Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Esok saya ke PWTC, membikin puisi baru

Thursday, July 03, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 2:42 AM

DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH BUAT SAHABATKU SAIF, (Saifullizan Yahaya, DBP)
Petang tadi, ketika baru keluar rumah, ada sepucuk surat daripada Yang Dipertuan Agong. Isinya memuatkan program anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Gapena. Isinya seperti di bawah ini:-

-------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan,

Peserta Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis dengan kerjasama Gapena sempena Festival Membaca 2008

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Festival Membaca 2008 pada 2-4 Julai 2008 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah.
3. Salah satu pengisian Festival tersebut ialah Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis yang diadakan dengan kerjasama Gapena. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Gapena sebagai peserta bagi aktiviti tersebut. Sehubungan dengan ini, disertakan ringkasan dan aturcara aktiviti tersebut untuk makluman dan tindakan tuan. (Sila lihat lampiran 1 dan 11)
AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS DENGAN KERJASAMA GAPENA PADA 4 JULAI 2008 (JUMAAT)
1. PENGENALAN
Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil langkah bekerjasama dengan Gapena untuk mengendalikan Aktiviti Menjejakl Inspirasi Penulis sebagai salah satu pengisian sempena Festival Membaca Kebangsaan 2008 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur daripada 2 - 4 Julai 2008.
2. AKTIVITI
Tarikh Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis ialah pada 4 Julai 2008 (Jumaat). Gapena telah memastikan seramai sepuluh orang penulis sekitar Lembah Kelang sebagai peserta bagi aktiviti ini.
Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan seorang pegawai dari PNM akan bertindak sebagai pengiring. Setiap kumpulan akan diberi pilihan berkarya di salah satu tempat berikut:-
i) KLCC
ii) Central Market (sebetulnya Pasar Seni)
iii) Muzium Kesenian Islam
Karya yang telah dihasilkan daripada cetusan inspirasi di lokasi terpilih akan dipersembahkan kepada penonton pada sebelah petang. (Sila lihat aturcara aktiviti di lampiran 11.) Hasil karya boleh dipersembahkan dalam pelbagai genre seperti cerpen, sajak, pantun, syair, lirik, skrip dan sebagainya.
ATURCARA MAJLIS
8:30 pagi : Berkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak
: Makan pagi.
8:45 pagi : Taklimat di Bilik Serbaguna, Aras 1, PNM
9:00 pagi : Bertolak ke lokasi Menjejak Inspirasi Penulis
i) KLCC
ii) Central Market (sepatutnya Pasar Seni)
iii) Muzium Kesenian Islam
12:00 tgh : Bertolak ke PWTC untuk makan tengahari.
12:30 - 2:45 tgh : Solat Jumaat dan rehat
3:00 - 5:00 ptg : Persembahan hasil Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis di PWTC.
*******
Ratapan, Munajat Burhan kepada Tuhannya
Ya Allah, selamatkanlah aku di kota raya. Permudahkanlah segala urusan. Malam ini, ada orang nak masuk Sekolah Pemikiran Kg Baru untuk urusan pembetung rumah orang lain. Jadi, takut tergendala urusan untuk menulis skrip televisyen, telemovie yang Muz minta aku tulis semalam.
Tuhan,
Aku perlu siapkan segera skrip movie yang aku adaptasikan daripada novel Rice Without Rain itu. Jadi, bantulah aku untuk menyudahkan proposal untuk menulis skrip telemovie tersebut.
Kalau nak menulis di media-media alternatif, agak sulit mahu keluar. Mujurlah ada badan-badan lain yang boleh aku manfaatkan untuk mengeluarkan saki-baki ideaku yang terperap sekian lama di akal fikiranku ini.
Tuhan,
Berilah aku ilham untuk mengarang cerpen dan puisi apa dalam program anjuran Gapena dan PNM esok hari. Minyak naik harga? Isu liwat DSAI? Hikayat Najib dan kapal selamnya?
Puisi balada apa lagi yang harus kutulis dan kukarang?
(Err... teman-teman ... kalau ada idea apa-apa untuk kucatatkan esok, harap call oke?)
Tuhan,
Kenapakah Anwar masih 'bertindak' sebagai Saidina Ali? Dia kan berjiwa dan berdarah seperti Mua'wiyah? Jadi, ilhamkanlah padanya supaya bertindak seperti Mua'wiyah bin Abi Sufian.
Bung Anwar,
Isytiharkanlah kepada mana-mana polis yang boleh menangkap Musa Hassan akan kauberikan hadiah dan ganjaran nanti. Pasti ramai polis-polis yang akan berpaling tadah kepada KPN.
Beritahu mereka, "Sesiapa yang berjaya membawa Musa Hassan kepada saya, maka akan saya lantik mereka sebagai Ketua Polis Negara (KPN) jika saya berhasil menjadi Perdana Menteri selepas era revolusi nanti, Insya Allah."

Currently have 0 comments: