Tanjung Tuan Gunung Angsi & pementasan teater Hikayat Qaziq
Tulisan mengenainya, mungkin tersiar di wakalah nanti, Insya Allah Taála.
Tapi, sebagaimana kata Saif, kalau terlepas satu dialog, kita sukar memahaminya. Babak-babak yang disusun itu melambangkan dua dunia berbeza, dunia purba dan moden. Seakan-akan Qaziq di zaman moden adalah jelmaan semula Qaziq di zaman purba.
Saif mengulas karya saya yang disifatkan beliau sebagai jujur. Saya khuatir ada pihak yang melihat hal saya menulis di sini sebagai cara membanggakan diri. Tapi, saya tulis di sini sebagai usaha untuk mengingatkan diri saya sendiri tentang betapa pentingnya seseorang pengkarya itu bersikap jujur dalam tulisannya.
P. Ramlee pernah sebut hal ini. "Ilham dan seni ini datangnya dari Tuhan. Maka, lakukanlah ia dengan penuh kejujuran." Lebih kurang begitulah kalau saya tak silap. Saya pun menyetujui semua perkara ini. Tambahan pula, saya teringat 'kritik sosial' cikgu Sahrunizam mengenai 'penyair liar' dan 'penyair jinak' di Samarinda ketika kami berbengkel puisi di sana.
Kalau nak tau lanjut apa makna dan apa bezanya antara kedua-dua penyair itu, bolehlah tinggalkan pertanyaan di cbox beliau. Itu pun kalau dia tak sibuk la...
Pengalaman peribadi dan perjalanan rohani saya dalam dunia puisi yang masih baru ini belum kuat sebenarnya. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada Saif sejak sekian lama apabila beliau menganggap puisi itu jujur ketika kami dalam perjalanan dari Balik Papan - Samarinda.
Saya melihat penyair itu terbahagi dua. Ada yang berkarya untuk menggilap nama. Ada yang berkarya untuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada rakyat dan pemerintah. Ini semua tergantung kepada niat. Niat puisi itu sebenarnya untuk dihadiahkan kepada Pak Lah the PM.
Bukan mengharapkan kemenangan. Tapi, saya berdoa juga kepada Tuhan agar biarlah puisi itu menang supaya puisi itu nantinya akan terpandang hormat. Itu saja. Bukan untuk bermegah diri. Setidak-tidaknya agar Pak Lah terbeliak tengok kemarahan rakyat. Dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda adalah suatu kezaliman ke atas murid-murid sekolah termasuk guru-guru.
Oh! Rakan-rakan adalah khazanah paling berharga dalam hidup ini. Oleh itu, sentiasa pelihara tali persahabatan. Baru-baru ini, Saif kata nak kembali semula ke Balik Papan dan Samarinda. Sebab, dia mahu jejak cerita rakyat di Nusantara ini. Bagus juga idea dan rancangan dia tu.
Baru saya faham. Sebab itulah agak, blog dia sampai sekarang masih 'kelam', belum terisi apa-apa kerana blog itu khusus tentang cerita-cerita rakyat yang sangat asing dalam pendengaran kita semua. Keep your good work bro!
Anyway, saya pernah dengan anak-anak murid Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas sendiri bercerita mengenai sebuah buku yang belum dapat diterbitkan lagi sejak 1961. Al-Attas ini punyalah teliti sampaikan kalau ada sedikit keraguan dalam kajiannya, maka dia tidak akan siarkan dan terbitkan tulisan tersebut.
"Dia tidak mahu kesarjanaannya tercabar," kata Sani Badron salah seorang anak muridnya yang pernah saya temui di Institut Integriti Malaysia (IIM) saban Jumaat.
Jadi, walaupun blog tu kelam memanjang, saya fikir analoginya hampir sama dengan kegiatan ilmiah al-Attas. Iaitu, suatu pekerjaan ilmiah itu memang laluannya cukup sukar. Saya akan sentiasa menyokong seseorang yang mempunyai kesungguhan dan kecenderungan dalam kegiatan ilmiah ini. Pun begitu, beliau perlu buat satu blog lagi yang bukan bersifat sahibul hikayat. Ia sekadar catatan harian atau rakaman pemikirannya sendiri.
[Kepada Saif, aku sedang terjemah suatu karya sufi hasil tulisan al-Attas ke dalam Bahasa Melayu, adakah DBP boleh menerimanya? Buku dalam bahasa Inggeris, ditulis sekitar 1960-an. Nanti aku sembang balik.]
Wallahu a'lam ...
Currently have 0 comments: