Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muhasabah harian, 21 - 27 Julai, 2008

Monday, July 21, 2008 , Posted by Ibnuamir al-Pendangi at 6:45 AM

27 Julai
5:29 p.m - Makcik call. Dia nak datang malam ini. Dia cerita mengenai kawasan Tg Tuan yang sudah berpagar. Makcik beritahu, bahawa ada kemungkinan apa-apa yang saya tulis di Detik Daily itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.
"Tapi, ada kawasan seekar lebih yang mereka tinggalkan di luar pagar tu. Agaknya, mereka nak buat juga pembangunan di situ," kata makcik melalui telefon. "Sebab itu, pakcik kata dia nak fight juga supaya kawasan tu dibangunkan surau."
Saya mula rasakan kesan sentuhan penulisan ini boleh panjang sehingga ke mana-mana. Akan saya gunakan untuk terus membelasah musuh-musuh Allah. (Err.. baca sangat bab nak belasah orang, kalau orang nak belasah kita, belum kita khatam lagi pembacaannya)
6:24 p.m - Mak call. ...
6:57 p.m - Muz call. ...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
26 Julai
12:30 p.m - Terlupa tayangan filem percuma Duyung di Panggung Coliseum. Tak dapat mahu ambik signature artis-artis. Tak pa, malam ni ada cerita Akhirat.
3:00 p.m - Jalan keluar makan-makan di kedai mamak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Di situ, saya buat sedikit 'review', kepada novel Rice Without Rain bab pertama. Sampai di Mara, Jalan Raja Laut, bank-in RM20 hasil jualan akhbar-akhbar lama. Tak dapat lagi nak beli tiket bas raya kali ini. Ditunda ke hari lain. Singgah booth Digi, cari cara untuk jadikan 'server' Eload Online itu sebagai 'Friends dan Family' saya. Akhirnya, berjaya!
4:30 p.m - Tiba di SPKB. Tiba-tiba makcik call minta reload RM20. Kemudian, Abg A meminta RM10. Alhamdulillah, syukur. Rezeki murah. Adakah ini penangan '5 Tampan'?
6:40 p.m - Pakcik call. "Apasal Husam Musa senyap saja? Jika muzakarah ini terjadi, memang Pas akan berpecah-belah. Kalau nak muzakarah juga. Letakkan syarat, ahli Umno mesti masuk ke dalam Pas, maka itulah caranya untuk menyatukan Melayu."
Menurut pakcik, yang pecahbelahkan Melayu selama ini supaya mereka terus kekal berkuasa adalah pemimpin Umno sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
25 Julai
3:00 petang - Keluar rumah setelah air menitik dapat diselesaikan. Saya bawa akhbar lama 10 kg setelah ditimbang elok-elok di rumah. Sepatutnya, boleh dapat RM3. Tapi, India tu tipu saya agaknya. Ini kedai lain. Besi skrap, 1 kg yang patut boleh dapat RM0.60, dia kata setengah kilo; jadi RM0.30. Akhbar 10kg, dia kata 7.5kg. Akhirnya, campur tolak, lebih kurang, saya dapat RM2.55 sahaja.
"Ya Tuhan, jika benar mereka tipu hamba, daku sumpah budah-budak itu tidak berkat hidup mereka dengan sebab mereka mengurangi takar, mengurangi sukatan dan timbangan seperti amalan kaum Nabi Syuaib di Madyan."
Akibat terlalu mencari laluan mudah ke Jalan Chan Sow Lin, maka saya terbabas banyak tempat dan akhirnya pertemuan dengan sahibul Forex pun gagal mencapai sasaran. Minum petang kat TUDM, kalau-kalau dia berubah fikiran.
"Saya sibuk sikit hari ini. Mungkin Selasa depan kita boleh jumpa," sms dia menyelit di bawah hp saya. Ok, Selasa pulak, ditunda perjumpaan. Terus saya berangkat ke Istana cadang nak pi Istana Negara, bertemu Setiausaha kepada Agong, berbincang mengenai isu Tg Tuan. Tapi, motor terbawa ke Damansara. Rancanganku lain, rancangan Tuhan memang lain.
Teringat pesanan Tok Kenali, "Jika masuk hutan mencari rotan, dan terjumpa emas, maka terus usaha mencari rotan dulu. Kemudian, selesai cari rotan, barulah datang mencari emas."
Nampaknya, roh daripada wasiat dan pesanan ini belum benar-benar meresap melalui tindakan dan sikapku selama ini. Cuba nak beramal, memang sukar.
6:00 p.m - Alang-alang dah sampai Damansara, boleh pergi TV3, TV9 untuk ambil hadiah. Tapi rakanku itu telah pulang kerja. "Saya dah balik. Krew saya tiada. Minggu depan?" katanya.
Saya mengangguk. Nak buat macam mana. Tapi, ada rancangan Tuhan yang lain ke atas diriku. Sedang saya cuba mencari tempat 'parking', akhirnya saya disapa seseorang. Selly? Dia ni adalah rakan wartawanku ketika kami menyelia akhbar Berita Kampus di USM.
Kami bincang panjang. Dulu di RTM, sekarang di TV3. "Hantar cv, saya tengok macam mana," katanya, sambil menghidupkan motor untuk pulang. "Dulu, dia orang nak assistant produser, terutamanya lelaki."
7:00 p.m - Saya merayau-rayau ke One Utama. Besar sungguh. Hati terus digoda, sama ada nak tengok movie atau tidak. Ada dua pawagam rupanya, TGV dan GSC. TGV tak begitu ramai pengunjung. Demikianlah aktiviti melaghokan diri.
10:00 p.m - Hantar RM10 kepada ajen menaip saya di TTDI. Dia kembalikan Kamus Dewan. Saya ada seorang 'kerani' yang sangat rajin menaip. Tapi, sekarang beliau sudah ada kerja tetap.
11:00 p.m - Terlekat di GSC, One Utama. Menonton filem X-Files: I Want To Believe, jam 12:00 malam. Balik rumah, jam sekitar 2:00 pagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------24 Julai
11:34:24 a.m - Jenazah Mak Tam telah selamat dikebumikan. Mak suruh Imran bank-in RM100 dalam Maybank.
12:36:26 p.m - Saya hantar sms kepada adik, beritahu dia tentang Lampiran A biasiswa Mara telah saya kirim, 'upload' lewat url website saya. Lalu dia jawab, "Oke, eh bg long. Pasal Mara 2 dah setel. tq2. bg long ni apa la, besday kakt x wish pun."
Bila saya minta penjelasan lanjut, jawapan smsnya masih belum menampakkan penjelasan yang kuat. Ye lah, nama pun penjelasan melalui sms: "Kakti dah check. tapi, dia orang bagi dalam 1 cek. So, 1 cek ada RM4,500."
"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan doa-doaku sekian banyak di depan Multazam Kaabah pada suatu masa dulu. Sentuhan tangan dan tulisanku luar biasa. Kekalkanlah keluarbiasaan ini. Dan, haramkanlah jiwaku disihir manusia berhati haiwan dan haramkanlah tubuh ragaku disentuh, dikasari oleh manusia-manusia agam yang biadap tatkala aku berjuang lewat pena ini." ---
Demikian antara serpihan petikan doa (senjata) yang aku bawa ketika berdoa di Multazam dulu.
Akhirnya, masalah orang juga yang aku cuba selesaikan. Bukanlah masalah aku sendiri. Bagaimanapun, aku berterima kasih kepada Tuhan yang telah membantu aku semalam dalam membentangkan ilham untuk 'settle' dua masalah berhubung hal pc aku dan internet. Syukur.
1. Masalah internet, 'no dial tone' - saya tengok, perbetulkan wayar dan settle., Kalau tidak, susah la saya nak hantar bahan-bahan penulis. Syukur, sujud kali pertama.
2. Masalah 'scanner' (pengimbas) tidak dapat beroperasi dengan baik. Hilang fail twunk_16.exe. Surf internet dan cari-cari, akhirnya berjumpa. Lalu settle masalah tu. Syukur, sujud kali kedua.
Saya fikir, kalau kita sentiasa bersyukur, akan tiba saatnya, Tuhan akan selesaikan dan permudahkan segala urusan kita. Saya hanya menunggu waktu, bilakan zaman kegelapan ini akan berakhir dan bermula zaman pencerahan baru. Catitan pengalaman di blog dan diari ini akan menjadi saksi jika saya mati, tanpa meninggalkan sebarang kesan dan jejak.
Satu lagi masalah, ialah motor Kriss saya. Saya memang 'zero'. Saya fikir tiba saatnya untuk saya belajar (1) tukar minyak hitam; (2) mengetatkan rantai dan 'break'; (3) membersihkan enjin, karburator, (4) tukar lampu depan yang terbakar dll.
Ada tak sapa-sapa yang sanggup jadi mentor dan sifu saya" Oke, keluar dulu. Sebab ada interview di Cheras nanti dan mahu jumpa orang-orang tertentu. Doakan saya berjaya ... adios ...
3:00 p.m - Mula bertolak keluar ke Cheras. Sampai di Cheras Plaza, makan, minum, RM4:30. Murah sungguh! Interview dan sesi bertukar pandangan di Besta.
4:45 p.m - Membuat aktiviti lagho di Cheras Leisure Mall. Tumpang dah datang, sekali-sekala jalan apalah salahnya. Terima mesej, makcik ajak datang ke Kelang.
6:00 p.m - Tiba di Shah Alam. Ambil Fahmi, kemudian berangkat ke Kelang. Pakcik bagi dua perkara. Nombor telefon orang-orang istana. Juga dia bagi '5 Tampan'.
Pakcik dapat tahu, masalah adikku yang meminjam daripada Mara itu telah selesai. "Habis tu, duit yang RM4,000 tu macam mana pula?" tanya pakcik.
"Itulah yang saya ingin tanyakan lanjut kepada adik, tapi tak sempat lagi nak tanya," balas saya semula.
Hala pulang menghantar Fahmi ke rumah, saya tawarkan dia pergi bersama saya ke Tg. Tuan, Batu 8. Dia bersetuju. Cuma, mahu cari masa yang sesuai. Dalam perjalanan pulang, nampak dua tin besi, aluminium. Boleh kusimpan untuk kitar semula atau jual di Sg Besi. Syukur, penangan '5 Tampan' agaknya, dengan izin Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
23 Julai
Seharian ini kurung di SPKB, menulis. Hujan tengah hari. Air kumbahan melimpah lagi dari atas bumbung. Sabar. 3:00 p.m lebih kurang baru berhenti menitis. Sambil menaip dan mengarang, sambil itulah air menitis perlahan dan lama-kelamaan semakin melaju, pantas sekali ...
Aku buat keputusan sejak kelmarin. Jika Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka sehari. Maka, aku akan menulis sehari dan hari esoknya aku akan turun, berada di lapangan. Tidak boleh daku buat sehari, menulis dan berjumpa orang. Ini bahaya ...
Manhaj SPKB yang seterusnya, utamakan solat dulu dan habiskan ratib, wirid harian. Kemudian sambung penulisan. Dalam jam 3:30 petang, baru saya keluar rumah untuk menenang fikiran. Pergi minum-minum dekat SPKB (cawangan Jalan Daud, dekat Masjid Jamek Kg Baru).
Sebelum keluar, saya periksa peti surat. Ada sim-pack daripada Eload Online yang dialamatkan kepada saya, dengan nombor 019-7131739. Sapa nak beli, call saya 014-3233287. Abg A call, minta dimasukkan kredit RM20 lagi. Shi sms, "Dah masukkan RM60 dalam akaun abg tadi."
Dia minta dibelikan tiket bas untuk balik raya cepat sikit, takut kehabisan tiket.

4:55 p.m - Muz call. Aku tidak jelas sangat butiran percakapannya. Barangkali dia 'out-station' atau berada di lokasi penggambaran filem dan drama.
5:09 p.m - Aminah call dari Cheras. "Esok selepas lunch datang interview boleh?" Aku angguk tanda setuju. Dalam hatiku sudah berkira-kira untuk pergi ke Jalan Chan Sow Lin sekali lagi bagi menamatkan urusan memunggah akhbar lama kemudian ke Cheras dan terus lencong ke TUDM bertemu sahibul Forex. Dia sudah balik hari ini dari Singapura.
"Tuhan, sempurnakanlah urusan hamba esok hari, licinkanlah segala gerakan, murahkanlah rezeki hamba."
6:03:48 p.m - "Manusia tak boleh selamatkan negara ini. Dia nak ambil sesuatu dari 'Old Man' dan ini boleh selamatkan keadaan." --- sms dari makcik ketika aku tiba di rumah.
Mak call, hampir tiga kali. Bercerita mengenai Mak Tam yang sedang sakit. Kemudian, sekitar 9:45 malam tadi ibu saudara saya itu disahkan meninggal dunia. Inna lillah, mak call saya balik untuk bercerita hal itu. Kisah kematian suaminya, Pak Tam pernah saya ceritakan di dalam Harakah Daily suatu ketika dahulu.
Malam ini tulis sedikit hal hubungan tulisan jawi, bahasa Melayu dengan penjajahan istilah. Hantar kepada Dewan Bahasa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
22 Julai
9:30 a.m - Agen Tm Net menelefon, memberitahu bahawa akaun Streamyx saya telah aktif. Dengan beberapa arahan lewat pendaftaran sms, maka segala urusan itu selesai. Saya tiba-tiba teringatkan 'pen-drive' yang belum saya terima itu.
"Saya belum dapat lagi pen-drive la encik," kataku, menunggu responnya.
"Datang ke sini, nanti kami beri," kata beliau.
11:58 a.m - Wakil Besta call. Saya tak sempat angkat. Kemudian, terbaca sms beliau. Saya nak set masa untuk interview, mengenai resume yang saudara hantar semalam. Baru teringat. Saya hantar cv kepada syarikat itu. Saya akhirnya membaca sms wakil syarikat itu.
3:00 p.m - Keluar ke Jalan Chan Sow Lin. Saya timbang berat, sukat akhbar, kira-kira 15kg. apabila jual, saya dapat rezeki daripada Gusti Alloh, sebanyak RM5. Syukur alhamdulilloh ...
Ingat nak lencong sekejap ke Cheras, mencari Cheras Plaza. Tapi, daku tersesat entah ke mana entah. Akhirnya, aku membuat keputusan pergi ke Shah Alam terus setelah membuat kira-kira dan perhitungan dengan Fahmi. Tiba-tiba teringat nak buat perhitungan tentang hal pen-drive yang sepatutnya saya dapat bersama alat Streamyx. Booth mereka di PKNS, Shah Alam.
6:00 p.m - Tiba di UiTM, Shah Alam. Ramainya budak-budak, teringin nak buat Master balik. Nak jadi pensyarah dan lain-lain. Indahnya alam kampus, bergaduh dengan HEP dan pensyarah yang penakut berdepan dengan HEP :)
"Abang ada pen-drive tak? Ini pen-drive pensyarah. Video pakcik kena buang," kata Fahmi.
Pertanyaan itu membuatkan aku segera teringat mengenai perhitungan mengenai pen-drive ku yang belum selesai. 6:50 petang, aku keluar dari UiTM mengikut jalan yang silap. 7:10 p.m tiba di PKNS. Terleka sebentar membaca buku mengenai Ahlil Bait.
Ada beberapa catitan yang menarik perhatianku. Kata sang penulis, janganlah Ahlil Bait berasa bongkak kerana keistimewaan itu didapati jika mereka meneruskan kelangsungan dakwah yang diwarisi oleh datuk nenek mereka seperti Baginda Rasulullah s.a.w.
Kata-kata inilah yang memang sentiasa menambat perhatianku. Sebenarnya, golongan syed dan syarifah ini perlu faham bahawa 'keluarga-keluarga' ini memang wujud dalam al-Qur'an seperti Ali Imran (ahli keluarga Imran), Ali Ibrahim (ahli keluarga Ibrahim), Ali Muhammad (ahli keluarga Muhammad, termasuklah Ahlul Bait seperti yang disebutkan sehingga ke hari ini.)
Mereka ini adalah kalangan kelompok yang didoakan agar mereka memegang amanah dakwah. Keistimewaan itu akan mereka dapati serentak dengan perubahan sikap kalangan mereka yang ingin menuju ke jalan dakwah. Keistimewaan itu bukan wujud saja oleh kerana warisan darah.
Aku segera membuat perhitungan. Booth agen TmNet hilang di tempat asal. Panik yang tidaklah keterlaluan. Aku telefon, lalu mereka menunjukkan tempat yang sebenarnya; dekat BSN, PKNS.
"Ini saja yang ada, warna merah semuanya," kata kakak itu. Saya tak peduli pun, orang laki memang begitu. Janji boleh pakai untuk menulis, mengarang untuk mengutuk Najib & Abdullah.
Syukur, aku bukan ditipu. Kingston merah itu, 1 GB bolehlah kugunakan untuk kusimpan bahan penulisan mengkritik Najib Altantuya dan Abdullah Hadhari.
"Ya Allah, aku mohon keberkatan pada pen-drive Kingston itu untuk digunakan dalam tulisan dan bahan-bahanku pada masa depan."
8:30 p.m - Ajak Fahmi ke Kelang. Maghrib di pejabatnya dan kemudian kami tiba ke sana. Di sana, kami putarkan semula tayangan video itu. Gagal nampaknya persembahan itu. Banyaklah yang kami muhasabahkan mengenai masalah negara.
Ketika itu tersembullah ilham, aku berkira-kira mahu membuat video rakamanku sendiri yang akan kunamakan dia sebagai 'Kuliah Hadhari'. Aku akan masukkan dalam YouTube. Harapanku, semoga Fahmi akan bersedia pula untuk membantuku.
Saya terdengar suatu suara yang menyatakan bahawa sebelum bonda DSAI meninggal dunia, maka bondanya pernah berwasiat: "Simpan saja cita-citamu untuk menjadi Perdana Menteri."
Anwar akan menderita lebih banyak perkara dan parahnya tiada bersempadan. Kalau beliau menang, beliau tetap akan kalah. Tapi, hal ini bukanlah untuk melemahkan semangat Anwar untuk terus berjuang. Anwar berhak membuat keputusan.
Hanya, saya minta Anwar fikir semula, sama ada beliau mahu menyerang Umno dalam keadaan beliau sebagai 'man behind the screen' atau mahu melawan Umno dalam keadaan dia bertanding di dalam pilihan raya Permatang Pauh?
Pulang agak lewat dari Kelang. Hantar Fahmi ke Seksyen 6 dan sekitar jam 2 a.m baru sampai di SPKB. Online internet sekejap dan hantar bahan ke Berita Harian yang mencadangkan agar muzakarah dibuat secara langsung macam debat hari ini memerintah, esok minyak turun.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
21 Julai
12:00 – 1:30 p.m – Selesai mengarang tiga bahan. Hantar tiga bahan kepada majalah dan akhbar. Isu Mahasiswa kepada Dewan Masyarakat. 2 puisi ke Berita Minggu, Mingguan Malaysia. Satu, dituju khas untuk Saiful Bukhari. Kedua, kepada pelajar secara umum.

12:56 p.m – Pakcik call. Agaknya dia masih di Tanjung Tuan, kerana kedengaran seperti hembusan angin yang bertiup ketika kami sedang berbual lewat telefon bimbit.

“Kau bila nak datang rumah? Senang-senang datang,” katanya ringkas kali ini. Tiada apa-apa perkembangan yang mengerikan.

3:00 – 5:00 p.m – Nampak gaya tak jadi juga keluar petang ni ke Dawama dan TV9. Ish, selalu tertangguh, gara-gara gagal merancang waktu untuk mengirim bahan-bahan artikel.
Ya Tuhan, ajarkanlah daku cara menyusun dan merancang waktu …

4:32 p.m – Mak call setelah saya hantar sms sebab tiba-tiba datang satu perasaan teringin nak makan dan belajar masak bubur kanji, moi atau bubur lambuk ikut cakapan orang Kg Baru ni.
“Memang bahan-bahan tu kena campur sikit-sikit tapi semua bahan tu kita kena beli banyak,” kata mak. Sempat juga kubuat catitan: - Dua genggam beras, air dua tiga cawan, bawang, bunga cengkih, lada hitam, kayu manis dan lobak masin.

Kesan nostalgia moi ini bermula ketika aku belajar di Maktab Mahmud. Aku dan rakanku Zaki, selalu berjalan ke Masjid Akar Peluru; menyusuri Jalan Pegawai Alor Setar. Di situ kami temui kedamaian. Boleh dikatakan pintu Madrasah Kerohanianku terbuka di masjid itulah, Masjid Akar Peluru yang kini semakin sunyi ditinggalkan, ditenggelami kehebatan rupa paras Masjid al-Ghufran yang senibinanya cukup mengkagumkan.

Di Masjid Akar Peluru, setiap Sabtu malam Ahad saya serta Zaki akan berkelana mengaji Kitab al-Hikam karangan Ibnu Atha’illah al-Askandari. Guru yang mengajar itu namanya Ustaz Ali. Oleh kerana namanya sama dengan namaku, aku jadi sedikit bangga.

Salah satu kalam hikmah Ibnu Atha’illah yang masih segar di ingatan dan yang menjadi pegangan atau panduan hidupku ialah tentang ‘dosa yang baik dan ketaatan yang buruk’.

Dosa yang dilakukan manusia ketika dia alpa, sehingga menyebabkan lahirnya keinsafan adalah lebih baik daripada ketaatan amal ibadat yang menyuburkan keangkuhan sehingga dia merasakan dirinya sahajalah yang paling baik dan terutama. Kes ini boleh ditemukan pada Adam yang berdosa lalu bertaubat dan Iblis yang beribadah hingga jadi bongkak.

“Ya Allah, kumpulkan daku bersama pendosa yang sentiasa memperbaharui taubat serta jauhkan aku daripada kesombongan ketika beribadat kepadaMu.”

Kembali kepada kisah moi, bubur kanji dan bubur lambuk. Aku dan Zaki suka ke Masjid Akar Peluru saban petang selepas solat Asar untuk mengambil seplastik moi dan air halia. Ini terjadi dalam bulan Ramadan ketika aku selalu berazam khatam al-Qur’an sebulan.

Ketika berjalan di tepian Jalan Pegawai itulah aku dan Zaki selalu bermuzakarah tentang apa-apa yang kami pelajari daripada Ustaz Ali dan kami cuba tafsirkan bersama mengikut sukatan darjah kefahaman kami yang masih hijau dan rebung itu.

Ustaz Ali ini kalau tidak salah ingatan aku, beliau adalah abang ipar atau adik ipar kepada arwah Ustaz Nikmat Yusof mudir Maahad Dehrang. Wataknya lembut dan cara hidupnya ala sufi. Aku mula bercita-cita mahu menuju ke arah kesempurnaan hidup sebegitu. Sama ada hal itu tinggal angan-angan atau menjadi kenyataan, entahlah…

Bulan September depan Ramadhan akan menjengah lagi. Semoga Tuhan panjangkan usia ini sampai dapat Lailatul Qadar. Kali ini, aku akan cuba bersungguh-sungguh bermunajat, berdoa, mengharapkan keampunan Tuhan di atas segala dosa dan kelalaianku yang lalu.

5:58 p.m – Dapat panggilan telefon daripada teman serumah: “Pakcik tak dapat nak beri ganti rugi RM131 akibat kebocoran air kumbahan di bilik awak tu. Susah sikit nak ‘deal’ bab-bab duit ni…”

Saya cuma ada 2 pilihan. Sama ada mahu bayar ganti rugi atau cuma minta pengurangan membayar bilik sewa. Kerugian semuanya RM131. Maka, duit sewa bilik hanya RM200-RM131=RM69 sahaja. Hatiku sedih, kaciwa, dukacita, gundah gulana bermuram durjana.

Hari ini makan maggi sahaja. Mengenangkan hal itu, saya teringatkan kak Nat. Lalu, saya sms dia: “Cek bulan 3 dan 4 tersangkut kat meja Dato’ KJ atau Kak S?”

Syahadan, maka dijawab oleh kak Nat: “Oh, yang tu belum dapat lagi. Nanti kalau dapat, kak bagi tau ye.” Daku pun menjawab: “Alhamdulillah, ada rezeki, bukannya apa, tarikh ‘keramat’ untuk membayar duit sewa bilik semakin dekat. Itu yang risau.”

“Ya Allah, jadikan aku hidup kaya serba bercukupan dan hidupku dibungkus prihatin dan penuh teladan kepada umat manusia dan berikanlah aku sifat perikemanusiaan yang luar biasa. Jauhkanlah aku dari sikap jelek yang aku sendiri tidak suka apabila orang membuat perlakuan aniaya seperti itu ke atas diriku …”

6:02:01 p.m – Adikku memberikan nombor kad pengenalannya untuk memudahkan saya menulis hal biasiswanya yang berjumlah RM4,500 tersangkut di Mara, Jabatan Bendahari USM. Malam ini rasa boleh siap bahan ni kot.

Kalau sempat, nak siapkan cepat bahan untuk Dewan Budaya, kemudian baru boleh saya fokus kepada urusan proposal penulisan skrip telemovie yang Muz minta hari tu yang dah lama tergendala. Sori Muz if u read this. Nak buat macam mana, 2 hari asyik terkurung di dalam rumah ja, tumpu penulisan. Kadang-kadang ada orang nak minta tolong.

Tak bantu, kesian. Saya mesti mengutamakan hal orang lain, walaupun kebajikan sendiri pun tidak terjaga. “Ya Tuhan, dengan berkat aku bantu urusan orang, bantulah aku untuk memudahkan segla urusan-urusan hidupku nanti."

7:40 p.m – Tiba-tiba teringat Khai yang sedang sakit. Dia syak, dia terkena buatan orang; kayap. Saya sms dia, offer kalau-kalau dia nak jumpa pakcik di Kelang. Masih menunggu jawapan darinya. Kalau tiada aral, dia nak datang esok jumpa Haron Din di Darus Syifa’.

7:55 p.m – Syukur, Abg A dah bagi RM50 untuk belian prepaidnya. Boleh aku bernafas sikit malam ni. Dia minta RM30 pula untuk kali ini. “Cuma, yang RM30 ni kena tunggu hujung bulan ni bila gaji masuk,” katanya. Oklah, janji dia bayar. Dia pelanggan tetapku.

Tapi, tak cukup. Akaun tinggal RM28.60. Jadi, aku cuma dapat hantar krdit RM20 sahaja kepadanya. Tak apa, malam nanti aku update dan aku hantar lagi RM10.

9:00 p.m – Sambil menaip surat pembelaan nasib adikku, aku menonton Seniman Bujang Lapok. Memang sebijik macam kisah hidupku. Duduk di rumah, bilik yang sekali dengan ramai orang yang rencam karenahnya. Terpaksa menjual suratkhabar lama untuk mencari duit sampingan. Ish, tak sangka. Aku hanya mengulangi kisah-kisah orang bujang yang menderita kesusahan hidupnya.

Bila bumbung bilikku pecah. bersimbah dengan takungan kumbahan najis, teringat filem Penarik Beca yang mana atap bumbung bocor ketika hujan turun. Teringatlah 1957: Hati Malaya yang mana bumbung rumah Tunku Abdul Rahman bocor. Fuh! Azab betul.

“Ya Allah, aku harap, semua ujian ini menjadikan jiwaku semakin kental dan menjadikan aku orang-orang besar yang tidak menindas insan lain yang miskin. Amin…Ya Rabbal ‘Alamin …”

Nota tambahan:- Buletin TV3, 21 Julai – blog
Sekolah Pemikiran Kg Baru
9:54 p.m, 21 Julai 2008

Currently have 4 comments:

  1. Anonymous says:

    ujian-ujian hebat dalam sekolah hidup, insyaAllah akan melahirkan insan yang hebat. terutamanya dlm aspek kerohanian yg juga merupakan asas pembentuk jati diri insan itu sendiri, seandainya jiwanya hidup dan menginsafi dirinya hanya seorang hamba kepada Allah Taala Yg Maha Kuasa mencipta dan mentadbir seluruh alam... wallahu a'lam... kisah-kisah hidup yg tercatat di blog ini, alhamdulillah telah mencetuskan rasa keinsafan dlm diri setiap kali membacanya... terima kasih byk-byk, ali bukhari :)
    semoga hidupmu sentiasa terpimpin di jalan Allah...

  1. atiqah says:

    salam..
    abg ali apa khabar?
    sekolah pemikiran apa khabar?
    teruskan usaha ye!

  1. H. Fansuri says:

    kepada tuan Anonymous,

    Harap doakan hidup saya menjadi lebih baik, insya Allah. Semoga hidup tuan juga dirahmati Allah.

    Sila berikan apa-apa jua cadangan ke arah meningkatkan kualiti dalam blog ini.

    Sekian, terima kasih.

  1. H. Fansuri says:

    Kepada Atiqah,

    memang ada berhajat nak tubuhkan cawangan Sekolah Pemikiran Kg Baru di UIA ni.

    Aduh, asyik tergendala saja. Jadi, Sabtu atau Ahad ni free?