Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Apa nak jadi Malaysia hari ini?

Wednesday, July 02, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 8:43 AM

Buletin Utama/30 Jun 08 - Part 1

Tuhan, kepadamu aku mengadu segala keresahan ...


Mahu jadi apa dengan Malaysia pada hari ini? Aku menulis di Harakah pun kadang keluar dan banyak yang tidak tersiar. Ada masalah sangatkah dengan penulisanku ini. Sensitif juga orang-orang Pakatan Rakyat ni.
Payment Harakah pun lambat ya Tuhan. Aku perlu bayar bilik sewa di Sekolah Pemikiran Kg Baru. Dato' KJ kah yang lewat sign cek aku ini? Atau, pihak kerani yang lewat hantar artikelku selama ini? Ya Tuhan, berilah jalan keluar. Aku tidak boleh lagi tinggal berharap kepada parti berkebajikan.
Aku mesti hidup dengan hasil tanganku sendiri. Berilah kepadaku jalan keluar supaya boleh aku hidup seperti orang biasa. Punya keluarga dan anak-anak untuk kuberikan didikan agar mereka hidup, tumbuh membesar sebagai manusia yang taat kepada perintahMu.
Tuhan,
Budak-budak universiti pun semakin takut ya Tuhan. Mereka cerdik, tetapi ketakutan ini telah menenggelamkan segala kebijaksanaan mereka. Letakkanlah yang berani dan bijaksana di atas, dan letakkanlah yang kurang berwibawa memimpin perubahan itu di bawah.
Ya Tuhan,
Yang angkuh dalam kalangan pelajar itu, Kautundukkanlah keangkuhan yang mekar berbunga di dada mereka. Agar mereka menjadi senang mendengar nasihat dan lunakkanlah hati mereka agar tidak sombong mendengar perkataan abang-abang dan kakak-kakak mereka sendiri ...
Ya Tuhan, lahirkanlah seorang mujaddid mahasiswa dalam kalangan mereka ...
Buletin Utama/29 Jun 08 - Part 1


Tuhan,
Campakkanlah perasaan berani mati dalam kalangan Reformis dan rakyat Malaysia seluruhnya. Mereka ingin menuntut perubahan, tetapi ramai yang tidak berani mengorbankan jiwa untuk perubahan. Rela aku mati muda. Dari hidup berselubung derita, biar mati menatijahkan merdeka.

Buletin Utama/29 Jun 08 - Part 2


Ya Tuhan,
Kes liwat ini sampai manakah berkesudahan? Anwar masih belum mahu melancarkan revolusi. Ubahkanlah hati dan putarkan lidah Anwar untuk bersungguh-sungguh mempengaruhi rakyat untuk melancarkan revolusi berdarah di negara yang kami cintai ini.

Currently have 0 comments: