Muhasabah mingguan, 28 - 30 Julai, 2008
------------------------------------------------------------------------------------------------- 28 Julai
(Akan menyusul, insya Allah)
------------------------------------------------------------------------------------------------- 29 Julai
Seharian ini, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam, saya bersama Pakcik pergi meredah ke Tg. Tuan, melihat pembaharuan ke atas sebidang tanah di situ.
11:00 a.m - Tiba di Tol Sg Besi, saya makcik dan pakcik makan di situ. Saya 'menurun' depan mereka. "Saya tak rasa Parameswara itu Islam ketika dia mula-mula tiba di Melaka. Dia ini mungkin Muslim pada akhir-akhir pemerintahannya," kata saya.
Bukan tiada kes di mana mahasiswa tersilap bagi maklumat. Tetapi, keberanian untuk bercakap pada ketika itu mesti ada, walaupun ada kemungkinan kita tersilap. Syukur, hingga kini saya tak rasa menyesal kerana melawan HEP USM kerana kita di pihak benar.
"Nak buat macam mana mak? Dah terjadi," kataku lagi. Tapi, apa yang pasti, berdasarkan apa yang saya dengar, nama saya masih dingati di USM. Ingatkan dia orang dah lupa.
4:00 p.m - Kami tiba di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Kata pakcik, itulah kubur milik Parameswara. Tapi, apa yang tercatat di batu bersurat itu, kubur itu atas nama Syeikh Ahmad Majnun, seorang pendakwah di Nusantara.
(Kisah baru menyusul, insya Allah)
----------------------------------------------------------------------------------------------
30 Julai
Sekitar 10:30 pagi, tuan rumah mula memasuki bilik saya dan memeriksa paip yang terbocor. Fuh! lega sikit. Ada perubahan. Semalam aku berdoa, kalau boleh pindahkanlah bau bilik ini ke dalam rumah tuan rumah. Mungkin termakbul doa malam tadi kot. :)
Cek e-mel, ternampak e-mel Dr Abu Hassan Hasbullah, UM panelis Fenomena Seni. Syukur. Semoga boleh cerita lanjut tentang hasrat menyambung master (Sarjana) dalam kewartawanan hiburan. (Cemuih dah kewartawanan politik nih, kah, kah)
Bukak Detik Daily, syukurlah. Ingatkan pemiliknya dah buang bahan saya mengondem Cikgu Pa hari tu. Saya sayang Pas dan mahu selamatkan pimpinan parti Pas. Jangan sampai depa tertipu lagi oleh Umno. Depa kena ingat, kita ni marah-marah sayang.
Aku fikir, akan tiba masanya, aku perlu tulis sebuah buku yang agak lengkak untuk mengkritik apa-apa kelemahan dalam Pas yang perlu diperbaiki. Biar depa nak marah pun tak pa. Janji puas hati hidup sebagai ahli yang bertanggungjawab membetulkan dan melurus kepimpinan. (Err, walaupun jalan hidupku sendiri tak betul sebenarnya, he he)
(Akan menyusul... insya Allah)
-------------------------------------------------------------------------------------------------






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)

Currently have 0 comments: