Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

15 Syaaban / 6 Ogos (Khamis)

Wednesday, August 05, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:24 PM

Alhamdulillah..sudah selesai terjemahan Rice Without Rain dinihari ini. Kena rehat jap. Jam 12 tengah hari nanti, bermulalah program baru dengan Merdeka Centre.

Mungkin saya tak dapat nak kemaskinikan blog dalam sehari dua ini. Kena turun ke Kedah dan ke Penang pulak dah! Selesai hantar bahan, baru terasa lapang dada. Eh! Hari ni bukan Nisfu Syaaban ker?

Sesiapa yang nak puasa, bagus jugak, sebab kebetulan hari ini hari Khamis. Saya pun ingat nak juga berpuasa. Tapi, terasa nak makan, ah, bukak sajalah.

Buat dosa menimbun sudah. Amalan tak tara mana .. hu hu hu ... "Nawaitu sauma ghadin ..." lafaz niat puasa. --- 4:31 a.m.

Dracula - Dead and Loving It - Part 1


Bersambung ... insya Allah Ta'ala...

Tiba di Merdeka Centre sekitar jam 1:15 petang. Aku diambil di LRT Asia Jaya. Jam 2 petang lebih kami bertolak ke utara tanah air. Tapi, sebelum itu kami berkumpul di opis Merdeka Centre di Bangi terlebih dahulu.

Dalam perjalanan menuju ke M.C itu, FAO of Malaysiakini call, “Cek kau dah keluar. Nanti, kau datang ke Bangsar.” Aku jelaskan hal aku yang sedikit sibuk dengan dengan urusan tertentu hujung minggu ni.

“Tak pa la. Nanti, bila-bila kau free, datanglah..” katanya lagi. Kemudian, dia sms, “Cek siap minggu lepas. Tapi, mereka call, tak dapat, kata mereka. Tolong call Mxxx, 012-xxx….”

Memang betul saya jenis yang sukar dihubungi. Sesiapa yang pernah menghubungi diri ini, diharapkan bersabar je la. Sms pun kadang sukar saya nak balas. Bukan menyombong diri, tapi … entahlah …

Berbual dengan beberapa transcriber di situ, maka dapat juga beberapa maklumat baru dan berguna; research by phone boleh dapat sampai gaji yang lumayan!

“Ada kawan-kawan buat research by phone, buat O.T sampai ke malam. Boleh mencecah RM3,000 sebulan,” kata Tiah, salah seorang transciber yang jauh lebih senior.

Dapat elaun sebanyak RM1xx. Syukur, dapatlah menabung sikit. Mungkin boleh tebus emas dinar kembali.

Di M.C juga, saya terjumpa Azeera yang dulunya mengaji di Shah Alam. Rupa-rupanya, dia salah seorang tenaga kerja Merdeka Centre di situ.

Dia bercerita mengenai sejarah bagaimana dia boleh bekerja di M.C. Saya rasa, dengan adanya ‘kaki’ dan kawan-kawan di sini, boleh jugak aku tumpang cari makan lagi di sini.

Ya Rabb, perbanyakkanlah lebih banyak ruang mencari rezeki di sana-sini...

Tengah hari tadi, depa ajak aku pi makan, tapi aku menolak kerana daku berpuasa. Rupa-rupanya, cerita aku berpuasa ini cepat benar tersebar. Sepatutnya, aku tak cerita. Tapi, oleh kerana depa selalu ajak makan, maka aku terpaksa berterus-terang. Mudah cerita.

Rupa-rupanya dalam van tadi dah jadi heboh dan aku sedikit segan. Nak buat cam mana? Sesajalah nak tingkatkan amala. Dah buat benda lagho banyak sangat dah.

Dalam perjalanan, mereka ke Serdang, ambik A. Baru aku tahu A yang gerakkan projek kajian berhubung Islam dan demokrasi ini.

Berhenti di Sg. Perak tadi, terjumpa Khairy, rakan lama di Maktab Mahmud. Nampaknya dia dah mula beruban. Pikiaq banyak sangat kot? Dia sudah punya ada anak dua.

“Awat nampak hang kurus sangat?” Khairy bertanya. Hari tu Fuad, senior Maahad pun dak cakap benda yang sama. Ish, aku rasa nak kena pi Gym la lepas ni. Biar berisi, berketul dan berulas. Barulah Megan Fox terpikat dan jatuh berkenan kot. Ahem!

Di perhentian Sg. Buloh tadi pun, aku terima teguran yang sama berhubung kekurusan tubuhku ini. Kali ini datang dari Amin sendiri. Ish, dah ramai orang yang dapat mengesan hal ini. 15 hari lagi, bulan puasa akan menjelang. Makin kuruslah diri ini nampaknya.

Nak kata susah hati tak juga. Happy jer memanjang. Mungkin aku perlu akan ikut jadual kot.

Tak pandai nak bawak kereta!Aku tak boleh bawak kereta. Lesen kereta ada, tapi oleh kerana lama dah tak bawak, jadi tak dapat nak gantikan pemandu yang keletihan. Yang lain kebanyakannya perempuan. Ish! Banyak betul kelemahan yang perlu aku perbaiki ini.

Aku rasa, nak kena beli kerta pulak laleps ni. Biar berani, berlatih bawa kereta sendiri. Dulu pun, masa balik Pendang, dah ada angan-angan nak bawa kereta ballik kampung. Biar mak, abah semua terkejut besar.

Akhirnya, aku berbuka puasa di tengah perjalanan dalam van tersebut.

Kami tiba di Hotel Seri Malaysia pada 9 malam. Selepas check-in, kami makan minum di stadium Darul Aman. Ketika ini, A buka cerita mengenai funder api dll… di sg perak tadi pun dia dah berfikir mengenai hal ini.

“Kebanyakan Funder ni nak tengok program-program kita berjalan terlebih dulu,” kata A. Lalu, dia bercerita mengenai beberapa pelannya berhhubung kaedah-kaedah meyakinkan funder tersebut. Aku pun dah mula nampak caraku yang tersendiri. Tapi, biarlah rahsia.

Perbincangan mengenai tajuk ini ketika makan-makan pada malam ini memang menarik. Aku tak banyak pengalaman nak cari funder daripada pihak yayasan luar negara. Namun, dalam bualan ini, sedikit demi sedikit aku dah nampak jalannya.

Mungkin SPKB boleh dapatkan bebeapa tajaan juga kalau ia berhasil menunjukkan beberapa peningkatan program forum, bengkel.. yes, aku dah nampak jalan. Tapi biarlah ia rahsia! Demikian kata datuk dain siti nuhalizah.

Amin menemui beberapa kesulitan menghhubungi oang-orang di Penang. Akubanu dia sikit2 tadi. “Enta tak payah cari orang lain dah, kontek je ana untuk buat kerja-kerja ni.

Selesai makan, aku balik jalan kaki seorang diri. Saif dijadualkan tiba di stesen bas Shahab Perdana bersama Abg Shab. Selepas menonton tv, aku pun zzz…

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    乳酪蛋糕:推薦你全台最好吃ㄉ乳酪蛋糕!
    台中汽車旅館:如果要去台中住宿推薦鍾愛一生的汽車旅館!
    看護中心:長期看護要特別注意哪些事項呢!
    隔熱紙:汽車隔熱紙是越貴越好嗎!!!
    高雄縣旅遊:推薦你高雄縣市的旅遊景點喔^^
    棧板:環保棧板的最佳選擇!
    拳師犬:來到我的寵物網站告訴你如何飼養可愛ㄉ狗狗^^
    墾丁旅遊:夏天到了墾丁是南台灣最佳旅遊點耶!
    彌月蛋糕:給寶寶彌月最佳的蛋糕禮盒選擇!
    法拍屋:不景氣選擇房屋法拍屋正是時候ㄛ!
    納豆:你知道納豆對身體有何功效ㄇ~~~
    電波拉皮:年輕的最佳利器就是電波拉皮~一勞永逸~
    瑜珈教室:選擇瑜珈除了環境就是師資,讓我們展現最佳實力!
    服飾批發:全台最物超所值ㄉ日韓服飾網路平台~

  1. Anonymous says:

    潘朵拉日韓服飾購物商城

    潘朵拉日韓服飾購物商城專業的服裝批發網站提供您優質的服飾批發日本服飾批發日系服飾批發精品服飾批發精品服飾進口服飾批發流行服飾韓國服飾日韓服飾批發雜誌款服飾批發女裝服飾批發時尚服飾批發少女服飾批發衣服批發等,均為日韓流行時尚雜誌款式的女裝批發,向海內外客戶提供款式最新,品質最好,價格最優的日韓服裝、日韓流行服裝批發。