Muhasabah minggu ini
13 Julai, 2008
6:10 p.m - Pakcik call aku tentang cadangan dia dengan makcik untuk hantar memorandum ke Istana Negara tentang isu Tanjung Tuan, Melaka. Selasa depan dia akan hadir ke Istana Negara. "Biar dia orang (Pak Lah) cari kita. Bukan kita cari dia. Kalau kita yang cari dia, memang dia nak melarikan diri. Jadi, aku harap kau datang buat liputan. Jadinya, kau siap sedialah untuk kami call sekali lagi," kata pakcik lagi.
Malam Jumaat lalu, aku sudah buat rakaman video, dan kemudiannya ditokok dengan suntingan sedikit. Tapi, akhirnya dia minta ditangguhkan selama seminggu. Ish, bila difikirkan balik, buang masa aku saja. Lain kali, cubalah depa rancang apa nak dicakap, tapis percakapan. Jadi, tidaklah rasa takut-takut semula untuk disiarkan di internet. Rasanya, depa ni takut risiko juga kot.
-------------------------------------------------------------------------------------------------12 Julai, 2008
3.00 p.m - Saya mula tiba di DBP. Membuat liputan mengenai Konvensyen Mahasiswa anjuran PKPIM, Dewan Masyarakat dan DBP. Saya ambil peluang bertanyakan soalan dan memajukan beberapa cadangan ketika sesi soal-jawab sedang berlangsung.
1. Minta agar pimpinan pelajar dapat buat dialog tertutup dengan Saiful Bukhari Azlan. (Tiada respon pimpinan pelajar)
2. Minta mereka rujuk semula idea Parlimen Mahasiswa kepada Naib Canselor USM, kerana itu adalah 'idea asal' beliau. (Tiada respon)
3. Saya minta mereka mempengaruhi guru-guru besar dan pengetua sekolah untuk boikot kelas dan mogok beberapa hari sehinggalah kerajaan akan mengubahkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa ibunda. (Tiada respon)
"Saya rasa, bahasa yang boleh kita bercakap kepada kerajaan sekarang ialah bahasa militan dan bahasa radikal. Guru-guru dan murid-murid melalui Kesatuan Guru-Guru dan PIBG perlu kita satukan hati mereka untuk melancarkan mogok!" kata saya.
Bagaimanapun, Sahar, setiausaha sulit kepada Menteri Pelajaran, merangkap wakil GPMS yang menyatakan dirinya juga tidak bersetuju terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris itu tidak menyenangi pandangan tersebut agaknya.
"Saudara bayangkan, betapa banyaknya jumlah kerugian yang ditanggung nanti," demikian kata beliau lebih kurang. Saya tak fikir mahu memanjangkan debat dengan beliau kerana setiausaha seperti beliau bukannya pembuat dasar. Lebih baik saya debat dengan Idris Haron.
Kalau saya menang berhujah dengan setiausaha sekali pun, nescaya tidak akan berlaku apa-apa kerana setiausaha bukanlah penggubal dasar. Tetapi, ingin saya menambah. Jika hal kerugian yang dibangkitkan, sedarkah beliau bahawa bahawa kerugian telah pun berlaku sebelum ini ketika kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membeli laptop serta peralatan lain untuk mengajar anak-anak murid memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
4. Minta Affandi Tanjung, wakil MPPK (MPMUM) menceritakan kisah beliau memanjangkan idea Parlimen Mahasiswa itu kepada Najib Tun Razak (rasanya la kot). (Dia cuba menjawab, tapi saya tidak jelas dengan jawapannya).
7. oo p.m - Dalam perjalanan pulang. Singgah makan di restoren dekat masjid. Kemudian, aku bermaghrib di Masjid Jamek Kg Baru. Ada panggilan menjengah ke telefon bimbitku. Panggilan daripada Lutfi. Dia minta pergi ke rumah dan mengambil 50 naskhah Harakah ke rumahnya.
"Kita nak buat 'penswastaan' pula Harakah ni," kata Lutfi kepadaku. "Enta try jaga ruangan sastera, seni dan budaya."
Ketika di rumahnya, dia memanjangkan lagi perbincangan itu. Harakah yang terbit pada Isnin, maka 'deadline' ialah pada hari Khamis dan Jumaat. Jika ia terbit pada Jumaat, maka 'deadline' jatuh pada Isnin dan Selasa.
Aku tidak sabar-sabar menyunting bahagian cerpen, puisi di Harakah edisi cetak itu walaupun 'payment' aku Harakah lambat bayar. Parti berkebajikanlah katakan ...
Harakah akan dikeluarkan 2 kali seminggu dengan keadaan kakitangan yang tidak mencukupi. Ada dua halaman yang aku perlu uruskan. Cuma, halaman yang mana harus aku uruskan, tidak lagi diputuskan oleh pihak atasan.
Jadi, kepada yang berminat berkarya itu, boleh hantar puisi, cerpen ke ibnuamir@yahoo.com.
Currently have 0 comments: