Memusnahkan Umno wajib bermula daripada universiti
Pandangan umum selalunya melihat Umno dalam kaca mata negatif. Tapi, tak semuanya begitu. Bagaimanapun, untuk perbualan kali ini, biarlah kita sebutkan Umno sebagai parti yang rosak dan kerosakannya dapat merosakkan sesiapa saja yang bernaung di dalamnya.
Pandangan ini penulis putarkan apabila berdepan dengan seorang pimpinan pelajar yang bercita-cita menumbangkan Aspirasi (Umno) di universitinya. Aspirasi memanglah sukar ditumbangkan kerana akar tunjang gerakan itu disokong oleh HEP, khasnya TNC HEP di IPT. Selain itu, ia mendapat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Penulis tidak menyokong serangan ke atas mana-mana individu hanya kerana individu itu berasal daripada puak-puak dan parti-parti tertentu. Sikap ini amat bahaya. Anjuran Islam menyuruh kita memerangi seseorang bukan kerana ideologinya, tapi kerana tindakannya.
Misalnya, sepotong hadis ada menyebutkan bahawa hendaklah diperangi ‘kemungkaran’ jika kita melihatnya. Kemungkaran ialah himpunan ‘verb’, perbuatan, sikap, amalan serta tindakan. Kita tidak boleh serang ahli Umno dan Pas hanya kerana dia daripada parti itu.
‘Kemungkaran’ boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira seseorang itu Muslim, Kristian, Yahudi, Umno, Pas, Zionis, Freemason dan lain-lain kepercayaan dan fahaman.
Tetapi, penerangan sebegini tidak dapat memuaskan hati pemimpin pelajar tersebut. Lalu, penulis terpaksa akur dengan kehendaknya untuk memusnahkan Umno Aspirasi di IPT.
Maka, di atas hujah Umno adalah parti yang rosak dan kerosakannya mampu merosakkan sendi universiti dan asas demokrasi di negara kita, maka hal inilah yang saya perturunkan syarat-syarat ke atas pimpinan pelajar tersebut.
Pertama, hendaklah pimpinan pelajar berhaluan Pas itu segera menyampaikan pandangan ke atas pucuk pimpinan Pas, bahawa mana-mana pelajar Pas yang ditahan di bawah Auku atas sebab-sebab yang jelas menunjukkan wujudnya diskriminasi, Pas wajib turun IPT.
Kedua, hendaklah pelajar Pas atau Gamis mewujudkan ruang keterbukaan ke atas mana-mana pertubuhan pelajar lain seperti Pkpim, Karisma, pelajar bukan Muslim dan bukan Melayu, atau mana-mana pertubuhan yang bertentangan aliran dengan mereka termasuk Aspirasi yang telah bertaubat daripada dosa-dosa yang dipaksakan HEP ke atas mereka.
Ketiga, hendaklah Gamis mempunyai keberanian yang tinggi apabila berdepan terhadap gertakan sulong daripada HEP melalui kitab suci dan suhuf mulia yang bernama Auku.
Sebenarnya, ada beberapa perkara lagi yang syarat-syarat yang boleh melengkapkan dan menyempurnakan kemenangan itu. Tapi, dalam ruangan yang terbatas ini, saya fikir baik kita bincangkan ketiga-tiga perkara ini terlebih dahulu.
Pertama, tentang sikap Pas yang tidak menghiraukan soal kedudukan parti mereka sendiri di dalam universiti. Yang ada keprihatinan terhadap mahasiswa Pas sangat kurang. Boleh dikira dengan jari berapa ramai pimpinan Pas yang peka dengan perkembangan pelajar.
Imam Hasan al-Banna ketika menyebutkan tiga rukun usrah, Taaruf-Tafahum-Takaful, ia bukanlah mainan. Pimpinan Pas, menurut hemat saya belum sampai ke tahap takaful iaitu menjamin, menolong dan membantu aktivis siswa Pas ketika susah ditindas Auku.
Bantuan itu, jika wujud mungkin tidaklah sampai 100%. Dalam realiti sekarang, mustahil ada yang sanggup berdemonstrasi di dalam kampus untuk pertahankan anda yang pernah membantu BA di Ijok, sebagai contohnya.
Hasan al-Banna amat menyedari kekuatan mahasiswa ini. Beliau pernah menyampaikan ucapannya yang khusus kepada mahasiswa. Saya serahkan tugasan ini kepada mahasiswa Gamis untuk mengkaji pola pemikiran pimpinan Pas sendiri. Saudara nilai sendiri nanti.
Masih ramai yang berasa takut jika pelajar mereka ditahan Auku, lalu mereka nasihatkan supaya tunduk dengan beberapa dasar HEP/universiti yang jelas menyanggah demokrasi.
Kedua, Gamis perlu bersedia mengamalkan keterbukaan dalam kepimpinan MPP. Dalam pengalaman peribadi, hal ini adalah tembok yang sukar dirobohkan. MPP alternatif perlu terbuka kepada pelbagai kaum dan fahaman jika ia mahu lebih kuat.
Ketika Reformasi 1998, saya baru menyedari bahawa keterbukaan itu wujud hanya ketika wujud ‘arahan’ atasan yang meminta keterbukaan itu diwujudkan antara pertbuhan siswa. Jika tidak, mungkinkah keterbukaan itu boleh wujud? Saya fikir mungkin tidak.
Ketiganya, pimpinan Gamis universiti mesti memiliki kekuatan keberanian yang tinggi di dalam mencabar Auku. Apa saja yang tidak masuk akal, hendaklah dilanggar. Kita tidak boleh lagi menulis di akhbar menggunakan nama samaran, kemudian jika ditangkap akan mengambil sikap baling batu sembunyi tangan.
“Eh, mana saya tulis? Apa buktinya?” Ini dialog skima yang pernah dan selalu dilagukan.
Atau, menulis dengan meletakkan nama pimpinan Aspirasi sebagai penulisnya. Ini taktik kotor. Ramai pimpinan pelajar yang mahu jadi seperti Anwar tapi tidak ramai yang mahu jadi pengebom berani mati yang meletupkan diri guna menggoncang tiang seri IPT; HEP.
Jika Gamis yang terkenal lantangan satu masa dulu sudah takut, jangan harap Pkpim dan Karisma atau pertubuhan pelajar lain akan berani.
Untuk menjadi pimpinan pelajar universiti, pertamanya berilmu dan selalu kemaskinikan ilmu. Kedua, perlu berani. Jika kita tiada keberanian, lebih baik sejak awal-awal lagi, kita menarik diri daripada kepimpinan.
Seorang hero filem Tamil (Rajinikanth memegang watak Sivaji) pernah berkata dalam filem Sivaji-The Boss: “Only pigs come in group, but the lion comes alone.”
Biar Aspirasi bergabung dengan HEP – KPT, tapi kalian seorang diri tanpa bantuan parti alternatif pun boleh tewaskan mereka. Bak kata Sivaji, hanya singa menyerang seorang diri, khinzir menyerang secara berkumpulan.
Khinzir x menyerang, tuan... Khinzir biasanye kena sembelih jer...
itu bidalan saja cik pyan... jom pi tengok Sivaji The Boss.. dgr kata tiket wayang TGV murah hari selasa... eh ke rabu??
Saya tak sempat belajar di Universiti tapi saya faham kemelut yang saudara katakan. Saya ni kadang2 takut dgn politik hari ni sebab saya tak pandai secara mendalam dgn politik. Cuma saya masih tok nek saya pesan : Kalau hang tak boleh duk semeja dgn mak hang dan kata kat hang mak hang - mak ni salah selama ni! Tok nek saya kata - hang jgn main politik baik bagi politik main hang hehehe.
Sat nak edit balik hehe tulis gopoh gapah jadi mcm2 dah. nanti takut org salah faham pulak.
Saya tak sempat belajar di Universiti tapi saya faham kemelut yang saudara katakan. Saya ni kadang2 takut dgn politik hari ni sebab saya tak pandai secara mendalam dgn politik. Cuma saya masih ingat tok nek saya pesan : Kalau hang tak boleh duk semeja dgn mak hang dan kata kat mak hang mcm ni- mak ni salah selama ni!Lani Mak kena ikut saya ! Tok nek saya kata - hang jgn main politik baik bagi politik main hang hehehe.