Syukur, hutang pelajaran Mara sudah terlunas!
Sesetengah pihak berharap agar Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan nanti ekoran lompatan 30 orang wakil rakyat BN. Dengan cara itu, diharapkan agar pinjaman PTPTN sebelum ini akan dimansuhkan.
Tiada salahnya kita berharap. Cuma, kita perlu pelbagaikan rancangan dan 'plan' sekiranya hal itu tidak berlaku.
"Tak mau cuba buka Kedai Buku?" tanya seorang pegawai. Dia mengesyorkan saya mencari peluang baru, ikuti kursus anjuran Mara. "Cuba naik ke atas, tingkat 2 dan cari Pusma."
Saya cuba mencari peluang. Memang ada kursus yang boleh dimanfaatkan. Kursusnya agak murah; RM100.
Pada lain waktu, mungkin saya akan mencuba. Apa pun, coretan di sini sekadar memberitahu bahawa alasan bahawa kita tiada pekerjaan tetap bukanlah alasan kita tidak boleh membayar pinjaman pendidikan itu.
Saya telah bekerja dengan bebas selama kira-kira 9 bulan (September 2007 sehingga Mei 2008) diberhentikan Tuhan daripada bekerja dengan penzalim, berlagak sombong, penindas, kejam, hipokrit dan tidak jujur dengan kehidupannya sendiri. Tapi, pada akhirnya dengan izin Allah, hidup tanpa pekerjaan tetap sebenarnya bukanlah hal yang mustahil di ibu kota ini.
Kalau berpatah balik ke kampung halaman, saya bukanlah lelaki dan anak jantan. Pantang saya berpatah kembali. Berkat ketekunan, kesabaran, doa ibu bapa dan jujur dengan kehidupan, tidak menipu dan hipokrit seperti musuh, insya Allah kita dapat hidup ke mana-mana dan boleh merayau, berkelana dan mengembara jauh ke mana-mana.
"Kalau ada niat, nescaya Tuhan beri laluan untuk melunaskan hutang tersebut," kata saudara Lanh di pejabat Harakah pagi tadi, sebelum saya berangkat ke Mara.
Saudara Lanh juga turut mengirim bacaan mengenai garis-garis kehidupan Nabi Isa al-Masih. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada sikap 'survivor' saya yang hidup berpada-pada dengan apa yang ada.
"Kata Nabi Isa a.s, kenderaanku adalah kakiku, laukku adalah laparku dan makananku adalah apa-apa yang tumbuh di muka bumi," kata Lanh. Dalam banyak perbincangan itu, saya memberitahu beliau bahawa saya kini dalam tempoh peralihan idealisme kepada pragmatisme.
Semua ini ada kaitan dengan perubahan pandangan, cara hidup bawaan Nabi Isa dan Nabi Muhammad.
Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa pengikut Nabi Isa (Kristian) adalah lebih rapat kepada pengikut Nabi Muhammad s.a.w berbanding kaum Pagan dan kaum Yahudi yang kononnya pengikut Nabi Musa a.s.
Tuhan kuatkan Islam setidak-tidaknya dengan dua bangsa; Arab dan Melayu. Di Semenanjung Tanah Melayu, tertegak tiga agama besar; Hindu, Buddha dan Islam. Di Semenanjung Tanah Arab telah tertegak tiga agama besar; Yahudi, Nasrani dan Islam. Menurut Fansuri, Hindu lebih keras permusuhannya terhadap Islam seperti mana Yahudi lebih keras memusuhi Islam.
Maka, Nasrani itu yang lebih rapat dengan Islam di Tanah Arab seperti mana Buddha yang lebih rapat kepada Islam di Tanah Melayu. Kata sahibul riwayat, Parameswara beragama Buddha dan sentiasa menerima tekanan daripada Majapahit beragama Hindu. Akhir daripada perjalanan hidup baginda di Tanah Melayu menyebabkan keturunan Parameswara memeluk ajaran Islam.
Adapun penyakit-penyakit pemerintahan Majapahit (Hindu) ialah pemimpinnya gemar mengenakan cukai yang keterlaluan. Inilah sikap kapitalis. Sedangkan pemerintahan Buddha lebih rapat kepada jiwa sosialis.
Hal ini sama dengan Nabi Isa yang berjiwa sosialis, menolak cukai-cukai yang dikenakan oleh pemerintahan Rom. Saya fikir hal ini akan saya tulis kemudiannya. Insya Allah.
Ringkasnya, pemerintahan yang gemar menindas rakyat melalui cukai yang keterlaluan (termasuklah mengenakan beban hutang pinjaman pendidikan) adalah warisan pemerintahan zalim dahulu. Maka, pada tangan kitalah semua itu akan berakhir jika kita bergerak di atas landasan perjuangan anbiya' yang menolak kezaliman pemerintahan.
Sekolah Pemikiran Kg Baru
16 Mei, 12:53 a.m.
Tahniah!
well done!
Assalamualaikum saudara. suka saya untuk tegur di sini bahawa sedalam mana niat hati saudara untuk berniat tidak bayar riba, tetapi tetap menghulurkannya kepada penerima, tetap juga berdosa. suatu maksiat itu tidak akan berubah hukumnya semata2 bila anda niat. datangkan dalil2 yang qathi'e bg saudara untuk menyokong perbuatan saudara itu. Riba itu tidak pernah halal, walau sebersih mana niat kita utk membayar bukan dengan niat membayar riba. dan niat juga tak akan mengubah sesuatu yang keharamannya dah mutlak.
Kenyataan saudara di bawah ini saya rujuk semula --- "sedalam mana niat hati saudara untuk berniat tidak bayar riba, tetapi tetap menghulurkannya kepada penerima, tetap juga berdosa. suatu maksiat itu tidak akan berubah hukumnya semata2 bila anda niat. datangkan dalil2 yang qathi'e bg saudara untuk menyokong perbuatan saudara itu."
[tolong jelaskan kepada saya, kat mana perenggan yang saudara nampak ada masalah itu.]
saya minta saudara tanyakan pihak Hizbut Tahrir - apakah yang boleh mereka lakukan untuk atasi masalah bebanan akibat pinjaman PTPTN ini?
Maksud saya - apakah yang sedang disusun oleh HT sekarang di dalam rangka menyelesaikan masalah beban hutang piutang PTPTN.
Sekian, terima kasih.