Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Bukan salah demokrasi mengandung, salah SPR, Umno tak pakai ‘sarung'

Saturday, February 16, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 4:34 AM

Oleh H Fansuri

Siti Demokrasi adalah wanita suci, gadis sunti atau dara pingitan yang tidak berdosa serta dia sesuci namanya tatkala dia mula dilahirkan. Cik Siti mula dinikahkan, diijabkabulkan dengan berwalikan Sutan Panglima b. A. Rashid aka (SPR) bersama teruna sunti bernama Rakyat yang ‘suci’ pada tahun 1955.

Ketika ini pun Cik Siti Wan Demokrasi telah meronta-ronta minta dia dibebaskan. Sejauh yang dikesan, ‘persenggamaan’ malam pertama antara En. Rakyat dan Cik Siti di ranjang demokrasi pun telah pun sarat dengan pembiakan limpahan benih-benih hantu.

Antara puncanya, Encik Rakyat tidak membaca basmalah dan berwuduk terlebih dulu saat bersenggama itu. Jadi si Qarin pendamping si suami pun tumpanglah sekaki. Benih-benih ‘hantu’ sang Qarin pun memenuhi ruang rahim Cik Siti sama.

Jadi, fenomena ini melahirkan anak-anak yang bernama ‘pemimpin’ sehinggalah hari ini. Tempoh mengandung cik Siti Demokrasi adalah 5 tahun. Selepas 5 tahun kerjaya cik Siti ini cuma membiakkan anak-anak jahat saja kerjanya. Tetapi, ini bukan salah cik siti. Bak kata pepatah, bukan salah ibu mengandung.

Cik Siti mula jadi jahat kerana beliau telah ‘dijahatkan’ suasana dan keadaan persekitaran yang tidak sihat. Cik Siti mula ‘frust’ menonggeng. Daripada satu lelaki dia berpindah ke tangan satu lelaki. Apabila datang peredaran waktu, Cik Siti Demokrasi jatuh ke tangan lelaki bernama Shit Fuki bin Rakus a.k.a SPR juga gelarannya.

Tetapi, SPR hari ini tidaklah seperti wali hakim. Dia umpama haruan makan anak. Dalam wajah ‘soleh’ SPR, beliau merogol dan memperkosa ruang rahim (peti undi) cik siti yang boleh dilihat secara telus. SPR menyebabkan Siti Demokrasi membiakkan persundalan.

Demokrasi hari ini melahirkan penguasa-penguasa yang jahat. Wang haram daripada judi telah menaja kelahiran para pemimpin BN ini. SPR dan Umno-BN tidaklah lagi memakai ‘sarung’ kondom untuk beraksi secara tertutup di kondominium atau di hotel sebagai Soi Lek. Ini sememangnya kejahatan yang dilakukan secara terang-terangan.

Janganlah disalahkan Cik Siti Demokrasi. Beliau tidaklah bersalah. Yang bersalah adalah anak-anak jahat yang telah menyatu benihnya dengan benih Qarin yang awal dahulu dan salahkan juga SPR.

Bak kata Fansuri, bukan salah Cik Siti Wan Demokrasi mengandung, salahkan SPR atau Umno yang bersenggama tanpa berwuduk, membaca Basmalah dan tak pakai ‘sarung’.

Currently have 0 comments: