Lara Rindu Mahsuri..prosesnya. (TQ Ummu atas perkongsian ilmu)
Di kala rindu begitu menghanyut (dibawa terbang terutama ke Haramain) hingga menitikkan air mata di sejadah Isya'. Mula berkira-kira mahu mengisi hati walang dengan kisah ceria yang boleh membibirkan senyuman (pada diri) serta menjadi pengajaran kepada yang mahu belajar.
Saya menerima banyak emel, sms, respon spontan, bicara tengah jalan dan melalui bengkel2 yang menyatakan mereka begitu teruja menjadi penulis skrip. Sahabat saya (yang tidak pernah berjumpa secara 4 mata) juga pengarang Harakah, Ali Bukhari Amir menulis komentar di laman ini (rujuk artikel Mahsuri) berasa terdorong menjadi penulis skrip bagi menyebarkan dakwah.
Sedikit Suapan (untuk yang sudi buka mulut nak telan..hehe)
Pengalaman menulis sinetron Mahsuri (yang kini sudah bertukar tajuk Lara Rindu Mahsuri) bermula dari kosong (alias 0). Saya sendiri tidak pernah terfikir (tidak masukkan dalam list perancangan tahunan) untuk menulis skrip drama selepas drama Cinta Madinah 2.
Stesen-stesen televisyen sama ada swasta mahupun pemerintah (guna kalimat guna pakai di Indonesia), biasanya sudah mempunyai agenda program yang di settingkan setiap tahun. Mereka ada ‘team’ atau pasukan yang menjadi tukang fikir; apakah program-program (termasuk drama)yang menjadi ‘trend’ masa kini dan tidak lepas merujuk tabiat globalisasi dunia.
Namun, di antara stesen tv, akan ada perlumbaan memaparkan program yang boleh menarik ramai penonton. Justeru, pasukan yang bertanggungawab akan mengerah kreativiti sedaya mungkin menghasilkan skema program yang bercitarasa tarikan.
Terbaharu, TV3 menerusi slot Akasia yang sebelum ini melayarkan drama episod internasional (Filipina, Indonesia, Thai dll) telah dinaik-tarafkan dengan drama-drama tempatan (buah tangan rakyat Malaysia). kita sebagai masyarakat khalayak selalunya tidak ambil tahu hal-ehwal ‘pembinaan’ rancangan di tv-tv.
Sebenarnya, semua kita berpeluang untuk memajukan industri media televisyen (memajukan itu lebih tepat bersifat positif) dan bukan hanya jadi tukang protes di belakang. Ada caranya..
PERTAMA; Binalah ide dalam kepala kemudian eramkan sehingga wujud jalinan cerita yang tidak pernah dibuat orang lain. Anda perlu melihat dan mengkaji banyak drama tempatan supaya tidak wujud klise dengan ide dalam pemikiran anda.
KEDUA; Meninjau penerbit. Berkawanlah dengan mana-mana penerbit yang anda kenal-pasti. Kalau tidak berkawan pun, tinjauan perlu (melalui laman web, address emel yang biasa diletakkan bawah nama penerbit di montaj akhir drama, di FINAS-ada direktori penerbit Malayasia, tak percaya, pergilah library FINAS..dan lain-lain usaha. – Saya mungkin bertuah kerana ayah terlibat terus dalam bidang ini tapi usaha kerajinan perlu ada pada sesiapa pun.
KETIGA; Tuliskan ide ada dalam bentuk proposal yang mengandungi sinopsis cerita yang jelas, watak dan perwatakan, synopsis per episode (jika drama bersiri), objektif cerita dan relevan semasa (kelebihan cerita anda).
KEEMPAT; Emelkan pada penerbit sinopsis tersebut. Adalah lebih baik anba berhubungan dengan penerbit terlebih dahulu supaya synopsis anda ‘diberi perhatian.’ Setidaknya, anda tahu jenis program yang dimahukan oleh penerbit dalam waktu terdekat (seperti yang dimahukan pihak televisyen).
KELIMA; Jangan hanya berharap pada satu synopsis, tapi fikirkan juga ide/ cerita lain dan tuntaskan menjadi proposal (jangan hantar dulu sehingga proposal pertama dimaklumi penerimaan dan penolakannya.)Jika penerbit tidak memberikan jawapan, itu tandanya proposal anda belum menarik perhatian pihak tv. Wajib diketahui, penerbit hanya akan bertindak ke atas sesuatu rancangan apabila ianya muktamad untuk disiarkan di tv. Penerbit tidak akan mengambil risiko ‘main redah’ shooting mana-mana program yang tidak ada tanda lulus pihak tv.
KEENAM; Perbincangan dengan pihak penerbit. Jika anda bijak, pastinya anda tidak malu ambil sikap terhegeh-hegeh. Pergilah ke pejabat penerbit atau hubungi melalui emel, tanyakan apakah bentuk rancangan atau cerita yang sebenar-benarnya pihak tv mahukan. Gambaran daripada pihak penerbit akan membantu ada ‘tidak membazir masa’ memikirkan ide yang ditolak.
KETUJUH; Apabila proposal diterima, penerbit akan menghubungi anda untuk memulakan penulisan skrip. Sebelum itu, anda akan diminta membentangkan plot cerita dengan lebih terperinci dan akan ada penambahan daripada pihak tv untuk membombastikkan lagi cerita anda. Di peringkat ini, anda juga boleh menentukan harga skrip anda sebelum skrip itu ditulis. Selain tv pemerintah, janganlah anda demand dengan skrip anda kerana pihak tv swasta tidak semewah kerajaan dalam membeli rancangan tv.
KELAPAN-Anda diberi tempoh beberapa minggu untuk menulis. Tidak mustahil diberi tempoh hanya beberapa hari jika penerbit mahu memulakanshooting waktu terdekat. Proses pasca penulisan lebih rumit- cari produksi, pengarah, pelakon, lokasi dan lain-lain.(jangan bimbang, itu bukan kerja penulisJ Tugas anda menulis dengan tekun, infomasi, kajian dan mengikut syariat Islam.
KESEMBILAN- Hantar manuskrip via emel atau cd kepada penerbit untuk dibaca oleh pengarah. Setelah pengarah berpuas-hati dengan cerita, mereka akan terus shooting. Sebaliknya, penulis perlu memperbaiki apa yang patut menurut pandangan pengarah. (biasanya ikut logik budget. Pengarah lebih realistic berbanding penulis..hehee)
KESEPULUH- Mintaklah bayaran dari pnerbit. Mintak sebelum cerita anda itu disiarkan di tv. Jangan malu mintak hak anda jika penerbit nampak liat J
KESEBELAS- Anda sudah tidak ada hak apabila manuskrip pada pengarah. Tugas lakonan bersifat teknikal dan lebih realistic. Justeru, apa salahnya anda jumpa pengarah, pergi ke lokasi dan temui pelakon untuk tambah ilmu dan perbincangan. Supaya cerita anda (yang menurut pandangan anda sendiri) akan lahir menepati apa yang anda niatkan (ini penting terutama drama dakwah).
Insya Allah, saya akan berkongsi pengalaman menulis LARA RINDU MAHSURI di waktu yang lain. Sebarang pertanyaan boleh terus emel pada saya di senyum_sokmo2@yahoo.com. Sebelum ini saya banyak dapat emel tapi ada yang tidak serius (maksud saya hanya ghairah sekali tapi tak ada follow up..saya pulak agak sibuk dengan pelbagai perkara..harapnya yang betul serius nak menjadi penulis skrip, boleh tunjukkan kesungguhan itu).
LARA RINDU MAHSURI akan menemui penonton pada 1 SEPTEMBER 2008 (masa bulan Ramadhan ni), jam 4.30 petang di TV3. Drama ini sebanyak 12 episod.
Seperti anda, saya juga tidak sabar menunggu apatah lagi cerita yang kita bina sendiri. Persoalan di benak; apakah bila dilayarkan, menepati atau tidak citra dakwah yang penulis pejuangkan?
Syukran :) membara semangat saya..