Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Tiket Mara Liner Pendang - KL habis dijual dan lain-lain cerita

Tuesday, December 25, 2007 , Posted by nota untuk Syiah at 10:14 AM

23 Disember
Laku sungguh tiket bas Mara Liner ni. Sebelum ini, saya target nak balik ke KL sebelum Krismas. Apabila tiba di Pendang, notis dikeluarkan - 22, 23, 24, 25 Disember telah habis dijual. Jadi, saya ingat nak beli 26 Disember. Tunggu punya tunggu, kerani jual tiket tak muncul-muncul. Maghrib sudah hampir masuk. Jadi, saya terus pulang ke rumah, kununnya nak beli melalui internet.

Sebelum pulang hari raya, 18 Disember lalu, saya terjumpa notis mengenai perjalanan Mara Liner dari KL-Pendang di Hentian Puduraya. Malangnya, tiket habis. Jadi, terpaksa pulang ke Alor Setar. Di situ, baru saya tahu bahawa pihak pentadbiran bas sudah mula menyediakan bas yang terus ke Pendang dari KL (Puduraya).

Malangnya, setakat yang saya lihat, ia tidak masuk ke laluan Jalan Duta. Kalau tidak, dekat sikit dengan Sekolah Pemikiran Kg Baru.
24 Disember
Akhirnya, saya ubah fikiran. Hari ini mahu pergi ke USM. Nak jumpa kawan lama yang dah jadi R.O dan minta pandangan dia kalau-kalau boleh saya boleh apply Master Kewartawanan Alam Sekitar. Dulu, T. S Lanang cadangkan supaya kaji pemikiran dia lewat kolum-kolumnya dalam Berita Harian. Siap dia bagi bahan-bahan lagi.

Tapi, malangnya... member-member dah pinjam untuk menaip, akhirnya bahan itu diperamkan sebagai pekasam :(
Terjumpa pensyarah lama, jumpa adik yang tengah buat master di USM. Lebih kurang dalam jam 6 petang, saya pulang ke rumah. Jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Tiba ke rumah lebih kurang dalam jam 8 malam.
Dalam perjalanan antara Sungai Petani - Gurun, saya berhenti sekejap kerana terpegun dengan keindahan bulan mengambang. Cuba 'snap' guna kamera hp, tak cantik.

Bulan pun sudah pudar seri kuningnya sebagai biasa. Lalu, saya teringat cakap pakcik. Sekarang ini, banyak yang dah berubah. Saya perhatikan dan cermati betul-betul warna kuning bulan mengambang di situ. Hati mula berdebar-debar. Akhir-akhir ini, saya fikirkan saya keseorangan ketika mentafsirkan pergerakan awan. Ras, anak Hamid Tuah turut terasa keganjilan itu.

"Awan tu memang jelas datang dari KL," kata Ras yang saya temui di Stesen Komuter Batu 3, beberapa hari sebelum pulang beraya ke rumah.

Awan ganjil itu, sekelilingnya cerah. Dalam tafsiran saya, tanpa dipengaruhi ideologi pakcik tentang alam yang 'hidup', saya menamakan awan jenis itu adalah awan yang 'dibawa' dengan niat, tujuan dan motif tertentu.

Dulu, awan itu bergerak dari Masjid Jamek Kg Baru, menuju ke Chow ketika saya berbual dengan pakcik dan makcik. Kini, Ras sendiri telah menyedarinya apabila dia nampak awan itu bergerak dari KL ke Batu 3.

Jadi, apabila terpandangkan bulan itu dalam perjalanan SP - Gurun, saya mula teringat catatan kenangan yang lama. Saya mahu terus pulang. Balik nanti, mahu beli tiket via internet. ...

Bila check balik, rupa-rupanya yang 26 Disember pun dah habis dah tiket. Laku sungguh. Saya pun try beli pada 27 Disember, single sit 8A, sebelah malam. Tapi, tak berjaya sebab sistemnya guna credit card. Kita orang miskin. Mana ada credit card.

25 Disember
Hari Krismas. Pakcik dan makcik call, minta saya panjangkan suratnya kepada Pak Lah dan juga Harakah. Jadi, seharian suntuk membawa ke petang, kerja saya tak dak lain. Menulis kepada Pak Lah dan hantar bahan yang sama kepada 'big boss'. Pihak Harakah siar @ tidak, tak taulah. Akhir-akhirnya, nampak macam mereka tak 'up' bahan-bahan saya. Semua ini mendatangkan penyakit 'demoralized' kepada orang bawahan.



Saya baru pelajari suatu perkara. Sekatan tidak cuma terhad kepada permit penerbitan bawah KDN, malah kalangan orang-orang kita sendiri. Tuhan... namaku Burhan. Kirimkan daku makna kesabaran ...

Lewat petang itu, baru saya selesai menghantar bahan-bahan, ke Yahoogroups dan Harakah. Dan saya pun keluar ke Pendang sekali lagi untuk beli. Sampai di Pendang, rupa-rupanya sudah habis juga 27 Dis, 8A (single sit) yang saya 'aim' semalam. Akhirnya, terpaksa naik 28 Disember, sebelah malam. Jumaat malam ini baru bertolak pulang.

"Tiket Alor Setar - KL pun dah habis dijual," kata kerani itu. "1 Januari pun orang dah beli."

Sebelum beli tiket, saya pergi ke Stesen Petronas Pendang untuk 'draw' duit untuk beli tiket. Di situ, sekali lagi saya lihat gumpalan awan misteri ... awan yang 'dibawa' ...

Bila pulang, ketika itulah hujan tiba-tiba lebat. Sampai di rumah, orang tua beritahu, "Tadi, bila Ali baru pi, dah tersiar kat Warta Jam 6, bas Mara Liner buka laluan baru Pendang - KL."

Sebenarnya, perkhidmatan itu bermula 1 Disember lalu. Baru tadi, dirasmikan, demikian cakap ibu saya, berdasarkan laporan tv. Ada beberapa sebab perkhidmatan itu dibuka. Paling utama, sebab telah dibuka susur keluar ke Pendang daripada lebuh raya Gurun - Alor Setar.

Kalau tidak, dulu saya ke USM terpaksa keluar di susur keluar Gurun, meredah hutan belukar rimba banat, lewat Pokok Tai, Bukit Jenun. Tapi, semenjak menuju Kedah Maju 2010 ni, semua ada. Apa yang tak ada? Sikit lagi wujud Pendang Square pulak dah.

Hish... 'nikmat' sungguh berada di bawah kepimpinan hadhari BN ni :)

Malam Krismas, keriangannya lebih terserlah berbanding Aidil Adha, demikian menurut ukuran pertimbangan pemikiran saya. Malam ini, saya tengok cerita lagho, best jugak sesekali melayan Miss USA. Semalam Miss Teen USA. Fuh, hadhari betul.

Yang menang dinobatkan sebagai Miss USA 2007 adalah Rachel Smith dari Tennessee. Tinggi lampai orangnya. 5'11. Masih menuntut di sebuah kolej. Miss Teen USA, 2007 pula dimenangi oleh Hilary Cruz. Hillary dan Rachel daripada segi roman perawakan rupa parasnya tidak seperti gadis Amerika yang lain. Mereka bukan tulen caucasian, berkulit putih yang tulen dalam kaca mata saya.

Saya fikir, kejelitaan gadis Amerika tulen datang dari Texas. Bandar Texas adalah Austin. Tapi, hal itu tiada pada Hillary dan Rachel. Berdasarkan nama dan rupa paras, mereka seperti datang dari darah campuran. Rachel berkulit sedikit gelap. Kata orang, hitam manis. Hillary Crus, kalau dilihat namanya mencerminkan seorang gadis dari Amerika Latin.

('Click' gambar di sebelah kanan jika mahu tonton kesilapan beliau sehingga terjatuh di atas pentas...)

Tapi, kesian... dia terjatuh ketika memperagakan diri. Lalu, di dalam satu temu bual bersama MSNBC, Rachel terpaksa menjawab hal berkenaan setelah diasak bertubi-tubi oleh wartawan dari rangkaian penyiaran tersebut.

"Hang kena tulis biar sampai Pak Lah buang hang kat Amerika," kata Deep Throat. "Nanti, hang boleh menikah dengan Miss USA."

"Ceh, kalau dia hantar pi Zimbabwe macam mana?" saya bertanya Deep kembali. Dia ketawa berdekah-dekah. Huh! Mandai-mandai dok bagi idea lawak kat orang.

Saya tidak tahu apa nasib bloggers ini. Tadi, berbual bersama Deep mengenai seorang bloggers; Cucu Mat Kilau yang ditahan polis kerana rekod penulisannya di blog peribadinya.

Polis kita dan BN memang seronok la buat kerja penangkapan ni. Sebab, bloggers dan tahanan ISA tak melawan betul-betul lagi. Cuba la depa melawan macam banduan dalam drama Prison Break tu. [Alah, yang muka heronya macam saya tu la]

Confirm polis mula 'demoralized'. Asyik-asyik tangkap, tahanan ISA melarikan diri. Saya juga ingin minta pandangan Dr Haron Din dan mana-mana guru persilatan Melayu yang mampu bagi pendinding, biar SB dan polis ni malu sikit bila terkena penangan ilmu putih ni.

Dulu, dengar cerita. Kalau ada pencuri yang berniat masuk rumah, maka dia akan meliat seperti rumah itu dikelilingi lautan yang luas. Akhirnya, dia terpaksa 'berenang' sampai pagi esoknya. Saya fikir nak belajar ilmu itu. Kalau SB berani ceroboh Sekolah Pemikiran Kg Baru, ertinya dia memang bersedia masuk juara olimpik dalam kategori renang la.

Pagi esoknya, sebelum saya tepuk bahunya supaya dia tidak lagi 'berenang' atas mini tar depan rumah saya, akan saya rakam aksinya mereka sedang berenang sama ada secara gambar digital atau kamera video. Biar malu satu Malaya dan masuk ke dalam YouTube. Biar padan muka.

Tapi, itulah... bakal tahanan ISA dan ahlul bloggers mana terfikir nak melawan secara banduan Prison Break tu. Yang terfikir nak melawan secara itu, setakat sekarang ini, saya ingat (rasanya laa...) saya seorang saja. Tak tau la kot-kot depa pun ada terfikir jugak macam tu.

### TAMAT ###

Currently have 2 comments:

  1. kalau publishkan je surat tu tokleh ke?

  1. surat mana satu encik sebol? surat kepada Pak Lah tu ke? Jika demikian, insya Allah dalam tempoh terdekat saya siarkan.