Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

25 J. Akhir / 20 Jun (Sabtu)

Friday, June 19, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:52 AM

Malam
Menghirup udara petang dan malam, memberikan kelegaan baru dan ketenangan pun melimpah ruah. Saya ke UM sebentar tadi, mencetak dokumen tertentu dengan bantuan A untuk keperluan menyambung pengajianku di sana.

Agak lewat, tapi Isnin ini mesti saya bertemu Prof Bakar Hamid. Ada beberapa perkara dikongsi A kepadaku mengenai Nizar. Anwar sendiri tak setuju polisi Nizar ke atas pemilikan Cina ke atas tanah selama 999 tahun. Ketika mula-mula naik, Nizar rasa seronok. Demikian kata Anwar yang disampaikan kepadaku melalui A.

Bila kufikir-fikirkan semula, itu adalah perasaan biasa bagi sesiapa pun yang tiba-tiba melonjak namanya; dan meniti pula namanya di pentas bibir-bibir rakyat.

"Lepas Anwar tak setuju polisi tanah Nizar, dia tanya apa yang Nizar buat untuk Melayu? Tempoh 999 tahun itu terlalu lama," kata A. "Tapi, Nizar tak jawab apa-apa lagi."

Selepas itu, dalam suatu ceramah, Anwar umumkan bahawa Nizar akan buat pengumuman baru untuk pembangunan Melayu. Tetapi Anwar tidak bagitahu apa dia. Kalau nak tahu, kata A, Nizar akan umumkan kelak. Tapi, Nizar tidak ada pada masa itu. Itu rawi daripada A.

Tambah A, wartawan call Nizar keesokannya untuk bertanya-apakah program terbaru itu. Nizar pun tak tahu apa-apa. Dia tak boleh nak bagi komen.

"Apasal enta kata begitu?" tanya Nizar kepada Anwar selepas menerima panggilan wartawan.

"Dah enta pun tak kata apa-apa," balas Anwar kembali. Perbualan tamat. Saya berani menulis kerana A berdepan dengan Anwar sendiri. Saya telah menulis dengan sejujur-jujurnya. Buatlah kesimpulan dan rumusan sendiri.

Balik dari UM, minum-minum dan sampai ke Dataran Merdeka. Ramai sungguh, rupa-rupanya, ada acara Inspirasi, TV3. Apa pun, yang penting, semangat juangku makin pulih. (9:49 p.m)

Petang
Ada rancangan Don Shy, Don F nak jumpa Amy petang ini di Shah Alam. Itu pagi tadi. Petang ini, rancangan itu berubah nak main bowling pula. Hatiku berat sekali. Baru terasa betapa penting masa ini dimanfaatkan untuk tujuan menulis dan mengarang demi umat.

Masih ada rakan-rakan yang terkeliru dengan cakap-cakap politikus, analisa penganalisa politik, dan laporan-laporan akhbar yang dibaca. Aku yang nak mengarang, memberikan analisa sendiri, tak dapat sebab orang-orang tak terima pemikiranku.

Semalam, aku chat dengan rakan wartawati di Bernama. Aku tanya samada, Najib bersungguh-sungguh ke tidak, bila dia kata bahawa dia yakin Pas ikhlas dengan Kerajaan Perpaduan?

"Saya sendiri pun tak yakin Najib ikhlas bila dia kata Pas ikhlas bangkitkan isu UG," katanya. Ada banyak lagi komenya. Tiba-tiba hari ini, Ustaz Azizan pulak melafazkan rasa bersyukur saat mengetahui Najib dah sedar bahawa Pas memang ikhlas.

Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan [KLIK DI SINI]

Ustaz Azizan ni dok main wayang ke hapa? Aku pun tak yakin dengan lafaz kenyataan ust Azizan ni. Wisma Darul Aman pun, menurut Ust Kama (samaran) telah dipenuhi Pekida. Banyak acara yang nak di'submit', 'propose' oleh orang Pas sendiri telah ditolak, gara-gara Pekida.

Macam mana aku nak siarkan, tulis semua ini? Lewat wasiatnya, Hasan al-Banna berkata, tugas kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Jadi ringkaskanlah urusan dan bantu-membantu antara kamu dalam urusan kebaikan.

Inilah yang sedang kuhadapi sekarang. Tetapi, sedikit berbeza dibandingkan al-Banna. Nak tulis tapi orang tak bagi. Hidup semakin tak gembira apabila dalam kepala kerap memikirkan di mana lagi harus kukorek wang. Wang simpanan makin habis. Dan aku tidak dikelilingi orang-orang nak membantuku kecuali beberapa kerat yang begitu memahami.

Aku dilahirkan sebagai lelaki yang hidupnya penuh ranjau dan duka. Gembira sedikit, duka lebih banyak. Putaran roda kehidupan ialah mengarang, mengarang dan mengarang untuk bebaskan fikiran umat daripada belenggu penyakit kebodohan, kerana aku sudah wakafkan kehidupanku untuk tujuan ini. [3:36 p.m]

Subuh
Mengarang lagi sambil-sambil menonton cerita di YouTube. Rasa syok juga di kala terbit kegelisahan saat begini menonton cerita Hindi. Ceritanya tak bagus sangat rasanya.

Tetapi, oleh kerana iklan di TV kerap menayangkannya, maka akui mencarinya dalam YouTube. Lagi pun, awek Hindi tu cun melecun. Ish, astaghfirullahal azhim.. nuraka, nuraka..

TUMSA NAHIN DEKHA FULL MOVIE *~PART 1~*


Selesai Subuh, debat sekejap dengan Wanto. Sajalah exercise minda pagi-pagi ni. Lihat posting di sini dan beri komen anda - Isu kerajaan perpaduan mantapkan Pas.

Tadi, saya sudah hantar satu penulisan kepada ALO. Semoga disiarkan lagi. Sehingga pagi ini aku mendapat beberapa ilham - (1) manfaatkan kedengkian orang ke atasku, (2) Tulis isu UG dalam DM dan (3) buat 'sticky note' - KP, UG seperti 'sticky note' Nizar dan Najib. (7:29 a.m)

Dinihari
Apabila pulang ke rumah, aku diserang kantuk. ditambah dengan emosi yang tak terkawal. Kepenatan dan langsung tertidur.

Ketika inilah dengan tiba-tiba Don F dan DonShy mengajak makan di Sabaking. Ikut jadual - DonShy akan mendaftar master esok. Semuanya tu menunjukkan bahawa kejayaan mula bertapak dalam hidup mereka.

Yang ketinggalan adalah aku sendiri. Leptop entah ke mana. Dibuang orang dan aku pun tak tahu ke mana harus kubawa diri selepas ini. Nak melangkah dalam dunia sastera, belum apa-apa, dah kena kutuk. Yang dapat menjadbi hiburanku ialah kejayaan teman-teman. (2:03 a.m)


Currently have 4 comments:

  1. D'Rimba says:

    Atur langkah berkesan. Bongkar segala ilmumu di dada untuk manfaat insan......

  1. D'Rimba,

    Insya Allah.. rumah kat Gombak area mana? apa landmark?

  1. D'Rimba says:

    Rumah dekat Masjid Syakirin batu 5 3/4 Jalan Gombak.....Tahukah? Maila kita sembang-sembang sambil minum di mamak.

  1. oke, insya Allah jika ada kelapangan ...