Muhasabah 18 - 24 Ogos
Apabila Mike memegang saham dalam syarikat itu, pemilik saham yang lain berasa risau, kerana ada samseng mula masuk campurtangan dalam urusan perniagaan mereka. Kisah pelaburan ini ada kaitan dengan Gereja Vatican dan Bank Vatican di Rom.
Seandainya Vito benar-benar meneruskan perniagaan minyak zaitun dan dia tak campur tangan di dalam urusan perniagaan dadah, arak dan judi di Las Vegas dan anak-anaknya tak mewarisi perniagaan tersebut, nescaya mereka ini semakin dihormati dan digeruni.
Menonton filem ini, saya jadi tertarik dengan sebuah lagu temanya - Brucia La Terra. Saksikan...
E-Mel daripada pensyarah ASASI, ATMA, UKM
Re: Ingin memohon penjelasan tentang Batu Bersurat
Sunday, August 24, 2008 11:58 AM
2. Batu bersurat Raja Suran tersebut, yang dikatakan dalam Sejarah Melayu ditulis oleh Raja Suran, telah dimusnahkan dengan bom oleh British yang menemuinya di Singapura. Ini dilaporkan oleh Abdullah Munsyi, tapi saya tak pasti samada dalam hikayat beliau itu, atau tempat lain. Alasan British adalah batu tersebut dalam bahasa Benggali, dan tiada kalangan mereka yang boleh baca. Tidak masuk akal sebab mereka menakluki India, boleh upah sesiapa sahaja kalangan Benggali untuk baca. Saya rasa ada agenda lain. Kurator Pengajian Melayu di British Library, Dr Annabel Teh Gallop, Cina Kedah, juga mengetahui tentang hal ini ketika saya bertanyakannya. Tapi kami tak mengkaji seterusnya. Saya percaya salinannya ada di Britain.
3. Saya akan bentang makalah berjudul "Pengelasan Sains Tabii dan Teknologi Rumpun Melayu", di Institut Bahasa, Lembah Pantai, pada 18-29 Oktober 2008, anjuran kumpulan epistemologi Melayu ATMA, ketuanya Prof Wan Mohd Nor. Saya juga akan bentang makalah berjudul "Falsafah Sains Tabii kurun ke-6 di Funan" dalam Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu pada 3-4/12/2008 anjuran INSPEM, UPM. ASASI juga akan anjurkan bengkel ke-2 dengan tema yang sama pada Oktober 2008. Ada beberapa yang lain, tapi belum tetap tarikhnya. Saudara bolehlah mentelaah beberapa makalah online dalam kesturi.net tadi, untuk biasakan diri dengan cara penyelidikannya, terutamanya yang berkaitan PengIslaman Ilmu dan Pempribumian Ilmu, baca makalah-makalah Prof Shaharir katakan.
--- On Fri, 8/22/08, Ibnuamir al-Pendangi <ibnuamir@yahoo.com> wrote:
Subject: Ingin memohon penjelasan tentang Batu Bersurat
Date: Friday, August 22, 2008, 11:28 PM
Salam,
Saya seorang peserta di acara bengkel Atma, UKM pada 16 Ogos lalu. Saya tertarik dengan pendedahan Dr hari tu mengenai sekitar 100 lebih bahan artifak seperti Batu Bersurat yang masih belum dapat dipecahkan maksud tulisa
Di dalam Sulalatus Salatin, karangan Tun Seri Lanang ada disebutkan tentang Batu Bersurat yang tercatat padanya kisah Raja Suran masuk ke dalam laut.
Saya kini bercuti di kampung. Rumah saya di Kg Baru, KL. Mun
H Fansuri
23 Ogos (Sabtu)
Corleone adalah nama sebuah daerah di Sicily. Namanya berasal dari situ. Sejak kecil lagi ayahnya dibunuh seorang penjahat bergelar 'Don'. Barangkali, Don adalah suatu gelaran bagi samseng Italy, yang akhirnya digelar Mafia.
Tetapi, Vito (lakonan Marlon Brando) menjadi 'Don' yang 'baik'. Bila menonton filem ini, kesimpulan awal yang boleh diberikan ialah 'Don' ini seperti 'ayahanda', 'abang long' di dalam Pekida di Malaysia.
Lebih kurang begitulah kesimpulan awalnya. Cara pergerakannya lebih kurang sama dan pada awalnya, Don berselindung di sebalik perniagaan minyak zaitun. Oleh sebab Vito ini suka menolong dan membantu orang yang berada dalam kesusahan, maka orang menjadi segan terhadapnya, walaupun akhirnya keluarga merekalah yang akhirnya merajai segala perniagaan judi, arak dan dadah di Amerika.
Perniagaan, warisan dan legacy 'Don' Vito ini akhirnya diwarisi dan diteruskan oleh anak beliau, Michael Corleone (lakonan Al Pacino semasa muda). Tetapi, Mike (singkatan dari Michael) tidak pernah menyukai pekerjaan ayahnya. Beliau sebenarnya terpaksa.
Tapi, 'bakat' membunuh itu hadir dengan tiba-tiba apabila Mike telah mula membunuh polis yang terlibat dengan musuh ayahnya dalam usaha melawan Mafia. Dia membunuh kerana kedua-dua polis dan musuh ayahnya itu pernah merancang membunuh mereka.
Maka bertolak daripada sinilah Mike berubah dengan tiba-tiba, sekali gus terjebak dalam dunia jenayah. Wallahu'alam.
Moral of the story - Jika 'mahu' jadi 'jahat', jadilah 'jahat' macam Robin Hood, 'Don' Vito Corleone. Pertama, mereka jadi 'jahat' kerana dijahatkan oleh keadaan. Kedua mereka ini memakai fahaman Fansuri - 'Legally wrong, morally right'
Dan jangan sesekali memakai fahaman dan falsafah jahat Umno dan HEP, 'Legally right, morally wrong'.
Petang
Keluar gunting rambut (RM5). Beli kentang goreng basah untuk makan ketika menonton DVD dan power root paket (RM18.70). Beli tiket bas Mara Liner (RM30), balik Selasa, jam 11.15 a.m, bersamaan hari buang undi di Permatang Pauh. Jumlah semua RM53.70.
"La ni kerja mana dah?" abang Kadir bertanya sambil menggunting rambutku. Dia amat suka berbual dengan pelanggannya. Dia tahu aku kerja di Siasah dulu dan punya tempat di Harakah dan Harakah Daily.
"Tulis sikit-sikit di Harakah Daily, bang."
"Betui ka depa kata nak turun harga minyak ni? Dok turun dalam paper saja, tak tau la betui-betui turun ka dak."
Kadir seperti orang lain juga, rakyat yang sentiasa dahagakan maklumat dan lekas berang kalau apa-apa yang dikatakan menteri tidak tepat dan bercanggah dengan polisi terbaru.
"Susah diramal kerajaan ni. Dekat pilihan raya, macam-macam boleh jadi," kataku.
Sambil bersembang aku terpandang akhbar Berita Minggu. Selak-selak sebentar dan aku terlihat puisiku tersiar hari ini. Tak ingat tajuknya. Tapi berkaitan dengan merdeka juga.
5:39 petang, 23 Ogos
Sekolah Pemikiran Pendang
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
22 Ogos (Jumaat)
Harga domain Rm399. Nantilah aku bayar selebihnya. Petang tadi, selepas aku solat Asar dia call, memberitahu perkembangan terbaru.
"Tak apalah syekh, nanti ana bayar baki selebihnya, RM100," demikianlah kataku. Harap dia faham masalah kewanganku.
Dahulu, kami berkongsi RM100 setiap seorang untuk bayar tapak hosting. Sekarang, dah melonjak kepada RM200 seorang, kerana tapak itu bernilai lebih kurang RM400. Asalnya kami letak Bumi Merdeka, semasa dalam pertemuan dengannya di Anjung Rahmat dulu.
"Dah ada orang guna nama tu syeikh, orang Indon," kata Izwan. "Jadi, ada tak nama lain yang boleh match dengan merdeka ni?"
Dengan tiba-tiba aku teringatkan nama Malaya Merdeka, sebuah nama yang pernah juga diguna pakai bagi merujuk Malaysia pada suatu masa dahulu.
"Enta guna Malaya Merdeka. Kalau enta pi Arkib Negara, istilah ini pernah digunakan dahulu dalam akhbar," demikian aku jelaskan kepadanya. Dia setuju tanpa banyak soal.
"Ya Tuhan, berkatilah usaha-usaha kami untuk menyebarkan kebenaran."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21 Ogos (Khamis)
Hari ini 'deadline' Harakah. Tapi, saya tidak dapat beli tiket Mara Liner untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Pendang.
Cuma dapat hantar dua bahan untuk ruangan sastera Harakah. Lutfi call saya berulang kali juga.
Antara bahan yang dah 'terlepas' ke Harakah Daily ialah "Umno dikhianati ahli-ahlinya sendiri."
"Enta tolong e-mel cover page Rice Without Rain tu," kata Lutfi lewat callnya baru-baru ini. Syukur, akhirnya novel yang Puan Minfong Ho hadiahkan dan kirimkan kepada saya daripada Amerika itu telah pun Harakah mahu siarkan.
Bagaimana dia akur dengan saranku itu, nantilah akan kuceritakan detik-detiknya. Insya Allah. Minfong Ho kini menetap di Ithaca, New York. Beliau adalah pelajar Thammasart University sekitar 1970-an. Rakan-rakannya banyak yang mati tertembak dalam suatu percekcokan antara tentera Thai dan mahasiswa di Bangkok.
Jadi alkisahnya pada suatu malam, Lutfi meminta aku ke rumahnya di Ampang. Memang aku kerap membawa novel itu ke mana-mana pun, supaya jika ada masa terluang, maka boleh aku terjemahkannya. Lalu, ketika bersembang, dia terperasan buku itu.
"Buku apa tu?" tanya beliau. Dan, sejak itulah aku bercerita A - Z tentang hal tersebut.
"Ana fikir kalau betul Harakah nak buat ruangan sastera, mungkin novel ini boleh juga diterjemahkan dalam bahasa Melayu," begitulah permulaannya ketika aku sarankan.
"Tapi, bahasa Inggeris enta oke ka?"
Adus, tang bab ni yang susah nak jawab sikit. Tidaklah bagus sangat, tapi bolehlah kalau nak terjemahkan sikit-sikit. Dan, hasilnya, 'perjuangan'ku memasarkan idea Minfong Ho telah berada di tahap 10%. Hari ini, aku terima panggilannya berulangkali.
"Enta terjemahkan tu bab demi bab ka? Ana akan potong sikit dan enta kena semak lagi kalau-kalau ada apa-apa yang tertinggal nanti," katanya tadi, ketika aku sedang sibuk menaip satu bahan lagi.
Jika dia sudah minta cover novel RWR untuk Harakah bererti ada harapanlah hendaknya bahan itu masuk akhbar alternatif itu.
"Tuhan, semoga akhbar itu istiqamah menyiarkan ruangan ini dan aku pula istiqamah menterjemahkannya. Ameen ..."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 Ogos (Rabu)
Imran, adik lelakiku balik membawa anak sulungnya, Atikah Maisarah. Kami sekeluarga berkerumun mendukungnya. :) ... Dan, nama timangannya, Sarah.
Kisah Forex
Rupa-rupanya program Meta Trader, Forex yang aku install dalam pc rumah ini kira-kira sebulan lalu telah menarik perhatian adik lelakiku itu.
"Masa emak abah pi Phuket hari tu, Imran call kawan, minta dia tolong ajar," katanya.
Dia dulu yang larang aku ambil tahu tentang Forex, sekarang dia yang terlebih pula. Jadi, dalam sehari dua di kampung, 'pekerjaanku terbahagi kepada tiga bahagian'.
(1) Berlatih demo bermain pertukaran wang asing Forex; (2) Menonton timbunan DVD; (3) Mengarang apa-apa yang patut untuk akhbar-akhbar dan majalah-majalah.
Semalam (21 Ogos), saya dapat $1,132.36. Keesokannya (22 Ogos), jumlah itu meningkat kepada $1202.76.
Fuh! Mujur la adik saya ajar demo saja. Kalau betul-betul daftar, saya terus beli rumah lepas ni. Insya Alllah. Ameen.
Saya dapat $202.76 dalam tempoh dua hari bermain secara takut2 jika ditukar ke Ringgit Malaysia berjumlah sekitar RM700 lebih.
"Ya Allah berkatilah perjalanan hidup hamba. Jangan jadikan hamba dalam kalangan orang yang mendapat duit dan terus lupa daratan. Ameen."
Teringat sepotong hadis hadis "Alangkah baik harta yang baik jatuh ke tangan lelaki yang baik. Teringat fatwa Fansuri-Melayu memang miskin, tapi kalau dia kaya, dia tidak pandai menggunakan harta kekayaannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19 Ogos (Selasa)
Pagi
Melayan movie The Love Guru. Cerita komedi yang mengisahkan perjalanan Guru Pitka, seorang rakyat Amerika yang membesar di India. Beliau belajar ajaran Hindu @ Buddha dan mengembangkan ajaran tersebut di Amerika. Filem ini belum ditayangkan lagi.
Walaupun ini kisah komedi, tapi saya masih terfikir sesuatu. Agama-agama Timur seperti Hindu dan Buddha telah mengasuh dan mengembangkan ilmu kerohanian mereka untuk mententeramkan rohani dan mengheningkan jiwa manusia Barat.
Ilmu Yoga dan beberapa peraturan telah diperkembangkan. Islam di mana tempatnya di dalam media? Pengganas? Kabbalah, ajaran mistik dan kerohanian Yahudi sesat telah pun berkembang dengan pesat, disebut-sebut secara sepintas lalu dalam filem 21, Islam masih dijadikan objek dan watak pengganas.
Mungkin ada, cuma mungkin saya saja yang tidak tahu, wallahu 'alam ...
Petang
Keluar ke Pendang, topup RM30 untuk Eload. Kedai gunting rambut tutup, beli tepung gandum untuk mak goreng cempedak.
Batalkan hasrat nak beli tiket bas Mara Liner. Mungkin saya boleh kirim bahan sastera to Harakah via e-mel saja kot.
Antara tulisan yang baru tersiar adalah ...
1. Apa salahnya jika Presiden Pas berkeras mahu berkhutbah?
2. Peranan 'intuisi' dalam pengembangan ilmu dan usaha menajamkan 'intuisi'
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18 Ogos
Tengahari / Petang
Selesaikan masalah Maxis Broadband adik di Maxis KLCC. Kemudian, terus bawa beg di rumah sewa ke KTM Komuter, UKM. (LRT Kg Baru - KL Sentral - KTM UKM)
Di Komuter UKM, terjumpa Muaz, peserta bengkel di Atma UKM tempoh hari. Berbual-bual sekejap dan bertukar nombor hp. Kebetulan, terjumpa kawan lama, Khairul yang kini bekerja di USM. Dia sudah bekerja dan bernikah hampir tiga tahun.
Mula bergerak, ayah dan mak tunggu di stesen komuter. Hantar adik ke pejabat latihan amalinya dan kami pulang terus ke kampung.
Berhenti di dua tempat. Sg Buloh, 'belasah' Satay Kajang Samuri dan Simpang Pulai bagi menunaikan solat jamak Maghrib - Isya'. Ada dua peristiwa yang mengganggu fikiranku.
1. Di Tol Sg Buloh, ada anak-anak Pusat Tahfiz __ dipergunakan untuk mengutip derma.
2. Di Simpang Pulai, ada orang bersolat lama sekali, siap dengan wirid sehinggakan kami tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti cukup lama untuk menunaikan solat.
"Ya Tuhan, berikan daku ilham tentang bagaimana mahu 'settle' hal-hal sebegini. Satu pihak memperalatkan budak-budak dan satu pihak lagi beramal hingga menyusahkan orang lain. Beriku ilham tentang bagaimana mahu dirawat penyakit masyarakat."
Malam
Tiba di rumah sekitar 10:30 malam. Anak saudaraku, Sarah tidak ada, dihantar ke rumah adik perempuan iparku. Aduh, bilakah dapat mendukungnya? Aku layan DVD Cloverfield pula dan pening kepala dengan jalan ceritanya. Mujur tak tengok di pawagam.
Banyak betul adikku beli DVD. Ertinya, 'makan' DVD sahajalah aku dalam sehari dua ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
selamat bercuti di kampung !
tentu suasana di pendang jauh lebih damai dari kl yg kalut ni..