Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 7 - 10 Ogos

Thursday, August 07, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 9:54 AM

10 Ogos
Aku fikir talian dial-up internet sudah habis baki kreditnya. Jadi, bolehlah aku pasang streamyx. Rupa-rupanya, bakinya masih tinggal RM4.48. Dalam dua tiga hari ini, tidak sempat pula saya mahu update blog dan Detik Daily.

Ini semua gara-gara tidak dapat akses ke internet. Menurutku, baki kredit telah pun habis digunakan. Rupa-rupanya tidak.

Pergi KLCC, menonton KL Drift dan Anak. Sepatutnya, ada Nana Tanjung 2, tapi entah kenapa, mereka putarkan semula KL Drift. Saya ke Kinokuniya, di situ terlihat ada banyak sekali buku-buku yang diadaptasikan daripada filem.

Rasa-rasanya, ada baiknya juga kalau dapat kita adaptasikan filem-filem ini dalam bentuk novel-novel popular. Jadi, dalam konteks ini, saya adalah penulis ‘carma’ (cari makan), menurut terma yang digunakan Tan Sri A. Samad Ismail.

[Ada tiga buku yang kulihat menarik di Kinokuniya ... ]

Aku melangkahkan kaki ke Cyber Café, Jalan Raja Alang, Kg. Baru. Inilah hasilnya.

- Editor Konsep memberitahuku lewat e-mel, bahanku telah pun dimuatkan.
- Rupa-rupanya, Harakah Daily siar juga tulisan Fahri Abdullah. Ingatkan tak siar.
- buka YouTube, terjumpa dengan beberapa skrip Ayat-Ayat Cinta. Jadi, insya Allah di dalam beberapa masa terdekat, bagi anda yang tak sempat menontonnya di pawagam, bolehlah berbuat demikian dengan menontonnya di blogku ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
9 Ogos
3:00 p.m - Topup RM50. Kemudian saya langsung ke AR, bertemu Izwan. Ada cadangan mahu wujudkan laman sesawang baru. Tadi baru diputuskan namanya – Bumi Merdeka.

Berbicara dengan mangsa-mangsa gerakan al-Kahfi.

Tak sempat nak hantar barang-barang ke Kg Changkat.

Pergi ke TGV, tak sempat tengok Congkak. Tiket dah habis.

Terus pergi Kinokuniya. Mencari buku-buku yang dianggap menarik.

1. Soul Mountain, Gao Xingjian, Winner of the Nobel Prize for Literature.
2. Discovering God, The Origins of The Great Religions and teh evolution of belief, by Rodney Stark
3. Mystical Stories from the Mahabrata, Twenty Timeless Lessons in Wisdom and virtue, by Amal Bhakta.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
8 Ogos
- Isi minyak RM11
- Pergi Harakah, jumpa Rauzi, bincang bisnes prepaid
- Pergi KLCC, (masuk 5 stuff)
(a) kl drift, kes pil kuda;
(b) AKT, rafar bertudung;
(c) signature congkak
(d) gsc x files, insert link Harakah Daily
(e) pensil / insert maudhuk 3 buku



Yang ini, antara filem yang saya tidak sempat membuat ulasannya di Harakah. Sibuk sungguh. Mana taknya. Kejap-kejap kena pi ke Tanjung Tuan. Kejap-kejap ke pi Kelang. Filem ini tayang sekali lagi secara percuma di Suria KLCC, TGV pada jam 5.00 petang. Ini kisah paling sedih.

Tetapi, esok saya ada temujanji dengan Duyung dan Kala Malam Bulan Mengambang di Cathay Cineleisure. Jadi, tidak dapat tengok. He he...

Menonton filem Pensil, mengingatkan saya kepada Akbar, seorang mamak yang berjalan kaki sahaja, menjual ais krim dari rumah ke rumah. Ayah saya sangat menghormati Akbar. Ketika kami masih kecil, dan ketika ayah membawa kami berkereta ke Pendang, apabila terserempak dengan lelaki ini, ayah menjerit, "Tu dia Akbar, dia jalan kaki sahaja."

Kelibat Akbar sehingga kini tidak kelihatan. Adakah beliau telah meninggal dunia atau telah pun berpindah, tidaklah saya ketahui. Dia akan berjalan tertunduk-tunduk tanpa memakai baju pada ketika matahari sedang memancar dengan teriknya, tanpa belas kasihan.

Tetapi, ayah sangat kagum kepada ketabahannya. Barangkali, dia mahu anak-anaknya memiliki ketabahan sekebal Akbar. Apabila aku menulis sehingga saat ini, aku dengan tiba-tiba jadi insaf. Aku perhatikan bumbungku yang masih menitik air dari tandas atas dengan tanpa henti. Sedikit sebanyak ia mengganggu dan mencuri tumpuanku untuk mengarang.

Tetapi, tatkala aku membandingkan diriku dengan Akbar, Ya Allah ... alangkah kerdilnya diri ini. Akbar (Besar), namamu sehebat jiwamu. Akbar, jika saudara sudah tiada, maka saya kalungkan al-Fatihah buatmu. Al-Fatihah.

Dan, jika saya punya anak laki-laki, insya Allah saya namakan salah seorang daripada mereka - Ali Akbar! (Tradisi keluarga kami, lelaki dinamakan Ali. Kalau perempuan dinamakan Atikah).
-------------------------------------------------------------------------------------------------
7 Ogos
2 pagi - Hantar puisi to pegawai Perpustakaan Negara Malaysia. Ia berkaitan Aktiviti Menjejak Inspirasi anjuran PNM dan Gapena pada 4 Julai lalu.
"Saya bercuti, nanti saya akan check semula," sms beliau kuterima lewat petang tadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Balada Burhan di Hari Merdeka
(Kepada Saif dan cikgu Sahrunizam)

Tuhan, namaku Burhan
di sini terhimpun kenangan segala
ruh tiga anak zaman merentasi masa
terlonggok di sini iltizam muafakat bersama.

Malam di rumah Wali Kota Samarinda
dua suara jujur anak muda menyatu bicara
kata-kata kalian dituju memanah telinga
riak cahaya kejujuran terang bersinar
dari kolam mata yang ikhlas ia terpancar
dari busur bibirmu, tegak seribu tegur jujur
kini saatnya bicara tulus meledak suaranya
lidah meriam bahasa, terapung bergema
di malam ini, lima dekad bersabung nyawa.

Malam palsu di Dataran Merdeka
di jalanan terdampar selaut manusia
akhirnya meninggalkan pidato sifar makna
hadir cuma meneriakkan laung merdeka
pidato bupala bukan apa-apa bagi pemuda
yang berceracak rambutnya merah menyala.

Di mana-mana di bumi ini, pada malam ini
ada letupan bersulam sengketa dan teriak marah
si muda bertaklid buta pada seni budaya rendah
hidup bernafsu, entah mencari apa dan siapa?

Dik Natri, tutup pusatmu yang mulus itu
kerana mata penjajah muda baru berlalu
ribuan keranjang mata meratah wajah gebu
di ranjanglah tercincang daging mengkalmu
zina adalah setitis noda di lautan penjajahan
anak tangga pertama menuju kemusnahan
sebuah bangsa Melayu yang mulia peradaban.

Dik Rizal, teriakmu untuk apa dan siapa?
bendera ditampar angin malam merdeka
telah berkibar megah di ruang angkasa
tapi, adakah ia syiar guna mengisi merdeka?
atau, kau sekadar mengikat hati gadis remaja
kibarkan panji negara semahumu
cuma jangan kibarkan panji kebenaran
kelak ditahan terhukum merana
negara dan kebenaran, dua hal berbeza.
(oleh kerana panjang sangat, saya muatkan sehingga takat ini sahaja)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
11:00 pagi - Lepas mengarang, saya ingat boleh pergi ke TV9, pergi UM. Tergendala lagi sebab hujan turun lebat sungguh. 5 jam hujan. Dekat jam 5 ke 6 petang barulah teduh sedikit. Apabila hujan begini, diiringi petir, guruh, guntur dan kilat sabung-menyabung, aku tidak dapat menulis dan menaip lagi. Takut kilat panah pc, habislah peluang mengarang kalau pc rosak.
Sepetang itu aku terpaksa berkurung dalam rumah, berbalas sms dan panggilan telefon.
"Pakcik tetap minta bayar penuh, RM200 untuk bulan ni," kata teman serumahku. Ya Allah, di mana lagi aku mahu korek lagi duit?
TMJ call. Dan panggilan ini sesungguhnya telah menyejukkan hatiku yang sedih dan pilu. "Enta call Faisal Tehrani. Minta dia tulis novel bersiri dalam Harakah," katanya. Aku sms FT, namun tiada jawapan. Deadline (tarikh ajal) aku bermula 18 Ogos. Dan Harakah itu terbit pada 21 Ogos.
Berdasarkan perbualan, yang mesti aku muatkan dalam dua halaman itu ialah cerpen, dua puisi, kritikan sastera dan novel bersiri. Perbualan ini menyenangkan kerana ada lagi ruang untuk aku berkreatif lagi selepas Rahsia Dari Menara di Siasah itu ditutup parasit akhbar tabloid itu.
Lalu, aku dapat merawat kesedihan itu apabila Lutfi dengan tiba-tiba hatinya digerakkan Tuhan untuk memberikan kolum; Catatan Dari Menara di Detik Daily (http://www.detikdaily.net/)
"Ya Allah, berikanlah kepadaku lebih banyak ruang-ruang untuk berkarya. Bukan semata-mata untuk mendapatkan wang, tetapi juga untuk membetulkan keadaan."
11:00 malam - Hantar bahan to beritaharakah@yahoo.com tentang Pak Lah peralatkan mufti. Semoga tersiar hendaknya. Antara bahan lain yang tersiar - Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku.

Currently have 0 comments: