Oleh Azman Ismail
Beberapa nama penulis mapan seperti Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Zaharah Nawawi, Khalid Salleh dan Mohd. Hatta Azad Khan kembali tercatat sebagai pemenang.
Kembalinya kedua-dua generasi penulis ini seolah-olah membawa nafas baru kepada sastera tanah air yang kelihatannya seolah-olah hanya didominasi oleh penulis muda.
Pada sayembara tersebut, penulis berbakat, Mohd. Faizal Musa (Faisal Tehrani) meraih hadiah keseluruhan RM74,000 apabila menduduki tempat pertama bagi kategori Novel (RM50, 000) menerusi karyanya, Bedar Sukma Bisu.
Beliau juga turut meraih tempat pertama bagi kategori Novel Remaja menerusi Manikam Kalbu dan sekaligus berjaya membawa pulang (RM20,000) selain menduduki tempat kedua kategori Cerpen menerusi tulisan Rindu Ini Luar Biasa (RM4,000).
Bagi kategori Novel, tempat kedua diraih oleh penulis veteran Azizi Abdullah menerusi novel Harga Sebuah Maruah dan membawa pulang RM40,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Shahnon Ahmad melalui Mahabbah. Beliau meraih RM30,000. Tujuh pemenang sagu hati bagi kategori tersebut pula masing-masing menerima RM10,000.
Bagi kategori Drama Pentas, tempat pertama diraih oleh Siti Jasmina Ibrahim yang membawa pulang RM30,000 menerusi naskhah Hikayat Qaziq manakala tempat kedua ialah Mohd. Hatta Azad Khan (Muzika Kampung Baru). Beliau meraih RM25,000 dan tempat ketiga Dahiri Saini (Jeda Nur Iman) yang memenangi RM20,000.
Kategori Drama Pentas turut menawarkan tujuh pemenang saguhati masing-masing bernilai RM8,000. Antara penerimanya ialah Khalid Salleh menerusi karyanya Walinong Sari.
Sementara itu, tempat kedua dan ketiga kategori Novel Remaja yang masing-masing menwarkan RM15,000 dan RM10,000 diraih oleh Nurul Salwa Abdul Muluk (Epilog Sekeping Hati) serta Fatimah Syarha Mohd. Noordin (Seindah Mawar Berduri) selain empat hadiah saguhati masing-masing bernilai RM5,000 setiap satu.
Dalam pada itu, tempat pertama kategori Cerpen dimenangi oleh Baharin Ramly (Di Tengah Arus) yang menerima RM5,000 manakala tempat ketiga diraih oleh Ahmad Syuhaimi Adnan (Mitigasi Seorang Pejuang Bahasa). Beliau menerima RM3,000.
Bagi kategori ini, sebanyak 10 peserta menerima hadiah saguhati masing-masing bernilai RM1,000 setiap satu.
Tempat pertama kategori Puisi pula dimenangi oleh Jamaluddin Darus (Menyisir Tirai Jendela) dan berjaya meraih RM4,000.
Bagi tempat kedua dan ketiga yang menawarkan masing-masing RM3,000 dan RM2,000 dimenangi oleh
Ali Bukhari Amir (Balada Burhan di Kota Raya) dan Sahrunizam Abdul Talib (Lidah Ibu) manakala lima peserta mendapat hadiah saguhati RM700 setiap satu.
Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Currently have 0 comments: