Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Perjanjian Lesen Penerbitan, Di Tengah Arus

Tuesday, July 08, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 7:27 AM

Ketika mahu keluar rumah petang tadi, saya terjumpa kiriman daripada DBP; Perjanjian Lesen Penerbitan. Ia berkaitan dengan buku bertajuk Di Tengah Arus yang memuatkan 13 buah cerpen dan 13 buah puisi terpilih melalui Sayembara Mengarang Sempena Jubli Emas DBP pada Februari lalu.
Puisi Balada Burhan Di Kota Raya yang mendapat tempat kedua itu tercantum pada muka surat _____. Sekarang, saya mula terfikir tentang cara bagaimana mahu memasarkan buku itu. Apakah saya perlu ke Dawama untuk menjadi pengedar sambilan?
Saya rasa, pada zaman ini, buku yang perlu menemui pembaca dan bukan lagi pembaca yang mesti mencari buku. Tanggapan ini tentunya menyanggah tradisi dan budaya ilmu. al-Ilmu yu'ta wa la ya'ti (ilmu itu didatangi dan bukan mendatangi).
Sama ada kalian mahu bersetuju atau tidak, kita akan berbual mengenainya kemudian. Kini, saya mahu menangkap isi butiran buah pemikiran rakan-rakan tentang cara-cara bagaimana saya mahu memasarkan buku ini?
Bagaimana mahu pasarkannya? Kalau sesiapa yang tahu cara-cara membuat pemasaran dengan http://www.amazon.com/, harap dapatlah berkongsi maklumat bersama saya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
DIARI
8 Julai, 2008
3.30 ptg. - Bertolak ke KL Sentral, pergi pejabat pos Brickfield. Ambil motor adik untuk diserahkan kepadanya yang sedang menjalani praktikal di Bandar Baru Bangi.
Tadi petang, tukang perbaiki paip kumbahan datang ke rumah. Katanya, urusan pembaikan itu akan bermula esok pagi. Pintu depan Sekolah Pemikiran Kg Baru diminta tidak ditutup.
Kak Aya, (Roy Rasul) call. Dia minta aku tengok-tengokkan di mana letaknya Dewan Serbaguna di Kg Baru. Mungkin dia ditugaskan untuk membuat liputan di situ. "Dr Lo' Lo' nak buat program Sabtu ni kat situ, mendedahkan pelan pembangunan dia," kata beliau.

Kuala Lumpur, Wilayah 'Berkebajikan'
Jadi, aku rasa kain rentang bertajuk KL City Plan 2020 itu mungkin antara yang dibentangkan

oleh Dr. Lo' Lo' kot. Aku rasa, dia perlu promote Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Wilayah 'Berkebajikan'.
Kg. Baru, tempat ditubuhkan SPKB mestilah dijadikan model sebagai 'kampung berkebajikan', walaupun kebajikan orang sepertiku tak pernah dibela oleh 'parti berkebajikan'. Ya Tuhan, gerakkanlah hati Dato' KJ untuk menandatangi cek aku cepat sikit. Dan, gerakkanlah hati kerani untuk mempercepatkan urusan mengirim karya-karya kami ke meja Dato' KJ.
Ya Tuhan, aku tak tahu apakah yang sebenarnya berlaku ke atas segala 'payment' kami selama ini. NabiMu bersabda, bayarlah duit upah sebelum kering peluh di tubuh buruh. Tapi, kami telah kering idea dan kontang pemikiran untuk menulis lagi, sedangkan duit tak sampai-sampai lagi.
Maka, pemergianku ke Bandar Baru Bangi hari ini menyebabkan tergendala lagi urusanku di Utusan kerana menuntut wang hasil puisi-puisiku yang tak pernah kudapat imbuhannya selama ini. Beberapa hari lalu, aku jual 7 kg akhbar-akhbar lama di Jalan Chan Sow Lin. 1 kg bersamaan RM0.30. Jadi, aku dapat RM2.10. Jadilah, rezeki daripada Gusti Alloh tu...
(Yang terbaru, puisi Kehilangan telah tersiar ...)
Tergendala juga urusan di UIAM tadi untuk meletakkan 'batu asas' kepada penubuhan Sekolah Pemikiran Kg Baru, (cawangan UIAM, Gombak). Tak apa. Esok mungkin boleh meletakkan batu asas SPKB semula. Bak judul filem Jins Shamsudin, "Esok masih ada..."
Tadi, tengok drama di TV9, (Ali Din kalau tak silap). Pelakon wanita, Vanidah Imran berkata kepada 'suaminya', Hans Isaac: "...Habislah gosip i akan tersiar di paper nanti. Tersiar di Utusan, Metro, Sin Chew Jit Poh, Harakah ...". Dan Hans Isaac kata, "Shut up!" untuk menenangkannya.
Hmm... paper pembangkang sudah masuk namanya dalam tv aliran perdana rupanya.
Sekolah Pemikiran Kg Baru
11:46 p.m, 8 Julai 2008

Currently have 0 comments: