Hidupkan dan satukan suara Bloggers Pejuang Kampus
Oleh Ali Bukhari Amir
Saya amat bersetuju dengan langkah bijak Umno dalam menubuhkan pasukan blog bagi tujuan melawan arus fitnah blogger di ruang maya. Bagi parti pemerintah, hampir semua blogger adalah penfitnah. Dan mereka harus menangkis semua fitnah itu di laman maya.
Malangnya, semua fitnah itu akhirnya bukannya fitnah. Tapi, fakta yang benar. Misalnya, apa yang disebutkan sebagai lebam di mata Anwar Ibrahim adalah fitnah, tetapi akhirnya telah disahkan sebagai khabar benar. Banyak lagi fitnah yang akhirnya disahkan benar.
Parti pemerintah mempunyai dua kaedah dalam mengatasi hal ini. Pertama, melalui akta perundangan jika fakta itu didapati terseleweng atau diselewengkan. Nampaknya, kaedah ini tidak berhasil kerana kebanyakan ‘fitnah’ itu akhirnya benar-benar belaka.
Akhirnya, terpaksalah parti pemerintah menukar strategi kedua, iaitu dengan menyusun rangkaian pejuang siber yang dinamakan sebagai bloggers. Apa yang
Di samping itu, bloggers yang berhaluan kanan akan
Boleh jadi saya ada kes saman-saman polis yang tertunggak, maka hal yang demikian itu akan dijadikan tajuk perbualan antara maya. Semua ini saya paparkan kerana saya punyai pengalaman peribadi dalam perang siber sejak di alam kampus universiti.
Saya ada 'penyakit' yang tidak boleh diubati hingga kini, iaitu saya suka ditembak terlebih dahulu oleh musuh agar tembakan musuh itu menjadi suatu alasan kuat untuk menembak mereka semula. Hal ini jangan ditiru jikalau anda tidak mempunyai kekuatan keberanian dan keazaman yang tinggi.
Ini kerana, dari segi pengamatan saya, kebanyakan bloggers berhaluan kiri suka menembak dan belum bersedia untuk ditembak. Sikap ini dikenali sebagai baling batu sembunyi tangan. Kalau boleh, sikap ini perlu dibuang sebelum anda bersiap mengasah parang blog untuk bersedia ke medan perang.
Serangan pertama bermula ke atas HEP melalui blog di http://ibnuamir.multiply.com. Dalam siasatan kali kedua, barulah jawatankuasa siasatan bertanya – apa motif penubuhan laman Multiply tersebut. Dari sini saya berasakan bahawa pegawai HEP (Umno) cukup gelisah ke atas sebuah blog yang boleh memuntahkan segala rahsia.
Sebuah blog telah cukup memenatkan mereka. Bayangkan jika 30 pelajar yang kononnya mahu didenda atas kehadiran mereka di Ijok dahulu telah membina 30 blog untuk mereka pertahankan diri, tidak mustahil HEP akan ranap dengan sendirinya.
Apa yang tiada dan jarang-jarang ada pada bloggers ini, ialah kerjasama dan persatuan di antara sesama mereka. Inilah yang perlu diberikan perhatian bersama.
Saingan saya pada zaman pelajar, ialah laman web Idealis Mahasiswa yang prokerajaan. Penulis pun ‘diupah’ untuk memusnahkan reputasi saya dalam laman web tersebut. Saya dituduh tidak intelek dengan cara mendedahkan hasil keputusan SPM saya berpangkat 2.
Inilah strategi yang mungkin digunakan oleh bloggers yang diketuai oleh Azalina. Cara memburuk-burukkan imej bloggers berhaluan kiri adalah kaedah kedua jika mereka tidak berhasil menumbangkan fakta kebenaran oleh bloggers haluan kiri tersebut.
Hasil rakaman melalui jawatankuasa siasatan HEP dijadikan bahan membidas pandangan saya selama ini. Misalnya, saya diajukan satu soalan. Cara saya menjawab itu akan dinilai oleh seorang pegawai HEP dan orang-orang tertentu, lalu merekalah yang akan menulis semula hujah mereka untuk menyerang pandangan saya. Inilah
Pegawai HEP tersebut pernah mengisytiharkan dua kali dalam kedua-dua sesi siasatan, “Saya peminat tulisan you!”. Bukti bahawa dia memang peminat, dia telah mengumpul segala bahan penulisan saya di internet selama ini.
“Tengok bahan awak yang menimbun tu,” kata pegawai HEP tersebut. Saya menoleh dan terkejut apabila di atas meja siasatan itu sudah terhimpun kira-kira setengah hasta tulisan-tulisan bodoh saya selama ini. “Awak dah boleh buat PhD!”
Rupa-rupanya, sehingga ke tahap itu dia boleh kumpulkan semula bahan-bahan yang saya sendiri tak terfikir untuk menghimpunnya. Saya berterima kasih kepadanya kerana beliau sudi menjadi ‘penyelia tesis’ saya secara tidak berdaftar itu.
Jadi, ketika bloggers kerajaan ini tidak dapat menjawab isu, maka strategi memburukkan bloggers haluan kiri adalah satu kefardhuan sebagai usaha menunjukkan bahawa, cakap-cakap bloggers ini tidak terpakai kerana mereka sendiri tidaklah lurus dalam tindakannya.
Inilah yang sepatutnya dilakukan kalangan Umno, sejak dahulu, kini dan selama-lamanya untuk meraih simpati rakyat kepada mereka. Pertamanya, mereka
Kedua, jika kaedah meragukan fakta ini tidak berjaya, maka harus diaibkan dan diberikan malu terhadap bloggers haluan kiri ini secara maya. Ini lebih baik daripada menutup ruang menulis ke atas bloggers dan isu mendaftar bloggers yang heboh suatu ketika dulu.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri berkata bahawa mendaftar bloggers itu tidak diperlukan. Sepertinya, Abdullah tak cenderung kepada usaha menutup ruang perdebatan dan tidak mahu bloggers didaftarkan. Sebaliknya, beliau mahu serangan bloggers berhaluan kiri dibalas dengan serangan bloggers parti pemerintah.
Kenapakah Azalina dilantik bagi mengetuai pasukan bloggers berhaluan kanan? Adakah idea ini timbul kerana wujud kenyataan daripada seorang menteri bahawa kebanyakan bloggers ini adalah penganggur dan wanita yang tidak bekerja?
Seterusnya, Azalina mengepalai pasukan bloggers ini di atas kapasiti parti Umno atau Kerajaan BN? Hal ini tentulah mesti diambilkira juga memandangkan kumpulan bloggers ini dilantik oleh Perdana Menteri dan bukannya Presiden Umno.
Walau apa pun yang berlaku, kita meyakini bahawa ini suatu proses yang mematangkan pemikiran masyarakat dan ia tentu berfaedah ke atas penghasilan minda kelas pertama.
Akhir-akhir ini, saya tertanya, di mana bloggers mahasiswa dan pensyarah kampus? Saya sarankan, sebagai permulaan bloggers kategori ini dihimpun dalam blog Kampus Hadhari (http://kampushadhari.blogspot.com) sebagai kerjasama bagi sama-sama bermuafakat dan bantu-membantu antara pelajar – pensyarah atau dikenali sebagai ‘bloggers kampus’.
Currently have 0 comments: