Latest News
Friday, December 14, 2007
, Posted by nota untuk Syiah at 12:44 AM
(Pakcik Basir mahu demo seorang diri di Dataran Merdeka...Bila??? Kenapa???)
-----------------------------------------------------------------------------------
Milik siapa sebenarnya TM Net ini? Milik kerajaan yang berorientasikan Melayu atau bangsa lain? Maaf, pertanyaan ini bukannya bersifat perkauman ... Cuma sekadar bertanya dan diharap pertanyaan tidaklah menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Maka, dijawab oleh Sebol - mungkin hal itu disebabkan oleh aksara, jadi memang Cina didahulukan, kemudian India dan akhirnya Melayu. Hal ini boleh diterima kerana teknikal.
Dalam laman sesawang lain, kalau kita perasan, bahasa Melayu tidak banya tercatat. Kalau ada pun, bahasa Melayu (Indonesia). Tidak ada siapa pun boleh jawab hal ini. Cuba juga lihat laman sesawang Bank Islam (http://www.bankislam.com.my/) dan lain-lain. Semua bank ini di bawah Bank Negara.
Tapi, laman mereka tidak memberikan dua pilihan - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Seelok-eloknya, buat macam Malaysiakini.com.
Benda-benda kecil macam ini pun dan masalah, macam mana nak pasarkan bahasa Melayu di peringkat dunia?
Kalau ikut cakap-cakap Cik Sarifah (Singapura) dulu, negara pulau itu sudah pun mewajibkan bahasa Melayu ke atas warganya. Saya rasa suka dan gembira mendengarnya. Tapi, cik tiba-tiba meningkah perkataan saya itu.
"Awak mungkin fikir hal itu bagus. Nanti, peluang kerja orang Melayu semakin sulit kerana jika ada dua orang yang minta pekerjaan, maka yang dapat kelebihan adalah orang yang menguasai lebih banyak bahasa," katanya.
Hujah sebegini tentulah panjang pula perbahasannya, boleh saja dijawab, tapi bukan di ruangan ini. Cuma, yang perlu ditegaskan di sini ialah kebaikan di Singapura itu ialah usaha 'memaksa' rakyat tanpa mengira bangsa, agama untuk mempelajari bahasa Melayu.
"Singapura sedar bahawa mereka terpaksa belajar bahasa itu kerana wilayah Nusantara ini memang dilingkungi oleh bangsa Melayu," kata Cik Sarifah lagi. Memang sifat itulah yang patut ada pada pemerintah Malaysia.
Iaitu, mereka perlu sedar bahawa mereka sudah diberikan negara di mana bahasanya perlulah ditegakkan dalam mana-mana ruang sekali pun - laman sesawang, mahkamah, Parlimen, dalam pendidikan negara (yang dok ajar Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris ni, apa kes?)
Ada satu pergerakan yang mahu saya buat, kumpulkan suara guru-guru Melayu, boikot kelas yang mengajar Sains. Matematik bahasa Inggeris. Biar sampai jadi kes di peringkat kebangsaan, sampai Menteri Pelajaran kena menjawab dengan ratusan guru-guru yang terpaksa mengajar kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa itu.
Yang hairannya, kita ada PIBG dan kesatuan-kesatuan PIBG ini tidak tergerakkah di hati mereka untuk sesekali memberontak terhadap masalah ini?
CEO Amazon.com Jeff Bezos telah melancarkan Kindle, sebuah buku elektronik. Melalui Newsweek yang diterbitkan dalam dua, tiga keluaran sudah, Bezos telah pun menunjukkan kekuatan buku elektronik ini.
Betapa masyarakat Barat telah memanfaatkan teknologi dan berusaha gigih untuk melebarkan dan meluaskan lagi pengetahuan melalui penciptaan teknologi.
Sememangnya komentar daripada pelbagai pihak telah pun ditemui melalui sebaran Newsweek ini. Ada kebaikan dan ada kelemahan pada Kindle. Tapi, semangat dan kreativiti Kindle inilah yang perlu dicontohi jika benar-benar ingin menganjak minda bangsa kita ke arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di samping mengangkasakan bangsa.
Kalau ia diisih mengikut aksara, maka betullah turutan sebegitu.
ooo... kalau macam tu tak apa lah. Ingatkan ada unsur diskriminasi.
Satu lagi hal yang tak sedap dipandang mata (perasaan peribadi) ialah laman sesawang kita yang banyak menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
check Bank Islam sendiri, CIMB... mana jati diri??