Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Harga Sebuah Kebenaran (Dewan Sastera / Tunas Cipta)

Wednesday, July 04, 2007 , Posted by nota untuk Syiah at 11:39 AM

Kebenaran yang tidak terancang,
Berapa harga yang mesti kau bayar,
Kepada ribuan kepalsuan yang tersusun?

Harganya ialah nyawa manusia,
Air mata derita yang melimpah,
Darah yang menyinggah di dinding kamar,
Tulang-temulang yang bersepah di dada air,
Demikianlah harganya di medan perang.

Jiwa penguasa kuburkanlah keegoan,
Yang mendesak hatimu bersaing,
Sebagai pemimpin yang dambakan puji,
Jangan ada semangat berlumba,
Untuk kekal juara sebagai perwira,
Semata-mata menjolok nama.

Kerana akhbar yang asyik memuja,
Tidak benar dalam bicaranya,
Bukan ikhlas memuntahkan,
Ribuan pandangan dan jutaan kata-kata,
Sejak belenggu akta dan,
Legasi purba merantai mereka.

Biarlah yang hadir antara celahan nafas,
Dan detak jantung waktu,
Seorang perwira penyatu umat,
Yang mahir memisahkan,
Antara garis kepalsuan dan kebenaran,
Yang arif dalam membezakan,
Di mana akar kezaliman,
Dan di mana pucuk keadilan.

H. Fansuri,
Sekolah Pemikiran Tunjungan,
Pasca-USM.

Currently have 0 comments: