Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 11 - 17 Ogos

Friday, August 15, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 2:16 AM

17 Ogos
Keluar dari Hotel City Villa sekitar jam 12:00 tengahari. Ayah dan ibuku pergi Mid Valley. Saya kembali ke Sekolah Pemikiran Kg Baru, menghabiskan sisa-sisa penulisan.
Aktiviti Petang
Makan di Tomyam 3000 bersama keluarga. Kemudiannya, saya angkat beberapa peralatan dari SPKB untuk dibawa pindah ke Pendang. Esok, baru balik semula ke Pendang, insya Allah. Adik memberikan Maxis Broadbank untuk saya try di SPKB.
Bank-In RM100 kepada Izwan, modal pusingan awal untuk mewujudkan wen portal kami untuk mengapung dan menakung idea-idea perubahan.
Alhamdulillah, sehingga menulis ini, saya menggunakan Maxis Broadband. Di Kg Baru, memang line Maxis Broadband tiada masalah.
Mengantuk, lalu tertidur saat menulis. Terjaga, online internet lagi. Check jadual, rupa-rupanya Meet Dave ada tayangan jam 9:50 malam. Terus ke KLCC.
9:50 malam - Tengok Meet Dave di KLCC. Tiket free. Check kedai Maxis di KLCC, esok kena hantar Maxis Broadband adik di situ. Sebab, line di Bandar Baru Bangi memang bermasalah.
Saya terima sms daripada Izwan dan Faisal. Dia sudah terima duit modalku itu. "So, gerakan al-Kahfi macam mana syeikh? Ana baru balik dari Muktamar Abim."
Faisal sms: "Esok ada demo Auku. Jumpa di Tugu Negara dan bergerak ke Parlimen." Alamak, esok dah nak balik kampung. Macam mana ni?
Kalau dia orang berani pergi ke Parlimen, ini cerita besar ni ...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
16 Ogos
Program di Atma, UKM. Tiba di Bandar Baru Bangi, saya jumpa adik yang sedang buat latihan amali di sana. Ambil buku pelaburan ASB yang dipegangnya. Buku pelaburan itulah nyawaku di sini nanti.
Tiba di Atma, UKM, program bengkel itu telah lama berlangsung. Aku jadi kerdil sekali apabila mendengar buah fikiran profesor Mat Rofa, Prof Shaharir, Dr Alinor dan Encik Baha dari UDM.
Wan Ahmad Farysal (blogger Sosialis Kanan) turut hadir. Aku diberikan dua buah buku olehnya, The Origin of Malay Shair dan Concluding Postscript to The Origin of The Malay Shair, karya Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Barangkali, kedua-dua buah karya SMN al-Attas dapat kugunakan untuk kritikan sastera dalam Harakah, juga karya Sutardji Calzoum Bachri yang kubeli dan kutemui di Gramedia Matraman, Jakarta, 2007.
Karya Sutardji itu beli ketika DBP memilihku untuk mewakili penyair Malaysia di dalam acara di Samarinda, Kalimantan Timur. Semoga Allah memberkati segala usaha penulisanku lewat kritik sastera di Harakah nanti, Amiin ...
Mak dan Abah datang ke KL. Kenduri kahwin sepupu di Gombak ...

Beban kerjaku bertambah.
Lutfi baru balik dari umrah, tadi dia baru call, sapa-sapa yang nak hantar cerpen, puisi ke Harakah, sila hantar ke ibnuamir@yahoo.com.
Ini semua tiket-tiket wayang free. Silahkan masuk Fansuri Fan Club untuk mendapatkannya. :)
Malam ini, aku tidak dapat tidur. Kerohanian tercemar. Teringat pembentangan tadi. Malam ini ada gerhana bulan. Pakcik dah bagi tahu lama, ada gerhana bulan bermakna adalah malapetaka dan bencana. Semasa kami pergi ke Tanjung Tuan tempoh hari, dia cakap: "Malam ni gerhana!"
Maknanya, itu gerhana kali pertama. Malam ini gerhana kali kedua. Ada sahibul riwayat berkata tentang kewujudan dua gerhana sebelum Ramadan-alamat petaka. Hati dan jantungku berdebar dan aku cuma tinggal berharap semoga Malaysia selamat.
Dalam renungan dan bayangan pakcik, dia ternampak 3 buah negara - Malaysia, Pulau Jawa dan Pulau Sumatera. Entah mana satu negara yang terkena, aku sendiri tidak tahu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
15 Ogos
Dapat cek dari Harakah Daily, RM900. Bertemu rakan-rakanku di pejabat. Ini suatu fail video yang saya dapat di pejabat. Enjoy ...



13 Ogos

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
    Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!