Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21 Syaaban / 12 Ogos (Rabu)

Tuesday, August 11, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:27 PM

Aku tiba di Pudu Raya sekitar jam 4 pagi. Tambang RM20. Ada polis berkawal di sana. Mereka beroperasi sejak dua, tiga hari lalu.

"Bagus sikit, kalau tidak, kita dengar kes ragut saja di sini," kata pemandu teksi itu. "Ada juga polis ditempatkan di Brickfield, Bukit Bintang dan di tempat tumpuan orang-ramai."

"Dah berapa lama dah bang, polis dok buat kawalan macam ni?" aku bertanya lagi.

"Eh, baru je. Tak sampai seminggu. Baru dua, tiga hari," balasnya kembali.

4:30 pagi aku tiba di SPKB. Sekarang dah cerah mata. Dah segar. Aku boleh terjemahkan sekarang novel bersiri dengan bebasnya tanpa gangguan. Hari ini kalau sempat nak tonton filem free Alien (MalaysianToday) di Damansara, jumpa A di Bangsar dan ambil cek di Malaysiakini.

Itu ceritanya, kalau sempatlah. Kalau tak sempat, nak buat macam mana? Esok pagi dah kena pi LRT Asia Jaya untuk berangkat ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ada program kaji selidik, anjuran Merdeka Center. Teman-teman... doakan daku berjaya dan dimurahkan rezeki.

Malam
Aku baru pulang dari Ampangan, bertemu bos. Banyak betul perkara-perkara yang dibincang.

Semuanya rahsia sulit! Secara kasarnya, tema bualan tersebut mengandung segala keresahan kami orang media yang sering disekat mengarang.

Lalu, kami telah merancang, bertukar-tukar fikiran berhubung beberapa pelan tindakan terbaru untuk semakin melebarkan lagi ruang mengarang.

Sekurang-kurangnya, ada dua, tiga perkara yang telah saya sentuh di hadapan bos dan nampak seperti dia mengambilkira hal tersebut.

1. Kolum saya Catatan Menara di Detik Daily akan direkabentuk semula.
2. Perlu ada ruang khas kolum saya di Detik Daily untuk memudahkan orang membaca koleksi tulisan saya yang lalu.
3. Rancangan untuk saya mengemaskinikan laman web berita tajaan beliau dan rakan-rakan, tapi dengan syarat - dibayar upah serendah, sekurang-kurangnya - RM300 sebulan.

"Eh, ada jugak gajinya?" tanya beliau. Hai, kalaulah pengemaskini Detik Daily dah diberi jumlah begitu, maka apalah salahnya jika laman web berita baru ini dikenakan jumlah yang sama?

Ketika berbual tadi, sms daripada FAO segera mengingatkan aku mengenai cek kat Malaysiakini yang belum sempat aku ambil. Mana nak sempat?

Hari Khamis lalu ketika FAO call, aku dalam perjalanan ke Merdeka Centre, dan kami terus pergi ke Kedah dan Penang. Pagi tadi baru tiba di Puduraya. Esok pagi dah nak berangkat ke MC semula dan kini akan bertolak ke Pantai Timur, insya Allah.

Konsep 'entertain' dan mintak dihiburkan
Wanto ada call, mintak di'entertain'. Dalam kesibukan ini, aku tak sempat nak 'entertain' sesiapa lagi. Aku sendiri tak sempat nak hiburkan diriku sendiri. Macam mana nak entertain orang lain.

Malam ni pun, sebenarnya aku ada potensi untuk menonton filem percuma di Damansara, tetapi aku tak pi kerana urusan terjemahan yang belum selesai. Program entertain gagal! Isk, isk...

Aku ambil pengajaran di sini - kalau aku tahu ada orang yang sibuk, aku tak akan minta mereka hiburkan aku. Masa yang ada sangat berharga untuk hiburkan orang itu dan orang ini lagi. Hidup ini perlu diteruskan, perjuangan perlu disemarakkan.

Betul kata Al-Banna dalam wasiat terakhir: "Kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Jadi, ringkaskan urusan kita untuk bantu-membantu urusan dakwah orang lain."

H juga nak turun KL minggu lalu. Tapi, aku cakap terus-terang bahawa tenaga aku diperlukan di bahagian utara. Mana ada masa nak 'entertain' orang la ni. Aku sendiri tiada bini untuk hiburan.

Kawan-kawan yang minta entertain ini, koman-koman dah ada zaujah bini untuk 'entertain'. Dan aku juga yang tinggal kesepian dan keseorangan, luput masa dan lumpuh waktu untuk hiburan.

Dalam hal ini, aku paling banyak menanggung kerugian. Teruk bekerja mencari duit dan masaku untuk mengurat dah semakin suntuk. Hangpa tak pa la, tidak perlu 'entertain' dah. Pakat-pakat dah ada bini. Aku ni macam mana? Kuharap, hangpa dapat entertain diri sendiri.

Bukan mudah cari wanita idaman
"Eh, Al-Afghani tak menikah kan?" kata ALO tadi. Aku tergelak dan dia tersenyum tatkala aku membangkitkan kisah sukarnya nak kahwin ni lantaran kesibukan dan 'gangguan' yang tiba-tiba hadir secara tidak sengaja dalam hidupku.

Seolah-olahnya kisah perjuangan yang cikai ni nak dibandingkan dengan Al-Afghani pulak. Mana boleh. Dia berjuang untuk umat Islam seluruh dunia. Aku berjuang untuk perutku sendiri.

"Enta kena kawen cepat. Umor dah 30 lebih. Ana pun lewat, tapi 28 baru menikah," katanya.

Hidup ini, bukan sekadar untuk entertain. Sampai ke suatu tahap, kita terpaksa akurlah bahawa masa untuk 'entertain' dah tak ada lagi, isk, isk... Tuhan, berikan aku kekuatan untuk 'entertain' diri sendiri, dan jangan lagi masaku terbuang banyak atas kegiatan tak berfaedah.

Aku menulis begini kerana, banyak masaku di Pendang baru-baru ini terbazir secara tak sengaja kerana terpaksa 'entertain' anak saudara yang masih kecil. Saya tak dapat menulis dah. Dan, nak buat transkrip untuk Merdeka Centre pun dah due deadline nih... isk, isk...