Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 25 - 31 Ogos

Monday, August 25, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 2:52 AM

29 Ogos (Jumaat)
Saya menulis di pejabat Harakah, kemaskini tulisan di Detik Daily sekitar jam 1 pagi. Malam ni deadline Fikrah. Bagaimana nak jumpa Anwar selepas ini? Ada sapa nak join saya jumpa Anwar?
Tulisan di Detik Daily itu saya namakan sebagai Memorandum Permatang Pauh.
Terbaca suatu laporan di Malaysiakini yang menyatakan para mahasiswa yang bukan warga UKM tidak dibenarkan masuk. Mujur saya tidak pergi malam tu, kalau tidak rugi saja. Tapi, walaupun demikian, saya mesti membela mereka di UKM itu. Nanti kena menulis juga isu ini. Inso Alloh.
Jawapan kepada Pengunjung
Oleh kerana saya memerlukan jawapan yang sedikit panjang, justeru maka saya memilih untuk membalasnya di ruangan ini. Syahadan, catatan para pengunjung adalah dirujuk:-
28 Aug 08, 16:48, Ismi' Nailofar: Kembali. Terima kasih. Ada cerpen yang baik saya akan hantar.
Jawapan: TQ Ismi'. Kepada semua, cerpen itu, kalau boleh saiznya sekitar 5kb (5,000b) dalam NOTEPAD (bukan Microsoft Word, ini untuk keperluan Harakah edisi cetak). Memang pendek sangat, tadi malam ketika berbual dengan Lutfi, saya cadangkan supaya Harakah Daily pun ada sama ruangan untuk Sastera, Cerpen, Puisi ni. Dia nampaknya bersetuju. Jadi, nanti kalau sudah ada ruangan sastera tu di Harakah Daily, bolehlah panjang-panjang tulisnya nanti ya?

26 Aug 08, 16:05, Ummu: salam kang fansuri, terima kasihlah letak tulisan ummu dalm bentuk umum gini dibaca ramai orang..hehe..cikgu..cikgu..
Jawapan: TQ Ummu, Kang Fansuri tentu akan tonton drama yang Ummu tulis skripnya tu di TV3 nanti, insya Allah. Satu lagi, blog Ummu yang cikgu bagi petua tu, nampaknya menjadi kpd blog Ummu dan kurang menjadi pada blog cikgu. Entah kenapa, sebab ada silap pada skrip agak-agaknya. Tak pa, nanti kalau takdirnya berjumpa di UM ka, boleh la timba nasihat ttg blog ni.

26 Aug 08, 12:05, Fahmi: eh, satu lg, projek tg.tuan pn tak jalan lg. semua ni memerlukan rezki lebih. Tuhan, anugrahkn kami rezki lebih. lebih-lebih. lebih n lebih lg. anugrahkan kami kaya. kaya harta n kaya jiwa..
26 Aug 08, 12:02, Fahmi: abg ali, bila nk mai lg Pusat Fikir Seksyen 6?eh,btoi jgk, mana aci, asyik belah sini ja.skali skala fahmi kena p berkunjung belah2 SPKB plk, atau kita ketemu saiful bila ada rezeki.
Jawapan: Dear Fahmi. (1) Kita kena pi Tanjung Tuan dalam Ramadhan ni jugak. Kot-kot boleh terjumpa pencerahan dari Tuhan nanti. Sapa tau? Kalau nak mai SPKB bagitau la, Saiful pun dah merajuk tu :) (tak de lah..) Nanti la bila-bila kita pi perbaiki motor di Pusat Fikir Seksyen 6, Shah Alam, inso Alloh. Err... motor macam mana? Dah 'sihat'? (2) Tadi petang makcik call, dia mintak abang ali jumpa Anwar untuk bincang pembinaan Masjid Tanjung Tuan. Ada kenai sapa-sapa yg boleh bawa kita pi menuju ke Road 2 Segambut? (Bermaksud, rumah Anwar).

Buletin Utama/23 Ogos 08 - Part 1


Buletin Utama/23 Ogos 08 - Part 2


Buletin Utama/23 Ogos 08 - Part 3


-------------------------------------------------------------------------------------------------
28 Ogos (Khamis)
Hari berkurung. Aku mendapat dua kenalan dari Indonesia (Pulau Madura) secara tiba-tiba. Semalam, Taufiq Ahmad. Pagi ini, ada sorang lagi rakan puisi, AMHSO. Dia minta aku masukkan puisinya di Harakah. Malam ini aku hantar semuanya kepada Big Boss. Dan puisinya tersiar. Fuh nasibnya begitu baik sekali. Belum bertemu dan berkenal, dia sudah mendapat tempat.
Nisah kirim sms: "Saya dah transfer RM100 untuk bulan Ogos. Maka, selesai urusan prepaid antara kita." Aku berurusan dengannya sejak setahun lalu sebelum aku dipecat dengan kejamnya. Sungguh cantik perancangan dan perencanaan Tuhan. Genap setahun aku terbiar begini, maka duit hasil jualan prepaid itulah antara salah satu sumber yang menyebabkan aku boleh hidup bernafas lagi terkontang-kanting di daerah ini.
Petang
Petang ini aku cuma berkurung di SPKB, menyiapkan bahan-bahan mana yang patut. Maghrib, Big Boss call. Tak sempat angkat sebab solat. Tapi, aku sms juga nak datang ke Harakah kerana mahu hantar bahan-bahan untuk ruangan sastera.
Petang ini juga, kuperhatikan sastera.harakah@gmail.com. Ramai yang cuma menulis puisi dan tidak ramai yang menulis cerpen. Mungkin mereka tidak boleh 'budget' berapa panjangnya.
Malam
Setelah berdebat beberapa hal, aku keluar makan di restoren yang berjiran dengan Restoren Haslam. Dia bertanya banyak hal tentang kehidupanku. Memang dialah yang bertanggungjawab membawaku masuk ke Siasah dan akhirnya aku menetap, bermastautin di KL ini.
"Ana rasa Pas ini akan berpecah juga," kata BB. "Geng muzakarah banyak yang tak suka kepada Harakah."
"Pedulikan depa, bantai dan belasah saja syeikh," demikian terloncat perkataanku yang panas baran dengan sikap berlagak ustaz-ustaz ini.
Harakah dikatakan banyak memberikan ruang kepada Anwar dan Keadilan. Aikk, dah nak buat macam mana? Sekarang ni mood Permatang Pauh. Biasalah, mesti banyak liputan tentang dia. Lagipun, banyak lagi perkara-perkara yang boleh didebatkan. Tapi, biarlah rahsia.
Debat - Lim Guan Eng dan Dr. Koh Tsu Koon, 20 Ogos 2008 - Part 1



Debat - Lim Guan Eng dan Dr. Koh Tsu Koon, 20 Ogos 2008 - Part 2


Debat - Lim Guan Eng dan Dr. Koh Tsu Koon, 20 Ogos 2008 - Part 3

-------------------------------------------------------------------------------------------------
27 Ogos (Rabu)
Pergi menengok wayang citer Susuk. Balik, terus buat ulasan cerita mengikut gaya seleraku.
(sebenarnya, ada banyak benda nak cerita, tapi tak sempat. Penat, la ni ambik kesempatan tulis di blog ni masa Fikrah tengah deadline. Jadi, tumpang tak dak ramai orang kat opis ni, saya tulis lah blog di ruangan bilik mesyuarat Harakah ni)
Malam
Hati dirundung kaciwa. Ada tulisan tak masuk. Tapi, tak apa, saya teruskan ulasan filem Susuk. Malam ini sepatutnya kena siapkan bahan cerpen, novel bersiri dan puisi untuk Harakah. Tapi, teringat wasiat Tok Kenali, "Sesiapa masuk ke hutan untuk mencari rotan, tapi terjumpa emas di tengah jalan, maka hendaklah didahulukan urusan mencari rotan. Setelah habis mencari rotan, maka pergilah semula mencari emas."
Kalau jumpa emas, maka rezekilah. Kalau tiada berjumpa, maka rotan itulah rezeki kita. Arakian bermodalkan wasiat itu, aku teruskan juga penulisan sehingga selesai.
Tetiba lewat dinihari ini aku diberikan Allah seorang kawan dari Pulau Madura, Indonesia. Dia ni dapat nombor telefon bimbitku dari Hudan Nur, seorang rakanku yang bersama dalam program di Samarinda ketika aku menang hadiah puisi anjuran DBP sekitar Februari, tahun lalu.
"Tuhan, berikanku ramai rakan, jauhkanlah aku daripada sebarang permusuhan, banyakkan tempat tidurku dan rumah kediamanku." --- Ini doa Tok Kenali juga.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
26 Ogos (Selasa)
11:06 pagi - Suraya dari Power Trade call, remind me about seminar di hotel di Jalan Sultan Ismail pada 31 Ogos (Ahad) ini.
"So, encik dah bayar yuran?" erk.. alamaks. Aku tak bayar lagi. "Bayar sebelum Jumaat oke?"
11:15 pagi - Bas bertolak dan aku cuma melayan perasaan gundah gulana, menuju ke destinasi yang tak pasti. Cukupkah bekalanku untuk dibawa ke hari akhirat?
Bas masih bergerak di Sg Dua, Pulau Pinang dan disitu berlaku 'road-block'. Sampai di Seberang Jaya, Pulau Pinang, terkibar bendera PKR dengan megahnya. Aku terfikir mahu menuliskan hal ini dalam Harakah Daily nanti, setibanya aku di Kuala Lumpur nanti, inso Alloh.
Sahibul Forex bagi info terbaru. (1) Buka akaun bank al-Rajhi untuk mudahkan 'withdraw' duit dan (2) Buat Kad Debit Public Bank untuk mudahkan permainan jual-beli wang asing.
Dr Ali dari UKM ber'sms' denganku. Katanya, Prof Shaharir sudah mengirim jawapan terhadap isu bahasa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir. Aku belum melihatnya lagi. Tapi, aku pasti ada di website Kesturi.net. Nantilah aku check semula.
"Di mana, dalam perjalanan ke KL?" tanya pensyarah tersebut. Jadi, kami cuma saling berbalas sms saja dan membiarkan bas itu belayar menuju destinasinya.
Mara Liner menurunkan penumpang di Perhentian Bukit Gantang. Kami rehat dan makan kejap di situ. Aku pekena laksa (RM2.30). Sambil makan-makan, Dr Ali asyik ber'sms' juga. Aku rasa, ini satu peluang baik. Beliau berminat sejak aku beremel dengannya sejak di rumah tempoh hari.
Petang
Aku tiba di Hentian Putra, lalu daku menapak balik ke SPKB (Sekolah Pemikiran Kg Baru). Kira-kira 45 minit perjalanan. Tapi, aku puas hati dapat melihat panorama indah!
Balik ke rumah, rehat sebentar menunggu Maghrib dan aku pun 'start' mengarang. Mua ha ha, perjuangan belum selesai, wahai 'Don' Fansuri.
Malam
Sekitar jam 9 malam, RTM menyiarkan Diari Pasung. Ya Allah, sakitnya hatiku dan sengsaranya jiwaku tatkala melihat Diari Pasung yang 'berbohong' tentang tahanan ISA malam ini. Antara yang diwawancara ialah Dr Agus Yusof (UKM) dan Datuk Ibrahim Ali. Woi! Pasai pa hangpa tak nak siarkan rakaman Pak Said Zahari tentang keburukan ISA hah!?
Aku dapat idea untuk menulis di Harakah Daily tentang pilihan raya dekat Permatang Pauh dan kaitkannya dengan Diari Pasung ISA tadi. "Ya Allah, semoga tersiar!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
25 Ogos (Isnin)
Petang
Sedang saya sibuk dan asyik menulis satu lagi artikel untuk Harakah Daily, ada panggilan terbang dari ibu pejabat Harakah hinggap ke telefon bimbit. Dari Kak Nyza.

"Ali, awak dok buat liputan tentang Permatang Pauh ker?"

"Eh, tak de lah. Saya di kampung. Esok balik KL, insya Allah."

"Awak depan komputer ke? Nak mintak tolong sikit."

"Tolong apa?"

"Buat satu tulisan dalam ruangan Polemik," katanya lagi. Aku terkebil-kebil, ruangan itu mungkin untuk dimuatkan dalam sisipan Fikrah, Harakah edisi cetak agaknya.

"TMJ minta disiapkan sebelum jam 6 petang," sambung Kak Nyza lagi.

"Wokeh ... worait ...," mujurlah ketika dia sedang menghubungi itu, saya sedang menulis tentang teater Ibu Zain yang digunakan sebagai bahan kempen di Permatang Pauh. Maka mudah sikit dan cepatlah siapnya. Kami saling chat lewat Yahoo Messenger.

Tulisan ini aku akan pisahkan kepada dua. Satu mesej agama, satu lagi mesej politik. Dan mesej politik telah kuhantar tadi kepada e-melnya. Mungkin malam ini, saya sunting lagi untuk disesuaikan dengan Harakah Daily (Edisi internet)

Kali ini, mungkin kisah Ibu Zain dipelawa masuk dan dipujuk memeluk agama Kristian. Saya tertarik menulis hal ini kerana, semasa saya menginap di Sekolah Pemikiran Jalan Abdul Rahman Andak (ketika menghadiri Kongres Perpaduan Melayu anjuran Gapena di Persada) dulu, pejabat Abim Johor (namanya Mustika Embun) itulah yang berdekatan dengan rumah Ibu Zain. Di situ banyak gereja dan sekolah mubaligh Kristian.

"Ada dua buah gereja, sebuah didirikan untuk orang kebanyakan satu lagi untuk kaum bangsawan," kata Abdul Razak, temanku yang menjadi tenaga pengajar di situ.

Hal ini amat menarik juga untuk diceritakan. Kisah-kisah lama. Siapalah yang nak peduli dan menulis mengenainya. Wallahu'alam.

Cerita Forex
Hari ini juga, sempat saya membeli dan menjual wang dalam Forex. Kaunter dibuka balik setelah Sabtu dan kelmarin ditutup. Ini demo saja. Kelmarin chat dengan eaprofit. Kata mereka, boleh buka akaun dengan $100, bersamaan RM360.

Confuse aku, mana satu yang aku nak ikut nih? Semoga baik-baik saja dan jangan tamak! Insya Allah, madrasah dan Sekolah Pemikiran Ramadhan akan dapat melatih kesabaran!

Esok balik KL. Dari Pendang aku bertolak, turun di Hentian Putra, KL untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai!
Malam
Aku berchating dengan Mie Long, teman lamaku di Maktab Mahmud. Dia beriya-iya nak jumpa aku di UIAM. Katanya, dia mahu jumpa aku untuk buat ulasan mengenai novel Ramlee Awang Mursyid. Kisahnya banyak berkisar mengenai Sunan, wali-wali di Tanah Jawa dan Hang Tuah.
"Nanti, kalau hang tulis, aku boleh masukkan dalam web UIAM," kata Mie lewat chatnya tadi. "Sabtu ni aku jumpa hang balik."
Aku mengiyakan tanpa banyak soal. Oke, hari Sabtu ni kita jumpa dan bukak lagi banyak cerita.

Sekolah Pemikiran Pendang
6:18 petang, 25 Ogos 2008.

Currently have 0 comments: