Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah 14 - 21 Julai 2008

Monday, July 14, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 6:44 AM

20 Julai
Hari ini tak banyak keluar. Banyak menumpukan penulisan. Terima sms daripada makcik, Lutfi.
10:50:21 a.m - "Tulisan anta kena betulkan perkataan yang "lompat2 tu".
Semasa mengirim bahan ke Harakah Daily, kerap terjadi masalah seperti ini - ungkapan orang menjadi 'oran g'. Mungkin inilah yang dimaksudkan editorku mengenai perkataan lompat itu. Saya kirim satu bahan lain bertajuk 'Saiful Bukhari' perlu beri pengakuan jujur' hari ini dengan menggunakan 'file attachment'. Program Notepad. Semoga tidak berlaku masalah lagi.
Alhamdulillah. Ada dua bahan tsaya yang tersiar hari ini: - ('Payment' belum tentu lagi)
12:20:55 p.m - "Askm. Pakcik suruh Ali, Fahmi bersedia minggu depan untuk ambil video."
Hari ini banyak tumpukan kepada penulisan. Tak banyak kegiatan 'out-door' dan 'out-reach'. Terjumpa sebuah klip video 'unsolved mystery'. Saja letak kat blog untuk tatapan pengunjung. Lagi pun, rasanya bermula sekarang, saya perlu mantapkan penguasaan rakaman video pula.
Unsolved Mystery

Banyak betul misteri-misteri negara kita yang masih belum diungkapkan. Tempoh hari saya ada chating dengan Dr Awang Sariyan yang kini mengajar di Beijing. Katanya, segala catatan tentang negara kita mungkin berselerak di macam-macam tempat di negara China.

Saya fikir, penyelidik diperlukan untuk bekerja keras, menghimpunkan segala catatan tersebut.

7:00 p.m - Abg A, teman serumahku minta ditambahkan lagi kredit Digi sebanyak RM20 lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

19 Julai
12:10 p.m - Saya pergi menonton filem percuma; Congkak di Panggung Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas selesai menonton pada 1:13 p.m, saya dapat tandatangan para pelakon - Riezman, dua pelakon muda (lupa pulak nama mereka) dan Nanu.
Saya menonton kerana menyahut seruan kerajaan supaya menonton filem buatan tangan orang kita sendiri. Walaupun pemimpin kerajaan paling banyak membeli barangan buatan luar negeri dan khidmat servis pendidikan anak-anak mereka kebanyakannya didapati dari luar negeri.
2:30 p.m - Mula bergerak ke Wangsa Maju, ke Restoren Cheng Ho. Di atasnya ada penerangan mengenai Forex. Walaupun ada orang bersikap prejudis, namun saya rasa perlu ada sebenarnya pertukaran wang asing ini.
Agamawan kita kini banyak menjatuhkan hukum, tapi belum menyiasat secara lebih mendalam. Kita perlu siasat sedalam-dalamnya sehingga ke akar umbi sebelum menjatuhkan hukum. Saya dapat rasakan lapangan ini membuka ruang yang lumayan juga. Halal haram tolak ke tepi dulu.
Ada seminar 30 Ogos ini di Jalan Sultan Ismail. Hotel Equatorial?? Pendaftaran RM500. Ramai yang bayar deposit dulu RM50 termasuk saya sendiri. Kemudiannya saya pulang dan berehat di rumah. Ish, terfikir juga. Aduh! Kat manalah saya nak korek lagi RM450?
8:00 p.m - Keluar ke Taman Tasik Titiwangsa. Kali ini saya 'bertawaf' mengelilingi tasik untuk mencari Jalan Pahang Kecil, kerana mencari Galeri Perfileman Finas. Malam ini ada tayangan filem percuma; 1957: Hati Malaya. Dapat kacang percuma yang diberikan kepada penonton.
Akhirnya, baru terjumpa setelah berhenti banyak kali untuk bertanya orang-orang di situ. Saya terlewat, mungkin dalam 10 minit agaknya. Tayangan bermula 8:30 malam. Hairan, kenapalah diletak Galeri Perfileman Finas di bahagian hujung yang sukar ditemui? Macam mana orang nak hormat kepada perusahaan filem negara kita?
Dalam 10:30 p.m, tayangan filem berakhir. Pelakon tidak pula datang macam petang tadi. Kalau di Panggung Coliseum tadi ramai sungguh. Kali ini, mungkin kerana tempatnya kecil, dan tempat itu tersorok pula, maka tidak ramai yang datang.
Sempat juga saya merakam kata-kata Abdullah Fahim (Dato' Rahim Razali) mengguna video hp: "Jangan pula nanti apabila sudah merdeka, pemimpin kita akan jadi penjajah."
Kata-kata inilah yang saya fikir mahu diapungkan dalam YouTube nanti. Kalau-kalau Abdullah Ahmad Badawi mahu mengambil iktibar daripada pesanan datuknya yang memberikan amaran agar pemimpin kita tidak berperangai dan bersikap seperti penjajah.
Jual kredit to Abg A, Digi RM20. Sesiapa yang nak membeli kredit hp, bolehlah kontek saya, lalu bank-in ke dalam akaun Maybank 164025914329.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
18 Julai
2. 45 p.m - Baru selesai up story tentang Tanjung Tuan di Melaka. Catatan itu tersiar di Detik Daily, menerusi kolum yang Lutfi beri khas kepada saya, Catatan Dari Menara.
Salah satu isu yang banyak tenggelam dalam lipatan kenangan masyarakat kita ialah kes pencerobohan Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan di Melaka. Saya faham sikit isu ini setelah berkenalan dengan seorang tua. Baru-baru ini, beliau cuba menghantar sepucuk surat kepada pihak Istana Negara, menyeru agar Yang Dipertuan Agong campur tangan. Saya fikir, saya mahu bawa lelaki tua itu berjumpa Yang Dipertuan Agong terus. Tapi, bagaimanakah caranya? Berikut adalah salinan asal surat tersebut kepada Agong ...
Nanti, selepas ini saya mungkin akan hantar kepada ruangan mailing-list yahoogroups Sahabat Interaktif Maya (SIM) dan islah-net insya Allah Ta'ala.
3:00 p.m - "Mai datang ambik cek dan duit RM30. Kak letak bawah 'keyboard'," kata Kak Nat lewat sms. Alhamdulillah, ada rezeki hari ini. Cek Harakah dan duit hasil jualan prepaid hp.
6:00 p.m - Makcik call. Bercerita panjang mengenai hal-ehwal 'kerohanian' yang sukar masuk akal bagi sesetengah tanggapan orang. Mujur saya termasuk dalam kalangan yang boleh dengar.
"Roh (mungkin aura?) hijau adalah roh nabi-nabi. Roh kuning milik raja-raja," kata makcik.
7:00 p.m - Keluar rumah, makan. Topup prepaid RM60 di Maybank Masjid Jamek Kg Baru. Saya serahkan kembali selipar hijau yang saya ambil kerana kasut saya dicuri tempoh hari. Lega hati rasanya kerana telah berjaya menyempurnakan tugas; menyerahkan hak orang lain kepada pemiliknya yang asal.
8:00 p.m - Tiba di opis. Bila periksa, cek berjumlah hanya RM91 saja. Pada slip ditulis sempena tulisan saya dalam isu khas, Jun 2008. Mungkin, itu cek berkaitan wawancara Pak Said Zahari bersama Lutfi agaknya. Rupanya, bukan Mac dan April belum terima lagi. Terus saya bank-in di Bank Islam, berdekatan Jalan Raja Abdullah Kg Baru.
Tiba-tiba hati tergerak untuk berjalan di lorong yang ada banyak kegiatan 'clubbing'. Tiada lagi orang ramai saat ini. Nanti jam 1 pagi sampai 3 pagi, memang penuh. Jalan ini banyak mencabar dan menggoncang iman saya. Rasa seronok masih ada melihat semua ini. Jiwa muda masih ada.
Kesian P Ramlee. Barangkali kerana hidupnya bergelumang dengan dunia hiburan, maka ketika sudah meninggal dunia sekali pun, Jalan P. Ramlee, di bahagian kiri dan kanannya ada kegiatan 'clubbing'. Cubalah sesekali pergi ke ke sana, dekat KLCC, lihat apa ada di sana.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
17 Julai
7:00 pagi - Hari ini dengan semangat luarbiasa, saya keluar dari rumah. Makan pagi RM3.80.
8:30 pagi - Pergi ke TM Net, buat tuntutan tentang 'pen-drive' yang sepatutnya saya terima sekali dengan alat pemasangan internet.
"Encik daftar dengan kami atau agen?" tanya seorang kerani.
"Ada booth di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi, di situ saya daftar," saya menjawab. "Dia
orang cakap, saya boleh dapat 'pen-drive''."
"Oh, itu agen. Kami tidak bekalkan 'pen-drive'." ... Aku terdiam. Apa yang harus kubuat? Nanti kalau aku ke Shah Alam, akan kutuntut semua janji yang ditaburkan. Saya mahu tengok berapa ramai orang yang jujur dan tidak memungkiri janji mereka.
9:00 pagi - Topup RM20 buat kali pertama dan topup RM20 buat kali kedua. Saya tunggu A. Amran di YKSM. Dia hulur RM20, hasil belian prepaid daripada saya.
"Abang baru keluar rumah. Sebab tu lah lambat. Lepas ni nak kena pergi Parlimen," katanya. Aku mengangguk sahaja.
Tiba-tiba aku teringat mahu berjumpa pegawai Maybank untuk bertanya mengenai Debit Card yang banyak membawa masalah kepadaku. Kadang-kadang, jumlahnya surut. Kadang-kala naik semula jumlah wang di dalam akaun bank itu. Pelik dan hairan.
"Buat masa sekarang, jangan guna kad debit untuk isi minyak di Petronas. Kalau di Shell okay kot. Encik boleh gunakan kad debit di semua Hyper Market tanpa masalah. Cuma di Petronas saja cuba elakkan. Gunakan cash buat sementara waktu," kata si kerani.
Aku berpuas-hati dengan penjelasan itu. Setelah aku cuba keluarkan RM50, aku dapati, nilainya tidak berkurangan, menyusut dengan teruk. Lega, alhamdulillah, syukur ...
Kemudian, bermodalkan duit RM50 itu, aku pergi Mydin yang berdekatan Maybank. Beli kasut baru bagi menggantikan kasut yang hilang di masjid baru-baru ini; (RM17.90), biskut crackers(RM10.95) dan maggi (RM3.80). Semuanya, RM32.65. (RM32.65 + RM3.80 = RM36.45)
10:00 pagi - Ketika baru 'bershopping', ada dua panggilan. Pakcik dan kemudiannya mak call.
Kata pakcik ... (1) Anwar akan selamat; (2) Kalau Saiful Bukhari beri kenyataan bahawa dia dah disuruh mengaku diliwat, maka Anwar secara 'automatik' akan menjadi Perdana Menteri.
"Jadi, kau bila nak datang rumah?" dia bertanya. Aku tidak berikan sebarang kata-kata serta bayangan yang menggambarkan bahawa aku akan pergi Kelang. Aku perlu uruskan hal banyak di sini. Lagi pun, baru-baru ini sudah pergi ke sana, buat penggambaran. Banyak masa terbuang dan penggambaran itu tidak kuhantar ke YouTube.
Ya Allah... banyaknya masaku terbuang kerana buat kerja untuk orang, sehinggakan kerja-kerja peribadiku sendiri tidak terlaksana. Jadi, aku harap Tuhan dapat memberi aku bebas daripada orang-orang yang boleh menyebabkan urusan harianku tergendala. Tapi, tidak betul juga fikiran semacam ini. Mungkin semua ini ada hikmah juga. Hai, entahlah. Tuhan, berikan aku jawapan.
Jadi, bualan bersama pakcik itu kutamatkan begitu saja.
Kemudian masuk pula panggilan mak ... (1) tolong pergi Mara, tolong tanya surat pos laju yang adik hantar, dah sampai atau belum? (2) tanya mengenai lampiran A; (3) Adik sebenarnya dapat biasiswa Mara RM4,500. Tapi, dia dapat RM4,000 sahaja.
10:30 pagi - Pergi ke KFC. Tunjukkan diskaun RM1.50 pada tiket wayang Narnia tempoh hari untuk dapatkan set sarapan pagi. Jadi, harganya RM5.45. (RM36.45 + RM5.45 = RM41.90)
Kembali semula ke Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB); meletakkan set sarapan pagi KFC untuk santapan tengahariku. Kemudian aku pergi buat perhitungan di Mara berkaitan urusan biasiswa adik. Hutang pendidikan Mara aku sudah lama selesai. Kini urusan biasiswa adik pula. Aku dapat berasakan bahawa bukannya dia seorang yang terlibat dengan masalah begini. Ramai lagi.
Tetapi, persatuan pelajar mana yang nak ambil peduli sangat tentang hal semacam ini? PKPIM, Gamis, Karisma? Aku perlu berbuat sesuatu untuk menggerakkan pertubuhan ini benar-benar pergi kepada 'grass-root' pelajar jika mereka benar-benar mahu 'menggoncangkan dunia'. Tuhan bantulah aku dan berilah daku petunjuk.
12:15 tengahari - Tiba di Mara aku terlekat di sebuah gerai muzik yang memainkan lagu Arab Pascale Mash'alani. Dua buah lagunya kulayan. Nanti, aku cuba masukkan lagu-lagu ini ke dalam blog sebagai habuan dan halwa telinga pengunjung blog ini, inso Alloh.
Tetiba, makcik pula call: "Pakcik mintak kau datang hari ini ..." Aduh, akhirnya aku terpaksalah juga ke Kelang. Hasrat untuk ke TV9, menuntut hadiah terpaksa kubatalkan sekali lagi.
Maka, dengan langkah Jebat Derhaka, daku pun menyusun melangkah membuat perhitungan ... Cis bedebah!!!
Perhitungan di Tingkat 3: Bahagian Penganjuran Mara
Suasana hiruk-pikuk. Saya pergi bertanya, endah tak endah saja mereka layan aku. Orang yang adik minta saya 'deal' tidak pula mereka panggil. Hal itulah yang membuatkan hati saya panas baran. Tapi, saya tidaklah pula saya jerkah.
"Tak perlu panggil pegawai itu, apa no. i.c adik?" nampak cara dia jawab agak kerek. Menurut emak, adik saya telah menghubungi pegawai M sudah banyak kali, tetapi selalu gagal. Sebab itu, mak utus saya untuk membuat perhitungan terus dengan pegawai M, tapi bila sampai di sini, pegawai muda lain pula yang buat hal. Muda lagi dan tentunya tidak berpengalaman.
Saya rasa adik saya ini telah lama berurusan dengan Puan M. Tapi, entah kenapa mereka tidak mahu memanggilnya keluar walaupun saya mahu sangat nak jumpa beliau. Mungkinkah mereka juga ada masalah dengan Puan M? Akhirnya, terpaksalah saya berurusan dengan orang yang tak tahu latarbelakang permasalahan adik saya itu. Jenuh pula saya menerangkan latarbelakang kedudukan kes berhubung biasiswa adik saya itu.
"Kalau USM cuba jumpa cik A di tingkat 13," katanya. Pegawai yang ini pula lembut pula cakap dia. Serabut di kepala saya mula berkurangan.
Perhitungan di Tingkat 13: Bahagian ... (tak ingat)
Di sini, saya bertemu Cik A. Dia hairan dengan penerangan saya itu. Sambil dia membuka sistem ada beberapa maklumat yang masih terpahat di ingatan saya.
Kedua-dua wang itu (RM4,000 - elaun sara hidup) dan (RM500 - elaun buku) telah pun dikeluarkan pada tarikh yang sama; 16 Julai 2008. (jika tak salah ingatan dan penglihatan saya)
"Kami dah keluarkan sekeping cek berjumlah RM4,500 dan cek dibuat atas nama adik encik," kata Cik A. Hal ini yang memeningkan kepala saya. Kata adik saya, beliau mendapat panggilan daripada Jabatan Bendahari, USM.
"Lepas dapat panggilan itu, dapat sekeping cek RM4,000 ja," kata adikku. Suaranya masih terngiang-ngiang, menendang gegendang telinga. Soalnya sekarang, di mana RM500 itu?
Jika Mara keluarkan sekeping cek RM4,500 dan adikku menerima sekeping cek RM4,000 dari Jabatan Bendahari USM, bukankah itu suatu percanggahan yang amat jelas dan nyata? Dan dalam kepalaku sekarang cuma ada satu perkara, samada aku silap faham atau ada percekcokan di pihak Jabatan Bendahari USM. Rasanya, di pihak Mara sudah 'clear' hal ini.
Perhitungan di Tingkat 8: Pembiayaan Pembiayaan Perniagaan
Akhirnya, hatiku digerak ke Tingkat 8. Mungkin ada peluang pinjaman untuk membuat kerjaya. Rahman, rakanku di Johor selalu bercakap mengenai ternakan cacing. Lalu, aku cuba bertanya-tanya mengenai hal perniagaan itu.
"Selalunya orang pergi ke Mara daerah. Contohnya, cuba encik pergi ke Batu Caves, mungkin di sana boleh dapatkan pinjaman sebanyak RM10,000," kata seorang pegawai di situ. "Di sini, kalau pinjaman itu membabitkan sehingga RM150,000 maksimum."
Baru saya faham sikit-sikit. Akhirnya, saya pulang dengan menyimpan anganan yang panjang. Saya tinggalkan bangunan Mara, Jalan Raja Laut dengan duka lara yang masih berbekas di dada ketika mana teringat sejumlah kekerekan karekter yang mewarnai pengalaman diri hari ini.
Mungkin mereka nampak juga 'kegarangan', sikap serius saya yang agak menakutkan mereka. Padahal, hati saya baik. Tetapi, daripada suatu sudut yang lain, rasa rugi juga sebab 'kegarangan' ini akan memusnahkan malah membatalkan proses penguratan yang mahu dijalankan.
2:00 p.m - Masa yang masih berbaki, saya gunakan untuk pergi ke Kedai Buku, DBP. Manalah tahu kalau-kalau boleh dapatkan harga diskaun untuk membeli secara borong buku Di Tengah Arus itu. Kalau jadi, inilah kali pertama saya akan cuba-cuba menjadi pengedar.
Tiba di sana, mata saya terpanah ke arah kira-kira 5 - 6 orang minah Salleh. M yang saya temui semasa acara bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Gapena di PWTC, 4 Julai lalu rupa-rupanya adalah seorang petugas di Kedai Buku. Senang sikitlah nak berurusan nanti.
Di situ saya pilih dua majalah; Dewan Masyarakat (Disember 2007) & Dewan Masyarakat edisi PRU12. Ketika memilih itu, hati saya berkocak, bebola mata keranjang sesekali melantun-lantun ke arah minah salleh yang muda-muda itu. "Student sini atau pelancong?" hati saya bertanya.
Ketika sedang memilih itu juga abah call, bertanya hal-ehwal perjuangan membuat perhitungan di Mara tadi. "Hai, dah jadi macam Anwar Ibrahim, menuntut keadilan..." Saya senyum sajalah sambil mata saya masih setia menikam ke arah pemandangan yang indah berdekatan kaunter di tempat pembayaran itu. Minah-minah salleh itu sedang membuat pembayaran kepada M.
Setelah memberikan beberapa penjelasan kepada abah, aku nampak hal ini perlu aku teruskan walau dengan apa cara sekali pun. Mungkin bukan adik saya seorang yang terkena hal sebegini.
Bertemu M di kaunter, saya hulurkan kedua-dua majalah itu. Jumlah kedua-duanya RM7.70 setelah diberi diskaun. Maka, duit yang terbelanja kini ialah RM41.90 + RM7.70 = RM49.6o.
"Pelajar Rusia. Tetapi, ada dua orang yang dapat bercakap Melayu. Itu pun telor Indonesia," kata M. Rugi juga apabila tak mahir bahasa Inggeris. Salah satu asset untuk melancarkan proses penguratan telah tertanggal daripada jiwaku ini.
"M, ada puisi saya tersiar dalam buku ini," lalu saya keluarkan buku Di Tengah Arus. "Tapi, di mana boleh dapatkan sekotak dengan harga murah untuk dijual kepada kawan-kawan?"
M saat itu baru selesai berurusan dengan pelajar-pelajar wanita Rusia tadi di kaunter bayaran. Dia meneliti buku itu sebentar. "Cuba berurusan dengan Dawama. Di sana ada diskaun murah lagi." M kemudiannya memberi kepadaku nombor telefon untuk menghubungi pihak tertentu.
Kali ini saya meninggalkan Kedai Buku, DBP dengan perasaan puas hati. Sekurang-kurangnya, sedikit terubat dan terawatlah penderitaan yang saya terima di Jalan Raja Laut tadi. Puas hati kerana mendapat suatu maklumat baru yang saya rasa berguna, bermanfaat untuk melangkah lebih jauh. Saya terus pulang ke rumah untuk berehat, solat dan makan.
2:15 p.m - Solat di SPKB. Santap makanan yang saya beli di KFC tadi. Kemudian terus pergi ke Kelang dalam jam 3:30 petang. Tiba di bandar Kelang, aku mesti mengadap 'vadhe', pekena teh tarik di sebuah restoren yang berhampiran dengan Stesen Komuter Kelang. Dalam 4:30 petang sampai di restoren itu, kira-kira sejam perjalanan. Kemudian, aku terus melanjutkan perjalanan.
5:00 p.m - 9:00 p.m - Berada di rumah pakcik dan makcik dengan penuh keletihan yang masih bersarang di raga jiwa. Sembang banyak perkara dan isu. Pakcik minta aku menulis kisah kemungkinan adikku 'ditipu' pihak tertentu dalam USM setelah cerita masalah aku tadi.
Menurut Mara, mereka dah selesai memberikan sekeping cek RM4,500 kepada adikku. Tapi dia dapat sekeping cek, RM4,000 sahaja. Mana lagi baki RM500 menghilang? Menurut adikku, Jabatan Bendahari USM yang call dia hari tu dan akhirnya dia menerima sekeping cek RM4,000 sahaja. Adikku akan periksa sekali lagi dengan CIMB USM.
Jabatan Bendahari di dalam perhatian aku sekarang. Sebab, tadi aku dah cek dengan sistem komputer di Tingkat 13, Mara, Jalan Raja Laut. So, dengan pihak Mara rasanya dah 'clear'. Akan kucuba bawa kes ini ke pihak arus perdana.
Sesiapa yang ada masalah seperti ini, sila hubungi saya di ibnuamir@yahoo.com.
"Engkau mungkin akan maju dan cepat terkenal kalau kau bawa kes ini ke tengah," kata pak cik. Saya bukan mahu terkenal pakcik, saya cuma mahukan pembelaan bagi pihak adik saya dan pelajar-pelajar lain yang tertindas.
Pakcik bercerita dan berceloteh panjang ketika itu aku sudah mula keletihan dan mengantuk. Dia dapat mengesan kantuk yang bersarang dalam kepalaku itu.
"Kau mengantuk?" dia bertanya. Mataku tiba-tiba cerah semula. "Pergi mandi, dah maghrib."
Selesai Maghrib kami makan dan menonton televisyen bersama. Kutuk-mengutuk Najib saling bersulam dengan kritikan ke atas Abdullah, khususnya apabila Najib mengumumkan pemberian rebat dan dividen terus kepada rakyat.
"Bodoh! Nak lantik agen lagi untuk bagi rebat tu. Itu duit rakyat lagi tu," pakcik menyergah lagi bagaikan singa di hutan. Kami menonton Buletin TV3 bersama. Nampaknya selepas debat di antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek, kerajaan bukannya nak ambil pengajaran.
"Kautahu angkara siapakah yang menyebabkan media menyerang lima buah negeri di bawah PR?" pakcik bertanya lagi. Aku pun berdiam diri. Makcik sedang sibuk menyiapkan makanan di dapur. Dia tidak campur sangat hal-ehwal politik semasa. "Ini semua angkara Khairy."
Ada lagi idea pakcik yang kuanggap 'best': "Apasal kerajaan kita tidak berkeras sedikit dengan orang-orang bukan Islam di negara kita ini. Kerajaan dah kata, ini Negara Islam. Jangan ternak babi di sini. Kalau nak makan juga, 'import' babi."
Ya, tak ya juga. Kalau kita suka makan daging (lembu) 'import', kenapa kita tidak boleh 'import' saja daging babi untuk kegunaan makanan orang-orang bukan Islam di Malaysia. Jadi, tidaklah kotor sangat kawasan penternakan babi di Malaysia hari ini.
Malam itu selesai makan minum, ada banyak hal berbangkit. Siapa Bigfoot yang sebenarnya dan banyak lagi hal yang mengerikan, aneh-aneh atau yang mungkin membangkitkan ketawa di hati mereka yang sukar 'mendengar', sukar belajar 'mendengar' dan sukar bersabar.
11:45 p.m - Saya pulang ke rumah. Mulanya ingat mahu singgah, menginap di rumah kawan di Shah Alam. Tapi, akhirnya saya pulang terus ke rumah. Bahaya sungguh pulang malam dengan keadaan mengantuk ni. Kadang-kala ternampak macam ada saja halangan di depan. Tapi, yang sebenarnya halangan itu tak ada, tertutup mata berulang-kali. Ish, bahaya sungguh.
Syaitan dan benda-benda mengarut banyak melintas di depan mata. Akhirnya, selamat sampai juga di SPKB. Saya terus tidur dengan nyenyaknya ... zzz
Kesimpulan muhasabah: Aku habis wang sekitar, lebih kurang RM49.6o. Dosa-dosa kecil, melihat mir'aatun jamiilatun, terasa macam nak mengamuk, marah-marah dan mengamuk kat dalam hati kepada orang yang aniaya adikku. Mengantuk dan terpaksa melayan karenah orang tua yang sangat mengharapkan aku membela Tanjung Tuan.
Ya Tuhan, ampunilah segala dosa-dosaku termasuk rungutan-rungutan kecil di dalam hatiku ...
Dosa besar = Harap-harap sifar dosa besar hari ini dan kalau ada pun, malaikat kiriku ini tak catitkan sangat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
16 Julai
10:30 pagi
– Ada bungkusan daripada Pos Laju, Streamyx. Kacau betul. Pen-drive seperti yang dijanjikan tak ada. Tunggu dalam seminggu dua lagi, saya mungkin tukar daripada Dial-Up kepada Streamyx!
12:14:26 p.m - Sms daripada Hudan Nur, rakan saya dari Banjarmasin. Kami bertemu dalam bengkel puisi di Samarinda, Kalimantan Timur anjuran Mastera, DBP pada Julai - Ogos, 2007.
Kata Hudan: "Pada akhirnya, kita semua tidak pernah sepakat tentang jumlah bintang-bintang (Hudan bjm. Fix number). Apa khabar, lagi sibuk apa?"
Kali terakhir, saya dengar khabar bahawa beliau kecelakaan teruk di Banjarmasin. Entah apalah khabarnya sekarang? Saya masih belum sempat membalas kiriman smsnya. Mungkin esok?

12:41 pagi – Hong Leong Bank call, bertanya mengenai loan Smart Kiosk.
1:28:13 petang - Mesej dari cik Mat: "Tergempar 1 p.m: DSAI ditahan polis ketika dalam perjalanan dari rumah ke IPK selepas beri 'statement' di BPR Putrajaya."
Jadi, seharian ini, ekoran debat minyak antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Ahmad Shabery Cheek, saya 'terpaksa' melayani kawan-kawan dalam Yahoo Messenger. Lebih kurang 5 - 6 jam jugalah terpaksa 'bertempur', bersilat lidah, bertikam hujah dengan rekan-rekan.
Akhirnya, pelan awal mahu pergi ke TV9, preview Forex di Wangsa Maju, urusniaga di DBP jadi tergendala lagi. Aduh! Saya perlu pandai uruskan waktu. Jangan asyik terleka dengan internet.
Berikut adalah beberapa ayat-ayat dan juga hasil carian saya dalam internet, e-mel dan chat di dalam Yahoo Messenger itu selama hampir 5 ke 6 jam itu ... (Antara yang penting ...)
Aktiviti Melayari Internet
(E-mel daripada Perpustakaan Negara Malaysia)
Hasil Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis, Wednesday, July 16, 2008 11:45 AM
From: Perpustakaan Negara Malaysia Add sender to Contacts
To: ibnuamir@yahoo.com

Assalamualaikum tuan/puan,

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami bercadang untuk menerbitkan hasil karya tuan / puan yang diilhamkan semasa Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis yg telah diadakan pada 4 Julai 2008 yg lepas.

3. Sehubungan dengan itu, sukacita sekiranya tuan/puan dapat menyiapkan karya tuan/puan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008.

Kerjasama dari tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima-kasih.

(Nama pegawai)
Perpustakaan Negara Malaysia
(SMS ...)
1. "Pakcik kata kalau Anwar nak selamat, boleh jumpa dia" - makcik
2. "Macam mana nak buat sekarang? Pakcik kata kalau Yang Dipertuan Agong pun tidak buat apa-apa tindakan untuk selamatkan Tanjung Tuan, 'Old Man' kata akan berlaku gempa bumi atau pun malapetaka." - makcik, 6:20:12 p.m.
(Hasil chatting dengan Shamsul Iskandar, AMK PKR)
ibnuamir: salam, jadi apa tindakan AMK sekarang bila anwar ditangkap?
shamsuliskandar: Sekarang semua tumpu d ipk kl
ibnuamir: bagus, bagus, bagus
ibnuamir: anwar sedang bagi keterangan kot sekarang?
shamsuliskandar: Saya di dalam dgn dsai dan lawyer
shamsuliskandar: Keadaan di dalam terkawal
ibnuamir: ok, alhamdulillah
ibnuamir: apa2 hal yg berlaku, harap bagi tau, boleh saya update perkembangan ni di http://www.detikdaily.net
shamsuliskandar: Ok, tq.
ibnuamir: ketika ini, saudara tak ada bawa sebarang rakaman?
shamsuliskandar: Tiada
ibnuamir: anwar mula bagi keterangan jam berapa sebenarnya?
shamsuliskandar: Di tangkap d segambut jam 1 ptg
shamsuliskandar: Sepatutnya jam 2 ptg
ibnuamir: sekitar berapa ramai bersama saudara sekarang dlm pejabat tu?
shamsuliskandar: Sivarasa, sankara, saya dan haji sulaiman
ibnuamir: oo.. 5 orang saja, ada berapa ramai penyoal Anwar?
ibnuamir: dan siapakah nama penyoal itu?
ibnuamir: sori, jika agak mengganggu...
shamsuliskandar: Tak pasti
ibnuamir: ketika anwar sedang menaiki kereta tadi, saudara dalam satu perjalanan bersama DSAI dari segambut?
shamsuliskandar: Tidak
shamsuliskandar: Saya d ipk kl
ibnuamir: siapa yg ada ketika anwar ditangkap oleh polis bertopeng tadi?
shamsuliskandar: Sankara dan siva
ibnuamir: masih belum berganjak lagi?
ibnuamir: panjang benar Anwar bagi keterangan....
shamsuliskandar: Mungkin sampai malam
ibnuamir: masih ramai orang setia menunggu?
shamsuliskandar: Insha Allah
ibnuamir: ada rumours sesiapa lagi tak yg bakal ditahan selepas Anwar, RPK atau sesiapa saja?
shamsuliskandar: Belum
shamsuliskandar: Ada
ibnuamir: jadi, anwar dalam bilik tertutup sekarang ni?
shamsuliskandar: Tak dalam bilik mtg
shamsuliskandar: Safe and Sound
ibnuamir: ada kaca alut sinar? boleh nampak dgn jelas anwar sekarang?
ibnuamir: pukul berapa Anwar keluar nanti bagi tau pada saya oke, via ym
ibnuamir: berapa ramai agak2 orang di dalam?
ibnuamir: ok, kuar dulu,. nanti bagi maklumat lanjut.
7:00 petang: Aku sms Lutfi untuk 'up' bahanku di HarakahDaily. Tajuknya lebih kurang, Debat sekali-sekala bukanlah gambaran kebebasan bersuara. Tak tau la kalau-kalau Lutfi ubah tajuk pula lepas tu.
Lepas tu, dia hantar semula mesej yang berbunyi: "Ali, tolong pi IPK tengok kes Anwar." - 7:34:11 p.m.
Aku tak pi. Shamsul PKR kata mungkin Anwar bagi keterangan sampai ke malam. Entah polis ni solat ke tidak, tak tahu la aku. Mungkin dia orang 'break' la jugak kot. Tapi, sms Lutfi tu dah jam 7 petang. Hui... cabaran tu kalau nak pi, dengan 'payment' Harakah tak dapat-dapat lagi.
Seharian ini jenuh letih menjawab panggilan orang tentang debat Anwar, sms, chat mengenai Anwar ditangkap. Tubuhku jadi lemah. Rasa tak bertenaga, tak ada mood dah. Tapi, keinginan buat revolusi itu tetap segar, tersemat dan bersemadi dalam jiwaku.
Jadi, sorry bos. Ana tak boleh pi ke IPK KL. Letih ...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
15 Julai, 2008
10:39 pagi
– Razali Endun hantar sms (forward???): “Paksi anjur seminar penulis pada Sabtu, 19 Julai ini bermula 8 pagi sehingga 5 petang di Auditorium Muzium Selangor, bersebelahan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Anda diundang turut hadir. Masuk percuma. Datang jangan tak datang.”
11:30 a.m – Ada panggilan daripada Shema (Sinar Harian). Minta dimasukkan RM10 untuk Digi suaminya. Aku hantar balik sms kalau-kalau mereka boleh bantu aku untuk masuk ke dalam filem dokumentari pendek anjuran RTM.
1:33:15 p.m“Askm. Ali ada tak no fax. Kalau ada, tolong beri.” --- sms dari makcik.
1:48 p.m – Pak cik call bertanyakan kalau-kalau aku nak datang ke Shah Alam. Hati aku berbelah bagi. Ingat kalau dapat pergi Metrowealth, Subang Jaya, dapat juga aku ‘submit’ borang untuk dapatkan filem percuma.
Lagi pun, dapat aku jumpa Shah untuk ambil suntingan filem pakcik yang lalu, kira-kira 7 megabait, fail untuk dimuatkan dalam telefon bimbit; *.3gp.

Ada e-mel dari TV9…
Tahniah!!! Pemenang Mingguan Filem Di 9
Tuesday, July 15, 2008 9:50 AM
From: "TV9"
To: ibnuamir@yahoo.com dan lain-lain.

Tahniah! Anda telah memenangi hadiah mingguan Filem Di 9.

Sila hubungi saya untuk tuntutan hadiah mingguan Filem Di 9.

Terima kasih kerana menonton Filem di 9, teruskan menonton untuk memenangi hadiah-hadiah mingguan.

Terima kasih.

Filem di 9; Filem Kita, Citra Kita…
Aku hantar e-mel mengenai cerpen aku kepada Salbiah Ani. Kira-kira 1,500 patah perkataan. “Panjang sangat tak?” demikian pertanyaanku lewat e-mel kepadanya tadi. “Maklumlah, ini kali pertama hantar cerpen ke Berita Minggu.”
9.00 p.m - Cait ... rupa-rupanya Debat tu di TV9. Ada juga orang call aku, tertanya-tanya mana debat tu berlangsung. RTM siarkan 'Debat Bola Sepak' rupanya. Tak ilmiah langsung. Patutnya, RTM sebagai wadah penerangan kerajaan yang mengirim 'kebijakan' kerajaan sepatutnya akan menjadikan RTM sebagai tempat menyiarkan debat minyak itu.
Mujur saya tengah asyik tengok Seekers di TV9 tadi dan akhirnya terserempak dengan Debat tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
14 Julai, 2008
9:30 a.m - Ada panggilan masuk daripada pakcik. Tetapi, saya tidak menjawabnya.
1:15 p.m - Makcik hantar mesej: "Askm. Program esok (hantar memorandum ke Istana Negara) tak jadi. Pakcik pakai pos laju aja."
9:19:00 p.m - "Salah laku rasuah pengarah imigresen berlaku ketika Pak Lah adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Dia mesti bertanggungjawab dan dihukum." --- mesej dari Pak Cik.
7:00 p.m - Solat Maghrib di Masjid Jamek Kg Baru. Kasut pula hilang. Ya Allah. Apalah dosaku. Itulah kasutku untuk kubawa jalan ke mana-mana. Kasihanilah hamba, malang jatuh bertimpa-timpa.
3:00 p.m - Saya baca berita tentang Abdullah mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk melakukan rundingan antara Umno - Pas.
Rundingan apa sebenarnya? Saya tidak tahu. Tapi, kalau rundingan sehingga bersatu Umno, Pas ini pastinya mengundang masalah besar ke atas rakyat secara keseluruhan. Jika benar ada rundingan antara Abdullah Ahmad Badawi - Haji Abdul Hadi, maka Presiden Pas itu mesti letak syarat-syarat tertentu yang menyusahkan Umno seperti mana Puteri Gunung Ledang susahkan Raja Melaka.
Entah kenapa terasa macam akan berlaku saja rundingan ini. Kekalahan mungkin terjadi di pihak Pas. Pas di bawah pimpinan Abdul Hadi bagaikan Ali dan Umno di bawah Abdullah dan kuncu-kuncunya adalah Mu'awiyah. Kita tengoklah apa yang bakal terjadi nanti.

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    salam,
    tahniah kerana karya hang telah terpilih utk diterbitkan oleh PNM.. saya amat berminat nak tahu mengenai karya tersebut.... sinopsis je pun ok...

    dan awat tak beli modem broadband je? lagi bebas hang nak surf internet kat ceruk2 mana pun...

    ok selamat berjuang, wassalam...

  1. terima kasih anonymous kerana sudi jenguk2 blog n walaypun nampak tak tersusun bahan2nya.

    berhubung karya itu, tajuknya ialah:-

    1. Balada Burhan Hari Merdeka (puisi);
    2. Balada Orang-orang Yang Telah Dikalahkan (puisi);
    3. Cerpen berbentuk surat terbuka kepada guru wartawan saya; T. S. Lanang, mantan kolumnis Berita Harian dulu. (belum ada tajuk khas)

    Tentang modem broadband tu memang ada dalam perhatian saya. Cuma la ni tiada laptop. Kalau ada laptop mungkin nak beli satu nanti.

    Namun, dari segi lain, dalam debat perdana bersama Mr Lutfi dulu, dia berkata:-

    "Nih, hang tak payahlah nak guna maxis broadband, celcom broadband, buat penat saja.

    "Mula-mula ok, lepas tu jam. Baik enta guna streamyx saja," katanya.

    Jadi, begitulah alkisahnya ...