereka dah dapatkan kerja di Kelang.

“Habis tu, aku nak tinggal di mana?” demikian getus hatiku. Aku terdengar bunyi cicak berdecit. Adakah ‘malaikat’ dan ‘tok syeikh’ kini telah mengikuti aku? Teringat kata-kata makcik, bahawa mereka akan berada atas batang tubuh haiwan yang rapat dengan kita.

Aku tiba-tiba teringatkan perbualanku dengan Abul, cucu mufti Negeri Sembilan di Pusat Fikir Seksyen 6, Shah Alam.

Aku berteori bahawa Nur Muhammad itulah burung seperti mana yang disebutkan dalam al-Qur’an. Kalau tak salah, ayat itu berbunyi – janganlah dianggap orang yang syahid itu mati, malah mereka hidup dan roh mereka diletakkan dalam seekor burung hijau?

Lalu, aku samakan riwayat dalam Hikayat Nur Muhammad yang menyebutkan rupa paras Nur Muhammad itu bagai burung. Paruh, sayap Nur Muhammad itu semuanya diberikan atas nama-nama sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Mungkin hal inilah yang cuba disamakan oleh pengarang hikayat itu. Mendengarkan hal itu, Abul terdiam dan mengangguk-angguk. Dia tidak menolak. Saya terfikir juga, fikiran yang semacam ini, adakah pernah menjadi bahan penulisan dan catatan orang?

Kalau tiada orang menulis, baiklah aku menulis. Kalau jadi kontroversi, nak buat macam mana. Hidup aku memperjuangkan idea.

Petang
Hari ini aku berbelanja kira-kira RM21.95 di Mydin di Jalan Raja Laut. Beli besen untuk tadahan cecair dari bumbung dan atap.

Mak call – katanya, pada 16 Ogos dia mahu datang KL. Alamak, 16 Ogos, saya ada acara di Atma, UKM.

Malam
Aku hantar tulisan untuk ruangan Politik Kampus, entah siar atau tidak entahlah.

Update blog. Ketika menulis skrip, teringat pula panduan Ummu tentang penulisan skrip. Rasa perlu dikongsikan juga hal itu kepada para pengunjung.

Layan filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tertanya-tanya pula, kenapa Megat Seri Rama terhukum muntah darah oleh ‘kesemulajadian’? Adakah Hukum Karma yang telah bertindak atau Sultan Mahmud ada saka yang cukup kuat?

Teringat bualan makcik dengan Fahmi tentang hal ini. Apabila makcik kata raja-raja dulu ada simpan benda-benda tak elok dalam istana, Fahmi menyampuk, “Ha, betul tu. Patung berhala kat istana Kedah pun saya pernah tengok.”

Wallahu ‘alam. Tak elok kita buat tuduhan tanpa bukti. Tetapi, entah apa yang ‘dipegang’ oleh pembesar dan bangsawan kita. Filem Susuk di pawagam nanti tentu ada jawapannya.

Currently have 0 comments: