Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Halalkah darah Najib jika Mageran diwujudkan?

Sunday, June 29, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 7:02 AM

Oleh H Fansuri
Ketika sedang melayan Beverly Hills 90213 (8TV) dan Shanghai Knights (TV3) malam ini, saya mendapat mesej melalui telefon bimbit seperti berikut:-

"JIKA ADA APA-APA BERLAKU KEPADA DSAI, JANGAN BUAT RUSUHAN. INI PERANCANGAN MUSUH UNTUK NAK BUAT MAGERAN, GANTUNG PARLIMEN DAN KERAJAAN NEGERI. BERTENANG DAN SEBARKAN."

Kita boleh abaikan jika kita mahu dan tak perlu bincang apa-apa lagi. Tapi kalau benar-benar terjadi, apakah perancangan kita?

Pengirim sms itu mungkin SB, orang-orang awam yang suka menyakat atau boleh jadi sesiapa sahaja yang mahu 'test market'. Mereka cuma mahu melihat sejauh mana sms mereka itu membawa kesan kepada masyarakat.

Pengirim sms yang terawal itu pun tiada hak untuk 'memaksa' pembaca sms untuk mengikuti 'arahan'nya - bertenang dan jangan menimbulkan rusuhan dan rakyat biarkan saja Mageran (tentunya Najib yang mengetuai Mageran) memainkan peranan nanti.

Pedulikan soal sanad, siapa 'rawi' (periwayat) sms itu. Perhatikan kepada 'matan' (isi), isi kandungan maklumat yang mungkin sedang menerjah ke dalam ruang telefon bimbit anda saat ini. Jadi, apa pandangan anda?

Dalam kesempatan ini, izinkan saya memberi pandangan yang mungkin anda tidak sukai. Tapi, kita berbincanglah sementara ruang masih ada. Ia ada kaitan dengan sepotong hadis yang menyebutkan:- (lebih kurang ...)

"Jika ada dua kelompok pimpinan yang bertelagah, maka bunuhlah salah seorang daripadanya."

Saya bukan ahli hadis. Jadi, siapa yang lebih arif dengan maksud sebenar harap dapat betulkan segera. Tetapi, apa yang lebih penting ialah tafsiran ke atas hadis tersebut. Bunuh pemimpin ini mungkin membunuh sehingga berdarah dengan menembak, memanah, meracun dan lain-lain.

Atau, mungkin boleh ditafsir sebagai 'membunuh' reputasi, menurunkan kekuasaan pimpinan yang berkuasa atau lain-lain lagi.

Dalam konteks 'perang' antara Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Anwar dan lain-lain pimpinan untuk merebut kekuasaan ini, kita lihat sudah lebih seorang yang berperang untuk mendapatkan kedudukan dan kekuasaan itu.

Mari kita namakan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai pihak yang akan menggunakan kekerasan untuk menumpahkan darah rakyat. Semua ini ada asasnya. Abdullah pegang PDRM (polis). Najib kawal ATM (tentera).

Berdasar 'track' rekod sejarah, jiwa berontak Tun Razak yang menyusun rusuhan ke atas Tunku Abdul Rahman mengalir dalam jiwa Najib. Mari kita andaikan Najib akan mencetuskan rusuhan ini. Mustahil Abdullah cetuskan rusuhan. Abdullah lemah. Mustahil orang yang kerap tidur akan merusuh.

Lagi pun, Abdullah tidak perlu cetuskan rusuhan kerana dia sudah menjadi Perdana Menteri. Hanya orang yang ingin menjadi PM dan bakal PM akan mencetuskan rusuhan. Jadi kenapa Najib ingin membuat rusuhan kalaulah benar beliau ingin mewujudkan Mageran?

Pertama, Najib mungkin tidak percaya peralihan kuasa itu akan berlaku. Najib sendiri lebih tahu bahawa Pak Lah penipu besar. Bukan sekali dua Pak Lah menipu. Hakikat Abdullah menipu rakyat ini semua orang tahu.

Kita tentu ingat tentang tarikh pembubaran Parlimen. Jadi tak sukar untuk membuktikan bahawa Abdullah sememangnya seorang penipu.

Jika Najib tidak dapat menjadi PM melalui peralihan kuasa, memang inilah satu-satunya cara mudah untuk menjadi PM. Najib tidak dapat menjadi PM melalui Perhimpunan Agung Umno kerana Abdullah sudah berikrar akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno.

Dalam negara ini, Presiden Umno adalah Perdana Menteri Malaysia. Belum lagi dipecahkan bingkai kaca kepercayaan ini sejak dulu. Untuk menukar kepercayaan ini amatlah sukar.

Sukar dipercayai bahawa Presiden PKR adalah PM, Presiden PAS adalah PM dan sebagainya. Kalangan cerdik pandai sendiri menyatakan, kalau Anwar mahu jadi PM, maka tiada jalan lain lagi, iaitu beliau mesti masuk Umno.

Maka, usaha menolak tanggapan umum ini adalah suatu jihad akbar serta memerlukan manusia yang tegar istiqamah dengan perjuangan dan bukan pula seorang 'opportunist' seperti bekas TPM yang dipecat daripada Umno sebelum ini.

Kalau Najib berdegil merebut jawatan Presiden Umno, dan kalau dia kalah, hal itu membawa petaka kepadanya. Najib akan tersingkir terus. Segala rahsianya yang tenggelam bagai kapal selam bersama Altantuya sebelum ini akan ditimbulkan semula oleh Abdullah.

Dengan menggunakan kuasanya sebagai PM, Pak Lah mungkin mengorek sedalam-dalamnya kisah Najib seperti mana dibongkar skandal rasuah Yong (SAPP) dalam media sebelum ini ketika Yong berura-ura merancang membuat usul undi tak percaya kepadanya. Dalam hal membunuh musuh politiknya, Pak Lah tidak lemah. Beliau cuma lemah mentadbir negara sahaja.

Apakah perancangan kita jika berlaku rusuhan?
Kesimpulannya, jika benar-benar berlaku rusuhan, maka Najib mungkin dalang kepada semua itu. 80% atau 90% daripada keyakinan saya telah menyatakan sedemikian. Tetapi, apakah perancangan kita?

Pertama, rakyat mestilah 'membunuh' Najib sebagai orang yang mencetus rusuhan ini. Jika benar ada rancangan membunuh Anwar, maka Najiblah yang mungkin disyaki dalam hal ini. Altantuya pun boleh dihilangkan, dibunuh dengan C4. Ini angkara siapa?

Apakah mustahil Najib yang bersifat hati kering itu tidak akan membuat onar lagi? Sedangkan kita semua tahu bahawa, bom C4 itu adalah peralatan ketenteraan.

Jadi, hal 'membunuh' Najib itu jelas selaras dengan pengertian hadis, iaitu 'kalau ada dua orang pemimpin yang bertelagah, maka hendaklah dibunuh salah seorang daripadanya."

Seruan hadis ini tertimpa ke atas rakyat setelah para pemimpin sudah korup dan tak boleh dipercayai lagi kejujuran mereka. Pemimpin yang tak jujur telah pun membunuh institusi kehakiman, memperalatkan polis, tentera, media dan segala-galanya ini sudah tidak boleh diharapkan lagi.

Jadi, memang tepat apabila hadis ini menyebutkan bahawa, ada ruang untuk 'membunuh' salah seorang pemimpin yang sedang bertelagah itu. Dan, rakyat yang bijaksana tentulah akan 'membunuh' pemimpin yang paling teruk itu.

Jadi, siapakah pemimpin yang paling teruk itu. Saya cadangkan nama Najib. Tak tahulah jika ada cadangan untuk 'membunuh' Pak Lah atau Mahathir? Tak apa. Kita bincang saja dulu. Keputusannya nanti kemudianlah dalam forum yang akan datang.

Memang Najib layak 'dibunuh' dan sudah ada asas yang amat kuat untuk beliau dihukum 'bunuh' oleh rakyat jika terjadi rusuhan yang dicetuskan Najib itu. Ini kerana, Altantuya terbunuh, ada juga saham Najib. Perlu ada hukum Qisas. Bunuh mestilah dibalas bunuh.

Pelan kedua, jikalau terjadi rusuhan, maka rakyat hendaklah bersatu dengan kuasa istana. Jadikan istana (Raja-Raja Melayu) adalah saingan kepada Mageran tajaan Najib. Maka, Najib adalah penderhaka kepada istana.

Ketiga, lindungi 'kuasa keempat' (fourth estate) iaitu media seperti TV3, RTM, Utusan, NST agar mereka dapat melaporkan hal-ehwal rusuhan itu dengan seadil-adilnya. Jangan biarkan editor terganggu dengan panggilan telefon pihak-pihak Umno, pemegang saham di dalam syarikat-syarikat media serta stesen penyiaran tersebut.

Baiklah, rancangan Shanghai Knights pun sudah tamat. Ini semua terbatal jika rusuhan anjuran Najib itu tidak menjadi. Tapi jika benar-benar hal itu akan terjadi, maka harapnya kita semua serius berbincang mengenai pelan perubahan guna mencorakkan wajah negara kita pada masa-masa yang akan datang.

Wassalam ...

Sekolah Pemikiran Kg Baru.
2:36 pagi, 29 Jun 2008.

Currently have 0 comments: