Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 31 Julai - 3 Ogos 2008

Friday, August 01, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 7:18 AM

3 Ogos
Inilah 'Dr Robert Langdon' (ahem-ahem @ Dr H Fansuri. Sebenarnya, watak Dr Robert Langdon itu adalah watak di dalam novel, filem The Da Vinci Code, karya Dan Brown) yang berusaha keras memecahkan kod rahsia Melayu Kawi di Pengkalan Kempas.
Di atasnya ada kalimat Bismillah ir Rahman ir Rahiim dalam tulisan Kawi. Kemudian, dia terus tulis dalam tulisan Kawi.
Dalam Sulalatus Salatin disebut sebagai berikut:
"Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatannya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hikayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan didengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian."
Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka, titah Raja Suran, "Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini."
Di bawah batu bersurat itu, ada suatu lubang. Ada dua fungsi lubang ini. Pertama, untuk sumpah bagi dua pihak yang bertelagah. Misalnya, kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.
Hendaklah Anwar dan Saiful Bukhari, kedua-duanya bersumpah lalu masukkan tangan-tangan mereka ke dalam lubang itu. Barangsiapa yang tidak dapat mengeluarkan tangan dari lubang-lubang itu, maka orang itulah yang telah menipu dalam sumpah mereka. Wallahu 'Alam.
12:00 p.m - Saya mula bersms dengan wartawati dari Johor. Mungkin beliau dapat membantu, kalau-kalaulah saya dapat bertemu TMJ atau anaknya yang boleh dibantu untuk mengambil semula Pulau Batu Puteh yang terlepas kepada Singapura itu.
Saya juga cuba menyiapkan bahan, tulisan untuk dihantar kepada TV3, NTV7, TV9 dan lain-lain untuk gegarkan isu pencerobohan di Tanjung Tuan. Sekarang, saya download 'video converter' untuk ubah file tertentu kepada mpeg file sebelum dihantar kepada stesen penyiaran itu. I'Allah.
4:30 p.m - Aku terpaksa mengeluarkan simpanan selama ini di Bank Islam sebanyak RM100. Hatiku bergetar. Bil Digi telah kubayar. Cuma, aku perlu bayar RM70 kepada tuan rumah.
"Ya Allah, lembutkan hati tuan rumah agar dapat dia menerima jumlah pengurangan hasil ganti rugi pc hamba yang rosak tempoh hari akibat urusan pembaikan paip."
Aktiviti Malam
1. Saya sms Dato' KJ mengenai cek bulan Mac dan April yang belum kunjung tiba. Maka dijawab beliau, "Benda macam tu kena tanya Shar..."
2. Lalu, kutinju pula sms itu kepada kak Nat. Lalu dijawab: "Laa... yg pi tanya Dato' KJ kenapa? Borang hono awak tu, Lutfi yang tak sign lagi."
Aku terpaksa membuat 'kegilaan' begini atas desakan hidup. Dulu, bolehlah tidak ambik kisah sebab kerja tetap di Siasah. Sekarang, sudah kuisytiharkan Harakah Daily tempat aku mengutip hasil kehidupanku. Jadi, ini salah satu kaedah. Hai, hal adikku di USM pun belum selesai lagi.
Malam ini ada acara blog yang membawakan blogger terkenal, Ketua Pembangkang Selangor, Dr Khir Toyo. Paling best, ada mamat yang bagi kenyataan yang 'simple' tapi pedas dan menusuk ke kalbu Khir Toyo.
"Nak cakap Selangor sekarang tak mampu mentadbir dengan baik pun, rasanya dulu, apa yang dia (Khir Toyo) buat dulu, entah betul ke tidak betul?" kata mamat tersebut.
Akhir kesimpulan, 55% bersetuju negeri Selangor ditadbir dengan baik. 45% tidak bersetuju. Ertinya, Khir Toyo telah kalah dalam hal ini. He he. Dari suatu segi, padan muka Khir! Tu lah, selalu pakai botox sangat. Tapi, itu tak penting. Paling penting, dah minta maaf ke belum dengan salah seorang pekerja anda yang telah menerima 'hadiah' penyapu itu?
Saya melayari laman sesawang TV3. Ternampak suatu kod skriup embed yang sangat menarik tentang debat minyak antara DSAI dan Dato' Ahmad Shabery Cheek. Saksikan ...

Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek, 15 Julai 2008 - Part 1

Bersediakah Umno siarkan muzakarah, muqabalah Umno dan Pas secara siaran langsung?

Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek, 15 Julai 2008 - Part 2

Ada suatu fakta baru yang saya temui di Detik Daily. Harga minyak telah turun. Jadi, Malaysia tidak turunkan lagi minyak, kenapa?

Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek, 15 Julai 2008 - Part 3
Kita sedang menuju ke arah suasana debat terbuka, hasil keberanian rakyat. Apakah mustahil untuk kita ulangi sejarah sekali lagi untuk pastikan muzakarah Umno - Pas kali ini disiar secara langsung?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2 Ogos
Hari ini berkurung dalam pejabat SPKB. Uruskan blog dan menulis apa-apa bahan yang patut. Saya terfikir nak wujudkan Fotopages Tanjung Tuan.
Supaya nanti, akan ada orang yang mengikuti hal Tanjung Tuan itu dari jauh.
Makcik dan pakcik call tadi, sekitar jam 2:15 p.m. "Tolong tulis puji pegawai BPR Putrajaya dalam Utusan. Nanti orang tahu iaitu Tanjung Tuan itu masih dalam proses siasatan," kata pakcik.
Berkenaan Batu Bersurat Pengkalan Kempas pula, pakcik berkata pakcik Dolah berminat. Saya fikir hal ini telah menumbuhkan sesuatu kekuatan baru. Sejak semalam, adik telah memberikan petunjuk dan laluan jika saya benar-benar mahu membuat master, jadi Research Officer di USM di bawah Pusat Penyelidikan Arkeologi. Ini suatu peluang baru yang boleh difikirkan.
Ketika melawat laman web Kasturi kelmarin, anjuran ASASI UKM yang diselia Aqil Fitri, kulihat ada juga tulisan penyelidikan itu terkait dengan sejarah Melayu purba zaman Sriwijaya!
"Ya Tuhan, jadikan aku sebagai watak Dr. Robert Langdon dalam novel dan filem The Da Vinci Code yang mampu merungkaikan misteri-misteri dan rahsia khazanah alam Melayu melalui manuskrip dan artifak. Ya Allah, jangan biarkan kiamat lagi dunia ini. Tunggu dulu dan tangguh dulu kiamat ini sehinggalah aku selesai melengkapkan semua teka-teki yang masih berselirat di Alam Melayu ini."
Amin ya rabbal 'alamin.
Aktiviti Petang
Saya chat dengan seorang wartawati dari sebuah agensi berita di Johor. Banyak juga rahsia saya terbongkar melalui blog ini. Fuh! Tak apa. Ketelusan dan kejujuran perlu bermula sekarang.
Malam ini, dengan tiba-tiba saya terfikir mahu berjumpa Sultan Johor untuk beritahu baginda tentang cara-cara dan kaedah untuk mengambil semula Pulau Batu Puteh. Saya terfikir mahu menggunakan khidmat wartawati itu kerana beliau punya sedikit akses kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor). Entah jadi atau tidak, tidak tahulah saya.
"Ya Allah, berkatilah segala usaha-usaha kerdil hamba untuk memerdekakan Pulau Batu Puteh dan wilayah Selatan Thailand."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Ogos
12:00 p.m - Makan nasi tomato di Masjid Negeri Shah Alam. Sedap betul. RM6.
3:00 p.m - Pen-drive TM-Net Streamyx rosak, maka saya pergi semula ke PKNS untuk ambil pendrive yang baru. Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan pendrive yang baru.
Di sana, saya lihat Uthaya Sankar sedang menguruskan sebuah acara baca puisi. Hadir bersama Datuk A. Samad Ismail. Nampaknya, sambutan kurang menggalakkan.
Hati tergerak pergi ke Talian Sahabat Selangor di PKNS. Saja nak tau apa yang mereka sedang lakukan. "Kaunselor pun tidak boleh handle lebih dari 10 kes," kata seorang kerani di situ.
Saya lihat buku-buku yang dijual di situ. Ada pameran buku rupa-rupanya. Terjumpa novel Ayat-ayat Cinta, karangan Habiburrahman el-Shirazy. Teringat pesanan Ummu agar melihat di bahagian belakang novel itu.
Ya, tepat sekali memang ada nombor telefon bimbit. Tapi, apabila saya cuba menelefon, tak ada pula respon. Adakah nombor telefon Kang Abik sudah bertukar?
5:00 p.m - Saya minta bantuan Fahmi untuk membuka pejabat 'Pusat Fikir Seksyen 6, Shah Alam'. Gambar-gambar kemusnahan Tanjung Tuan telah saya pindahkan ke dalam pen-drive yang baru. Saya kembali pulang ke SPKB (Sekolah Pemikiran Kg Baru).


Dalam perjalanan pulang, hatiku berperang - kalau aku cerita dan tulis kisah penemuan ikan duyung lelaki di Tanjung Tuan, tentu orang kata aku ketinggalan zaman. Tapi, kalau aku sendiri yang jumpa ikan duyung itu, akan aku pastikan bahawa kisah Raja Suran turun ke dalam laut itu sebagai suatu hal yang benar.

Biarlah masyarakat menyatakan aku gila sekali pun, aku telah puas hidup sebagai manusia!
Apabila pulang dari Pengkalan Kempas, aku rasa tertarik dengan batu bersurat di makam Syekh Ahmad Majnun. Berkali-kali pula aku memikirkan cara untuk memecahkan kod itu.

Aktiviti malam

Saya chat dan beremel dengan 3 orang - adik, Aqil Fitri dan Dr Awang Sariyan.

Aqil mengajak saya mengikuti Bengkel Pengislaman Ilmu, anjuran ASASI, UKM. Dia telah pun mendaftarkan hal kemasukan saya itu. Ia terhad kepada 25 orang peserta sahaja. Pendaftaran percuma. Berbanyak terima kasih ya Aqil Fitri!

Dr Awang Sariyan mengesyorkan saya bertemu seorang pensyarah di ATMA, UKM kalau mahu mengetahui makna tulisan Kawi pada Batu Bersurat di Pengkalan Kempas itu. Dia beritahu yang Bapanya sakit kuat, sakit orang tua. Usianya menjangkau 93 tahun! Semoga ayah beliau dicucuri rahmat. Dr Awang kini di Malaysia dan akan berangkat semula ke Beijing pada 5 September.

Tentang adik, ada perkembangan baru - setelah jenuh berdebat, akhirnya adikku berjaya juga mendapat Lampiran A yang menjadi petunjuk angka kepada nilai sebenar yang seharusnya dia terima. Aku baru terperasan sesuatu. Mengikut lampiran, adikku mesti mendapat RM5,500.

Tetapi, Mara cuma memberi RM4,500 sahaja. Wah! Ini sudah menjadi suatu cerita baru. Akan menyusul suatu surat balasan yang baru, insya Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

31 Julai

Seharian kami meneroka beberapa tempat di Tanjung Tuan. Bersambung ...

Currently have 0 comments: