Ringkasan Buletin Utama / 29 Dis. 2007 dll cerita
Filem Taloompok akan ditayangkan pada 1 Januari nanti, di TV9 pada jam 10.00 malam. Ia mengisahkan percintaan seorang gadis Melayu Muslim dengan pemuda Thai Buddha. Di dalam filem itu, memang jelas paparan mesej yang disampaikan mengenai ganasnya lelaki Melayu Muslim berkeris yang ingin mempertahankan gadis itu.
Jalan cerita yang menunjukkan gadis itu telah jatuh hati dengan pemuda bukan Islam dan penonjolan sikap ganas lelaki Melayu Muslim itu akan mencacatkan citra Islam di negara ini. Samada kisah itu merupakan paparan daripada sebuah kisah benar atau tidak, ia tetap mengundang makna negatif kepada khalayak penonton.
Saya tidak bermaksud menghalang filem itu dalam bentuk VCD, DVD dihalang daripada pasaran, walaupun kalau pihak berkuasa berbuat begitu adalah lebih baik. Tetapi, rasanya keputusan TV9 menyiarkan filem ini perlu dinilai semula mengikut kesesuaian kita.
Ringkasnya, biarlah khalayak menontonnya melalui VCD, DVD tetapi syarikat penyiaran jangan menyiarkannya melulu, tanpa meneliti paparan isi kandungan bahan. Yang terbaik adalah sikap berhati-hati dan memperhitungkan kesannya ke atas khalayak.
Dalam ruangan terbatas ini, saya tidak bermaksud mahu memanjangkan bualan mengenai apakah isi kandungannya secara teliti, kerana hal itu boleh kita langsungkan dalam suatu ruangan lain pula. Biar hal ini dilihat sebagai pandangan membina yang sihat oleh TV9.
Apa kata pihak TV9 menggantikan dengan suatu filem bercorak perjuangan Muslimin di Acheh menentang Belanda? Tajuk filem itu kalau tidak silap, Tjoet Nja Dhien (Christine Hakim). Saya rasa pihak NTV7 pernah mahu menyiarkannya pada Hari Raya Aidil Adha di suatu masa dahulu. Tapi, akhirnya ia digantikan dengan filem Indonesia yang lain.
Hal itu rupa-rupanya banyak mengundang kekecewaan ramai pihak yang memang sudah lama menantikan tayangannya. Ekoran itu, ramai pihak yang menulis dan bertanya pihak berkenaan mengenai alasan tidak menyiarnya. Saya tidak pasti apakah alasan yang telah diberikan mereka pada saat itu. Ringkasnya, ramai pihak merungut.
Penyiaran filem seumpama ini lebih baik daripada penayangan Taloompok. Lagipun, kita mesti menjaga hati dan perasaan rakan kita bangsa Melayu Muslim di Selatan Thai yang pernah mengirim nota bantahan ke atas filem propaganda itu, demikian saya difahamkan.
Saya berharap pihak TV9 dapat menjawab isi kandungan dan maksud surat ini. Sekadar memanjangkan dan mengirim keprihatian bersama mereka yang sehaluan dengan saya.
Ali Bukhari Amir
Sekolah Pemikiran Tunjungan
Pasca USM.
Buletin Utama/29 Dec 07 - Part 1
Antara dendam Anwar Ibrahim dan lagak Idris Haron
Oleh Ali Bukhari Amir
Idris Haron (Ahli Parlimen Tanggu Batu) semalam dalam rancangan Hujah di TV9 telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim telah menggunakan saluran media luar negara untuk memburuk-burukkan negara.
Ini semua, menurutnya, berpunca daripada dendam Anwar kerana tak boleh menjadi PM.
Timbul dua persoalan di sini. Pertama, Anwar memang berdendam mengikut penilaian Idris. Kedua, Anwar seperti pembangkang yang lain juga, berlumba merebut kekuasaan menumpaskan kejahatan parti lawannya yang terlalu banyak menindas rakyat selama ini.
Mungkin ada motif dendam di hati Anwar, siapa tahu? Tetapi, kalau Idris difitnah, tilam Idris diusung ke mahkamah, pindaan terhadap pendakwaan diubah sehingga dua tiga kali dan ternyata hal itu merupakan suatu fitnah teragung antara dua abad (abad 20 dan abad 21), hati siapakah yang tidak berdendam?
Dendam, suatu sifat yang seringkali dilihat dari sudut negatif. Bagaimana dengan dendam penduduk di Kampung Berembang yang melihat rumah mereka diinjak dengan jengkaut, jentolak, dan jentera dan lain-lain jin lagi? Ini dendam yang baik.
Mereka mahukan pembelaan dan keadilan. Jika tiada dendam di hati mereka, nescaya hal kezaliman itu tidak akan dicabar sampai bila-bila. Dalam kes Anwar, mungkin hal ini ada dalam simbahan ingatannya. Dendam terhadap sistem keadilan, mahkamah yang pincang.
Dendam ini membuatkan beliau mendedahkan klip video Linggam dan lain-lain aksi lagi.
Soal Idris boleh menghidu bau dendam yang membeku di dada Anwar pun suatu isu yang menarik juga dibincangkan di sini. Tuhankah Idris Haron itu?
Agak menarik juga dibahaskan dengan teliti antara sifat-sifat manusia bergelar pemimpin mutakhir ini. Pemimpin muda seperti Idris Haron, Khairy Jamaludin dan angkatan beliau yang berlagak sombong serta pemimpin lama dalam parti yang berdendam kerana sudah lama tidak mendapat jawatan yang diidamkan.
Dendam berpunca daripada sifat berlagak juga. Iblis berlagak kerana selama ini dia yang menjadi guru kepada para malaikat. Menurutnya, dialah yang terutama menjadi khalifah kerana ilmu dan kedudukannya. Tapi, hal kepimpinan itu diberikan Allah ke atas Adam.
Hal inilah yang menumbuhkan dendam berpanjangan dan tiada kesudahan di hati Iblis di mana dendam ini menyebabkan Iblis bersumpah kepada Allah bahawa dia akan rosakkan anak cucu Adam. Dendam kepada Adam seorang, memanjang sehingga ke keturunannya.
Sikap ini juga boleh menimpa Idris Haron ketika usia tuanya nanti jika beliau berterusan menunjukkan lagaknya seperti semalam, sebelum ini dan hari-hari berikutnya.
Buletin Utama/29 Dec 07 - Part 2
Buletin Utama/29 Dec 07 - Part 3
Buletin Utama/29 Dec 07 - Part 4
Buletin Utama/28 Dec 07 - Part 1
Bagus hang buat macam ni. Senang sikit nak tengok balik propaganda depa...
apa nama... tolong tengok sat
ada yang tak kena ka dengan skrip ni
skrip tu saya ambik daripada Feedjit Live Website
bila saya letak, sebelah kanan tu memanjang dan dia makan ruang kosong di sebelah kiri ...